Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua para pembaca sekalian.
Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab lambat buat report ni.
Sebelum ni saya memancing dalam kolam 5 ringgit. Kali ni saya ingin berkongsi bersama aktiviti memanving ikan bulan pulak.
Mari kita imbas kembali gambar-Gambar memancing sebelum ini…
[/img]
zon perang

syed dan adiknya casting

Abahku dengan ikan championnya waktu tu
Pada kali ini ‘program’ telah diatur dengan lebih teliti dalam mengambil kesempatan cuti yang tak berapa panjang (2 hari je). Ditambah pulak zon perang bulan hanya berlaku sekejap sahaja.
TARIKH : 1 Mei 2010
MASA : Awal pagi dan lewat petang
LOKASI : Seri Manjung, Perak
TARGET : Ikan Bulan
AHLI : Saya dan Adik (Kali ni baru join, itu pun join sekejap je)
Lokasi hanya 5 minit berjalan kaki dari rumah. Seawal pukul 7.30 saya sudah sampai keseorangan diri di lokasi pertama. Saya juga telah mengajak adik join skali tapi katanya “sat lagi aku pi” Maka pancinglah kesorang diri lagi. huhuu..
Di spot pertama, air masih penuh dan tiada kelibat bulan bermain air. Terus saya berpindah ke spot sungai belakang rumah. Kali ni saya nak cuba test gewang kerdil yang agak mahal ni. Beberapa kali cast sudah mengena ikan yang pertama, Ubi. Tapi teruja tengok cara sambaran ikan ni.

Ikan ni sanggup kejar gewang sampai ke tebing!!
Ikan tersebut terus dilepaskan kembali. Saya meneruskan balik balingan dan merasa agak aneh sebab tiada sambaran yang berlaku. Tukar pulak gewang kerdil oren. Peliknya ada pulak ikan yang nak sambar. Ikan Haruan menyambar tatkala gewang dikarau secara laju.

Haruan juara pecut nak sambar gewang
Dalam banyak kali cast, dapat jugak ikan sasaran. Seronok tak terhingga walaupun ikan kecil je.

Bulan pertama membuatkan tersenyum . . .
Selepas itu banyak sambaran berlaku dipercayai bulan tetapi semuanya rabut. Kadang-kadang takut dan terkejut tengok sambaran bulan dan adakala sambaran berlaku bila gewang baru tiba ke tebing!!. Macam kilat wooo..
Boring bila asyik rabut je, saya berpindah ke lokasi pertama tadi. Kali ni airnya sudah beransur surut dan masa terbaik memancing ikan bulan. Dan lebih sempoi lagi adik saya pun turut sama join perang bulan ni.
Acara pun dimulakan walaupun kelibat bulan masih tiada lagi. Strike berlaku dan tanpa disangka ikan belukang yang agak kasar menyambar gewang. Ingatkan ikan besar.

Belukang tipah tertipu
Lepas tu banyak pulak belukang ni makan gewang dan rasa seronok pulak tarik ikan ni walaupun ikan target tak muncul-muncul. Kerapkali double hookup terjadi.

Double hookup

Belukang lagi
Kami memancing sepuasnya sehingga mata kail patah!!! Seterusnya kami mengambil keputusan untuk berhenti je dan pulang ke rumah. Aneh sebab tiada bulan kelihatan ketika air cantik dan sesuai untuk bulan berpesta.
Pada lewat petang, sekali lagi saya keseorangan diri dan adik saya akan menyusul nanti untuk memancing bulan. Dan kali ni saya standby dengan macam-macam gaya. Saya mencuba kaedah cast apollo saiz 8. Semasa saya apollo, adik saya keluar membeli anak ikan. Geram katanya tak dapat bulan. Saya meneruskan apollo dan terus mendapat banyak sambaran tetapi hanya seekor yang terlekat di matakail. (maaf gambar tiada sebab kecik sangat, 2 jari je, comel sangat. hehe..)
Geram dengan serangan tu, saya terus menukar dengan apollo saiz kasar, no.18!!!. Kali ni saya tak memberi peluang. Ternyata terus mendapat hookup dari ikan bulan.

Bulan pertama petang itu guna apollo no.18.
Bulan kedua pulak menyajikan perlawanan yang mendebarkan dan aksi menjunam berkali-kali. Rupa-rupanya sangkut kat pipi.

Patutla kuat semacam, misscall tak menjadi.
Seronok bila bulan sambar mesti kena tapi ianya tak berpanjangan kerana sambaran makin berkurangan. Satu ketika karauan saya terhenti dengan sambaran ganas dari bulan kasar. Bulan ni cuba buat sambaran misscall tapi terkena badan. Ikan berjaya melepaskan diri. Kuat asakannya hingga meluruskan mata apollo 18!!. Cuma 3 ekor saja yang berjaya dipancing.
Adik datang dengan membawa umpan anak ikan sebungkus. Adik saya cangkuk terus anak ikan berpelampung. Tak lama kemudian naik seekor bulan.

Adik dengan bulannya…
Lepas tu dia lagi. Kali ni perlawanan agak menarik.

Ikan cuba meloloskan diri dengan menjunam

Bulan lagi…
Saya jeles pulak tengok adik, asyik dia je yang kena. Dari apollo terus menukar strategi umpan ikan hidup. Dan kali ni saya pulak yang kena.

saya dan bulanku…

close up dengan saiz bulan
Selepas itu waktu semakin gelap dan kami mengambil keputusan untuk pulang.

sebahagian ikan yang dipancing dengan apollo

Susun teratur tu…

habuan lauk

cara meregangkan tulang-tulang untuk mudah makan tanpa risaukan tulang yang berselirat!!
Sekian sahaja laposan saya untuk kali ni.
Harap maaf jika ada kesalahan sepanjang report ni.
jom join
012-2148135
im_sf85@yahoo.com



[/IMG]
