slalu kalau kami pegi mancing ruan kat ladang sawit terjumpa plak anak2 bujuk tak yah nak main2 kacau anak2…
letak je dia terus sambar dan sentakkkkkk…
dapat bujuk…
slalu orang memang cari bujuk sb isi sedap dan berkualiti sb duk dalam hutan…
bujuk tak macam toman, toman makan bangkai sb tue org tak nak…
bujuk jarang dijumpai…
[IMG]http://i496.photobucket.com/albums/rr327/fishunter90/ruan-1.jpg[/IMG][IMG]http://i496.photobucket.com/albums/rr327/fishunter90/ringlogousm-1.jpg[/IMG]
REZEKI DARI ALLAHKEDAI PANCING ALOR PONGSU
Salam semua, saya dapat tahu ada satu kawasan memancing ikan bujuk di Tiram Jaya, tapi saya dinasihatkan oleh kawan saya yang tinggal di situ supaya membatalkan niat tempat tu adalah kawasan ULAR TEDUNG SELAR mencari rezeki. Tempat tu juga terkenal dalam kalangan orang kampung sebagai tempat memancing ikan kepar/patung. Menurut kawan saya tu, yg anehnya pemancing ikan yg memancing ikan di kawasan tu lebih kerap terjumpa ular tedung berbanding orang yg bekerja di kebun. Terdapat beberapa cerita dari kawan sekampungnya tentang saiz ular tedung yg sangat luar biasa besarnya. Beberapa minggu yg lepas seekor ular tedung bersaiz belasan kaki telah ditembak oleh orang kampung Tiram Jaya. Saya akan bertanya kepadanya sekiranya ada gambar yg sempat dirakam.
setahu aku hanya ular2 besar mcm ular sawa je yg anggap kita ni sebagai mangsa, selebihnya hanya anggap kita ni sebagai ancaman bagi dia org.mereka hanya menyerang kalau diusik secara sengaja atau pun tidak.
ulaq selain sawa selalunya menyerang bila rasa terancam ja..tak tau la plak sengaja menyerang..hehe..tapi ada angler cakap masa guna umpan tapa spesis ular tedung selar suka tunjuk body..hehe
Ada kes ular tedung selar di Kg Tiram Jaya juga yang menyerang orang tanpa provokasi. Seorang perempuan telah diserang oleh seekor ular tedung selar yang besar ketika dia menajak di tepi rumahnya. Mengikut cerita perempuan tu, (kakak kepada kawan saya yang menceritakan kisah ni kepada saya) ketika mula-mula diserang dia merasakan dirinya diserang seekor beruk (mungkin kerana saiz dan bentuk kepala ular tu yg sedang mengembang seolah-olah macam beruk) Ular ini berusaha ‘menolak’ kain batik sarung yang dijadikan tudung di kepalanya dan serkup kepala yg dipakainya namun tidak berjaya dan akhirnya ular tersebut putus asa dan meninggalkan kakak kawan saya. Dia menceritakan saiz ular yg menyerangnya sebesar tiang elektrik konkrit namun orang kampung kurang mempercayainya. Beberapa hari kemudian, tidak jauh daripada rumah kakak kawan saya telah dijumpai sarung kulit ular tedung selar yang besar dan orang kampung percaya dengan cerita kawan kakak saya. Menurut cerita kawan saya tu, warna ular tedung selar yang bersaiz besar di kampungnya hampir menyerupai warna kuning pinang masak. Dia juga biasa melihat ular tedung selar yg bersaiz kecil tetapi warnanya ada belang hitam pudar. Wallahualam. Ada beberapa kisah yg agak menarik juga yg berkaitan dengan ular tedung selar di Kg Tiram Jaya yg akan saya ceritakan sebagai selingan topik ‘Bujuk Hunter’.
Akak tu dalam perlindungan Allah. Antara lain cara kita berikhtiar memohon dijauhkan marabahaya ialah dengan membaca ayat Kursi sambil berhenti di 9 tempat dalam ayat tu sebelum kita memulakan langkah untuk memancing, berburu, trekking di hutan atau memulakan perjalanan. Sekiranya kita tersasul atau tidak berhenti di tempat yg sepatutnya. Berhenti dahulu dalam lima minit dan ulang semula sampailah lancar membaca ayat Kursi di 9 tempat yg sepatutnya. Insyaallah kita terjauh dari marabahaya. Petua ni saya baca dari buku Dr Harun Din Al Hafiz.
quote:Originally posted by delan08 Akak tu dalam perlindungan Allah. Antara lain cara kita berikhtiar memohon dijauhkan marabahaya ialah dengan membaca ayat Kursi sambil berhenti di 9 tempat dalam ayat tu sebelum kita memulakan langkah untuk memancing, berburu, trekking di hutan atau memulakan perjalanan. Sekiranya kita tersasul atau tidak berhenti di tempat yg sepatutnya. Berhenti dahulu dalam lima minit dan ulang semula sampailah lancar membaca ayat Kursi di 9 tempat yg sepatutnya. Insyaallah kita terjauh dari marabahaya. Petua ni saya baca dari buku Dr Harun Din Al Hafiz.
talitampar
btol tu...semua tu datang dari Allah..doa ngan tawakal jadik bekalan..
bagi makan anak ikan le jang oiiii kekadaang cengkerik nasib baik cicaak jatuh dari syiling pun den beri perg cara dia makan jangaan cerita la berdentum hehehehehe