Aswt/salam sejahtera.
Setelah sekian lama tidak buka tajuk di MFN utk dibincangkan maka disini saya ajukan sebuah tajuk “Adakah kita jujur” buat semua pemancing yang telah berkeluarga namun pemancing yang masih belum berkeluarga boleh membacanya utk renungan dan pedoman di kemudian hari.
Sebut pasal memancing pasti mengeluarkan bugget yang agak tinggi bagi membolehkan seseorang pemancing mengikuti trip memancing tak kira di mana sahaja yang pasti bugget kos perlu dikeluarkan.Jika memancing laut dalam lagi besar kosnya yang perlu dibayar oleh pemancing spt trip spt 3Hari 2mlm dan sebagainya.
Secara purata kajiselidik saya seorang pemancing mesti mempunyai set peralatan memancing yang sesuai utk memancing dimana harganya ratusan ringgit malah ribuan ringgit mengikut kesesuaian dan kemampuan seseorang.Katakanlah set casting harga Rm300 dan laut dalam dari ratusan ke ribuan ringgit perlu dibeli utk hobi memancing.
Dua perkara yang saya sebutkan tadi adalah lumrah kepada pemancing namun [b]“Adakah semua pembelian peralatan pancing dan pembayaran trip yang mencecah ratusan ringgit itu diumumkan atau diberitahu secara jujur jumlah yang tepat dan sebenarnya kepada KDN bila beliau bertanya” </font id=“blue”> Disini saya secara jujur inginkan kajian,komen dan pandangan saudara setakat mana kita jujur kepada pasangan kita dlm hal memancing.
Topik ini menarik utk dibincangkan bukan utk mendedahkan perangai kita kepada umun tetapi hanya sekadar kajian dan seronak2 sahaja sebab purata yang saya dengar kaki pancing bila bercakap pasal beli peralatan pancing atau membayar utk trip selalunya berbunyi begini…
“Jika lerr KDN saya tahu saya beli Ultgra ni Rm350 mahu dia mengamuk,so saya cakap beli murah aje”</font id=“green”> [:D] Sebab KDN tidak buat survey di kedai pancing berapa harga real Ultgra tu,Jika dia tahu mahu perang dunia beb!!" [^]
“Kalau lerr KDN saya tahu yang saya bayar RM500 utk trip pelantar ni mahu dia tarik muka 14 mesti banyak soal punya,so saya cakap alahhh ada sponser dari kawan bayar sikit sahaja”</font id=“green”>…Banyak ler kawan kau punya sponser tu hahahahahh [/b] [8D]
Sesetengah tu bagi isyarat kenyit mata [;)] kepada kekawan agar jgn bincangkan pasal pembayaran duit memancing kalau KDN ada sebelah hahahahhahahaha..ini pun ada yang saya tengoklah,pendek kata lucu ada nakal sungguh pemancing ni[:D],so kita tengok siapa nak reply dulu…
CFC-Cheras Fishing Club













