Lokasi:kelong pulau ketam
Angler:bohcat,amir dan family,pak andak dengan anak2,dokter fauzi dengan kawan
trip:2 hari 1 malam
as,salam…
ini trip barulah juga seminggu sebelum ke sunggai slim..kami bertolak seawal pagi dan berkumpul di kedai makan pelabuhan klang..trip
2 hari 1 malam..bila sampai di atas kelong orang ramai dah naik awal dari kami..di sebelah petangnya tengok air tak berapa cun untuk ikan2 sisik air keroh ikan remang dan sembilang jerlah yang banyak naik..betul sangkaan bohcat sebab disebelah tenggah kelong grup dari sg buluh dalam 7,8 orang kejap2 naik remang dan sembilang tembam2 lak tu dalam 1 kilo keatas 3,4 ekor..untuk ikan sisik tak berapa sesuai air dia..ini ikut bohcat punya penelitianlah yer sebab selalu g sana udah boleh baca sikit2 faktor geograpinya..ikan sisik yang kasar2 susah nak naik..sebab ikan yang dapat semua nya saiz standart jer baby merah..kalau air gini gelama usah diharap sentuh umpan memang tak ada..duri pun tak banyak..
Mohd. Yusof..bot yang kami pakai ni bot sewa jer dari jeti klang ke jati pulau ketam
kalau mancing bot ni mewahhhhhh..tido jerlah atas bot ni..heheheeeeee
Mohd. Yusof..bot yang kami pakai ni bot sewa jer dari jeti klang ke jati pulau ketam
kalau mancing bot ni mewahhhhhh..tido jerlah atas bot ni..heheheeeeee
Mohd. Yusof..bot yang kami pakai ni bot sewa jer dari jeti klang ke jati pulau ketam
kalau mancing bot ni mewahhhhhh..tido jerlah atas bot ni..heheheeeeee
kalau nak g kelong ni cukup senang jer..dari jeti klang terus naik feri ke
jeti pulau ketam..sampai jeti pulau ketam naik bot kayu bagi tahu nak ke
kelong ah kang..kalau nak turun rojer2 mana tahu leh join
Salam Ramadan BoHcat, menarik sebab dekat dgn rumah saya di Shah Alam, tak perlu travel jauh-jauh, mungkin lepas raya nanti bolehlah cuba. Sedikit pertanyaan:-
Bot kayu ke kelong ah kang tu bot tambang ke? Maksudnya charge ikut kepala.
Nampaknya ada kemudahan bilik di kelong tu, berapa kadarnya dan apa kemudahan yg ada…seperti bilik air, dapur?
quote:Originally posted by SMdA Salam Ramadan BoHcat, menarik sebab dekat dgn rumah saya di Shah Alam, tak perlu travel jauh-jauh, mungkin lepas raya nanti bolehlah cuba. Sedikit pertanyaan:-
1) Bot kayu ke kelong ah kang tu bot tambang ke? Maksudnya charge ikut kepala.
2) Nampaknya ada kemudahan bilik di kelong tu, berapa kadarnya dan apa kemudahan yg ada...seperti bilik air, dapur?
3) Umpan apa yg sesuai dan senang dapat?
Terima kasih atas respons…
salam..inshallah..potensi ikan kat kelong ni memang bergantung pada rezekilah..pengalaman saya kat sini memang banyak sampaikan joran tercampak ke lautlah..saya akan jawap satu persatu soalan tu
1.ok kalau sampai lewat di jeti kelang atau port kelang dalam pukul 9.00 pagi keatas..speed bot akan mundar mandir cari penumpang yang nak ke pulau ketam..cuba tanya dan terus cakap nak ke kelong ah kang sebelah hujung..tambang ikut kepala 10 ringgit..masa diambil sekitar 30 minit terus kekelong..kalau naik bot panjang kos 7.00 ringgit sekepala yang membezakan bot panjang ni akan stop di jeti ke 2 pulau ketam..sampai di jeti pulau ketam kena transfer ke bot kayu..bot kayu tak perlu bayar naik terus bagi tahu nak ke kelong hujung..
