Tips Dari web PDRM.</font id=“size4”>
Pecah Rumah</font id=“blue”>
Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana
balik kampung atau menziarahi sanak saudara.
Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi
sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat
Bagaimana boleh berlaku </font id=“blue”>
· Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam,
mengumpil pintu atau tingkap
· Menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap
· Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
· Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
· Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
· Menggunakan kunci pendua.
Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah </font id=“blue”>
· Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah
kosong
· Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-
masing
· Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah
yang dapat dilihat dari luar
· Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar
dan roti yang tidak dihentikan.
· Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang
memudahkan penjenayah memasukinya.
· Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa
pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
· Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil,
dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
· Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya
yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan </font id=“blue”>
· Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh
dan masa anda tidak berada di rumah.
Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran
atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
· Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama
seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
· Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
· Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah
rumah bertindak.
· Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan
rumah bila kita tiada.
· Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum
meninggalkan rumah atau tidur.
· Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
· Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk
rumah/bangunan.
· Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-
samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat
persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
· Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan
akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah
tiada berpenghuni.
Nasihat apabila berlaku pecah rumah</font id=“blue”>
Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati
berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk
melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau
alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA ,
PANDU, TUNGGANG DENGAN CERMAT.
MAAF ZAHIR DAN BATIN</font id="red"></b>