Intro Candat di Durian Daun.
Lambaian Kampung Durian Guling... Candat Sotong [img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/marang8.jpg[/img] Lebih dari 500 km perjalanan.“Abg iDAN saya tak jadi pergi, nenek saya masuk ICU nanti Abg Idan telefon Pak Ya.. ada tak telefon Pak Ya..?” Saat akhir berdering telefon. Sekitar jam 4:00 petang Fairus telefon. Seharusnya menjelang isha kami akan bertolak ke Kuala Terangganu. Mencandat sotong sekitar Pulau Kapas.
“Tak ada…” Terasa terkilan pun ada, berbaur simpati. Tak kan nak biarkan neneknya Fairus tenay di ICU.
“012965xxxx… minta maaflah abg iDAN”
“Tak apalah jika bilik Caletnya kecil boleh aku sewa dua pintu..”
Aku terbayang akan Syukria, Pak Ya & Nuzul. Kami semuanya bukan taraf sifu dalam bab turun ke laut. Itu satu hal, aku terbayang jika aku terbabas dari konvo dengan Pak Ya, aku sungguh tak biasa dengan perjalanan di Pantai Timur. Cuma pernah sekali aku memandu sendiri ke Cherating sekitar tahun 90an. Masa itu Mila memakai kereta Wira EaroBack. Penatlah amat memandu, ke Cherating pun mengambil masa lima ke enam jam. Ini kan pula jauh dari itu. Masa itu mana ada Lebuh Raya Pantai Timur lagi. Perjalanan dengan selorong pergi & selorong balik amatlah merimaskan. Selebihnya jika aku ke pantai timur, duduk manja, tumbang orang atau menaiki bas.
Syukria sebagai ketua atau tuan rumah pun tidak menyediakan peta perjalanan. Mungkin lantaran Fairus telah biasa ke sana, maka apa perlunya peta segala. Harapan aku bergantung kepada Pak Ya.
Awal jam 8:00 malam Pakya telah telefon. Memang ketika itu seharusnya aku Sekitar jam 8:15 malam barulah kami bertolak dari Jenaris. Sebermulanya perjalanan banyak amat aralnya.
Baru nak kunci pintu rumah meluru kucing-kucing minta makan. Semuanya bukan kucing kami. Si kembang ekor, pantang masuk rumah pasti kencing. Si Topeng gemuk, perutnya dah nak besar tempayan asyik beranak. Anak si Topeng pun datang, selalunya tinggal entah di mana. Si Jantan Coklat paling kuat memanjat. Pandai cari lobang masuk rumah keluar tak tahu. Tahu-tahu habis serumah pekat bau tahinya. Belum lagi dua tiga ekor yang lain. Jumlahnya ada lima atau enam ekor sering datang bertandang. Makan & manja bukan main dengan anak-anakku. Tak sampai hati nak biarkan kucing ini kelaparan. Maka terpaksa pula beli makanan kucing.
Lambatlah tentunya.
Sementara Mila & Afiz kasi makanan kucing-kucing. Aku pun sempat mencari si Nusantara, aku tahu ianya sering ada di sebelahan Gerai Sampan. Sudah naik harganya si Nusantara. Dulu RM2 sahaja, sekarang telah naik RM2.50.
Avanza Mila menuju ke Lebuhraya Saga Kajang Cheras. Dari TESCO aku menuju ke stesyen minyak Petronas.
“Nak ke mana pula ni..?” Agak tinggi suara Mila.
“Kita singgah Petronaslah, Mila kata nak keluar duit..”
“Mana ada Mila kata nak keluarga duit, Mila kata nak ke bank..”
“Cakaplah nak ke bank Kajang, nak buat perpindahan duit..”
“Mila tak cakap pun nak keluar duit..! nak ke ATM …”
Kajang bagiku Bandar yang sesak, payah amat nak cari parkir, lama sangat terpaksa berbaris di lampu isyarat. Peliknya Mila siang tadi dia ke Kajang masalah giginya. Pergi ke Klinik gigi, kenapa tak buat urusan bank semua itu. Aku mati-matian ingatkan dia mahu kerditkan duitnya.
Terpaksa ke Seri Serdang, biar pun agak jauh tetapi tidak sesak & boleh ikut Sungai Besi masuk ke MMR2. Terus ke Sekolah Teknik Gombak, sebab Aziq masih menanti kedatangan kami menyemputnya. Sepanjang jalan kenderaan bertali arus, sesak amat. Maka itu aku mahu amat bertolah selepas jam 10:00 malam. Bila ku lihat telefon bimbitku, telah bertalu-talu nombor 012965xxx tidak berjawab; panggilan dari Pak Ya.
“Pak Ya kat mana sekarang ini..”
“Tol Gombak…”
“Dah lama sampai dah..”
“Sejam lebih dah menunggu ni.., Abg iDAN kat mana!” Memang pun telah 9:45 malam.
“Sebelah tol ini, tengah ambil Aziq, kejap lagi kami sampai..” Terasa bersalah amat bilamana mengingatkan temujanji ini di mana angkara tidak menghormati waktu; ada orang menjadi mangsa. Aku malas membebel sebab ayat yang sama akan aku terima. Mila memang selalunya begini. Jika majlis kenduri kendara pun asyik jadi tetamu akhir. Selalu amat jika ke mana-mana jemputan. Orang sedang kemas bangku meja baru kami sampai. Jika tidak aku menggesa agar segera bersiap; pasti akan lewat.
Teringat akan pesan Cikgu Mutalib ketika di Asrama Putra, Jalan Watson Ipoh..
“Ada ketikanya hidup kita ini perlulah bersikap rugget, rugget dalam eri kata tahan lasak..” Maksudnya kita kena pandai menyesuaikan diri. Rugget bermaksud berpakaian serba ringkas sesuai dengan masa & cuaca. Jika kita lihat pelancong Mat Saleh melawat negara kita mereka berpakaian serba ringkas, berbaju T & berkasut sukan.
Jika sekadar mahu berkelah, tak payahlah berpakaian kemas amat. Perlukah seluar kena licin berstreka, baju kena digosok rapi. Cukuplah sekadar berseluar ringkas atau jeans & berkemaja T. Buat Mila tidak begitu, bila-bila & segalanya mahu kemas, bagaikan mahu pergi ke majlis kahwin, atau berperaga bak paragawan, berfesyen terlampau. Anggun selalu. Payahnya. Maka itu terlalu ambil masa untuk bersiap tiap kali maju ke mana jua. Aku teringat bagaimana kemasnya rakan sebilikku Napi. Sampaikan singlet pun mahu berstreka. Maih ada orang lain lagi kemas dari Mila.
-bersambung
Jika anda rajin klik ke Blog Penyair iDANRADZIi
Terdapat ceritera seterusnya… Candat di Durian Guling.</font id=“green”>
http://idanradzi.blogspot.com/2009/05/lambaian-kampung-durian-guling.html
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/dewi3.jpg[/img] Che Wan merenung jauh ... Amirul dibelai mimpi Sang Puteri si Dewi Tenggiri. Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!! Dalam mabuk² boleh lagi naikkan tenggiri...Ini Pengenalannya sedikit</font id=“orange”>
“Ada tiga orang lagi tidak pasti ikut trip kami” Awal pagi Rabu Fairuz bersungut.
“Dari sini Fairuz berkereta dengan siapa?” Aku cuba mengungkai trip memancing yang did rancang sejak tahun lalu.
“Saya dengan adik saya sahaja”
Aku mula terbayang bagaimana kecewanya aku ketika di Perairan Wan Man. Aku tumbang. Misi utama mahu mancandat sotong gagal. Memang tak puas memancing bilamana laut bergelora & aku terkapar menatap bintang di celahan awan menggamit aku.
Bukan sotong yang dapat aku candat tetapi berkhayal dengan Mambang Masjid Kristal & Geisha Bunian Jepun bercakaran.
“Bagaimana aku mengikut trip Fairuz ini demi menebus rasa tidak puas di Perairan Wan Man” Aku berbisik dalam hati.
“Jika aku nak ikut boleh tak?” Aku terbayang Fairuz , Fareez, rakan lain & aku akan …menjejak Dewi Tenggiri. Sedili memang perkampungan keluarga tenggiri. Aku memang teringin menjejaki Dewi tenggiri. Belum pernah aku melihat senyum Dewi Tenggiri dalam khayalanku.
“Jika abg iDAN nak pergi bayar RM170 pun tak kisah yang lain saya boleh tampung” Fairuz macam beriya-iya ingin aku pergi.
“Perbelanjaan itu bukan isunya Fairuz…Siapa iyer rakan lain itu”
“Che Wan & pemancing Johorlah abg iDAN” Aku memang teringat akan sapaan Che Wan di MFN untuk bersama memancing di Penyabong kira-kira dua tahun lalu. Malahan dia ingin menampung semua perbelanjaan aku jika sudi bersama memancing dengannya. Mungkin ketika itu dia terbaca ceritera Pari Jelmaan yang aku tulis di MFN.
Siapa Che Wan ini memang menjadi misteri bagiku. Tetiba begitu baik & bersungguh-sungguh mahu bersama memancing denganku memang membuat aku tertanya-tanya.
