CERITERA2 DR PULAU PINANG - PG1

Tarikh: 10-12 SEPT 2011
Lubuk: Kapal Tersadai
Tekong: Ah Eng the Jigger
Teknik: Light jiiging dan bottom
Spesies dinaikkan: Tenggiri, Kerapu, Gt, Cupak, Jemuduk, Siakap Merah, Jenahak dan Tongkol
Para lanun:

1.Barra
2.Annuar
3.Helmi
4.Mamu
5.Ultegra
6.Ewak
7.Shaz
8.Shah Gelama
9.Annuar 15kmph

LAPORAN PENUH:

Perjalanan waktu 5 petang… :blushing: :whistling:

Sentuhan pertama tenggiri trolling dekat waktu malam oleh Man :respekt: ->

Trip ini menghadapi banyak ujian kerana kebetulan ketika hari pertama trip jatuh bersamaan dengan mesyuarat Dr. Barra di USM. Dalam kepala memang kawe sudahpun surrender dan bercadang untuk membatalkan penyertaan tetapi ats karan dan semangat perjuangan kawe meneruskan juga trip. Setelah menelefon semua perseta dan memaklumkan perjalan akan bermula lambat dan mendapat persetujuan semua, plan dirancang untuk kawe bergerak menaiki motorbike kamcha 2 roda memecut melintasi semua lampu israya merah untuk sampai dan memenuhi rekod 5 minit dari USM ke jeti Teluk Bahang. Semua barang telah diangkut lebih awal melalui 4x4 shah gelamapapan.
Kawe sampai di jeti jam sekitar 5 petang dan bermulalah satu perjalanan yang amat lambat dan memeritkan.

MALAM PERTAMA:

Kami tiba di lubuk jam 11 malam, semua kepala sudah fenin-fenin dan senget sendeng mengiring ke kiri. Nasib baik peralatan telah disiapkan untuk menyenangkan aktiviti dimulaka sebaik sapai lubuk. Acara dimulakan dengan kuak bebas tanpa bot diparkir, tetapi dilepaskan betul-betul ke lubuk dan dibiar hanyut. Teknik gaya bebas ini tidak perlu lama menunggu tangkapan si ikan. Aksi malam pertama dengan teknik jigging menyaksikan ikan meragut umpan bertubi-tubi, Cuma tak sempat layan habis kebanyakan jig berjaya diputuskan atau si ikan meloloskan diri satu persatu hingga memeningkan kepala.

Species cupak dan Gt mendominasi perlawanan. Sekali sekali Gt menghadirkan diri di celah cecupak dan pesta jigging malam hari dinikmati semua kaki. Hampir semua kali ini bersedia dengan alatan yang serba hebat dan serba canggih, khususnya Twinpower dwipecutan 621 yang menyebabkan mulut ikan terus terngaga secara automatic untuk menggigit jigs.

Aksi ranjang malam pertama dipanaskan oleh satu letupan di tengah-tengah bot, berdesup sup sup air berdebur apabila popper besar lengan pak adhek bali dihenjut bapak Gt hasil lontara oleh Helmi Cool. Apa lagi riuh satu bot dengan semua memberi peluang kepada mie beraksi dan semua mata bertumpa kepada mangsa di bawah. Tapi apakah daya, saat-saat akhir si ikan berhempas pulas melarikan diri lalu berjaya memutuskan prambut kasar digunakan. Aksi mendebarkan menyaksikan keputusan seperti biasa, ikan berjaya mengalahkan si lanun. Di kala jigging mendapat sentapan ikan berterusan, aksi bottom agak mengecewakan kerana waktu makan ikan jam 7-10 mlm telah terlepas, manakala umpan segar hidup dari aktiviti Apollo tidak dapat dilaksanakan. Kira malam pertama kumpau bottom le…

KEBESOKAN HARI:

