Tenggiri Frenzy: Serawak Jun 21-24
Wokeh…ni dia lapuran rasmi daripada wartawan yg di tugaskan untuk bersama2 geng2 yg pergi trip ni:
Senarai Pemancing
- Abe Wang Amiding - taiko besar aka organiser
- Bro Jamal - Singapore Otai Gang
- Bro Dorado02 - Singapore Otai Gang
- Haji Rock - Perlis ChamBlock Gang
- Cikgu Pencen - Perlis ChamBlock Gang
Kuantan Gangsta - MieTalang - Kuantan Panglima Fiber
- Johar - ex-ABU Svangsta Gangsta
- TG. Vai - adik Steve Vai from Kerteh
- Trevor D-Johnson - Kiwi Man from Kerteh
- Oakinn - PAW Diktator
June 21 2006
Flight Delay - Kuantan Gangsta sampai KIA jam 8:30pm, Abe Wang & Perlis ChamBlock Gang dlm pukui 11pm & Singapore Otai dlm pukul 12pm.
Bro JoranSerawak dah tiba terpacak kat KIA masa kami sampai. Anak2 & KDN dia pun ada sekali. Baru sekali itu berjumpa - tetapi layanan macam raja…besttttt Bro JS…thanks…tapi, amaran buat next group of angler yg nak ke Serawak…Pakai Tali Pinggang Keledar kalau naik kereta JS…dia ni nak jadi rally driver dulu sebelum kena jadik Cikgu[;)]
Lepak kat kedai Mamak sambil tengok bola..kedai kena tutup, kami angkut brg pindah kedai mamak branch lagi satu kat situ…AbeWang & Singapore Otai pun tiba…tengok bola lagi utk tunggu PerlisChamBlock Gang tiba jam 12pm
Sampai kat Jeti pukui 12:30pm & loading barang…semua Kuantan Gangsta ketaq lutut bila nengok Alutecnos, TLD, Stella SW16000, SW10000 & Tuna Stick class rod yg di keluarkan oleh PerlisChamblock Gang…Kuantan Gangsta bawak 30ib class set aje…malu oooo[:I]
Tapi AbeWang cepat2 kasik tau…don’t worry…pilihan masing2…dia pun pakai 30ib class jugak..sebenarnya, sebelum pergi pun kami dah dapatkan reccomendation dari AbeWang ttg set mana yg sesuai…legaaaa[:)]
Kapal Perang Kami

Untuk Trip Ini, saya menguji joran baru keluaran ABU GARCIA: Joran ABU CONOLON JIG PE1-3 (blank yg sama tetapi ada perubahan kosmetik) & joran PE2-5 yg dipadankan dengan kekili ABU Record 60 utk joran PE1-3 & ABU GARCIA Big Game NLD utk joran PE2-5…saya pakai tali Spiderwire Stealth 30ib & Stren Braided Line 30ib jugak.
BigGame NLD

Record60

RIBUT
yup…bot bergerak keluar jam 2am…saya pun terus berdengkur kat dalam ruang tidur aircond…bangun awal pagi, nengok2 bot tengah parking kat luar kuala Sungai Apong aje…hemmmmm…rupa2nya tekong dah dapat maklumat yg ribut melanda kat tengah laut…memang kaki langit gelap waktu tu…pukul 7:30am barulah kami mulakan semula perjalanan yg mengambil masa 7jam utk ke kawasan pancing.
MANCING BOTTOM TARAK HASIL
Selama 2 hari mancing bottom, kami hanya dapat 2 ekor merah & 1 Jenahak dlm saiz 1 1/2 ke 2 kg, 1 ekor Jebong 1kg & 1 ekor Cobia dlm 7kg gamaknya…yg lain2 tu adelah sikit2 kerisi, tambak, kerapu dll. Kalau nak ikut standard ngail bottom, kira hasil yg mengecewakanlah.
CHEF POWER</font id=“red”>

Huyooooo Brother…story also no use lah…sekali masak minimum 4 jenis lauk…sayur busuk2 3 jenis mesti ada…steam ikan Merah, Sup Jenahak, Bubur Tenggiri, ayam black pepper, kerabu mangga, midin goreng belacan, kacang panjang salut telur, sayur campur, sayur goreng cencaluk!!! POWER…Power Ranger pun tak boleh masak macam Chef A-Meng yg import khas dari Kalimantan

5 STAR SERVICE</font id=“red”>
Saya bagi rating 5 bintang untuk layanan tekong, awak2 & organiser. Memang very professional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pemancing. Saya rasa, kiranya trip kurang memuaskan dari segi tangkapan, saya mesti repeat balik trip ni sebab service 1st class yg diberikan oleh semua..THANKS
Ajai, Ameng & AhChai yg diapit oleh Kuantan Gangsta

TENGGIRI FRENZY</font id=“blue”>
Malam pertama di laut…tiba di Tenggiri Spot dlm pukul 7:30pm…suasana…Masyaallah, Indahnya