Senyap-senyap aku ke Penyabong kali kedua.
Bila terkenang Che Wan aku terasa bersalah lantaran aku pergi ke Penyabong tanpa pengetahuan Che Wan; ada aku tulis ceritera Sayunya si ikan Yu. Trip kecewa dengan Tekong di Penyabong. Teringat akan Penyabong memang aku rindu amat untuk ke sana lagi. Terutama mahu ketemu dengan Tekong Tenang.
Bilamana aku amati pelawaan Che Wan memang teringin mengenali siapa sesungguh Moderator MFN ini Kerap aku bertanya dengan Fairuz bagaimana perwatakan Che Wan. Sebab aku tahu Fairuz & Fareez kerap telah memancing dengan Che Wan selaku ketua kumpulan.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/lautazim1.jpg[/img] Di desiran ombak ganas inikah Dewi Tenggiri menyendiri!...“Okeylah jadi!!!… abg kau nak ikut!, emmm! aku suka guna duit aku sendiri tak sedap hati kalau orang sponser, Fairuz sendiri faham perangai aku kan? Fairuz pastikan berapa tambang bot…”
“Betul ini abg iDAN , saya telefon Fareez & Che Wan kasi tahu abg iDAN ikut sekali!.. abg iDAN bayar tambang bot sahaja duit minyak & tol tu kami tampung!”
Fairuz terus menelefon Che Wan, dari bualan di telefon bimbit Fairuz, tambang bot sahaja RM200. Aku mencongak tambang perjalanan kami duit tol & minyak sekitar RM150. Selalunya setiap kali trip yang Fairuz kelolakan kami kira bersama perbelanjaannya & membahagikan samarata dengan ahli rombongan. Memancil@mengail bagiku adalah aktiviti rekreasi & salah satu cara mencari rakan sehobi. MFN adalah satu wadah yang cepat & tepat untuk kita mencari rakan memancing; itupun jika kita pandai membawa diri & ikhlas.
Episod i</font id=“teal”>
Dari Pengesahan Doktor Imah Pusat Kesihatan UPM (PKUPM) Kesihatan aku kembali normal. Tekanan darahku jarang dapat sebaik ini 127/78 mm Hgsystolic, Glukos yang hampir ke 7 mmol ( 6.7 mmol glukosa/liter ) Kini telah pun normal sekitar 5 mmlol. Pastinya satu perkhabaran gembira buatku.
Malahan Dr Imah telah mengurangkan kadar dos ubat tekanan darah tinggi. Sakit buah pinggang pula aku masih yakin dengan Dukun Kim Loy. Memandangkan tekanan darahku aku telah normal, seharusnya aku buat ujian kolestrol dibatalkan.
“Bulan Jun nantilah kita buat ujian..” Pastinya aku gumbira, ambil darah untuk ujian kolestrol selalunya bukan sekadar sedikit. PKUPM sudah bagaikan markas Drakula, asyik sedut darahku. Sebaba itu bebaru ini aku demam lebih dari seminggu tak mahu aku ke klinik, aku telah pasti mesti darahku akan jadi mangsa.
Jika diamati tekanan darahku di bukan Februari 20.2.2008 sekitar
141/99 mm Hgsystolic masih tak normal, biarpun aku sudah makan ubat. Bagi mereka yang senasib sakitnya denganku pasti tahu betapa beratnya ingin bangun pagi pun betapa terketar-ketar tangan jika terlewat makan ubat.
Aku juga banyak memakan ubatan herba dengan secara ulaman, seperti berulam pucuk mengkudu. Tuju jarum, misai kucing jika terasa buah pinggang sengal-sengal aku akan rebus daun pecah kaca.
Jadi aku terfikir apa salahnya jika aku menyambut kejayaanku menentang pakej sakit tua ini untuk mengikut trip Che Wan. Lagipun pastinya Che Wan memerlukan pemancing di saat-saat akhir ini. Demi mengurangkan kos sewaan bot dan lain-lain.
Lagipun aku, Fairuz & Fareez memang rasanya rakan yang sepadan untuk ke laut.
Sedili memang menjanjikan banyak tenggiri. Rekod Fairuz mendapat 27 ekor tenggiri masih belum pecah lagi bagi dia & Fareez. Aku membayangkan pasti ada Dewi Tenggiri yang masih bersembunyi di Sedili. Kenapa aku katakan ada Dewi Tenggiri. Selalunya begitu jika terlalu banyak lebah berkumpul mencari makan mesti ada Ratu Lebah. Semut juga begitu; jadi pasti ada Dewi Tenggiri yang tentunya bersaiz ratu & anggun menggemparkan. Aku ingin menjejakinya!.
Cuma masalahnya bagaimana aku mahu meminta izin dari Mila. Baru sangat aku turun ke laut.
“Petang Jumaat aku akan bertolak dari rumah, Mila selalunya balik sekitar magrib; emmm! pesan kat anak-anak sahaja yang ayahnya turun ke laut… lagipun dua malam sahaja di laut!” Aku merancang cara terbaik lari dari rumah. Jika bersemuka dengan Mila silap-silap dapat ayat yang panas telinga mendengarnya.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/hujanjena.jpg[/img] Jenaris lama tak turun hujan, harap-harap Sedili juga begitu“Abg iDAN cuba baca forum di MFN tentang trip kita ini..” Fairuz mengganggu menunganku.
Trip Karang Ngah (sedili)
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=13020&whichpage=4
Che Wan…
sebarau..tolong inform semua kaki2 yang akan ikut serta dalam trip may ini. kawan rasa kita buat trip 2 hari 1 malam sahja dikarang ngah kerana tenggiri sedang frenzy sekarang. dan tolong konfemkan dgn tekong berapakah kos sebenar untuk karang ngah 2 hari 1 malam.</font id=“blue”>
Aku kasi respon…
Salam…
Tak sangka pula boleh ikut trip ini, insyAllah kami boleh sampai sekitar 1 pagi, kami merancang bertolak sebelum magrib sbb ada agenda hantar & mengambil seseorang di perjalanan. C.Wan… dah berapa orang yg pasti pergi selain kami bertiga. Sy punya tambang bot dah kasi kat Fairuz.
C. Wan sebagai sifu kena turunkan segala ilmu@saka ngail kat sy baru amat kenal dengan persekitaran laut ini.
Che Wan:
a.alaikum kenkawan..
kawan sangat berbesar hati dapat memancing bersama gelenggang. insyaallah sepanjang trip nanti kita akan kongsikan bersama tip, ilmu, info dan pengalaman kita semua. semoga allah swt permudahkan segala urusan…insyaallah.
kami seperti biasa akan berada di Restoran Jenggo jam 1 pagi hingga jam 2.30 pagi. sekiranya bro nak join datanglah kesana.</font id=“blue”>
“Jika jam 1:00 pagi … sempatkah kita sampai jika mahu bertolak selepas magrib?.” Aku persoalkan perancangan Fairuz; sebab ada dua agenda yang terpaksa dia tunaikan.
Pertama mahu menghantar rakannya ke Terminal Bas Kajang selepas magrib; Kedua mahu menjemput Fareez di rumah mertua di Banting setelah ke Kajang. Sempatkah?.
Aku membayangkan Kota Tinggi itu terlalu jauh; aku macam biasa tidak sabar jika mahu ke laut. Apatah lagi memang aku pernah ke Kota Tinggi; sungguh teramat jauh. Rasanya empat jam belum tentu boleh sampai.
“Elok kita bertolak sekitar jam 6:30 petang dari Bangi; aku telah mencongak waktu jika selepas magrib memang tidak sempat tiba sekitar 1:00 pagi di Kota Tinggi…”
Sebenarnya jika boleh aku tidak mahu ketemu Mila ketika Magrib Jumaat itu. Maka itu lebih suka cepat keluar rumah.
Khamis malam Jumaat itu aku telah mengemaskan semua baranganku. Kebetulan Mila melawat ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR). Jadi tidak timbul dia persoalkan kenapa aku berkemas. Setelah kemas semua aku terus tidur awal. Dari kebiasaannya Mila pasti akan pulang sekitar 10:00 ke 11:00 malam.
Telahanku meleset!. Pagi Jumaat dia lewat bertolak ke ofis, selalunya jika dia lewat mesti ke klinik; bagaimana aku ingin lari dari rumah; Mila senyap-senyap bercuti tentunya, masalah sakit di bahunya tidak selesai. Dia jarang meminta aku menghantarnya. Bagaimana aku mahu minta izin ke laut petang nanti!
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/banner.jpg[/img] Pulau Sekitar Karang NgahEpisod 2</font id=“purple”>
Sepanjang Jumaat seperti lazimnya aku akan menari maklumat tentang tempat yang bakal botku berlabuh. Sedili, Pulau Aur & perairan sekitarnya.
Tanjung Sedili
Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di timur laut negeri Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.
Kampung ini ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.
Sejarah Sedili
Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi “Tak tengok si Deli ke?” dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.
Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.
Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.
Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.
Bot kami bakal bertolak dari Jeti Sedili Besar.
