quote:Hehe...musykil, musykil. Asal ada isu panas sikit, muncul la nick cikaro. Saper saudara ni ....? Macam kenal je. Tapi, tak cam. [:D][:D][:D]
Originally posted by cikaro
salam- hairan bin ajaib kenapa isu nih masih belom reda? Kenapa bwan masih bangkitkan hal nih? Keputusan dah dibuat. siap di umumkan lagi.. Tapi kenapa bwan masih tak puas hati? Kenapa tak debat habis habisan masa timbulnya masalah ini?Topik nih secara tak lansung menunjukkan ade jugak pemancing high level yang masih tak matang dan kebudak budakan.
Saya rasa elok la saya berterus terang. Saya timbulkan isu bukan nak provok sesiapa. Tapi isunya ialah adakah benar bahawa ota-otai menjauhkan diri daripada MFN kerana bosan dengan MFN dan moderatornya atau bosan dengan celoteh-celoteh yang tak terkawal? Atau adakah otai-otai ini sudah ada alternatif lain atau web yang lain lalu tidak lagi sudi mampir ke MFN? Atau otai-otai ini membuka web baru mereka sendiri kerana sebab-sebab yang kita sendiri tidak tahu? Atau mungkinkah ada sesetengah pihak yang sengaja menimbulkan kekecohan di MFN kerana mereka sudah ada web mereka sendiri? Itu persoalan-persoalan yang saya nak bincangkan.
Banyak serpihan-serpihan dari kumpulan tertentu yang membuka web masing-masing seperti Longkang Gang, PAW, UAT, Kaki Pancing dan yang terbaru saya jumpa pagi tadi Lubuk Kita (betul ke ni?). Semua ini perkembangan yang sihat sihat bila mereka ada web sendiri kerana mereka boleh bincangkan tentang keperluan mereka sendiri. Dan setahu saya, Tuan Tanah MFN pun suka dengan cara begitu. Tapi, MFN tetap dikunjungi kerana dari sinilah kita semua bermula. Persahabatan kekal utuh, MFN terus kekal dan web-web yang baru terus berkembang pesat dengan stail masing-masing.
Bro Abuya,
Saya faham maksud bro. Saya tidak sepatutnya lari daripada tugas tapi saya juga ada keperluan sendiri. Bila saya rasa apa yang saya lakukan tidak memberi manfaat, saya tidak akan jadikan diri saya sebagai satu liabiliti. Lebih baik saya menjadi ahli biasa, kerana dengan cara itu sumbangan saya (kalau ada), lebih berkesan dan saya ada lebih banyak masa untuk membuat posting. Lagipun, setelah saya berfikir sedalam-dalamnya, saya berpendapat bahawa MFN akan lebih meriah tanpa moderator dan sesuai dengan budaya MFN yang bersikap terbuka tanpa cencorship.









