CARA MENYAMBUNG BRAID/PE LINE KE LEADER

time kasih jua bro, banyak ilmu boleh tambah

white sand angler

rapalajoe,

Kwn pun org baru dlm bidang ni, perkara yang paling mustahak adalah cara ikatan dan kekuatannya. Terimakasih atas info yg bnyk tentang cara2 ikatan. Sebelum ni kwn guna albright knot tapi x brape kuat bila kwn tgk ada improve albright memang lagi mudah dan kuat cuma sedikit ‘BULKY’.Skrg ni kwn tgh blajar buat FG payah juga ikatan ni.

assalamualikum…
ni ade gambar fg knot yang clear skit…







rapalajoe,

Terimakasih atas gambar FG yg memang betul2 clear.
Kwn ada nk tanya skit le…nape FG sgt popular klu dibandingkan dgn ikatan yang lain2, kwn tgk improve albright bole tahan dan lagi senang. Mungkin bro ada pendapat dan pengalaman tentang berbagai bagai jenis ikatan ni..

assalamualaikum…
fg bagi saya ikatan dia sangat kuat.dibangunkan untuk jigging dan popping.sepanjang saya pakai,fg tak penah fail…kalau sangkut pun,yang putus sama ada mainline atau leader…tak penah lagi putus kat ikatan. berprofil kecil walau pun untuk menyambung perambut yang kasr…kalau albright,kita kena lipat dua hujung perambut yang nak disambungkan…secara tak langsung kawasan simpulan yang dibuat akan menjadi besar.kalau leader tak besar sangat takpe…kalau leader kasar??profil simpulan fg juga lebih streamline…tirus dan lebih sekata…menjadikannya lebih licin untuk melalui guide joran…lebih2 lagi kalau untuk casting…tapi kalau untuk casting…improve albright dah memadai kalau perambut tak besar sangat.banyak ikatan lain yang memerlukan leader juga disimpul atau diikat pade braided line…berbeza dengan fg yang hanya braided line yang mengikat dan mencengkam[grip] leader…jadi tiade simpulan pade leader[yang biasanya kasar dan bulky,kecuali leader size kecil].

bro penah dengar ikatan nama slim beauty tak??? ok tak kalu ikatan ni buat untuk casting

BRO REPALAJOE…

SY NAK TANYA SKIT…MAAF KLU LARI GLE DARI TOPIK…

SY NAK TANYA REEL SHIMANO NAVI2000 SESUAI UTK CASTING TAK?


++Got-Cha Bayu Team++

Keep in Rowk!!

assalamualaikum…
sebenarnya ikatan slim beauty merupakan ikatan yang digunakan oleh pemancing fly air masin untuk menyambungkan bite tippet atau shock tippet.ikatan ini merupakan campuran clinch knot dan figure 8 knot.cara mematikan puncanya adalah pelbagai.kalau saudara tengok di permulaan thread ni ade saya letak gambarajah ikatan slim beauty/slim slick tersebut,dimana cara mematikan puncanya agak berlainan dari slim beauty
yang di bawah.

saya tak pernah cuba ikatan ni kerana agak bulky kalau menggunakan perambut kasar…tapi kawan2 yang mencubanya mengatakan tiada masalah lucut dan ikatan adalah kuat.tepuk dada tanya selera…tapi tak dinafikan ianya adalah antara ikatan penyambung yang mudah untuk diikat walaupun di padang pancing.






rasanya saiz 2000 tu kecik je reelnya…nak kata sesuai atau tak bergantung la pada cara penggunaan dan jenis pancingan yang bro nak lakukan…kalau nak wat casting toman tu rasanya tak padan la…tapi kalau setakat sebarau tu boleh lagi…tali halus la kalau nak masuk reel tu.braided pun ok.saya rasa mcm ade penah pakai satu dulu.ok reel tu.