Pulau Aur
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/aurmai3.jpg[/img]Pulau Aur, seperti Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang terletak di Taman Laut Johor berhampiran Mersing terkenal sebagai salah sebuah destinasi menyelam skuba yang terunggul. Kawasan laut yang lebih dalam di sekitar pulau ini menjanjikan jarak penglihatan bawah laut yang jelas serta pelbagai jenis spesis hidupan laut yang mempesona yang dapat menarik ramai pelancong dan penyelam di hujung minggu.
Keadaan hidupan laut yang sihat dan pelbagai di sini juga menarik minat pemancing ikan yang berharap dapat menangkap spesis ikan besar seperti ikan mersuji atau ikan layaran di luar kawasan Taman Laut yang terlindung. Banyak kapal-kapal layar bersauh di perairan laut tenang antara Pulau Aur dan Pulau Dayang.
Terumbu karang utama terletak di sebelah selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian teratas terumbu di sini terletak di kedalaman lebih kurang 12 meter dan melandai ke bawah sedalam lebih 25 meter membuatkan lokasi ini amat menarik untuk diselam.
Tips
Sekiranya anda merancang untuk pergi menyelam di sini, anda boleh mengambil kesempatan pakej percutian yang merangkumi penginapan, makanan dan aktiviti menyelam skuba yang ditawarkan oleh pengendali tempat penginapan di pulau ini.
Pengangkutan
Jalan Darat
Dari kesibukan pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalanraya Johor Bahru - Kota Tinggi hingga sampai ke jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan pandu terus menghala ke Kluang melalui Jalanraya Kluang-Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalanraya Kota Tinggi-Mersing menghala ke Mersing. Ikuti arahan papan-papan tanda yang menunjukkan jalan untuk ke Jeti Mersing.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Johor Bahru, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC) di talian 607-2242000.
Penginapan
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/aur13.jpg[/img]Terdapat tempat penginapan calet yang kadangkala tutup sewaktu hari minggu sekiranya tiada pengunjung yang datang di sini.
Abstrak
Laporan ini mendokumentasikan penyelidikan arkeologi di Pulau Aur, Mersing, Johor. Tercetusnya idea untuk membuat kajian arkeologi itu disebabkan maklumat dan laporan tentang adanya artifak-artifak di sekitar Pulau Aur. Hasil daripada tinjauan serta galicari yang dilakukan itu, pulau itu didapati kaya dengan artifak-artifak dari dalam dan luar negeri, termasuk porselin biru putih dari negeri Cina, porselin Belanda, tembikar berglais dari Cina, tembikar tanah dari Aceh, tempayan Cina, meriam lama, tapak meriam dan kubur lama. Selain itu, Teluk Meriam, Teluk Berhala, Teluk Galing, Pasir Teluran dan Teluk Miyang pernah menjadi tempat persinggahan pedagang dari negeri Cina, Aceh, Belanda, dan Portugal untuk mengambil bekalan makanan dan air di samping berurus niaga dengan penduduk tempatan sekitar abad yang ke-17.
Kata kunci: Pulau Aur, Mersing, survei arkeologi, carigali arkeologi…
Banyak maklumat boleh didapati di Alam Maya tentang Pulau Aur. Ada banyak gugusan pulau, seperti Pulau Pinang (Bukan satu saja Pulau Pinang di Malaysia) , Pulau Dayang, & Pulau Lang segugus yang cantik batu karangnya. Berdekatan Pulau Pemanggil:
Pulau Pemanggil merupakan salah satu dari gugusan pulau di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Pemanggil terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Pemanggil merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockles). (Ada ceritera menarik tentang Pulau Pemanggil ini… nanti)
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/aur12.jpg[/img] Pasir di pantai sekitar Pulau-Pulau ini memang putih bersih.Pulau Tioman entah kali ke berapa aku nampak lambaiannya. Sejak di Penyabong lagi. Pulau impian yang teringin sangat aku bercuti. Tak sangka pula Pulau Aur, pun Pulau Pemanggil cantik & ada rumah resort yang memang menarik.
Sasaran menjejaki Dewi Tenggiri hanyalah di sekitar Pulau Aur.
Fairuz sempat mengikat mata kail untuk tenggiri. Masalah yang timbul bagaimana mahu mendekati Dewi Tenggiri jika tiada kekili yang sesuai. Diam-diam Fareez telah SMS Che Wan agar menyediakan aku satu set pancing untuk tenggiri.
Aku membuat keputusan setelah syolat Jumaat terus sahaja pulang ke rumah. Terlalu suntuk masanya jika mahu balik ke rumah setelah cop jari 5:30 petang.
Seperti yang aku jangkakan bilamana aku balik ke rumah Mila telah lepak di depan TV. Hasrat mahu lari dari rumah nampak terbatal!.
“Nak ke mana nampak kemas-kemas barangan ini!”
“Biasalah tuntutan hobi, nak turun ke laut mancing!” Nampak wajah Dewi Tenggiri siap bergincu.
“Bila pula baliknya.. nak baliknya bila…!” Macam lain saja ayatnya.
"Ahad petang sampailah rumah!"Dalam hati yakin memang takkan sampai petangnya!.
“Mak kat hospital lagi, Mila nak lawat emak esok!” Emmm! boleh katakan dalam sebulan dua mesti akan ditahana di wad. Mak mertuaku ini sudah malas nak makan ubat.
“Okey, kirim salam kat emak!” Aku memang tak berani bual panjang. Dari lirik wajah Mila jelas bagaikan wajah isteri yang tidak gumbira suaminya turun ke laut.
Kerahkan Aziq untuk angkat barangan ke kereta perangku. Kena cepat bertolak dari rumah. Lagi pun telah jam 4:45 petang. Jenaris ke UPM sekitar setengah jam berkereta.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/chewan2a.jpg[/img] Subuh nan mengejutkanEpisod 3</font id=“purple”>
“Abg iDAN Che Wan telah sediakan set pancing tenggiri untuk abg iDAN” Fareez mengejutkan aku ketika kami telah menuju ke lebuhraya dari Banting.
Aku diam sahaja, terbayang akan cita-citaku agar memiliki barang sebuah kekili yang baik bagi meminang Dewi Tenggiri. Jika aku tidak mampu membeli yang baru, cukuplah sekadar kekili terpakai. Aku selalu juga membuat tinjauan di kedai menjual peralatan pancing. Boleh dikatakan semua kekili yang cantik & berjenama mesti sekitar RM500 ke atas harganya.
Aku melihat jam tangan 8:45 malam. Congakan aku agar tiba di lebuhraya ke Selatan sekitar jam 9:00 malam hampir menepati sasaran. Aku terbayang wajah Nik yang machoo, kasihan dia; atas gesaanku dia awal-awal Fairuz telah hantar di Terminal Bas Kajang. Belum magrib kami telah pun menghantar dia. Tentunya dia telah pun menaiki bas untuk ke Pantai Timur.
Pak Mertua Fareez yang aku temui tadi masih lagi tak kebah demamnya. Memang musim demam. Aku pun baru sahaja diserang demam & batuk dua minggu lalu. Satu yang mengejutkan Pak Mertua Fareez pernah berkerja dengan MARDI tempat kerja lamaku. Dia bertahun-tahun berkerja di Cameron Highland. Sebut MARDI di sana tentunya aku teringat abg saudaraku sebelah Opah Bi. Abg Rosli.
“Abg kenal tak dengan Abg Rosli..?”
“Apa tak kenalnya lama kerja dengan dia di Cameron Highland!, kenapa kenal rapat dengan dia ke?”
“Pangkat abang saudara, masa saya kerja di MARDI Serdang memang kerap berjumpa dengan dia. Bila dia telah pindah ke Cameron Highland memang lama tak jumpa”
Kecil dunia ini, pusing-pusing sudah kenal dengan orang yang sama. Ayah Fareez dikira tekong juga, punyai bot sendiri pun kerap turun ke laut dengan Fareez & Fairuz.
Aku tersepit di celahan peti ikan yang besar di kerusi belakang. Ngam-ngam muat badanku dengan saratan barangan lain. Entah bagaimana boleh Fairuz tersilap susun barangan. Seharusnya peti ikan besar muat di bonet belakang. Harap-harap sampai di Sedili badanku boleh mengecil dihimpit barangan. Langsing seperti zaman bujangku.
Aku terbayang wajah Che Wan di internet, aku mengandaikan Che Wan tak jauh rupanya macam Pak Mertua Fareez, berwajah sawa matang; Kulitnya terbakar. Sebab asyik ke laut.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/aru2a.jpg[/img] Aru & Fareez mengintai Dewi TenggiriLebuhraya agak sesak sebab Senin cuti umum. Tentunya ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung. Malahan kenderaan yang menuju ke ibukota pun tak kurang saratnya. Aku menjeling meter kereta Wira Fairuz yang dipandu Fareez. 120 km terkadang lebih dari itu. Nampak meter kepanasannya naik meninggi.
“Ini kali ke berapa iyer Fairuz kau turun ke laut dengan Che Wan!”
“Lima atau enam kot lupa dah!.. rasanya ada setahun lebih tak jumpa dia!” Memang Fareez & Fairuz kerap memancing dengan Che Wan. Bagiku memang tidak dapat membayangkan bagaimana orangnya Che Wan. Apatah lagi rakan pemancing Johor yang lain.