Tekong bagi tahu…“Wan aaaaa…kasik tau semua jaga drag masing2 aaaa…jangan keras sangat nanti tenggiri miss…biasak sini kalau bulan gelap tenggiri makan pukul 8 itu jam aaaa”…tepat jam 8pm…ZZZZZETTTTTTTTTTT drag GTI320 Trevor menyanyi…1st strike…waktu tu jugak lah saya MABUK…terbaring di kabin selama 1/2 jam…sambil baring, Bro MieTalang & Vai report hasil, sekor, dua ekor, tiga ekor…last2 pukuil 8:30pm…4 ekor…tak boleh tahan lagi…Mabuk pun Mabuk lah…saya bangun untuk berjuang.
8:30pm hingga 1:00am…suasana di atas bot…ZZZZZEEETTTTTTTT…AAAhhhhhhhhhhhhhhhhhh…tarik keluar tarik keluar…cangkuk…cangkuk…oittttt mana pengetuk…Tekong!!! depan! depan!..oitttttt Belakang! belakang! ZZZEEETTTTTTTTT Sini! Sini!..cangkuk MANAAAAAAA!!! ZZZZZZZZZETTTTTTTTTTTT…AHHHhhhhhhhhhhhhhhh LAWANNNNNN!!! JIG! JIG! JIG!..aku nak pecah rekod jigging malam ni (kata AbeWang)…haiyooooo penat oooooo (kata tekong)…kita potong satu tenggiri buat bubur aaaa…kami pun kata BOLEHHHHHHHH!!! awak2 pun sambil sibuk guide ikan, ketuk kepala kasik mati, susun ikan, bersihkan darah dari lantai, tolong angkat reel yg mengganggu laluan larian tenggiri, sempat lagi masak Bubur Tenggiri yg saya rasa teramatlah SYIOKKKKKKK NYA…sambil suap bubur…ZZZZEEETTTTTTT…AAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…ketar dah kepala lutut…dlm 1:30am..saya pun surrender & meneruskan perjuangan kat dlm kabin.
Vai dgn Tenggiri Serawak Pertama nya & saya kat belakang tu ngail sambil mabuk

8:00pm - 1:00am - lebih 100 ekor tenggiri telah di naikkan.

Ada waktu2 semasa frenzy, AbeWang tak turun kan umpan atau jig kerana nak Berehat dulu!!!
Kuantan Gangsta kebanyakannya memegang set pancing masing2 & merasa rentapan demi rentapan dari Tenggiri Serawak…huyooooo, syiokkk giler dapat main style macam tu…TENGGIRI MAKAN DI TANGAN!!!
Bro MieTalang melayan Shimano TypeJ PE4 & Stella SW8000 bila di sentap Tenggiri

Performance Rod&Reel ABU</font id=“navy”>
Set ABU CONOLON JIG PE1-3 & Reel ABU RECORD60 & juga rod PE2-5 & ABU BG-NLD (semua 30ib class) memang berjaya Memuaskan Nafsu saya…drag dari BG-NLD & Record60 amat smoooth & berkuasa untuk mengawal larian Tenggiri…yg terbesar saya naikkan malam tu ialah seberat 7.5kg. Performance yg baik, lebih2 lagi apabila mesin kena overloaded dengan larian demi larian tenggiri dalam jangkamasa yg singkat.
Ikan Karang yg membelasah GULP

Tak salah lagi, untuk joran di dalam kategori harga lingkungan RM200, Joran ABU CONOLON JIG PE1-3 & PE2-5 memang boleh dinobatkan sebagai THE BEST ROD in their category…tak caya, tanya AbeWang yg banyak betui jig tenggiri mlm tu atau tekong2 Rompin yg dah pun pulun GT lingkungan 30kg dgn joran PE1-3!!!
C&Release
Lebih 50 ekor dilepaskan dengan sengaja oleh Tenggiri. Mungkin sebab dia tak minat nak cangkuk mata kail kat mulut depa ataupun memang pandai hit umpan sampai terbelah dua tanpa mengena pada mata kail.
Buat 123 ekor yg di tewaskan kami, semua di Arwahkan…so, memang trip ni trip MEAT HUNTER…kalau ada geng2 yg tak puas hati, sila pergi ke tandas berhampiran & buat lapuran kepada mangkuk jamban masing2…he.he.he[;)]
Hasil bahagian Kuantan Gangsta dijual kepada peraih & kami dapat hasil RM1320 untuk dikongsi bersama.
Semua Geng June 21-24 2006
Dari Kiri - Johar, Dorado02, Cikgu Pencen, Abe Wang, Trevor, MieTalang, Oakinn, Haji Rock, Vai & Jamal

Terubuk Masin Pasar Satuk

Deretan Lauk-pauk Kuching Serawak

Esplanade

SummarySatu trip yg saya rasa perlu di nikmati, at least ‘once in a life time’ oleh semua pemancing. Walaupun kos trip agak tinggi, tetapi amat berbaloi apabila mengenangkan tahap professionalisma penganjur, tekong & awak2…pengalaman merantau ke Negeri Serawak…keindahan Kuching Esplanade…kecomelan makwe2 Serawak…kedamaian & keindahan kaki langit diwaktu senja & kekecohan pabila Tenggiri Serawak FRENZY












































































[IMG]









[size=1]











</font id=“size1”>

















































