Saya ni patutnya memang masuk kategori ‘ulu’ sangat dah.
Sebabnya, dgn zaman teknologi maju, kamera sekarang dah canggih betul sejak bidang fotografi ni di’digital’kan. Henpon pun dah ada kamera la nihhh…
Hingga ke hari ini saya masih belum ada kamera digital. Yang ada cuma kamera cap tenuk tahap zaman Jurassik (guna filem daaaa…). Bukannya mahal sangat kalau nak beli kamera digital. Dalam dua tiga pat ratus hengget dah boleh beli satu.
Cuma yang saya tau, sejak dulu saya memang pengguna kamera SLR. Lebih mahir menggunakan keadah fotografi secara manual. Setting utk fokus, aperture, shutter speed semua ‘ejas’ sendiri walaupun kamera Nikon SLR yg saya gunakan ada ‘auto’. Saya lebih suka menggunakan kaedah manual sebab lebih bebas mengadunkan teknik dan seni fotografi ikut citarasa sendiri.
Pun begitu, dah lama saya meninggalkan bidang fotografi ni sejak kamera SLR tu dicuri orang (kes pecah rumah). adessss… sedeynya!
Dah biasa dgn kaedah penggunaan kamera SLR yg bersifat ‘high end’, saya jadi sombong pulak, geli nak pakai kamera jenis kotak (compact camera) yg terhad fungsinya.
Kena pulak dgn dunia pancing yang merasakan tidak lengkap kalau ikan yg berjaya dipancing tidak diabadikan dalam sekeping foto, rasa diri ini begitu ‘kuno’ pulak sebab tak memiliki kamera digital.
Saya jadi terperangkap dgn dilema. Nak beli kamera SLR digital (DSLR), harganya ‘tak mampu milik’. Nak beli kamera jenis kompak, takut fungsinya terhad yg boleh menjejaskan kreativiti.
antara fungsi SLR yang tak mampu disaingi oleh kamera kompak ialah faktor zoom dan wide angle. Dgn kamera SLR, fungsi tersebut bebas dipilih berdasarkan lensa kamera.
Serba salah jadinya.
Namun begitu, sejak zaman digital ni berkembang luas, kamera kompak juga memiliki ciri² yg serba sedikit boleh menyaingi fungsi kamera SLR.
Saya ingin bertanya kepada kengkawan, apakah ciri² yg sedara² perlukan dari sebuah kamera? Setakat ambil gambar?
Mari kita bincang sesama…
[/img]


Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits!