“Tadi aku cuba respon forum yang Che Wan tulis, teruk amat talian internet di UPM; tak kesampaian..”
“Isu apa tu abg iDAN!”
“Dia ajak rakan MFN yang di Johor jika ada masa sesama berkenalan dengan kita di Restoran Jenggo.”
Aku membayangkan wajah-wajah asing yang bakal aku kenali nanti. Memancing disamping dapat mengail ikan; sesungguhnya dapat menjalinkan talian persahabatan. Biarpun ada setengah kenalan itu agak janggal untuk didekati tetapi ada juga yang cepat mesra & rasa senang digauli.
“Nik hantar SMS ini dia dapat kenalan sebangku… gadis pantai timur!” Biasalah berjalan jauh. Di mana-mana kita boleh dapat kenalan.
“Jangan lupa isteri dalam pantang pulak!”
Sebut masalah isteri; bagaimana kaki pancing meminta izin turun ke laut dengan isteri. Apatah lagi jika kerap sangat. Tahun lalu jika tak silap aku sekadar dua kali ke laut. Selebihnya memancing sekitar tempat kerja sahaja. Fairuz kerap juga memancing sampai ke Thailand. Dengar khabarnya Che pun kerap memancing sampai ke Sarawak. Bagaimana penerimaan isteri. Apatah lagi terkadang terpaksa bermalam di Thailand.
Memancing terkadang memang boleh diandaikan mengutip pengalaman; boleh juga diandaikan melancung.
"Kita akan keluar pintu tol apa iyer!’
“Kulai!!!”
Mata tak mahu mengantuk, bayangan senyum Dewi Tenggiri langsung tak nampak di kotak ingatanku.
Episod 4</font id=“purple”>
Kulai
Bilamana dari tingkap Wira aku lihat ada kabel yang menggantikan bingkai besi pengadang jalan, pastu aku teringat Arwah Firwan yang kemalangan ketika idia mahu ke Johor Baharu. Aku memang tidak puas hati & bersungut kenapa Plus menggunakan kabel ini yang memang amat bahaya bagi mereka yang menggunakan motosikal. Bayangkan lah betapa tersiksanya Arwah Firwan jika memang betul dia tercampak ke kabel ini dengan motosikal berkuasa tingginya. Perbagai cerita tentang kemalangan Arwah Firwan ini di internet & bualan kekawanku.
Harapanku pihak Plus akan menukar kebal ini agar tidak sampai membahayakan pengguna lebuhraya. Terutama penunggang motosikal.
Bilamana Wira kepunyaan Fairuz menjejaki Pulai. Terasa pula bagai masuk ke jalan utama UPM. Pokok hujan-hujan nampak rendang menutupi lorong jalan. Panjang bandai Kulai ini. Dari kedai-kedai yang berselerak di sepanjang perjalanan nampak bandar ini kepunyaan Cina.
“Jauh lagikah Restoran Jenggo tu Fareez..?” Aku memecah kesunyian;
"Dua jam lagi kot!.."Dari percakapan Fareez memang dia suka berceritera dongeng. Aku antara percaya & tidak. Entah-entah lagi tiga jam.
Banyak maklumat yang Fareez berikan bagaikan bahan gurauan. Seperti abgnya Fairuz; main sebut saja bilamana aku bertanya perkara yang dia tak pasti. Itu yang terjadi pada kes nama si Zeedin, entah mana dia dapat. Bila aku telah tulis jurnal untuk pengembaraan aku ke perkambungan Mambang Masjid Kristal tempoh hari; semua yang membaca watak Zeedin tergelak besar. Zeedin sendiri meraban melihat wajahnya bernama lain.
Kalau dua jam sah kami telah lewat. Sekarang pun telah jam 12:15 tengah malam. Aku bersungut dalam hati. Aku terbayangkan Restoran Jenggo kosong, macam kedai di pekan Koboi. Tak ada siapa menanti. Salah siapa?. Sudah berjanji jam 1:00 pagi siapa suruh datang dekat 3:00 pagi. Che Wan entah-entah telah naik bot. Mahu tak dikasinya kami naik bot nanti. Memang Janji Melayu.
Aku melayan fikiranku. Teringat akan pengalaman Shukria ketika berulang alik lewat dinihari dari Kulai ke Kota Tinggi. Pernah pada satu malam itu hujan renyai-renyai. Kilat ketika itu sambung bersambung.
Jam di tangan Skukria telah melewati 1:45 Pagi. Dia mengemaskan butang jeketnya. Kabus telah mula memasahi jeketnya. Kabus bercampur rintik hujan.
“Sunyi amat malam ni..” Bisik hati Syukria.
Tiada kenderaan yang mengekori atau berselisih. Lampu RXZnya didongakkan. Nampak jelas garisan putih jalan yang baru dicat.
Syukria mula rasa tidak sedap hati sebab kilat tak putus-putus. Pokok-pokok getah disekeliling pula bagaikan mahu menyembah bumi. Angin begitu deras & kencang bagaikan ribut mahu melanda. Tambahan pula kabus dicelahan hujan renyai-renyai.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/antu6a.jpg[/img]Memang sunyi jalan Kulai ke Kota Tinggi ini. Tiba-tiba sampai sahaja Syukria di satu selekoh tajam. Dari celahan kabus & titis hujan gerimis, dia nampak satu lembaga berpakaian putih di tepi jalan melambai-lambai tangan; seolah-olah ingin menumpang RXZnya. Belum pun sempat dia membuat keputusan lembaga itu sudah kian menghampiri motosikalnya.
Syukria memperlahankan motosikalnya. Hatinya memang was-was, sebab kawan itu kawasan paya bakau. Hutan, memang dia tahu tiada perkampungan siapa pun di situ. Malahan memang kawasan itu ada papan amaran kawasan kemalangan.
Syukria telah mereka-reka tindakan; jika lembaga itu akan menghalang dia; pasti akan nekad melanggarnya sahaja. Dia tidak memikirkan lembaga itu manusia.
Bilamana telah benar-benar setentang dengan motosikalnya, Syukria memberanikan diri & cuba mengecam wajah lembaga berpakaian serba putih itu.
Sepintas dia melihat wajah yang bertutup dengan kelubung kepala sudah sampai mahu melemahkan setiap sendi tubuhnya. Hitam gelap & nampak matanya merah amat; bagaikan bercahaya. Bilamana Syukria melihat ke arah kakinya memang tergantung bagaikan tiada kaki terapung di bumi.
“Sah bukan manusia!!” Syukria memecut RXZnya bagaikan nak pecah enjinnya. Dia mengigil ketakutan. Apatah lagi jeketnya makin basah dilenjuni hujan. Dia tidak menoleh lagi di belakang & berdoa agar lembaga itu tidak sampai mengejarnya dari belakang.
Besoknya Syukria demam tak kebah & memang dia serik mahu pulang lewat malam melalui jalan Kulai itu lagi. Dari bualan kekawannya memang pada waktu magrib itu ada kemalangan maut di situ. Padanlah asyik menganggu.
Episod 5
Andaian Meleset
“Mana Restoran Jenggo ni!” Fareez memecah kesunyian. Kenangan misteri Syukria pecah & hilang dari ingatanku. Jalan yang sama kulalui, syukurlah tidak ketemu makhluk misteri macam Syukria temui.
“Kata lagi dua jam!” Aku rasa tertipu dengan sakatan Fareez. Fareez senyum melebar. Jam di tanganku belum pun cecah 1:00 pagi.
Dalam hati memang aku tak sabar mahu berkenalan dengan otai-otai pancing di Johor. Paling teruja mahu ketemu Che Wan. Apakah sama empunya diri seperti bayangan di kotak fikiranku. Kami parkir di hadapan bangunan kedai sebelahan kiri Restoran Jenggo. Besar Restoran Jenggo ini. Sudah awal dinihari, tak ramai pelanggannya. Dari jauh aku sudah meramal mesti yang duduk berbual itu Che Wan.
"Abg iDAN inilah Che Wan… " Fairuz memperkenalkan aku kepada Che Wan.
“Gelenggang!..” Aku memang tergamam. Dalam hatiku berbisik “Machoo orangnya… siap ada lesung pipit lagi” Senyuman Che Wan memang boleh menggoda siapa jua. Aku terbayangkan bagaimana beruntungnya isteri Che Wan dapat menambat hati Che Wan. Wajah semachoo Che Wan tentunya ramai peminatnya. Pastinya satu penasaran yang amat sangat untuk dapat mencuri hati Che Wan.
“Saya Abg Wan…” Rakan Che Wan dalam MSN nicknya WarnJohoe, orang Johor juga berkulit cerah. Bentuk mukanya bagaikan arwah Pak mertuaku. Nampak peramah & bewajah periang.
Aku banyak mendengar sahaja Che Wan, WarnJohoe, Fairuz & Fareez berbual. Banyak berkisar tentang pengalaman memancing. Paling baru WarnJohoe katanya dapat menjinakkan Patin bukan main besar. Faruz banyak menceritakan pengalaman dia memancing di Thailand. Bilamana mereka berceritera bab pancing memancing di laut dalam sememangnya aku yang lebih banyak mengail di tapak lombong seakan terpinggir rasa kecillah amat pengalaman memancingnya.
