bagaimana buat setting brake cent. 6 pin ABU

saya ada pakai BC Abu dgn Centrifugal brake…tak jelas bagaimana 6 pin itu boleh diselaraskan…minta tolong dari ahli MFN , tk

quote:
Originally posted by jiejip
saya ada pakai BC Abu dgn Centrifugal brake....tak jelas bagaimana 6 pin itu boleh diselaraskan...minta tolong dari ahli MFN , tk

Cuba jiejip post gambar reel tu. Kot-kot saya boleh beri pendapat. Apa-apa pun set/aktifkan semua brake tu. Kalau lontaran tak jauh, matikan/keluarkan 2 brake dan kurangkan pin sehinggalah lontaran terjauh tanpa serabut dapat dicapai. Saya biasanya guna 2 atau 1 pin brake supaya lontaran jauh dapat dicapai tanpa serabut.

talitampar

terima kasih bro,
nak pos gambar tak pandai laa..model masin tu ialah AGarcia 6501CS dan 4501CS yang bodi warna gold tu,..
dihujung pin tu ada plastik… adakah masudnya buang plastik tu untuk tidak aktifkan nya… begitu ke?

quote:
Originally posted by jiejip
terima kasih bro, nak pos gambar tak pandai laa..model masin tu ialah AGarcia 6501CS dan 4501CS yang bodi warna gold tu,.. dihujung pin tu ada plastik.... adakah masudnya buang plastik tu untuk tidak aktifkan nya... begitu ke?

Saya sendiri belum pernah tengok plastik (brake) pada Abu model tu. Ya, kalau kita keluarkan/cabut brake tu maksudnya kita tidak mengaktifkannya. Ada reel yang memerlukan kita menekan brake tu ke dalam utk menjadikan brake tu tidak aktif tapi saya rasa ia akan menambah berat spool daripada berputar (ditambah dengan rintangan angin, maklumlah masa kita buat balingan kelajuan spool tu memang tinggi)Rasanya boleh dicabut plastik pada pin tu dan disimpan (jangan dibuang pulak [:D]). Biasanya kalau kita guna gewang ringan, letakkan 2 brake. Saya lebih suka menggunakan minyak yang berlainan kelikatan pada bering spool sebagai salah satu cara mengawal spool daripada ‘overrun’ yang boleh menyebabkan terjadinya serabut. Minyak yang cair seperti minyak mesin jahit Singer kerap saya gunakan utk reel Abu bersaiz 4000. Tali yang diisi terlalu banyak dalam spool juga boleh menyebabkan serabut.

talitampar

yang ni ke?

betui-betui… yang tu…t.kasih bro… minta la … nasihat otai-otai … bagaimana fungsi dan settingnya…

quote:
Originally posted by jiejip
betui-betui..... yang tu.....t.kasih bro... minta la ... nasihat otai-otai ... bagaimana fungsi dan settingnya...

Kalau tak silap, pin tu macam reel DAM QPS 1000. Kalau kita hendak menyahaktifkan/mengunci pin tu supaya brek tak berfungsi, tekan blok brek tu ke dalam seperti dalam gambar. Kalau kita nak aktifkan, tarik keluar pin tu.Jika kita menarik blok brake tu, ia akan berfungsi sebagai brek empar yang akan memperlahankan pusingan spool semasa casting dan dapat mencegah berlakunnya kekusutan tali. Semakin banyak blok brek yang kita tarik keluar (aktifkan dan bukannya dicabut terus), semakin kurang terjadi serabut tetapi jarak balingan akan berkurangan. Pastikan bahagian badan pancing yang menahan blok brek tu dibersihkan daripada minyak. Kalau rajin, gilap bahagian tersebut dengan autosol supaya licin agar brek berfungsi dengan sempurna.

talitampar

roger… terima kasih banyak-banyak kp bro delan08 dan pukau2002 dan tuan tanah. Out