2.bilik terhad cuma ada 5 sahaja..kos untuk bilik Rm 35.00..boleh muat untuk 1 bilik 5 orang..kemudahan bilik katil,cermin muka,plag,kemudahan kat sana senang kalau kita nak memasak boleh disewa peralatannya dijamain pekakas bersih sebab pekakas untuk orang melayu dan cina diasingkan..ais batu ada jual diatas kelong,minuman panas,minuman sejuk,kudap2,meggie,..kalau saya setakat air minuman bawak hiter pemanas jer dia amik Rm 5.oo..tandas ada 3..depan setiap bilik ada paip air..bekas udang dan oksigen disediakan..udang hidup..50ekor ketas sahaja boleh book Rm 30.00..kelong terang benderang..peringgatan kalau mancing malam pastikan ada loceng..kotak telur pastikan bawak agas bermaharajalela sebab dekat dengan bakau..kalau tak nak bilik boleh lepak disebelah tenggah kelong dijamin bersih sebab anjing tak dibenarkan masuk bertahun saya main kelong ni belum pernah nampak cina sebersih ah kang yang mementingkan kebersihan tu pasal saya yakin tahap kebersihan kat kelong tu..sapa yang dah pegi baru tahu..heheheeee
3.untuk umpan biasanya bermacam2 jenis terpulang pada pemancing umpun2 toksah bawak taw beli membazir..ikan kecik dok kacau jer..ikan kembing boleh,ikan sadin boleh,udang kopek boleh,udang merah boleh,tongkol boleh,pelaling boleh,ikan bulu ayam boleh,ikan bilis segar boleh,biasanya saya bawak udang kopek dengan ikan campur2lah..kalau main muara ni umpan dia sama jer di tempat2 lain..kadang2 tu tak sangka udang kopek jer boleh jerat kurau 3,4 kilo sekor yang hebat tu perempuan tu yang naikkan siap masak kasi kami separuh..saya penah naikkan ikan siakap 5 kilo guna umpan udang merah jer..senanggin taiwan guna ikan diselaiskan jangan potong bulat..ikan merah tu biasa..kalau ada rezeki dia punya remang memang besar2 tu..
lama tak bukak forum ni semenjak ada facebook ni..sekali sekala kena jengguk juga..
minggu ni saya akan kekelong ah kang pada 13hb dan 14hb.8.2011 kalau ada sahabat2 yang g sana tegur2lah
bolan pose tak semestinya dok umah memancing pun 1 riadah juga..kalau ada apa kemuskilan tu ni no fon saya
0122372832 bohcat..ok
Terima kasih di atas respons bro BoHcat. Penuh maklumat yang diperlukan membuatkan saya ingin cuba tapi lepas raya dan tengok airlah kot.Memang sesuai untuk aktiviti keluarga. Semuga bro mendapat hasil yg berlipat ganda…insyaAllah
makluman tu sedikit sebanyak jer dari saya..apa yang boleh saya ceritakan leh kita berkongsi bersama..saya main kat kelong ni dah bertahun..dari ah kang sehat samapi dah tak larat sikit berjalan..masa dulu mana ada camera digital nak beli pun tak mapu apa lagi nak cuci gambar hasil..kalau saya main bot pun kat kawasan ni jer saya main..hasil memang meriah sikit dari atas kelong..dulu ah kang ada buat sewa bot kayu yang tak berapa besar sekarang dah tak ada lagi
Saya kalau memancing kat sini naik bot ketempat favorite tekong antara Pulau Ketam & Pulau Selat Kelang. Walaupun dah bertahun dah tapi jarang2 pergi. Kalau pergi pun turun pagi balik petang pakai umpan sotong kurita…hasil makin berkurangan.
Biasa di Port Klang ni mancing ikut air, 13 & 14 hb tu kalau ikutkan tak berapa sesuai kalau mancing atas bot kat kawasan yg saya selalu pergi tu. Kat kelong ni doesn’t matter ke bak kata org kampung?