Memikirkan status Che Wan kesifuannya dalam bab memancing lagilah aku makin payah berbual. Rasa ingin belajar, segan & perbagai lagi berbaur dalam ingatan.
Aku sekadar minum, terasa juga laparnya perut, tak sedap hati nak makan sebab kata Fairuz kebiasaannya makan-makan semua tu memang Che Wan yang bayar. Memang aku amat keberatan nak makan belanja seseorang, masalahnya bila aku boleh membalas budi seseorang. Aku sendiri jenis manusia yang yang secukup & sekadarnya rezeki yang di miliki. Lagipun semasa di hentian Ayer Keroh aku telah pekena mi kari. Perut ini yang tak tahu rasa kenyang kot.
Ada lagi empat orang pemancing yang belum muncul-muncul. Hari telah melintasi 1:30 pagi. Kata Fareez dari Restoran Jenggo ke Jeti Sedili Besar sekitar sejam. Aku tidak yakin lagi dengan jangka waktu yang Fareez congakkan.
Bualan memancing empat pemancing ini memang tak habis-habis. Selang beberapa ketika ada kumpulan pemancing dari Singapura singgah sebentar. Tentunya mereka yang sering membaca MFN. Pelawaan Che Wan untuk berkenalan dengan kami nampaknya mendapat respon.
Memancing sesungguhnya dapat mengeratkan sirratulrahimi antara pemancil seluruh pelusuk negeri malahan negara yang lain.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/amirul2.jpg[/img] Amirul cuba merisik Dewi Tenggiri.Episod 6
Wajah Jawa
Aku bersalaman dengan Aru, Ajak ,Brother Joe & Amirul. Aru seorang yang segak ala pelakon filem, putih & terpancar perasaan jujur di raut wajahnya. Ajak nampak brutal dengan jeansnya, nampak muda & seorang periang. Brother Joe mengingatkan aku tentang Pak Toyo pak cik Mila, berkulit sawa matang dan dari bualannya tampak akan sikap merendah dirinya. Macam wajah Jawa, hatiku terdetik mahu bertanya. Takut silap tafsiran pula. Amirul adalah cahayamata Che Wan masih di bangku sekolah. Pasti seorang sifu dalam bab memancing. Fairuz selalu cerita pasal keluarga Che wan. Pertemuan dengan Amirul ini bukan pertama baginya. Amirul memang rajin mengikut ayahnya memancing.
WarnJohoe meminta diri kami menuju ke destinasi seterusnya.
Sempurna sudah kami berlapan akan menjadi penjejak Dewi Tenggiri. Aku memang tak sabar lagi dilambung ombak & ingin menghulur umpan ke dasar laut. Memujuk khazanah laut naik ke darat. Mengacau perkampungan ikan yang tentunya amat luas & tidak terduga.
Tanjung Sedili Besar, itu yang tertera di wikimapia; Jeti yang kami akan tuju. Agak jauh juga melintasi jambatan lengkung juga merentas kelapa sawit. Sepanjang dinihari ke Tanjung Sedili hanya kereta kami saja membelah dingin kabus.
Sekitar empat puluh lima minit kami sampai di jeti.
Masih gelap, tak dengar pun bunyi cengkerik, jauh sekali desah ombak. Tenang amat dinihari di Sedili. Nampak cahaya bulan tumpah ke laut. Padanlah Usman Awang tegar tenang mengarang di sini. Ada masjid bersebelahan jeti. Ada sekumpulan pemancing lain yang tentunya akan ke Karang Pak Ngah. Lampu jeti pun tidak dinyalakan. Dalam kegelapan aku terkial-kial menghantar SMS ke Aziq menyampaikan pesan buat ibunya yang ayahnya telah selamat sampai di Sedili. Aku masih amat gerun menerima SMS dari isteri, takut ayat lazim yang boleh menyiat hati.
“Fairuz kau cubalah ambil gambar pepagi kat jeti ini kot boleh kita masukkan ke dalam jurnal abg kau ini!..” Aku memujuk Fairuz dia menyelungkar beg galasnya untuk mengodek kamera digitalnya. “Tak payahlah ambil gambar abg kau ini, tak lawa kat gambar perut dah boroi amat ini!” Dia klik beberapa keping.
Aku dengar Che Wan menelefon tekong yang tentunya telah bersedia untuk belayar. Memang tak lama kami menunggu, sebuah bot yang sasa. Besar amat berlabuh di jeti dengan tiga orang anggota mengemudinya. Tentunya seorang tekong & dua orang awak-awak.
Nun jauh di hayalanku. Aku nampak riak di air & bagaikan sirip Dewi Tenggiri berkicau di celahan buih ombak. Pastinya aku tergoda dengan silauannya bagaikan Nordin Ahmad tengah diamok asmaradana.
[img]http://i526.photobucket.com/albums/cc341/idanradzi/jeti3aa.jpg[/img] Che Wan & cahayamatnya ... Amirul di dingin dinihariSila Rujuk sini kisah seterusnya…
Mirror Menjejaki Dewi Tenggiri… Klik di bawah.
http://www.fishing.net.my/FORUM/topic.asp?TOPIC_ID=15130&SearchTerms=fareez</font id=“limegreen”>
(Emmm! begitu cepat masa beredar, sedar tak sedar kekinian telah sekitar empat bulan aku tidak menulis untuk MFN. Lama tu!. Aku banyak menumpukan penulisan di jurnalku di easyjournalhttp://idanradzi.easyjournal.com. Sesekali aku suka menulis di forum politik; sejak harga minyak naik & kekinian kembali turun. Dua hari lalu aku jumpa Fareez; kami memancing di Melimau Melaka; Dia bising sebab aku berhenti menulis di MFN.. Faktor kesihatan, pertukaran tempat & persiapan berpencen juga menjadi sebab dunia penulisanku terganggu.)
Episod 7 Ala KomandoAbg Mat tekong yang mengemudikan bot kami; anak kepada Pak Aris, segak orangnya nampak sasa ala komando. Jika dia mengikat kepalanya dengan sapu tangan brutal & pakai topeng sebelah mata itu, mahu demam lanun jika cuba menyanggah bot kami. Awak-awaknya pula ada dua orang. Pak Ali nampak alim amat orangnya. Tok Siak surau pastinya. Seorang lagi Pak Arip nampak wajah nelayan sejati. Biarpun aku agak berumur sekitar hujung empat puluhan tetapi nampak amat segak & bertenaga. Pandai memasak, dalam bualannya dia rajin ke rumah anaknya di KL & kalau ada kenduri di kampungnya dia memang menjadi tukang masak kenduri kendera.
Aku nampak di langit selimut mendung bagaikan tidak mahu terurai dari menutup lenanya beradu Dewi Tenggiri. Angin basah terusan membelai kulit Dewi Tenggiri. Laut kucah sejak berminggu. Aku tak berani menjanjikan apa-apa tangkapan besar buat ekspedisi kami kali ini. Ombak bagaikan ribut malam yang menguncangkan kelambu Dewi Tenggiri. Huru hara amat cuaca.
Bot yang aku naiki teramatlah besarnya. Pertama kali aku turun ke laut menaiki bot sebesar ini. Selain Abg Mat yang leka mengemudi bot, awak-awak, Che Wan & aku sahaja yang berjaga. Yang lain meringkuk di ruang pondok bot melayan mimpi. Aku lihat Pak Arip menjerang air, pastinya buat kopi untuk kami.
Aku mengambil Suria untuk & melayan anganan sendiri. Tak tahu mahu berbual apa dengan Che Wan, rasa segan, rasa rendah diri & perbagai berbaur dalam diri. Che Wan pun jenis seorang yang agak pendiam. Bagai ada watak yang bagiku tak selayaknya aku boleh berborak kosong dengannya. Asap Suriaku cepat amat hilang bersama basah angin tenggara. Ombak semakin ganas.
Aku menanti cahaya mentari di ufuk timur. Dunia ini jika tanpa mentari sememangnya amat suram. Cuaca mendung seakan mahu ribut, membuatkan aku amat payah melihat rona awan. Tau-tau cahaya siang semakin cerah. Aku mencari ruang di sisi bot untuk syolat duduk. Tak sabar mahu menanti panggilan unjam. Mengikut perancangan unjam pertama kami akan sampai sekitar jam 7:00 pagi.
Fareez bangun awal, diikuti yang lain. Aku telah celik mata sejak awal makin segar pekena kopi Pak Arip. Pak Ali nampaknya membetulkan apollo panjang yang dililit di koyan. Telah nampak petanda unjam pertama yang kami jejaki. Abg Mat memperlahankan enjin bot.
“Kita guna apollo untuk mendapat ikan sebagai umpan tenggiri” Fareez berpesan. Semua kami sibuk menggunakan apollo di celahan kucah laut. Memang cepat sahaja kami telah selesa dengan tangkapan anak kembung & anak selar. Biarpun tidak sebanyak anak kembung di Penyabong tetapi sudah cukup melegakan kami mendapat umpan segar.
