Battle Of Sepayang Part 2 : TOMAN TARONG TAHUN ARNAB</font id=“size5”></font id=“blue”>
assalamualaikum semua..
setelah sekian lame mengidam, akhirnye kami berkunjung kembali di tempat yg selame ini menjadi bualan ramai termasuk Francisca Peter.
Lokasi : Empangan Sepayang, Rompin
Tarikh : 3/2/2011
Hari : Khamis
Ahli : penulis, ijal@LFC, ladung@LFC
Tekong : Abg Rahim
Trip bemula seawal jam 3AM pabila saudara ijal menjemput saudara ladung di rumah beliau di Seremban dan terus merempit menuju ke rumah penulis di Bandar Seri Jempol rentetan penulis berada di kampung sewaktu cuti Tahun Baru Cina yg lepas. Tepat jam 4:30AM, mereka berdua sampai ke rumah penulis yg tengah terkulat2 menggosok mata dek tidak sedarkan diri akibat bunyi jam loceng telefon tangan (handphone) beliau sungguh merdu bunyinya.. setelah penulis mandi sambil dimaki sedas dua oleh saudara ijal, maka perjalanan bersambung kembali utk terus ke Rompin.
Jam 5:55AM kami semua sampai di masjid pekan Rompin. Masing2 mandi dan obohol perut dahulu, seterusnye menunaikan solat subuh memohon agar Allah menolong menyelamatkan perjalanan pergi dan balik kami dari trip ini.
Kami sampai di tepi Empangan Sepayang lebih kurang jam 7:30AM setelah selesai membeli makanan dan bersarapan.
Saudara ladung dan ijal sedang mengangkat barang2 keperluan sementara menunggu tekong (Abg Rahim) mengisi minyak bot.
setelah selesai mengangkat barang dan mengisi minyak, tekong terus membawa kami ke destinasi yg telah ditentukan.
Gegewang dan Kekatak yg digunakan semasa sessi pemancingan.
Antara pepancing yg dibawa utk menewaskan Toman Tarong.
Setelah lebih setengah jam memancing, penulis mendapat satu sambaran agak ganas~! seekor ibu toman menyambar katak beliau~! tanpa berlengah, beliau terus mengepam dan mengepam dan mengepam (uih syok plak pam-pam ni). Ikan sudah sampai di tepi bot… tatkala tekong hendak menyauk ikan, dengan tiba2, katak terlucut dari mulut ikan… dengan lemah gemalai bak Putri Gunung Angsi, ikan berenang menyusur kayu dan lumut di atas air… tam sempat nak bergambar… agak tercengang dan agak sedih gak sebab ikan dah sampai tepi bot… tapi takpe, takde rezeki, cube lagi~! ganbate~!
Selepas itu, kami pergi ke spot feveret sebelum ini. Ternampak satu kelompok anak toman. tanpa berlengah, penulis dan saudara ladung menukar taktik dengan menggunakan spoon sebab biasenye kalau ade anak toman, mesti ade sebarau menghendap utk membalun anak toman tersebut.
DOUBLE STRIKE~! alhamdullilah, taktik kami berjaya. ini atas tunjuk ajar saudara ijal, terima kasih saudara ijal~!
selepas itu, penulis dan saudara ladung membaling lagi spoon dengan harapan ade lagi sebarau utk dinaikkan pade hari tersebut. kami berdua menggunakan set medium (8-17lbs) utk merasa karen lebih sebarau tapak tangan gorila tersebut.
Sedang penulis seronot mengarau sesudu, secara tiba2 penulis mendapat satu sambaran yg agak kasar, dlm fikiran beliau, “EH! SEBARAU NI! STRIKE LA~!”. Secara tidak semena2, hujung joran terus membengkok 45 darjah tanpa dapat dikawal~! rupe2nye bukan sebarau, sekali mak toman tu balun daaaaaaaaaaa~! hadoi laaaaaa~! apesal la aku pakai rod kecittttttt~!
Dialog seperti dibawah (lebih kurang) :
Ijal : Ha pam laa~!
penulis : tak bole kontrol la bro~! hadoiiiii~!
Ladung : ahahahahaha~! hadoi la kelaka kelaka~! wahahahahahah~!
Ijal : Pakai spoon mama hentam, ha hambek~!
Penulis : Lain aku carik lain plak yg balun, adui laaaaaaaaaa~!
saat2 cemas penulis sewaktu cuba mengepam mama toman dari dlm air.
Ape kan daye, mama tersebut berjaya masuk ke dlm lumut dah kayu kayan jati di dalam air tersebut… tak rezeki lagi… dah 2 kali kene ni…
buat muke sakai sket selepas tali putus.
Penulis berasa agak berang, lalu menukar kepade set pancingan yg agak kasar dan menukar kepada katak cempayon paling beliau sayang.
Kami menyusur tebing, baling katak tarik katak… baling katak tarik katak… baling katak tarik katak… baling katak tarik katak… TeBABOMMMMMMMMM~!!! KENE LAGI SEKOR~!!! pam punye pam lebih kurang 3.47 saat, TUSSSSSS~! PUTUS PLAK~!!! WARGHHHHHHHH MENTEL AKUUUUUUUUUUUU~!!! 3 KALI DAH NIIIIIIII~!!! pon seekor mama toman yg agak kasar berjaya memutuskan leader 30lbs saye… hampeh btul laaaa… takde joki… terduduk penulis waktu tu… tak tau dah nak ckp ape…
Tanpa berlengah mase, kami meneruskan perjalanan mencari lagi mangsa. Sedang kami leka membaling dan menarik katak, saudara padung mendapat satu sambaran hebat~! kedebushhhhhhhhhhhhhh~!!!
http://www.youtube.com/watch?v=uyph4DISTfk
Saat teruja sewaktu saudara ladung mengepam ikan dari dlm air (penulis yg lebih2 excited sebab dah 3 ekor tak naik)
Alhamdullilah, saudara ladung berjaya menaikkan seekor mama toman seberat 2.7kg
Sesi melepaskan kembali ibu toman tersebut utk kesinambungan hidup akan datang.
Selepas itu kami merehatkan badan sebentar di rumah rakit yg disediakan.
selepas merehatkan badan, kami menyambung kembali sessi pancingan utk sesi petang.
Saudara ijal mendapat satu sambaran ibu toman betul2 di sebelah anak2 toman tersebut. Pabila ikan berada di tepi bot, tidak semena2 pon lucut jugak katak beliau dari mulut toman tersebut… takde joki… cube lagi!~
Lagi sekali saudara ijal mendapat sambutan, tapi sekadar batuk di tepi tangga atau miskol awek yg tidak suke dengan kite sahaje.
hari beransur gelap, badan sudah lesu dan letih… kami semua mengambil keputusan utk pulang ke pangkuan isteri masing2..
Pemandangan yg sempat diambil sebelum pulang.
Setakat itu sahaje repot yg tak seberape dari kami. akhir kate dari penulis, KOMPOM RIPITTTTTTTTTTTTTTTTTTT~!
Wassalam…

http://www.kadakphoto.com/
019.346.8479




