</font id=“blue”>Sahaja saya membuka topik ini untuk kita berkongsi bersama-sama pendapat dan juga pengalaman serta buah fikiran dari semua pihak dan topik ini dibuka bukan kerana hendak memarahi atau ada unsur-unsur permusuhan dari warga MFN ini..cuma sekadar renungan dan idea (buah fikiran) bagi semua pihak …
Memang benar kata dari orang yg sudah berpengalaman… dalam arena memancing ini kita perlu ada skill dan bukan boleh main hentam ikut suka sahaja… Tak kira lah memancing dimana sekali pun …
Teknik dan juga pengalam memancing ini juga memainkan peranan yg penting dalam arena memancing.Memancing ini kita perlu bersungguh-sungguh bukan sekadar main-main dan ada juga pemancing ini ibarat memacing ini sebagai hobi yg suka-suka bergantung kepada KOS yg dikeluarkan.
Cuba kita bayangkan dan fikirkan jika kita memancing dilaut dalam yg memakan KOS perbelanjaan yg begitu mahal harganya sebagai contoh RM400.00 untuk pejalanan yg memakan masa selama 4H3M… adakah kita hendak memancing dengan cara suka-suka…dan tidak kah kita terfikir duit yg dikeluarkan sebanyak RM400 itu adalah lebih baik dibelanjakan dirumah… untuk dibeli barang keperluan harian…</font id=“red”>
Kalau kita dok berfikir memancing seperti saya katakan tadi dgn cara main-main atau pun suka-suka saya rasa kita salah… kerana bila kita memancing dgn teknik yg tidak betul dan juga selalu bergantug kepada nasib … dan tiada hasil yg diperolehi… maka kita sudah membazirkan masa dan juga wang ringgit kta sendiri.
Ada pendapat seseorang yg mengatakan (saya curi dari ayat yg pernah saya dengar)…Kalau dikategorikan kepada nasib..lain ceritanya…sebagai contoh…
Jika seseorang itu memancing dengan peralatannya yg cukup lengkap dan teknik perambutnya yg betul… setelah medapat karauan ikan dan hampir dapat menewaskan nya tetiba sahaja putus tali perambutnya…itu barulah dikatakan nasib…atau rezeki tak ada…cuba lah kita fikir-fikirkan…sejenak pendapat yg tak seberapa ini… adakah betul keterangan ini..[:D] [:D][:D] </font id=“red”> </font id=“Century Gothic”></font id=“size4”>
Apa buleh buat.. takde nasib huhuhu… Jangan putus asa, Cuba dan cuba lagi.. Guna bateri energizer… Aku nih kumpau memanjang… tapi takpe… iye satu proses… Ultraman lagikan kalah untuk 30 saat pertama sebelum disampuk sawan untuk 30 saat kemudian dan seterusnya mem’fire’kan raksasa sampai ke alam barzakh… [:D][:D].. So adakah aku nih takde skil??? or nasib tak menyebelahi or ini semua salah raksasa??.. wallahualam…
Memancing, menjala, memukat atau apa sahaja cara menangkap ikan dan juga lain-lain pekerjaan yang halal tak boleh harapkan nasib. Kalau harapkan nasib semata-mata umpama orang yang berjudi saja - orang berjudi pun ada strategi. Teknik @ skil adalah satu bentuk usaha yang kita dapati hasil daripada pengalaman bertahun-tahun; sama ada diperolehi melalui pengamatan sendiri atau berdasarkan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman. Berusaha dahulu baru bertawakal bukan sebaliknya.
Isu adakah perbelanjaan kita berbaloi dengan hasil yang kita perolehi tidak boleh dijadikan sandaran untuk meneruskan hobi ini, kecuali kalau kita tak anggapnya sebagai satu hobi tapi sebagai mata pencarian. Saya paling takut kalau ada peserta trip yang mengira-ngira untung rugi setiap kali trip. Kalau nak untung, lebih baik jadi peraih atau orang tengah, laba dapat ikan pun boleh pilih-pilih mana yang kita suka makan.