Karang Pak Ngah sememangnya panjang. Maka itu tidak hairan banyak unjam yang bagaikan Istana Tenggiri di sepanjang unjam. Satu yang menarik banyak amat camar yang cuba menyambar anak kembung & selar. Bagaikan pesta keraian yang tidak berpenghujung. Atau mungkinkah camar ini bagaikan pengintip atau hulubalang Dewi Tenggiri.
“Ombak besar!, elok kita berlindung lama di unjam ini!” Abg Mat bersuara, aku telah penat menjatuhkan apollo ke dasar laut. Abg Arip & Abg Ali tak pernah penat memerangkap ikan unjam dengan kemahiran nelayan mereka. Kami menggunakan tiga joran untuk merisik Dewi Tenggiri. Aku mengalah sahaja bilamana pancing yang Che Wan pinjamkan buat aku memikat tenggiri diguna oleh Aru. Che Wan, Aru & Fareez leka mengintai riak Dewi Tenggiri.
Tetapi kami digempakkan oleh ragutan ganas pancing Shimano Tekota dipadankan dengan rod x-zoga yang berumpan anak selar. Garang, lasak, berlawan dengan rentapan Che Wan, masing-masing kami menaikkan mata kail. Tak sabar menunggu, siapakah gerangan si ikan yang tampak ganaslah amat. Selang beberapa minit kami dikecewakan, terlepas;
“Haruan Tasik kot, tak nampak pun calar pada ikan ini..!” Che Wan hampa. Sangkaku pula ialah hulubalang Dewi Tenggiri, melindungi Dewinya dari terjaga dari tidur yang lena.
Aku lihat Amirul cahayamata Che Wan telah mabuk laut, kejap bangun & termuntah kemudian dia tidur semula. Banyak air jus buah ditelannya. masih lagi mabuk. Kes mabuk laut ini memang berlaku setiap kali aku turun ke laut. Bagaikan satu sumpahan. Seingat aku paling teruk rakanku mabuk laut ialah abang kandung Sharil Smart. Dari awal jejak kaki ke bot hinggalah ke saat bot berlabuh di jeti untuk balik. Sepanjang ekspedisi memancing mabuk laut memanjang.
Hampir dua jam kami di unjam yang sama. Sekitar jam 11:00 pagi barulah kami dapat merisik Sang Tenggiri. Bukannya Dewi Tenggiri tetapi sekadar sepupunya yang seberat sekitar 4 kg. Itupun lantaran sifu yang sahih Abg Mat tekong kami. Yang menariknya di unjam ini kami berjaya menaikkan ikan unjam penuh tong 100qt.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/idanpan1.jpg[/img] Harap-harap cuaca akan terusan cerahTip Daripada Che Wan</font id=“blue”>
Tsunami
Salams Che Wan…,
Dari apa yang kawan dapat perhatikan… set yang Che Wan guna itu ialah set light… di mana bila nama pun dah light makan poundage tali nya pun tentulah light juga… adakah itu sebab-sebab joran Che Wan selalu mengena…??? kalau betul… kompon bulan ini kawan cari satu light set…
A.alaikum kenkawan..
Tsunami..dalam keadaan laut yang bergelora/kucah membuatkan air menjadi keruh kerana pergerakan air akan menjadikan pasir dan lumpur di dasar bergerak. Ikan2 kembong dan selar karang yang mencari makan dalam karang akan menghilangkan diri atau menjadi halimunan iaitu ada tapi tak kelihatan. Kekeruhan air tadi berpunca dari pergerakan pasir dan lumpur di dasar dan kebiasaannya di bahagian lain airnya lebih jernih dari biasa. Jadi menggerakan umpan perlu dibuat supaya peluang lebih tinggi. Manakala tenggiri sudah dapat mengesan umpan ia akan naik ke atas di tempat yang jernih dan pasti akan dapat mengesan benda2 asing yang terikat pada umpan kita.
Kalau menggunakan kekili light yang spool kecil spt yang kawan pakai tu hanya boleh muat tak sampai 100 meter braided 20lb jadi kawan masukkan tali sulam sufic 12 lb sepanjang 135m kemudian kawan sambung dengan mono f/c 10 lb sepanjang 50 meter.
Perlu diingat kalau menggunakan kekili yang kecil dengan tali utama yang halus, pasangannya pula kena betul2 serasi. Joran yang sesuai dan shock leader pasti dapat serap lebihan sentapan yang boleh memutuskan weak point ikatan pada perambut akibatkan kejutan(shock) yang berlebihan. Ramai di antara kita tidak peka dengan keadaan ini. Bila orang kata pakai 15lb mereka pun pakailah 15lb tapi menggunakan joran PE3-8.
Kadangkala kita boleh lihat ada yang menggunakan line 10lb tapi menggunakan kekili spinning saiz 8000. Kita perlu seimbangkan set kita supaya ia dapat berikan kepuasan dan keseronokan di samping dapat mengawal pancingan dengan baik.
Set yang kawan gunakan tu ialah: kekili baitcaster Shimano Speed Master & joran Xzoga Pe 1.</font id=“green”>
Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 8 Ada beberapa Siri yang masih belum selesai di jurnal@blogku maka ini aku akan cuba menyudahkannya. Ini antara siri yang aku gubah masih belum berpenghujung sila klik sini awal ceritera Dewi Tenggiri [img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/amirul1a.jpg[/img] Amirul dalam mabuk-mabuk boleh layan ngail ikan! Melihat kotak ikan yang telah penuh dengan perbagai ikan unjam & karang tentunya telah meredakan rasa resah desahan ombak. Desahan ombak selalunya petanda halimunan, ikan pasti lari. Kebanyakan yang menaikkan ikan unjam adalah Pak Ali & Pak Arip. Mereka berdua menggunakan koyan bermata panjang. Ajak, Brother Joe begitu rajin dengan perbagai kemahiran yang ada untuk memujuk ikan naik ke bot. Brother Joe menggunakan perbagai mata dari kekili yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kira-kira berbekalkan kekili pusaka yang tentunya telah pun hanyir dengan sentapan ikan di laut. Amirul masih termangu dengan mabuk laut. Lena di pondok bot.Angin basah dari tenggara yang membawa deruan ganas terusan menguncahkan tenang laut. Bot menjadi bagaikan buaian besar bertalikan ombak ganas yang pastinya tambah melenakan tidurnya si Amirul. Aku yang sedari awal menelan ubat-ubatan pakej tua termasuk ubat tahan muntah nampaknya masih bertahan. Bilamana melihat sambaran ikan yang banyak tentunya menjadikan semangat semakin tinggi terus memancing.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/ombak1a.jpg[/img] ombak & mendung sering berbisik Bilamana ombak semakin tenang. Tekong kami Abg Mat menuju ke unjam seterusnya. Hanya bot kami sahaja yang berada di Karang Ngah ketika itu. Banyak kedapatan camar laut berterbangan menangkap anak ikan di unjam ini. Petanda banyak ikan. Selang sekitar tak sampai sepuluh minit, joran Che Wan disambar ganas oleh warga laut. Apakah Dewi Tenggiri. Kami menaikkan semua joran takut terbelit tali pancing. Rentapan agak ganas, sesekali nampak bagaikan ianya mahu terlepas, melompat ke permukaan laut. Masing-masing teruja tertanya-tanya ikan apakah gerangan. Bila dekat dekat bot barulah kenal kelibatnya si ikan banang. Suku sakat si todak yang melanggar Singapura.Brother Joe memasang tak kurang dua atau tiga set pancing. Tetiba salah satu pancingnya direntap kuat, Fareez yang berdekatan dengan pancing Brother Joe; merentap agar mata kail menyusuk mulut si ikan. Agak lama juga Fareez bertarung dengan warga laut ini, aku terbayang akan selendang Dewi Tenggiri telah terlerai. Bila ianya naik ke bot kami, ternyata sekadar Inang Tenggiri seberat sekitar 8 kilo. Boleh tahan besarnya. Tenggiri kedua. Yang anehnya bukan sangkut di mulut tapi di badannya. Pastinya si Inang tengah beronggeng terkena selendangannya laut tersangkut di pinggangnya. Teringat si Azim anaku yang bungsu di rumah yang suka amat makan daging tenggiri, setidak-tidaknya telah dapat kami sediakan barang sekeping juadah daging tenggiri buat keluarga.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/fareez1cc.jpg[/img] Fareez dengan tenggirinya, nak rezeki kena di badan pun boleh dijinakkan.Mentari kian meninggi, Pak Arip makin sibuk di dapur dibantu oleh Pak Ali. Tentunya kami akan makan ikan kembung, selar segar; goreng pun sedap. Apatah lagi Pak Arip buat masakan asam pedas. Siap dia buat sambal belacan. Menyelerakan.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/pakarip1a.jpg[/img] Inilah Pak Arip chef kami yang enak masakannyaAku begitu yakin unjam ini banyak penghuni sang tenggirinya. Selang beberapa ketika pancing Aru pula direntap ikan besar. Che Wan menyambar set pancing. Aku memang perasan Aru selalu membiarkan pancingnya terdongak sendirian, senyap-senyap aku ikatkan ianya di badan bot. Serba salah aku, memang Che Wan suruh aku guna pancing yang itu; tapi Aru yang tetiba menyambarnya; mahu pakai pancing yang mana pula dia kalau kurampas semula. Belum pun sempat kami menaikkan tali pancing, tali pancing Aru telah pun tersangkut sesama sendiri. Che Wan menggunakan kepakarannya agar tali tidak putus, ikan dapat dinaikkan. Ianya berjaya tapi masih bukan Dewi Tenggiri. Inang Pengasuh Tenggiri juga yang sudi bertandang seberat kira 5 kg.