quote:
Originally posted by rapalajoe
rasanya saiz 2000 tu kecik je reelnya....nak kata sesuai atau tak bergantung la pada cara penggunaan dan jenis pancingan yang bro nak lakukan...kalau nak wat casting toman tu rasanya tak padan la....tapi kalau setakat sebarau tu boleh lagi...tali halus la kalau nak masuk reel tu.braided pun ok.saya rasa mcm ade penah pakai satu dulu.ok reel tu.

thanks bro repala joe…[:)]


++Got-Cha Bayu Team++

Keep in Rowk!!

thank you bro boleh la saya try ikatan tu

Bro Rapalajoe…
Saya banyak guna Albright sebab senang dilakukan di padang pancingan bila ada problem. Saya pernah mencuba buat FG knot tu, untuk upgrade ikatan saya, tapi berkali-kali belum menjadi. Satu kemusykilan saya pada FG Knot, (ramai yang kata, termasuk angler di Jepun ini sendiri bahawa FG Knot adalah ikatan yg terbaik) ialah tiada cakukan pada Leader untuk berpaut pada tali induk, walaupun cara membakar yang ditunjukkan dapat membulatkan sedikit hujung leader itu utk mereka berpaut pada tali induk, tetapi adakah ini menjamin Leader dari tidak tergelincir dari tali induk?

Kalau dilihat dari gambarajah FG Knot di atas, saya mempunyai masalah utk menyusun simpulan pada step pertama lagi. Selepas membuat gulungan kembali dan cuba menyusun gulungan itu dengan cara menarik tali induk, mereka tidak tersusun secara kemas, menyebabkan saya gagal utk pergi pada step kedua. Kegagalan simpulan tali pada step pertama menyebabkan tali induk menjadi gemuk di tengah2. Mungkin bro Rapalajoe boleh bagi tips tentang penyusunan simpulan ini.Sebenarnya Fisherman ada jual alat nak buat FG Knot yang lagi kuat dan kemas. Nak beli bukannya mahal sangat, tapi, kalau bermanja dengan machine je, sampai bila pun tak pandai…hihi

Soalan kedua, untuk Seabass, saya biasa buat Bimini, tetapi saya masih blur nak pasang double line Bimini itu dengan Leader. Selama ini saya hanya menjalankan Train Knot (ikatan keretapi) untuk setting double line dan leader. Walaupun ikatan itu amat kuat dan belum pernah terbarai selama ini, tetapi saya masih belum berpuas hati dgn kelancaran simpulan ikatan Train Knot itu pada rod guide. Menyebabkan saya selalu memendekkan penggunaan leader (50cm-60cm). Ada juga ditunjukkan cara ikatan lain mengenai bimini dan leader dalam majalah2 disini, tetapi saya lihat simpulan ikatan mereka masih lagi gemuk. Bro Rapala ada tak figure lain yang lebih baik, bagi mendapatkan simpulan ikatan bimini dan leader lebih menjurus dan lancar apabila melalui guide.

[img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]

assalamualaikum…

memang tidak di nafikan kekuatan dan sensitiviti merupakan pakej ditawarkan oleh tali sulam.Walau bagaimana pun seperti yang kita sedia maklum,tanpa regangan,licin(slippery) dan tidak kuat atau lemah bila dicompress menyumbang kepada hampir semua ikatan tradisional/convensional yang kita amalkan selama ini tidak praktikal untuk digunakan pada tali sulam.
Ikatan yang lebih inovatif telah dicipta oleh pemancing untuk meng hadapi masalah ini.Kebanyakan ikatan tersebut masih menggunakan simpulan oleh leader untuk memaut mainline.Masalah kepada senario ‘simpulan leader pade mainline’ ini ialah terwujudnya simpulan yang bulky dan berprofil agak besar yang mengganggu kelancaran tali ketika melalui guide ring joran.
Namun terdapat juga simpulan yang tidak memerlukan simpulan oleh leader yang ternyata memberi kelebihan ,dimana profil simpulan yang terhasil adalah kecil dan lebih licin ketika melalui guide joran.Simpulan ini walaupun hanya terdiri dari lilitan dan ikatan tali utama pada leader,ternyata adalah kuat dimana kebanyakan ikatan ini digunakan untuk menaikkan ikan2 gergasi seperti tuna dan GT di arena jigging dan popping.</font id=“green”>Kelebihan tali sulam yang lembut telah digunakan dalam aplikasi ikatan ini untuk menghasilkan luas permukaan (contact/friction surface)
yang banyak diantara tali sulam dan leader supaya cengkaman yang ketat serta kuat dapat dihasilkan untuk memegang leader</font id=“red”>.sebab itu jika diperhatikan ikatan seperti FG,lilitan pertama adalah kejap dan dilakukan dengan banyak,begitu juga ikatan half hitch yang dilakukan selepas itu.Dengan bertambah lilitan maka bertambah banyak la permukaan sentuhan yang terhasil untuk memegang leader.</font id=“brown”>