Soal perbelanjaan yang besar dikeluarkan haruslah diukur dengan kemampuan kita. Jangan ikutkan nafsu sedangkan kita tak mampu. Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa trip tu mahal sangat, boleh menabung sikit-sikit. Kalau dah cukup duit tabung, taklah rasa sangat bebannya. Jangan sampai pinjam duit semata-mata kerana hobi atau pakai duit gaji sedangkan bil-bil yang sepatutnya dijelaskan masih tertunggak. Tak semestinya trip yang mewah sahaja boleh mendatangkan kepuasan. Memancing anak-anak ikan di parit pun, kalau kena setup dan peralatannya, pun boleh mendatangkan thrill dan keseronokan.
Nasihat ini ditujukan termasuklah kepada diri kawan sendiri yang kadang-kadang hilang kawalan apabila berbelanja sehingga melibatkan perkara-perkara yang tidak perlu dan membazir.
apa yang saya lihat pemancing ni ada banyak ketegori…
Ada yang jenis memancing kerana mencari ikan sebagai rezki + berbaloi maka setiap sesuatu yang dilakukan dari merancang trip sampai la turun dari bot perancangannya hanyalah utk meminimunkan perbelanjaan tetapi memaksimumkan hasil.. golongan begini tak kira sangat jenama cap ayam atau cap angsa, trip mana dekat atau jauh …maknakata ikan pun dapat perbelanjaan tak tinggi dan munasabah.
Ada lagi satu group yang saya lihat dlm MFN ni yang lebih kepada mencari status…walaupun banyak trip yang menjanjikan pulangan hasil yang menarik namun golongan ini lebih gemar mencari populariti dlm trip yang mahal-mahal dan barangan mancing yang brandet-brandet disamping peluang memancing dengan nama-nama besar ..biasanya golongan begini kurang memandang kepada hasil trip apatah lagi nilai wang yang dikeluarkan. sebagai contoh nampak la 2-3 orang yang duk gah dengan barangan mereka tapi mengail ikan tak seberapa pun..hehehe
baju pun mau mahal-mahal..[:D]
ni pendapat aku saja..
berkenaan dengan tajuk topik pula aku beranggapan…
Perancangan mencari spot@lubuk 50%
teknik 30%
nasib umpan jatuh depan hidung ikan 20%
namun keseluruhan still bergantung ketentuan rezki 100%
quote:Ada lagi satu group yang saya lihat dlm MFN ni yang lebih kepada mencari status...walaupun banyak trip yang menjanjikan pulangan hasil yang menarik namun golongan ini lebih gemar mencari populariti dlm trip yang mahal-mahal dan barangan mancing yang brandet disamping peluang memancing dengan nama-nama besar ..biasanya golongan begini kurang memandang kepada hasil trip apatah lagi nilai wang yang dikeluarkan.
Mungkin ada mungkin tiada sebab kita pun tidak tahu niat orang lain sebenarnya. Soal populariti adalah salah satu naluri semulajadi manusia terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan termasuklah sukan memancing ini. Sebab itu ada pertandingan memancing. Populariti itu pula bukanlah sesuatu yang dicipta sendiri tetapi jolokan daripada orang lain sekiranya seseorang itu layak dianggap sedimikian. Ada yang popular kerana skilnya, ada yang popular kerana sikapnya, ada yang popular kerana pengalaman dan ilmunya, ada yang popular kerana panas barannya dan sebagainya. Ada yang positif dan ada yang negatif.
Pasal branded terpulanglah kepada kemampuan masing-masing. Ada yang puas asal boleh naik ikan sahaja dan ada yang lebih mementingkan keselesaan. Ada orang suka naik Air Asia asal sampai ke destinasi tetapi ada orang yang langsung tak suka Air Asia disebabkan banyak perkara. Pokok pangkal adalah kemampuan kita dan keperluan kita. Kalau kita puas dengan apa yang ada, syukurlah. Dan kalau kita mampu untuk beli Proton Perdana, apa salahnya beri sedikit keselesaan kepada anak isteri kita dalam perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh walaupun kalau pakai Kancil pun boleh sampai juga ke destinasi.
