ELAKKAN DAN TANGANINYA...:
perkara biasa,kuno,negatif yang kita biasa buat..
-buang sampah merata-rata, - plastik umpan,kail,putung rokok, bungkus makanan,kotak rokok,bla,bla..
-dapat buntal,belukang,sesirat pastu buang atas tanah, sorokkan blakang tunggul..puas tgk ikan tu mati..
-memaki2,mencarut selepas tali putus, strike tapi rabut, dapat biawak..kekura..
-pegang pumpun,cacing pastu isap rokok..
-leka tak buang sengat,bisa ikan.pastu buang sengat merata-rata..
-tak mahu kongsi port
Pemancing A : Bro,banyak dapat udang/ikan sini?
Pemancing B : Tak de lah udang/ ikan sini..temekung je banyak..
(sedangkan dah berkilo dapat tuuuu…)
Cara mengahadapi dan yang perlu kita lakukan :</font id=“blue”>
-kumpul sampah dalam plastik,buang apabila jumpa tong sampah.
-lepaskan kembali ke perairannya semula. setiap ciptaa Tuhan ada haknya untuk hidup bebas.
-bawak-bawak bersabar dan beristifar. setiap kejadian mempunyai hikmah tersendiri. cuba lagi dengan pancingan yang tekad.
-basuh tangan selepas memegang umpan..manatau ada kuman ker..
-duri,sengat ikan perlu dibuang ditempat yang sepatutnya contoh tong sampah atau buang semula di dalam sungai atau celah batu. mengelakkan dari mencederakan sesiapa jua..
-elakkan sifat tamak haloba, kongsilah port bersama. rezeki di tangan Tuhan..+ mengeratkan silaturrahim.