Amirul telah bangun, mungkin telah puas tidur. Dia terus mencari jus buahannya. Tenguk dia minum alangkah sedapnya, maka aku pun terasa perut sudah kian keroncong. Kami pun makan tengah hari dengan juadah yang disediakan menunya oleh Pak Arip dibantu Pak Ali. Ikutkan hati memang habis seperiuk aku baham gulai asam pedas Pak Arip. Sedap amat masakan Pak Arip. Terutama sambal belacannya. Pedas pun sedap. Setanding dengan sambal belacan arwah makku tumbuk.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/layaran1zz.jpg[/img] Che Wan bersama layaran, ikan ini hanya boleh dipancing tetapi tak boleh dimakan ... dilepaskan semula ke laut.Pertama kali aku naik bot bertandas. Jadi apa risau jika teringin makan banyak, selagi selera masih ada makan saja. Lupalah kata kitab, maunya dituruti! … berhenti sebelum kenyang, Huh! berhenti selagi tak kenyanglah jawabnya.
Amirul biasalah, selera makannya ada tapi faham-faham sahajalah orang mabuk laut. Makan mesti keluar balik. Kasihan dia asyik tunduk di bendul bot menatap permukaan laut tak henti-henti muntah. Tapi Amirul ini penuh semangat, masih cuba bangun memancing bersama ayahnya.
Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 9Aku asyik memerhatikan Brother Joe memancing, bukan sekali dua umpannya disambar ikan besar tetapi gagal dinaikkan. Aku agak tergamam melihat dia merentap joran, punyalah kuatnya bagai koboi merembas tali belati ke arah lembu jantan sahaja lagaknya. Awak-awak pun menggeleng kepala. Takutnya bukan apa, kot joran yang patah atau habis rongak gigi sang ikan.
Ajak pun nampaknya lepas makan mula mengantuk, lelap di sebelah di Amirul, Fairuz pula masih tekun dengan umpanan tenggiri. Jarang Fairuz pulang tanpa ikan tenggiri. Che Wan pula kian putus asa lantaran banyak amat mata kail terputus, mungkin banang atau pun hulubalang Dewi Tenggiri menyakat pancingnya.
Kami pun berpindah unjam lagi, kali ini Che Wan memanggil Amirul cuba menaikkan sang ikan yang agak ganas tetiba merentap jorannya. Asyik pancing Che Wan sahaja yang mengena, manis amat kot umpannya. Amirul yang baru tingkatan dua. Amirul juga digelar King of "ketarap” oleh ayahandanya kerana berjaya mendaratkan ketarap 4 ekor sekaligus pada tahun 2004. Amirul yang pening-pening lalat mencapai pancing dari ayahnya. Agak lama juga dia melayan ikan agak berat ini. Akhirnya dapat juga dijinakkan. Dia berjaya memikat ikan tenggiri yang seberat sekitar 6 kg. Boleh tahan besarnya. Selang beberapa ketika pancing Fairuz pula direntap ikan. Tentunya ikan tenggiri dari kumpulan yang sama. Tapi terputus ketika hampir dapat di cangkuk oleh Pak Arip.
Laut kembali tenang, tak nampak pun burung camar terbang bermain deburan ombak. Tiada tangkapan ikan besar yang kami dapat, aku masih asyik dengan Apollo melayan mambong berumpan daging segar anak ikan kembung. Tentunya Sang Tenggiri di panggil oleh Dewinya, mungkin juga ada sang gerladangan menganggu kampung halam Sang Tenggiri ini.
Tetiba joran Che Wan direntap ganas amat. Sekali direntak itu direntapnya & mengena; kami semua menaikkan semua umpan kami.
“iDAN mari cuba naikkan ikan ini..!” Che Wan memang bagaikan putus asa lantaran banyak sangat ikan terlepas di tangannya. Paling tidak telah tiga atau empat ekor cuma nampak kelibatnya sahaja. Bila mahu sampai ke bot terputus lagi!. lalu dia bersandar harapan kepadaku.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/haruan1a.jpg[/img]Aku agak panik juga lantaran aku tak pernah menaikkan ikan besar biarpun kerap ke laut. Tambahan lagi pancing orang & harapan orang ; Che Wanlah pula yang baru aku kenali & aku amat kusegani. Aku mencapai joran Che Wan. Menggunakan pengalaman yang ada melalui pembacaanku. Jangan paksa ikan terlalu keras, jangan juga terlalu kendurkan tali. Pesanan itu lekat di ingatanku.
“Huh!.. beratnya ikan ini..” Aku terusan memusing kekili serapi & sekedap mungkin.
“Pam… baik-baik! lagi… lagi..!” Che Wan menguatkan semangatku sambil dia memegang kameranya.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/haruan5cc.jpg[/img]Lima minit, sepuluh minit, kejap ikan berenang kejap ke kiri, kejap ikan lari ke kanan. Sang ikan bermain dengan aku. Berdebar dadaku & aku berdiri menggeletar di sebelah kiri bot. Aku letakkan pangkal joran di perut boroiku, adui! beratnya; Aku pam pelahan-lahan agar sang warga laut ini rapat denganku. Lawan tetap lawan. Tidak sesekali aku benarnya tali terlalu tegang pun terlalu kendur. Apalah jenis ikan berat amat ini!, bagaikan ada kaki-kakinya mencakar karang di dasar laut. Sesekali aku nampak kelibatnya kekuningan. Sah bukan Dewi Tenggiri. Aku kenal kerlingan Dewi Tenggiri.
Peluh telah menitik di dahi, aku risau amat kalau-kalau ikan terlepas; apatah lagi kalau set Che Wan ini rosak, bukan murah harga satu set pancing Che Wan yang aku guna. Kecil ringan tetapi amat mantap kekilinya.
“Layan abg iDAN jangan sampai terlepas” Fairuz berdiri di belakangku memberikan semangat.
Sekitar lima belas minit barulah sang ikan yang berat amat ini rapat di bot. Itu pun bukan main payah untuk mencangkuknya naik ke bot. Hingga akhirnya ia tewas juga di tangan Penyair iDANRADZi. Memang aku pun tak menduga.
“Haruan Tasik abg iDAN, padanlah ganas sangat!” Fairuz teruja, Che Wan amat gembira & betalu-talu ambil gambarku bersama rekod pertama menaikkan ikan sebesar ini. Aku terduduk mengeletar, Fareez kata aku bagaikan kena penyakit parkinson Fareez berandaikan 12 kg beratnya. Aku pula rasakan bagaikan lebih 20 kg bila berada di dalam air berlawan dengan tenagaku, bagaikan hilang khudratku.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/haruan2cc.jpg[/img] Klik gambar nak tenguk besarnya ikan Haruan Tasik iniMenjejaki Dewi Tenggiri Episod 10
Lanting Beach Resort - Pulau Pemanggil
Sekitar jam 5:00 ptg masing-masing telah terasa lesunya memancing sepanjang hari. Aku lihat Che Wan sudah melepak dengan sigarnya. Perjalanan kami masih panjang, dari menganggu perkampungan ikan di pengairan Karang Ngah kami menuju ke Karang Long. Aku tak pasti berapa banyak karang sepanjang Pulau Aur & Pulau Pemanggil ini; Fareez yang mahir dengan. Lazimnya kalau ada along & angah pasti ada alang. Pulau Lang menang ujud sekitar sini. Itu turutan dalam susunan keluarga Melayu.
Sebelum ke Karang Long kami mencari umpan di unjam yang banyak amat burung camar bagi bekalan memancing waktu malam nanti. Di langit aku masih nampak gumpalan mendung, awan mendung yang memang berat & menunggu masa untuk menyimbah bot kami. Riak arus nampaknya semakin deras, batu nombor 8 yang aku guna hanyut entah ke mana. Bila tenguk arus begini pastinya aku teringat akan Penyabong. Paling puas rasanya aku memancing malam adalah di Penyabong, perbagai ikan yang aku dapat hinggakan tak cukup umpan. Memancing malam nampaknya banyak ikan menyukai sotong segar.
Impianku untuk menjejaki Dewi Tenggiri nampaknya semakin kabur. Cuma Inang Tenggiri sahaja yang dapat dijinakkan. Hari merangkak senja bermakna tak mungkin Sang Tenggiri akan mencari makan lagi. Aku lihat Fairuz telah bertukar baju malam, telah mandi & siap berbedak lagi. Ke laut rutinnya memang begitu, sebelum menjelang malam elok mandi agar segar badan & tidak sampai mabuk kena angin malam. Che Wan & Amirul pun nampaknya mandi di sudut kiri bot.
