Laporan oleh ManCaru dari web www.utaraanglers.com
KEMBARA LUBUK IKAN PULAU PINANG 12-15 MEI 2011
- Jalan-jalan cari ikan
“…Gerhana…ohhh gerhana….dalam jiwaku” lagu daripada M. Nasir dan kumpulan Kembara terus berlegar-legar dalam kepala Dr. Barra. Kerutan di dahi tua beliau saja sudah dapat menggambarkan kekecewaan akibat tak dapat mengikut plan asal trip - jelajah lubuk-lubuk sebelah utara.
Setibanya di Jeti Teluk Kumbar, hujan turun dengan lebat dan awan hitam nampaknya tak lansung berganjak. Ah Eng the Rambo yang baru saja balik dari Tukun Perak mengkhabarkan keadaan di sana agak ribut…hujan lebat, angin kencang, alun kuat pastu ikan pun takmo makan. Tanpa lengah Dr. terus buat mesyuarat tergempar…strategi alternatif dirancang, trip bertukar haluan ke arah Selatan. Semangat kaki-kaki trip kembali memuncak. Pukul 11 pagi Kapal Ubat Gigi Pearl White (adik kepada Black Pearl) pun membelah samudera dengan penuh ceria dan geli-geli sukahati.

g1 - Ahlul komplot

g2 - Sebelah belakang, kapal ubat gigi pearl white

g3 - Ribut

g4 - Ada senyum di sebalik kerisauan
Lubuk Sup Tulang
Pada tengah hari itu, kami tiba di lubuk pertama (kapal Jepundekat kendi aje huuuu) dalam keadaan alun mengaum setinggi pulau kendi. Beberapa kali dah mula terlentang. Tarpksa singgah kat lubuk dekat dulu silap-silap hari kena balik tengahri tuh jugak. Awak-awak Ah Teong melabuhkan sauh manakala Chef Sponge Bob mula menyelongkar bahan resepi dan perasap dapur.
Acara dimulakan dengan meng’casting’ tenggiri. Namun setelah tangan masing-masing dah jadi panjang sebelah tiada seekor pon yang sudi menjamah. Tatkala itu Din strike seekor ikan cencaru kuda dengan tiknik membulu sekaligus mendaftarkan lesen untuk trip kali ni. Strike tenggiri oleh Ultegra tiba-tiba berlaku tetapi ikan tenggiri bersaiz besar senang2 memutuskan tali. Seterusnya ikan-ikan hanya sekali-sekala lekat di celah kail. Highlights di lubuk ini adalah apabila Pak Lah yang telah bersara jadi PM berjaya menaikkan Dorado seberat 8kg…(dengan bantuan tenaga manCaru) dan jignya pula mengena tenggiri 3kg.