ya betul saya setuju dengan bwan…sebenarnya saya tak maksudkan semua orang..saya cakap ni diantara memba-memba kut sini ja..kami kami ja yang kenai, memba setuba kenai la..hir hir hir..pakai baju columbia dengan mesin ribu riban mana bleh mengai ngan pakai baju bandle RM3 …[:p]
harap sesangat tak dak orang lain terasa noo..peace[:D]
kalau nak terasa pun ambik positif dah la…
Ada satu artikel yg penah saya baca yg mengatakan ada satu pepatah cina menyebut “Berikan seseorang ikan, ia akan dapat makan sehari. Berikannya ilmu menangkap ikan, ia akan dapat makan selamanya”.</font id=“red”>
Pepatah tersebut, bagaimana pun mempunyai maksud yang tersirat, dapat menerangkan secara seikhlas bahawa ilmu pancing atau memancing dengan berilmu adalah sesuatu yang sangat penting bagi seseorang pemancing.</font id=“Century Gothic”></font id=“size4”></font id=“blue”>
teknik berubah mengikut tempat dan masa, dulu org pakai perambut kasar ya amat, sekarang kat tempat tempat yg teruk diteroka perambut alahai macam nak pancing udang.
skill pulak adalah kemahiran yg diasah berulang kali, pengawalan drag, kawal ikan lari, casting
nasib pulak adalah perkara yang tak disangka atau tak logik kita boleh dapat, cth ikan gave up awal, mata kalil terlucut tapi nasib baik sempat sauk ikan
jadi nasib hanya berlaku selepas kita apply semua yg kat atas tuh,
bukan nasib ikan makan umpan kita - yg tuh dipanggil rezeki
contohnya kita dah gunakan segala skill yg ada, segala teknik yg kita tahu tapi ikan takmo makan jugak walhal selalu menjadik. selepas itu berbagai andaian yg kita buat. jadi untuk memudahkan komunikasi atau senang nak cerita kat org lain kita akan jawab nasib takde.
tapi apa yg berlaku sebenarnya lebih komplek daripada itu, dan jawapan sebenarnya bukan takde nasib atau nasib baik makan tapi takde rezeki, atau dah rezeki kita.
pandangan saya nasib adalah sebahagian daripada pancing, takboleh pisahkan dengan skil dan teknik
quote:Originally posted by Captiva ya betul saya setuju dengan bwan...sebenarnya saya tak maksudkan semua orang..saya cakap ni diantara memba-memba kut sini ja..kami kami ja yang kenai, memba setuba kenai la..hir hir hir..pakai baju columbia dengan mesin ribu riban mana bleh mengai ngan pakai baju bandle RM3 ...[:p]
harap sesangat tak dak orang lain terasa noo..peace[:D]
kalau nak terasa pun ambik positif dah la…
Hehehe....saya pun dok terbayang-bayang camana gambaq saya kalau pakai baju Columbia, pegang ikan dengan boga grip sambil menokak rod Megabass Destroyer. [:D][:D][:D] Bughuk bebenor rasanya sebab memang rupa yang tak hansem menokak rod terpampang kat cover majalah Sirip. Hehehehe...
Baguih juga bro bagi pendapat bro sebab kadang-kadang kita sesama sendiri tak sedar kita buat benda-benda yang bukan-bukan. Kalau yang terasa memang patut befikir secara positif. Ye lah, memang tak salahpun sebab kita bukannya mencuri. Tapi, macam yang saya cakap kat atas, berbelanja biar berpada-pada dengan kemampuan sendiri dan nawaitu mahu betul bukan pasai nak menunjuk-nunjuk.
Kadang-kadang kita tak sedar, bila kita bawa pergi bot set kita yang riban-riban, secara tak sedar kita menyebabkan kawan-kawan kita yang lain yang tak berkemampuan terasa hati. Itu pun kena ambil kira juga. Tak payah le kita dok gebang apalah hampa punya set cap ayam, cam nak pancing udang. Tu yang tak baguih tu. Sekali mancing, yang pakai set branded naik anak tenok, yang pakai set cap ayam naik tenggiri 15kg dok ada. Hahaha…baru padan muka.
quote:Originally posted by Mayong Pada saya plak...
Teknik = 40%
Pengalaman = 50%
Nasib = 10%
Hehehehehe…[:)]
[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/mayongairlines.jpg?t=1191683944[/img]
Hidup Mancing! Hidup Mancing! Hidup Mancing!
Berapa peratus nak bagi kalau spot tu memang banyak ikan? Buang makan, buang makan, buang makan - sampai nak buang pun takut kena makan. [:D] Kalau yang cenggitu, nak masuk kategori apa? Nasib? Rezeki? Atau tekong?[?]