“Fairuz pesan pada Pak Arip jangan lupa buat sambal…” Aku lihat Pak Arip & Pak Ali telah berkira-kira mahu memasak untuk makan malam. Sebelah Che Wan sedang enak meneguk kopi, Aru sebelahnya; aku perasan memang mereka rapat & Aru amat menghormati Che Wan. Mereka nampaknya macam kenal rapat. Lihat watak Aru nampak dia seorang jejaka yang bersopan-santun. Ajak biasalah masih leka dengan dunianya. Susah amat meramal watak Ajak ini, yang pasti dia serang remaja periang. Aku masih kagum tenguk semangat Brother Joe memancing, tak penat-penatkah dia ini.
“Pak Arip ada permintaan ini..”
“Apa dia?..”
“Ada orang mengidam nak makan sambal Pak Arip lagi!.. si gelenggang ini!”
Aku lihat Pak Arip tersenyum & mencari-cari sesuatu.
“Entahlah! limau kita ada lagi tak?”
“Tak berlimau pun tak kisah Pak Arip asalkan ada sambal” Fairuz bagaikan mendesak. Pak Arip nampak telah memegang limau kasturi di tangannya. Aku merenung dari jauh.
Senja di tengah laut dalam adalah waktu yang paling sepi, sayu & sadis. Bermalam di tengah permukaan laut belum tentu menjanjikan ketenangan. Aku amat asyik melihat rona emas yang tumpah ke riak air. Bagaikan sutera kekuningan di ufuk barat. Jika di Marikh apakah benar mentari terbit dari barat?. Di sana tentunya awanan merah belaka kot!. Kita bertuah tercampak di bumi yang indah ini, arakan awan senja bagaikan tayangan wayang kulit tatarona. Aku yang sedang memakai kain pelikat leka menatap layar langit dengan perubahan bentukannya. Sesekali aku nampak kelibat bayangan Dewi Tenggiri di langit. Nampak bulu matanya yang melentik & celaknya yang terbekam rapi. Siripnya bagaikan bersunting mutiara, jelingan Dewi Tenggiri benar-benar buat aku asyik gila bagaikan tak mahu lagi pulang ke darat.
Sayangnya layar langit amat kejap, belum pun habis dua episod skripnya ianya telah bungkam digelapi tirai malam. Aku berharapa amat Sang Rang Bulan akan menyalakan lampunya di celah mendung nanti malam. Bukalah apa jua skripnya akan bakal menunggu tontonannya nanti.
Kami makan malam bersama lampu neon bot. Angin amat derasa menandakan hari akan hujan. Arus pun telah menampakkan taringnya. Berdesah tak tentu hujung pangkal. Nampaknya aktiviti memancing malam akan terbantut tentunya.
Tak sangka pula Pak Arip pandai buat gulai taucu ala Perak. Banyak kuahnya tidak bagai gulai taucu Orang Jawa kering & pedas semata. Mila selalu buat sambal taucu cicah dengan rebusan pucuk ubi. Sambal pun agak banyak Pak Arip buat. Aku sudah berkira-kira jika berjaga nanti kalau ada lebihan masakan akulah bakal penyelongkar malam. Curi makan ketika semua tidur; harap-harap banyak makanan lebih.
Perut pun rasa nak meragam sahaja. Segan pula nak ke tandas sebab sebelah dapur & ruang makan sahaja. Tunggulah sedikit larut malam.
Dua jejaka nampaknya bersemangat memancing malam, Fareez & siapa lagi kalau tak Brother Joe. Yang lain nampak berbual-bual, Ajak & Amirul telah lena. Aku nak berbual dengan Che Wan pun rasa macam tak kena isu sahaja. Bagaikan ada jurang penghalang, apatah lagi Che Wan ini jenis pendiam amat. Jadi masing-masing melayang fikiran. Fairuz nampak leka berbual dengan Tekong Abg Mat di kemudi bot. Tangkapan pun telah banyak kami sekadar memenuhi jadual sahaja. Akan pulang esok tengahhari.
“Arus kuat sangat abg iDAN, melayang umpannya!” Fareez agak kecewa dengan arus laut. Aku memandang langit; Mak datuk! bagaikan awannya bunting gajah. Mendung makin gelap, jangan bot kami di pukul ribut sudahlah. Tak elok berandaian di laut. Isk!.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/fareez8.jpg[/img] Fareez pun geram tenguk ikan yang aku naikkanLewat malam hujan mula turun tapi tak lama hujannya, kejap sahaja berhenti. Arus masih deras lalu semuanya mencari ruang untuk melelapkan mata. Aku berbaring di pangkin ruang kanan bot. Badan terasa sengal sana sini. Mata tak mahu terlelap lalu aku ambil wuduk untuk solat jamak Isyak & Maghrib.
Sekitar jam 1:00 pagi , aku nampak akan silau cahaya Sang Rang Bulan di celahan mendung awan. Aku menunggu layar langit menayangkan sambungan episod Dewi Tenggiri siang tadi. Tetapi tidak. Lama amat aku menunggu, hanya watak-watak & iklan awan yang aku tidak faham. Hinggalah ke satu episod aku lihat seakan babak peperangan antara Malaysia & Singapura. Nampak jelas peta Malaysia dibentuk awan, kemudian kapal-kapal perang beriringan & Pulau Singapura berasap tebal. Aku tak nampak kapal terbang terbentuk dari kedua pihak tetapi bagaikan Singapura menaikkan benderanya. Apa sebenarnya yang mahu dikhabarkan skrip di layar langit ini.
Aku lihat dipermukaan air jam di tanganku telah hampir ke 4:00 pagi. Langit semakin hilang awannya. Cahaya bulan semakin terang. Namun laut masih bergelora. Aku lihat banyak sampah & dedaunan terapung di air. Kemudian aku terlelap sekitar 6:30 mahu solat Subuh.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/ikan2a.jpg[/img] yang panjang itu banangBila mentari terbit kami semua terkejut amat, bilamana Abg Mat berkata bot kami hanyut sampai ke Pulau Pemanggil. Setahu kami bot kami hanya berlabuh sekitar pengairan Pulau Aur. Tali sauh putus. Jauhnya kami hanyut
Huh! nasib baik tak kena langgar dengan kapal2 yang berulang-alik dari pulau tersebut." Fareez bersungut.
Aku pula memikirkan jika arus membawa kami ke laut dalam, Nun! jauh sampai ke Sabah atau Sarawak bagaimana kami nak balik.
Memandangkan perjalanan ke unjam Karang Ngah mengambil masa 2 jam dari pulau Pemanggil Abg Mat terus menekan suis turbonya supaya perjalanan dapat disingkatkan. Setibanya di unjam yang banyak burung camar berterbangan; macam biasa Apollo diturunkan. Laut masih mencemburui kami, masih lagi kuncah & tiada tanda2 untuk berhentikan diri. Setelah umpan cukup kami terus bergerak Karang Ngah.
Dipendekkan cerita 2 ekor lagi Inang Tenggiri berjaya didaratkan dan kedua2nya oleh Che Wan. Di sini banyak juga umpan kami diganggu oleh Sang Banang.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/cekwan2cc.jpg[/img] Che Wan dengan tenggiri terakhirSekitar Jam 12:00 tgh hari umpan yang digunakan telah habis dan Che Wan mengajak tekong untuk berlabuh saja di unjam sehingga balik. Sebelum pulang sempat juga kami memenuhkan tong-tong dengan ikan2 unjam.
Jam 4:00 petang kami selamat tiba di jeti. WarnJohoe telah sedia menunggu di Jeti. Sejuk rasa hati tenguk senyum WarnJohoe ini. Ikan dibahagi2 sama rata di rumah Aru yang terletak di Kota Tinggi. Selesai pembahagian ikan di rumah Aru kami bersalam-salaman dan menuju ke destinasi masing2. Yang menariknya trip ni tiada seorang pun di kalangan kami yang mabuk, kecuali Amirul itu pun sempat menaikkan Sang Tenggiri.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/aru1.jpg[/img] AruDikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang menyertai trip ini terutama pada rakan2 dari Johor Che wan & Aru atas layanan yang diberikan. Kalau ada silap dan salah mintak kurang halal. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi di lain trip.
Aku sebenarnya amat teringin bersama Che Wan untuk memancing di laut dalam. Pertemuan yang tak sempat pun berkenalan rapat telah memisahkan dengan jarak & waktu.
[img]http://i90.photobucket.com/albums/k243/gelenggang/ikan1ee.jpg[/img] Sebahagian yang kami pancingBilamana aku tiba di rumah, semua anaka-anak telah tidur. Pepaginya tentunya mereka terkejut dengan ikan yang banyak, aku terpaksa meminjam kekotak ais Fairuz lantaran peti aisku pastinya tak muat.
Selang beberapa minggu dari trip ini Malaysia bertelingkah dengan Singapura menuntut hak Pulau Putih. Aku teringat layar langit tentang episod peperangan itu. Awan & petala langit tidak menipu aku. Aku masih teringatkan tarian Sang Dewi Tenggiri entah bila dapat kujejaki ia lagi
Tamat.
Kelodak si Todak
http://idanradzi.easyjournal.com/entry.aspx?eid=3520112
Puteri Bunian
http://idanradzi.easyjournal.com/entry.aspx?eid=3207827
Pari Jelmaan
http://idanradzi.easyjournal.com/entry.aspx?eid=3029061
[/IMG] 








