Al-Fatihah... Mangsa lemas...

Semalam masa saya baru balik dari rumah ayah saya dalam jam 12.30 malam saya terlihat ramai orang berada di court badminton di kawasan rumah saya (kawasan tgh flat). Saya agak hairan sebab selalunya waktu macam tu mana ada orang lepak ramai2 dah kat situ. Saya ingin bertanya tapi takda sapa yang saya kenali. Saya anggarkan mungkin ada sesuatu berlaku ataupun paling tidak ada upacara di salah satu kediaman di situ. Jadi saya pun terus naik ke rumah saya. Dah lewat malam sangat dah pun…

Hari ini, di pejabat saya dimaklumkan oleh rakan sepejabat saya (juga salah seorang dari jiran satu flat saya) bahawa semalam ada dua orang sahabat yang masih kanak2 kecil telah meninggal dunia akibat lemas di kawasan takungan air berhampiran tempat saya tinggal. Kawasan itu biasanya memang menjadi tempat kanak2 bermain. Memang ia agak berbahaya tapi papan amaran yang ada di situ tak pernah dipedulikan. Mereka bermain di satu terowong laluan air parit yang menghala ke takungan tersebut dan secara tiba2 hujan lebat pun turun pada waktu petang. Air melimpah dengan banyak sekali dan menghanyutkan kanak2 tersebut sehingga lemas. Mayat keduanya telah dijumpai pada malam itu juga.

Di sini saya ingin meminta agar sahabat2 di MFN dapat menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mangsa2 lemas tersebut. Saya juga ingin mengingatkan pada diri saya sendiri dan sahabat2 agar jika kita mempunyai anak2 yang masih kecil, sentiasalah mendidik mereka tentang keselamatan serta kawasan2 berbahaya yang tidak sepatutnya mereka kunjungi. Mungkin agak susah untuk kita sentiasa mengawasi mereka tapi tak salah kalau kita berusaha untuk mendidik mereka tentang bahaya sesuatu perkara. Kita hanya merancang… Allah menentukan segalanya… Berdoalah agar kita sentiasa di bawah lindunganNya… Amin…

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

Alfatihah…aminnnnnn.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Alfatihah… Amin…

Alfatihah…</font id=“red”> Diharapkan keluarga yang terlibat redha dengan apa yang menimpa… amin…

alfatihah…
semoga tergolong d kalangan yg beriman…

Gone Baitcasting!</font id=“blue”>

FISHING…if it was easy it would be called CATCHING… </div id=“left”>

Petikan dari Harian Metro hari ini (11 Jan 2008)… Baru jumpa…

Dua lemas dipukul arus
Oleh Sarah Zulkifli

KAJANG: “Saya hanya dapat melihat pautan tangannya pada badan saya terlepas sebelum dia dihanyutkan arus deras,” kata Mohd Faiezudin Mokhtar, 13, abang Mohd Faisal, 10, yang lemas selepas terjatuh dalam kolam takungan air di Taman Sutera, Sungai Chua di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, seorang lagi budak lelaki, Mohd Zulkarnain Mohd Syukri, 12, turut lemas setelah gagal menyelamatkan diri apabila arus deras selepas hujan lebat merempuh tempat mereka berteduh dalam saluran longkang besar di situ.

Bagaimanapun, Mohd Faiezudin dan seorang lagi rakannya yang hanya dikenali sebagai Amin bernasib baik apabila terselamat dalam tragedi itu selepas berenang menyelamatkan diri sebelum naik ke darat.

Menceritakan detik cemas kejadian, Mohd Faiezudin berkata, dia bersama adiknya dan dua rakan lain memancing ikan di kolam takungan itu sebelum berteduh di bawah saluran longkang di situ kerana hujan lebat.

Menurutnya, sewaktu berteduh di bawah saluran itu kira-kira 15 minit, arus deras dari atas tiba-tiba merempuh sebelum menghanyutkan keempat-empatnya.

“Ketika itu kami semua terjatuh ke dalam kolam takungan terbabit selepas arus menolak kuat, sebelum Amin dapat menyelamatkan dirinya dengan naik semula ke atas.

“Saya cuma teringat dia (Mohd Faisal) tidak tahu berenang lalu menjerit menyuruhnya berpaut pada bahu saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pautan tangan adiknya yang malang itu terlepas kerana arus terlalu kuat sebelum mangsa cuba memegang bajunya pula.

“Tidak dapat digambarkan perasaan saya ketika melihat tangannya terlepas sebelum dia dan Mohd Zulkarnain terkapai-kapai dan hilang sejurus kemudian.

“Kejadian berlaku begitu pantas, malah saya terpaksa berusaha sedaya upaya berenang melawan arus deras dan perlahan-lahan naik ke darat,” katanya.

Menurutnya, dia nampak adiknya seperti tenggelam timbul beberapa kali sambil meminta pertolongan sebelum dia berlari minta pertolongan daripada orang ramai.

Sementara itu, ibunya, Rosnani Adanan, 36, pekerja kilang, berkata anaknya beriya-iya mahu mengikutnya ke tempat kerja tengah hari semalam sehingga menghentak-hentak kereta ayahnya, Mokhtar Ibrahim, 39.

“Saya sangat menyesal kerana tidak membawanya ke tempat kerja bersama seperti hari lain.

“Kebelakangan ini juga, anak saya beriya-iya untuk makan masakan kegemarannya, ayam masak sambal kelmarin seolah-olah kali terakhir dia dapat menikmatinya,” katanya.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat, Unit Skuba serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) berusaha mencari mayat mangsa di sekitar kolam takungan terbabit.

Mayat Mohd Zulkarnain ditemui jam 7.50 malam tadi manakala mayat Mohd Faisal dijumpai sejam kemudian.

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

alfatihah…
semoga ibubapa dan keluaga kanak2 tsb redha dgn ketentuan Allah…
setidak2nya anak mereka tu mati “syahid” - mati lemas atau mati terbakar
juga termasuk dlm kategori syahid, insyaAllah…

FiSHiNG - GooD DaYS GiVe uS HaPPiNeSS, BaD DaYS GiVe uS eXPeRiaNCe…

Salam Takziah.

Alfatihah..


http://poji.multiply.com/photos [IMG]

Al-Fatihah…amin!



http://dinbanang.multiply.com

[:0]…Al-Fatihah…amin!

beliakmata@wak bM…akan berubah lagi…

[/img]

Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.

Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]

Al-Fatihah…

alfatehah untuk kedua arwah semuga roh nya ditempatkan bersama org2 yg soleh insyaallah…amin..
dan semuga kedua keluarga tabah dlm keadaan yg sangat sedih ini.

[IMG]http://aycu12.webshots.com/image/31411/2005011608429884286_rs.jpg[/IMG]

al fatihah…

[img]http://i11.photobucket.com/albums/a200/wahoo98/inna_lillahi.jpg[/img]

Takziah kepada keluarga kanak-kanak tersebut. Al-fatihah…

Ucapan takziah kepada keluarga kanak2 malang itu

AL-FATIHAHAMIN

MACAMMANA PUN CARA MENGAI, JANJI DRAG MUSTI MAU BUNYIK. OK LINE CLEAR, ROGER & OUT

Al-Fatihah..Amin

Moga ibubapa lebih perihatin di masa akan datang..

Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

alfatihah…amin

ThE LasT BeruK

takziah kepada keluarga kanak2 tersebut. al fatihah smuga di tempatkan dikalangan org2 yang beriman amin…

alfatihah

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ1234567890~!@#$%^&*()_+{}":?><`/</font id=“green”>

http://www4.ownskin.com/home?u=reptilianisme