Berikut adalah cara2 manual yang biasa digunakan untuk membuat simpulan FG.


cara ini menggunakan jari telunjuk dan kelingking.ibu jari dan jari telunjuk pun boleh digunakan untuk menggantikan cara di atas,bergantung pda keselesaan.





ulang lilitan diatas secara selang seli supaya terjadi lilitan bersilang ‘x’ pada leader,dan kemaskan/kejapkan setiap lilitan dengan menegangkan tali di antara 2 jari(kelingking dan telunjuk)tadi selepas setiap lilitan.




matikan lilitan dengan halh hitch pertama.



teruskan membebat/melilit mainline dan leader dgn punca mainline menggunakan halfhitch.(buat banyak,8-9 half hitch.


lakukan pula halh hitch pade main line sebanyak beberapa kali.

trim semua punca dan matikan dengan api lighter.

assalamualaikum…
encik kamachan…kalau pakai fg rasanya dah tak perlu pakai double/bimini…bimini memang kuat,tapi bila dah ade simpulan yang menyambungkan bimini dan leader tu yang tak best tu.so kalau nak dikira…albright pun bole guna,slim beauty pun bole guna</font id=“red”> kalau nak sambung double(bimini) pade leader…cuma saya tak gemar kerana kat situ je dah ader 2 simpulan…1)simpulan double bimini, 2)simpulan sambungan antara double dan leader…sedikit sebanyak prestasi dan kelancaran line ketika casting akan terjejas</font id=“blue”>…bunyi jgn cakap la…kekekeek…maksud saya bunyi bila simpulan tu keluar melalui cincin rod…biasanya bimini digunakan untuk sambungan ke leader menggunakan double to double dan cat pawl…cuma rasanya tak digalakkan membuat fg knot menggunakan double…</font id=“purple”>

lagi satu, Shout Bobbin Knotter tu best tuh…senang je,takyah nak bertegang urat dgn tali sgt…saya tgk kalau guna bobbin tu mcm lagi senang je…berat dia dah cukup nak grip leader…siap boleh adjust tension tali masa ikat lagi…mahal ke menatang tu encik kamachan??

rapalajoe…memang senang tapi nak beli benda tu heheheheh agak susah nak keluarkan ongkos untuknya…


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

hehehe…biasala barang jepun ni…tapi rasanya pakai bobin biasa yang diorang wat ikat fly tu pun boleh kot…pasal konsep cam sama je…cuma kene modified skit la kot…

quote:
Originally posted by rapalajoe
hehehe...biasala barang jepun ni....tapi rasanya pakai bobin biasa yang diorang wat ikat fly tu pun boleh kot...pasal konsep cam sama je...cuma kene modified skit la kot...
bro rapalajoe tlg nengok email...TQ


http://gigipachu.multiply.com
http://pahanganglersworld.blogspot.com
http://www.animatedknots.com http://www.thaifishingguide.com

Rapalajoe,

Sya dah berjaya belajar membuat ikatan FG.Tq atas gambar dan penerangan yg jelas. Walau apapun sya kena belajar utk mengemaskinikan ikatan tersebut.

Pada pendapat sya ikatan ni lebih sesuai dibuat persediaan dirumah sebab rumit sikit..kalau dah atas bot kepala sudah fenin…terpaksa guna inprove albright.