Mungkin kebanyakan kita ada kemahiran dan muslihat tersendiri. Tapi, yang jarang kita belajar, terutama di laut dalam, ialah kemahiran mentafsirkan sounder. Saya sendiri pun masih mencari-cari jawapan untuk merungkai kecanggihan teknologi yang satu ni. Pernah tak bro semua berhadapan dengan situasi apabila di sounder tampak kelihatan banyak ikan. Tapi ikan tak mahu makan. Puas tekong pindah tapi keadaan yang sama juga berlaku. Akhir sekali tekong pun surrender, ikan tak mahu makan katanya - air sejuk, arus tak ngam dan macam-macam lagi kemungkinan penyebabnya. Tapi, yang anehnya, pada hari yang sama jugak, ada spot-spot tertentu, bila buang, banyak pula ikan makan walhal di sounder sama gak macam tadi. Ada tak kemungkinan, tekong sebenarnya masih belum mahir sepenuhnya untuk mentafsir sounder, parking bot supaya sesuai dengan pergerakan arus dan umpan yang dilabuhkan itu benar-benar jatuh di kawasan yang dilihat dalam sounder. Barang kali ini yang membezakan kehebatan seseorang tekong itu dan juga barangkali kita sebagai pengail pun perlu memahirkan diri kita setiap kali trip untuk lebih memahami paparan yang ada di sounder - jangan berharap kepada tekong 100%.
Tapi biasanya sebelum jumpa spot baik tu mesti la berdasarkan pengalaman… bukan main redah jer… hehehehehe… digabung plak dgn teknik yg betul… dan diadun jugak dgn nasib penuh 10%… hehehehehe…[:D]
Tapi percentage tu boleh berubah la… ikut orang… terlalu subjektif sebenarnya…[8D]
Sebenarnya dah memang rezeki Tuhan nak bagi…[:p]
[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/mayongairlines.jpg?t=1191683944[/img]
Hidup Mancing! Hidup Mancing! Hidup Mancing!
quote:Mungkin kebanyakan kita ada kemahiran dan muslihat tersendiri. Tapi, yang jarang kita belajar, terutama di laut dalam
pengalaman nie baru saja saya alami semasa Trip Kapai Botoi..
masa di jeti awak2 ada cakap.."kalau angin utara bertemu dgn angin lain selalunya JENOH BUAT KERJA "…
setibanya di lokasi awak2 terus pandang ke langit…katanya “eemm kita bulih buat kerja dah…angin dah mula bertemu”..saya pon pandang atas..mcm biasa jer!..
95% kemahiran awak2 tue terbukti…ikan memang banyak..mungkin kita perlu tahu sedikit sebanyak teknit nie..
quote:Originally posted by Captiva ya betul saya setuju dengan bwan...sebenarnya saya tak maksudkan semua orang..saya cakap ni diantara memba-memba kut sini ja..kami kami ja yang kenai, memba setuba kenai la..hir hir hir..pakai baju columbia dengan mesin ribu riban mana bleh mengai ngan pakai baju bandle RM3 ...[:p]
harap sesangat tak dak orang lain terasa noo..peace[:D]
kalau nak terasa pun ambik positif dah la…
Hehehe....saya pun dok terbayang-bayang camana gambaq saya kalau pakai baju Columbia, pegang ikan dengan boga grip sambil menokak rod Megabass Destroyer. [:D][:D][:D] Bughuk bebenor rasanya sebab memang rupa yang tak hansem menokak rod terpampang kat cover majalah Sirip. Hehehehe...
Baguih juga bro bagi pendapat bro sebab kadang-kadang kita sesama sendiri tak sedar kita buat benda-benda yang bukan-bukan. Kalau yang terasa memang patut befikir secara positif. Ye lah, memang tak salahpun sebab kita bukannya mencuri. Tapi, macam yang saya cakap kat atas, berbelanja biar berpada-pada dengan kemampuan sendiri dan nawaitu mahu betul bukan pasai nak menunjuk-nunjuk.
Kadang-kadang kita tak sedar, bila kita bawa pergi bot set kita yang riban-riban, secara tak sedar kita menyebabkan kawan-kawan kita yang lain yang tak berkemampuan terasa hati. Itu pun kena ambil kira juga. Tak payah le kita dok gebang apalah hampa punya set cap ayam, cam nak pancing udang. Tu yang tak baguih tu. Sekali mancing, yang pakai set branded naik anak tenok, yang pakai set cap ayam naik tenggiri 15kg dok ada. Hahaha…baru padan muka.
