Assalammualaiikum dan salam sejahtera buat warga Mfn.
Hari ni teman cuti.tak tau nak pergi mana.fikir punya fikir tergerak nak mancing la pulak.lokasi tak jauh sangat,lebih kurang 15 minit je bermotosikal dari rumah teman.Tempat tu ialah tak lain tak bukan di Ulu Kongso.Belakang pekan Padang Rengas Perak.Dulu rajin jugak casting kat sini mencari sebarau.Ada lapuran kat dalam mfn ni.http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=19306&SearchTerms=menguji,sesudu,abu,island,2
biasanya sebarau kat sini tak besar mana.kalau dapat pun bawah 500g je.kali ni teman mencuba lagi dilokasi yang sama.
Kawasan ni nampak je tak dalam tapi kita kena mencubanya
Biasanya anak anak sebarau suka bersembunyi disebalik batu.
Habuan pertama untuk teman..seekor anak sebarau yang comel lote…
Gewang Strike pro jenis ni amat laku kat sini
Sebarau kedua
Seekor anak tengas menjadi habuan teman..
kat sini tengas jarang membaham gewang..tapi kalau pakai fly dia cukup minat…masaalahnya kat sini tak berapa sesuai nak memfly kerana selalu sangat teman memfly beruk dari memfly ikan.Asyik sangkut atas pokok je.Selain dari tu ikan tengas ni terlalu sensetif dengan kehadiran manusia..belum sempat fly kita jatuh dia dah pecut lari selaju lori pasir dikejar JPJ.kalau kita casting boleh la kita main ngendap ngendap celah batu.
Lebih kurang sejam casting kat sini teman pun berangkat pulang.Hasilnya dua ekor sebarau dan seekor tengas.
Balik rumah sitompok aku dah pau sekor ikan tengas..nasib baik dia pilih yang kecik aje,.he..he..
Balik rumah terus je teman masak ikan tu…macam biasa la kalau teman dapat ikan sebarau teman akan masak goreng taucu jelingan manje..