g5 - Supeerrrr powerrrrrr

g6 - Lesen jigging besaq
Unjam Biskut Cekelat Apollo
Dalam perjalanan dari lubuk ke lubuk Tekong Ah Eng akan berhenti di unjam-unjam supaya kaki-kaki dapat meng’apollo umpan. Pada petang hari pertama banyak cerut hidup dan borek yang dapat dijadikan bekalan. Pencarian unpan diteruskan dari masa ke masa namun borek yang dicari jarang-jarang diketemui. Pada malam hari pula sotong yang dinanti-nanti tak kunjung tiba. Lebih mudah sebanarnya untuk mencari keropok mamee dan corntos kerana bekalan mangsa tsunami Jepun tempoh hari telah tersesat berguni-guni ke dalam bot trip ini.
Lubuk Mee-In-My-Mangkuk
Lubuk yang merupakan lombong emas bagi trip Mac lalu kali ini turut menjadi tempat sandaran bagi anggota trip kali ini. Tiknik utama yang dipakai adalah pancingan bottom, dilakukan dari malam hingga ke pagi esoknya. Hasil masih lagi tidak galak dengan yang terbaik setakat Jenahak saiz bantal busuk oleh Dr. Barra. Post-Mortem yang dibuat mendapati air mati atau arus yg perlahan membuatkan ikan saiz sedang dan besar tidak aktif lalu tidak giat mencari makan. Teori ini dikuatkan apabila banyak kali umpan-umpan digetu dengan bekas-bekas mulut kecil. Adakalanya juga ikan-ikan dinaikkan dan semuanya bersaiz kecil.
Lubuk Asam Pedas Tumis Tenggiri
Hari kedua bagi kami barulah pancingan mula menjadi. Chef Sponge Bob hari ini turut ligat di dapoq. Masak tak henti-henti. Asam pedas tumis merah menyala dimasak dengan isi tenggiri campur pari…perrrrgghhhh pedas tapi sedap hingga meleleh hingus. Habis licin baik bendi maupun bunga kantan pun tadak kesan tinggal.
Strike pembuka tirai dilakukan oleh Pak Lah sambil menggigit berus gigi. Semangat kaki-kaki mencanak-canak bila yang dinaikkan adalah ibu kerisi 2kg++. Semua tiknik digunakan di sini. Kemeriahan mula dirasai bila geng depan bot riuh…Pak Ngah menaikkan merah suman menggunakan tiknik jigging ngelat – tiknik sulit yang telah dicipta oleh Dr. Barra semasa beliau berperang dengan Junta di Burma Bank. Dok sat lagi manCaru, dari skuad pelapis UAT yang dikatakan ramai sangat berpotensi lagi hensem juga sukses dengan tiknik yang sama menaikkan seekor lagi merah suman bersaiz baik. Ketika itu isyarat untuk memburu merah suman pun berkumandang.
Suman bermaharajalela dan berkali-kali meratah umpan tetapi asyiik lepas aje. Kebanyakan bersaiz besar. Dalam 7-8 ekor dinaikkan lebih 7-8 ekor pula yang terlepas kerana penggunaan mata saiz besar. Suman terkajir dilepaskan Dr. Barra ketika di permukaan air bersaiz dlm 3-4 kg. Lepas itu Suman pun dah tobat tak mahu mengacau lagihh…
Di petang hari pula kaki-kaki sibuk dengan acara jigging dimana tongkol dan cupak banyak dinaikkan. Tiknik hamboq oleh Akmal juga mendapat sambutan tenggiri dan Gt besar tapi asyik rabut pasai tali 20lb je. Acara jigging terus menjadi dan diteruskan sepanjang malam dengan ikan dinaikkan oleh otai-otai Dr. Barra, Abg. Anuat, Pak Ngah dan Akmal. Akmal yang selalu mengena tapi selalu putus lalu terus menyanyikan sebuah lagu sedih berjudul ‘Putus Kasih Bercerai Badan’ apabila bengang tidak tertahan. Beliau mula menyalahkan orang lain terutama Dr. membawa Sue kerana menggunakan Rod Putih yang Ah Teong sendiri tidak pernah menemui seumur hidupnya sebelum ini. Rod putih Dr. turut menjadi isu apabila Ah Eng tersalah membuat tuduhan yang Dr. telah mencabut Antena botnya untuk dijadikan batang rod.
Spesies boron turut berjaya dinaikkan oleh Pon Tiagra ketika kerja syif malam manakala beberapa lagi spesies lain seperti tambak, jebung, otek dan bayan juga dinaikkan oleh kaki-kaki ketegar iaitu Pak Awei Ultegra, Din dan Azli.

g7 - Pak Lah, ibu kerisi & berus gigi

g8 - Jig berantai

g9 - Merah suman, jigging ngelat

g10 - Merah suman, jigging ngelat

g11 - Awei & the tambak
Lubuk Stim Asam Cencaru
Hasil daripada pemerhatian dan penemuan kami kali ini, didapati corak ikan galak memakan umpan telah berubah daripada malam hari kepada siang hari. Di sebelah pagi hari ketiga, masih di lubuk yang sama Pak Lah berjaya mendaratkan sepasang Ebek yang masing-masing beratnya 5kg dan 4 kg…(Pak Lah lagi…gila glamour sungguh). Menjelang tengah hari apabila ikan kurang galak Tekong Ah Eng meneruskan pengembaraan. Dalam perjalanan menuju ke lubuk yang akhir, umpan-umpan yang makin berkurang ditambah dan sempat juga beliau berhenti pada tunggul sawit yang terapung supaya kaki-kaki dapat memancing sang pak tipuk.
Setiba di lubuk terakhir pula skuad jigger terus menjalankan tugas dengan cemerlang sambil Chef menghidangkan cencaru masak stim asam. Meleleh lagi hingus para pemancing. Cupak, tongkol, GT dinaikkan. Abg Anuat the Otai Jigger berusaha keras demi tidak mengaku kalah kepada Dr. yang berjaya menyetrike sekor GT saiz bantal. Hasil gigih beliau akhirnya berjaya memintas Dr. tang kona apabila jig mengena seekor Ang Chor.
Sedang keriuhan tak henti-henti di belakang bot, Rod Pak Ngah, geng depan bot digasak kasar dan dok tak dok Rod Azli pulak. Masing-masing mengumpan udang lipan hidup. Disangkakan tali masing-masing tersangkut…rupa-rupanya apabila habis dikarau muncullah Ang Chor bantal di hujung rod masing-masing. Selepas itu beberapa lagi Jenahak berjaya dinaikkan oleh kaki-kaki yang ada di antaranya terus berjaga malam.

