Cari Suuplier Siakap Hidup

Alooo geng,
sebenarnye sy nak mintak tolong carik supplier siakap hidup,
siape ade kontek tak?
maceh,

klu nak sekor dua bleh beli dgn wak yg jual udang kat kolam bkt kemuning tu. rm10/kg


visit my blog
www.sshaffai.blogspot.com

kalau aku nak carik benih besau-besau 3 jari agak-agak ader x…nak buat lepas kat dam…untung-untung anak aku kot boleh merasa macam kat australia ker…tu pon kalau dia minat casting…kot di terminat tuba lagi haru

setahu kawe kat setiu terangganu ada jual benih siakap air tawar

SISTEM OCEANTRONIC

‘Sistem Oceantronic’ merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kanvas dan pengurusan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik.

Ikan air masin berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Selain itu, ikan peliharaan oceantronic ini lebih organic kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalu digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan.

Sistem Oceantronic didatangkan dalam 3 model iaitu :

  1. Model Flat ( F1K1S)

  2. Model Vee (V1K1S)

  3. Model 3 (F3K1S)

Sistem Oceantronic dibekalkan dengan sistem pengurusan bersepadu seperti berikut :

Pump
Waste Trap
Zeo Filter 1
Zeo Filter 2
UV Filter

Biological FilterModel Sistem Oceantronic :

Model Flat ( F1K1S) termasuk :
1 unit kolam
1 unit sistem oceantronic
1 set piping
Pemasangan & Pengangkutan
Model Vee ( V1K1S) termasuk :
1 unit kolam
1 unit sistem oceantronic
1 set piping
Pemasangan & Pengangkutan
Model 3 ( F3K1S) termasuk :
3 unit kolam
1 unit sistem oceantronic
1 set piping
Pemasangan & Pengangkutan

SPESIFIKASI IKAN

  1. Bilangan ikan : 1500 ekor per kolam. Ikan-ikan perlu diasingkan mengikut gred selepas 3 bulan.
  2. Harga benih : RM 1.80 seekor (min 3000 ekor) caj pengangkutan dikenakan untuk pesanan kurang dari 3000 ekor
  3. Saiz untuk jualan : (500gm-700gm) Harga pasaran mencecah RM 15.00/kg
  4. Tempoh tumbesaran : (5-6 bulan) saiz sesuai untuk pasaran.
  5. Jenis makanan : Pallet ikan + ikan baja
  6. Kekerapan makan : FCR (1 : 1.2)
  7. Harga makanan ikan : RM 2.60 / kg

SPESIFIKASI AIR KOLAM

  1. Jumlah air : 5000 gallon per kolam
  2. Jumlah garam : RM 1000.00 per kolam untuk 6 bulan
  3. Kekerapan tukaran air & garam : Tukar setiap kali selepas harvest
  4. Kos bekalan elektrik : RM 20.00 sebulan
  5. Khidmat rundingan & latihan : RM 5000.00 bagi satu kawasan untuk bulan pertama. Untuk bulan seterusnya dikendalikan oleh pengusaha sendiri.

AKSESORI TAMBAHAN

  1. Backup Oxygen Pump :
    -Berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus
    -RM 850.00
  2. Bumbung (Nylon) : -Berfungsi untuk meminimakan sinaran matahari dan menghalang kemasukan air hujan.
    -RM1,500.00
  3. Fish Feeder : -Berfungsi untuk memberi makanan kepada ikan secara automatik.
    -Kapasiti : anggaran 10kg / isian
  4. Garam Mineral 20kg : -RM 200.00
  5. Pakar Rujuk 30 hari : RM 5,000.00 termasuk :
    -Alat ujian air
    -Penjagaan air
    -Penilaian terhadap ikan
    -Ubat ikan

Kolam Model Vee (V1K1S) dan Sistem Oceantronic di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu
Ada berani bole cuba
Free Paperwork I bagi ni

ni dah dikira kelas untuk jadi usahawan siakap, satu tindakan yg amat baik

cuba yang ni pulak hammerhead mungkin sesuai dng pertanyaan you bro http://ikansiakap.blogspot.com/

fully complete..heh..heh..

kalo jadi projek tu bro jgn lupa kenkwn dah bagi full spec tu bro ripper