Dia sebenaqnya lagu ni....Bang Kaptiba dan Cikgu Bwan, Dia ikut kemampuan. La ni kalu la ada duit lebeh siket buleh le pakai baju pancing yang depa dok kata Culumbia tu... Saya ada satu warna biru lagi....harga terus terang cakap RM100 mahal tu seratusss beli kat BidTackle itu pun dok nak mampuih kumpol duit selama 7 bulan sebulan dalam RM15 hingget lebih kalu tak salah. Saya ada satu lagi gak tapi bukan baju Culumbia tapi baju TarpoonWear kot brand dia...yang ni saya dapat dari bundle RM10 je tapi tokey kedai kata baju pancing jadi saya pun beli la... Ini cakap terus terang ni....baju Culumbia yang depa dok kata baju pancing ni pun saya buat pi kerejaa....gosok cantik-cantik jadi cantik la. Tu yang sayaq dok bawaq pi kereja....maknanya baju ni pi kerejaa pun buleh pakai pi mancing pun buleg gak pakai.... maknanya sayaq rasa sayaq sudah berbelanja dengan betul, baik dan buleh le kata ikut kemampuan sayaq sendiri dan bukan pasai sayaq nak menunjuk-nunjuk.....tapi sungguh la nak habaq...la ni sayaq tak perenah la begambaq dengan ikan berbajukan baju Culumbia ni....tak tau la lepas ni pulak kot...kot ada sayaq dak perasan....sayaq susun sepuluh jaqri minta maap la... sungguh dalam hati sebenaqnya sayaq tak dak niat pun nak tunjuk-tunjuk. Harap Bang Kaptiba dan Cikgu Bwan tak marah kat sayaq no....
FAMILY must first…FISHING come second</font id=“size3”></font id=“red”> aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing</font id=“size3”></font id=“blue”>
Salam suma…
pada pandangan saya pula sebagai pemancing yang memang kurang pengalaman, teknik dan juga selalu bernasib tak berapa nak baik(selalu kumpau)[:D][:D]… pengalaman dan teknik itu bergerak seiring… pengalaman kena diselarikan dengan teknik yang betul untuk mendapat nasib yang baik disatu-satu tempat… dan pastinya lain tempat lain teknik yang perlu dipraktikkan… ada tempat-tempat yang dikatakan sesuatu teknik itu mungkin kurang sesuai, namun atas pengalaman yang diadun dengan teknik yang bersesuaian masih mampu membuahkan hasil… dan nasib serta rezeki dari yang Esa pastinya akan menambahkan lagi pulangan ketika memancing… jadi peratusan di antara pengalaman, teknik dan nasib kemungkinan tidak akan statik… sentiasa berubah-ubah…
kenyataan di atas dari pemikiran logik seorang kumpaues…[:D][:D] perbetulkan kalau ada yang salah…[:D][:D] kena belajar lagi…
semua berkait rapat dan perlu-memerlukan antara satu sama lain untuk membuahkan hasil yang baik…
FAMILY must first…FISHING come second</font id=“size3”></font id=“red”> aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing</font id=“size3”></font id=“blue”>
Bro Stella (dan peminat baju Columbia yang lenlain),
Minta maaf bro kalau kata-kata saya bunyi macam sinis. Bukan niat saya lagu tu bro. Saja je nak melawak dan menyakat Bro Man tu. Saya pun minat gak barang Columbia ni, dok ada selai dua jugak. Apa-apa saja peralatan daripada hujung kaki sampai hujung rambut, terpulang pada keselesaan kita. Mana yang saya berkenan, walau mahai pun saya beli kalau time tengah lebat dan kelabu mata. Tapi, yang bundle pun, kalau nasib baik terjumpa, walaupun RM5 memang saya tibai. Bukan harga yang jadi ukuran tapi kualiti dan kepuasan peribadi. Kira toksah panjang-panjang la no bab ni, sebab memang tak ada niat apa-apa sama ada kepada kaki branded atau bukan. [:D][:D][:D] Maaf sekali lagi.