g12 - “Aku lagi haha”…Pak Lah bangga habih

g13 - “Hasil jigging kawe paling besar”

g14 - Suman yang berani mai balik

g15 - Lesen cupak peribadi

g16 - Cupak bercupak-cupak

g17 - Cupak lagi, bottom

g18 - Cupak lagi, jig kamikaze

g19 - Cupak lagi, lesen jigging peribadi

g20 - “Saya lagi tera, Dr. dah kalah kalu ikut photo finish”

g21 - Cupak lagi, “rasa-rasa ni beat rekod jenahak trip Mac dak?”

g22 - Cupak lagi, jig kamikaze lagi

g23 - Nin dia Li dah wat naik dah…sapa berani celen

g24 - Awei nak try poton dengan EX5 hat ni

g25 - Ni kawe dah 3rd round…buat dono ja orang tak perasan

g26 - “Sapa kata sangkut…sangkut Ang Chor ada la”

g27 - Asyik-asyik Pak Lah

g28 - Abg Anuat dengan Jenahak ntah ke berapa

g29 - Jig ni tak kira…cupak ni lalu ja
Selesai Trip Yang Meriah dan Kenyang
Pagi hari keempat bot bertolak pulang. Hasil keseluruhannya adalah 1 tong oren penuh ++ tong putih igloo 150qt Dr. Barra. Ikan mula diagihkan di atas bot dan sebulat suara separuh daripada hasil yang terdiri daripada kerapu, GT, ebek dan cupak saiz besar dipersetujui untuk dijual kepada pemberong ikan. Manakala Jenahak, Merah Suman dan lain-lain dibedak untuk dibawa pulang.
Pada andaian kawe trip ini adalah meriah dan menyeronokkan walaupun tidaklah sukses seperti yang dirancang. Walaupun terpaksa mengubah haluan akibat dilanda ribut dan alun, hasil daripada lubuk-lubuk yang dekat tidak menghampakan dengan pelbagai jenis ikan dapat didaratkan menggunakan pelbagai teknik pancing.
Servis daripada pihak Bot Ubat Gigi Pearl White (Ah Eng, Bob dan Ah Teong) maintain superb membuatkan trip ini ceria dan geli-geli sukahati.
Hasil Tangkapan:
Ebek - 3
Cupak - 14
GT - 2
Kerapu - 6 (1-4kg)
Kerapu - 11 (kecik)
Tenggiri - 2
Merah Suman - 8
Merah - 2
Ibu Kerisi - 2
Jenahak - 9 (1-4kg)
Tetanda - 7
Tambak - 5
Jebong - 1
Belitong - 1
Bayan - 2
Yu Cicak - 1
Gerut-Gerut - 1
Cencaru & Kerisi - 1/2 tong

g30 - Hasil untuk dijual

g31 - Hasil untuk dijual

g32 - Hasil untuk dibedak sama rata

g33 - Maufakat

g34 - Pakat-pakat

g35 - Kita make dulu sebelum kelik
Kelebihan:
- Trip dirancang dengan rapi - stok makan pun ngam
- Servis pihak Tekong terbaik - rajin pindah lubuk & masak sentiasa
- Cupak ada di mana saja
- Bertemu bodong merah suman
- Ikan makan waktu siang - tak banyak melengung
- Ahlul komplot sporting, sportivo & sport rim
- Hasil yang cukup untuk dijual dan dibawa balik - Alhamdulillah
Kecacatan
- Terkena ribut, hujan & alun
- Terpaksa ubah haluan dari plan asal
- Ikan umpan hanya banyak pada hari pertama - kurang borek & sotong
- Tenggiri bo layan - tadak bodong yang masuk
- Ikan tak makan waktu malam - ketika ahlul sedang menunggu
- Ribut & alun menyebabkan ramai ahlul yang ‘pengsan masuk ICU’
- Hasil hanya separuh dari target asal 3 tong oren - tetap syukur
Ahlul Komplot
Dr. Barra (kapitan), Abg Lan Batu Uban, Annuat, Pak Ngah, Akmal, Zainal, Azli, Pon Tiagra, Pak Lah,
Awei Ultegra, Saifuldin & manCaru the mighty voyager
Kapal: Ubat gigi pearl white, Tekong: Ah Eng the rambo, Chef: Sponge Bob, Awak-awak: Ah Teong (Yeoh Teong Lai kot…)
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu…” (Al-Baqarah 143)</font id=“red”>
UTARA ANGLERS TEAM (UAT)
“memancing biar sampai termuntah!”

[IMG]
http://mybonaparte.multiply.com/photos
www.utaraanglers.com
www.JohorFishingTribe.com







