Alert !!! Taufan

SUMBER : JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

UNTUK TEMPOH 72 JAM YANG AKAN DATANG

Di keluarkan pada 11.30 pagi 29/09/2009
A) Taufan (17W) “Ketsana”, dikesan berada di Latitud 15.5 Utara dan Longitud 109.2 Timur, kira-kira 222 km ke Timur Hue, Vietnam pada jam 11:00 pagi, 29 September 2009. Taufan ini dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 14 kmsj.Taufan ini berada kira-kira 1302 km ke Baratlaut, Kota Kinabalu dan 1267 km ke Baratlaut Kudat, Sabah.

B) Ribut Tropika 19W, “Parma” dikesan berada di Latitud 8.3 Utara dan Longitud 139.3 Timur, 1717 km ke Timur Cebu, Filipina pada jam 11:00 pagi, 29 September 2009. Ribut Tropika ini dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 27 kmsj.
Ribut Tropika ini berada kira-kira 2361 km ke Timur Sandakan dan 2484 km ke Timur Kudat, Sabah.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Dipertingkatkan dari Amaran Kategori Kedua yang dikeluarkan pada 8.10 malam 23/9/2009.
Taufan (17W) Ketsana telah dicerap pada kedudukan berhampiran Latitud 15.5 Utara dan Longitud 109.2 Timur pada 11:00 pagi, 29 September 2009. Ia dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 14 kmsj.
Sehubungan itu, angin kencang baratdaya dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter di perairan Condore, Reef North, Palawan, Sabah Barat dan Layang-layang dijangka akan berterusan sehingga Rabu, 30 September 2009.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 50 - 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Phuket, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Samui, Kelantan, Terengganu dan Labuan dijangka akan berterusan hingga Khamis, 1 Oktober 2009.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 40 - 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di perairan Reef South (perairan Sarawak) dijangka akan berterusan hingga Selasa, 29 September 2009.
Keadaaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

P/s :Harap kepada semua yg nak keluar memancing. Pastikan anda membawa
life jaket dan berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kalau boleh
tunda dulu trip rasanya lagi elok bg memastikan keselamatan masing2.

BlueMush **Shoot Shoot Cast Cast**mus6003@yahoo.comhttp://www.flickr.com/photos/8392965@N05/

tq mush…maklumat berguna utk kaki-kaki pancing

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/icon.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG] 0124630271 comot6221@yahoo.com manceng sampai hitam legam ler baru hebat!!!....

Harap membantu la Xjio walaupun angin ni p kot sana.
Ni pagi nih pun sakan jugak angin + hujan kot belah
tanah merah,jitra nih…

BlueMush **Shoot Shoot Cast Cast**mus6003@yahoo.comhttp://www.flickr.com/photos/8392965@N05/

Ribut kuat yang berlaku kat kelantan dan trengganu semalam merupakan serpihan dari sini agak nya.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

quote:
Originally posted by ridzuan ghazali
Ribut kuat yang berlaku kat kelantan dan trengganu semalam merupakan serpihan dari sini agak nya.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.


Rasanya camtu lah… macam bala sekarang.
Gempa bumi, taufan dan tsunami… semuanya
mengingatkan kita supaya tidak leka…

BlueMush **Shoot Shoot Cast Cast**mus6003@yahoo.comhttp://www.flickr.com/photos/8392965@N05/

BM aku dok baca paper kes gempa ka Indon rasa sayu dan nak berlinang air mata juga, kesian kat orang kg, dahlah susah, rumah plak ranap terus, ada yg ilang anak, bini, mak pak, sedih oiii, ikut hati macam nak pi tolong depa disana, syukorlah kta kat sini mewahhhh, marilah sama-sama kita dermakan doa dan RM untuk depa disana setakat yg kita mampu,

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/pieecomot-1.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG]

Thanks for da info bro…
Kalo ada pekembangan terkini maklum la kat kawan-kawan kat sini…
Sama-sama kita ingat-mengingati…
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”>

[img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img] [IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/logopatready2copy.gif[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

pasai tu lah kena tunda…heheheh…tekong bagi hari buat ketupat plakk[:p]aduhhhh lembu camna[;)]

…ATOQ LAIN…

</font id=“black”>

0195619961-0174199975 zamnex@yahoo.com.my

Mungkin kita boleh cadangkan kepada Mr Vincent supaya
'sticky’kan satu topik berkenaan dengan cuaca. Boleh
dijadikan sebagai rujukan rakan2 kita yg lain.

BlueMush **Shoot Shoot Cast Cast**mus6003@yahoo.comhttp://www.flickr.com/photos/8392965@N05/