Aksi jigging diteruskan secara gaya bebas pada awal pagi. Dengan lidah berkumit-kumit membaca seru dan sumpah, lalu ikan bertalu-talu membaham jig sampai nak rak. Depan belakang kiri kanan semua melepaskan jig pilihan, dengan jig terang seperti abu dan surecatch menjadi sandaran, Tenggiri, Gt, tongkol, jemuduk, cupak dan sebagainya bersilih ganti membaham jig dan dinaikkan satu persatu. Kali ini semua berkomplot melepaskan jig tanpa henti-henti. Boleh dikatakan aksi jigging pgi itu macam pest aria, semua leka menaikkan ikan masing-masing. Awie Ultegra menjadi joara dengan menaikkan tenggiri seberat sekitar 7 kilo manakala annuar mendaratkan cupak terbesar seberat 4 kilo. Mie Cool fisherman tidak ketinggalan dengan jemuduk hasil jig.

Tetapi selagi ikan bottom belum mmenuhi tong, trip masih berada pada paras kumpau terhormat. Dengan tergesa=gesa ketika ikan masih merentap jigs, bot diarahkan berpindah ke lubuk bottom iaitu kapal kecil. Usaha untuk jigging di kapal kecil agak mengecewakan. Begitu juga bottom menhgasilkan telor angin kerana waktu masih lagi panas terang benderang. Keran tak tertahan dengan aksi jigging dan keputusan bottom siang hari yang mengecewakan di lubuk kedua, kami kembali emula ke lubuk asal. Sempat juga melakukan upacara Apollo dan memenuhkan bekas umpan dengan ikan hidup dan ikan mati. Umpan untuk malam hari kali ini sudah disediakan secukup rasa…

MALAM KEMERIAHAN:

Ikan mulai mergut umpan bertubi-tubi bermula jam 7 malam setelah bertubi-tubi juga meratah jigs pelbagai jenama pada waktu ptangnya. Segala jenis jig, popper, bulu semuanya boleh dikatakan kali ini ditibai ikan. Tonkol yang mengkamikazekan diri di saat-saat lewat petang meriuhkan suasana atas bot. Satu dua tiga…satu persatu baku dipenuhi dengan tongkol sebesar betis…boleh tahan dan syioook jugak lah melayan tongkol hingga tak hingat bini…hehehe…pada aksi terakhir baru kawe teringat bulu dah disediakan satu dua lontaran sempat menaikkkan beberapa ekor tongkol sebelum malam menjelma. Tongkol jadi hidangan istimewa kami malam tuh…

Tongkol baya ini muncul beribu-ribu di permukaan lwat petang, berbakul dinaikkan.

Jam 7 mlm ikan bottom mula mngganas, si bantal emas dari saiz sederhana hingga bapak jenahak mula menerkam umpan, dan ewak menjuarai acara bottom dengan species jenahak seberat sekitar 6.5 kilo manakala Dr. Barra, Mancaru, Helmi, Ultegra, Mamu dll berjaya menaikkan beberapa ekor kerapu, jenahak dan siakap merah. Jam sekitar 10 malam menyaksikan tong pertama berjaya dipenuhkan sekelip mata dan ikan mula memenuhi tong kedua. Di hadapan bot si anuar 15kmph bergasa sakan dengan cupa yang menerkam jig tidak henti-henti sehingga mata jig bengkok. Kali ini SPRAT FISH WL=ILLIAMSON jadi taruhan yang berjaya. Setelah air mulai pasang dan perlahan, barulah frenzy ikan dah mula berkurangan. Sayang memikirkan kalaulah kami sampai awal pada hari pertama…mesti dah penuh dua tong sekelip mata, tapi apa nak buat, asal jangan dok mengata aku sudahhhh hahahahaha…

PLAN TERKUMPAU ABAD INI:

Setelah berpuashati dengan performance dan hasil bottom dan jigging di lubuk kapal senget, kaki mula menukar plan untuk merasai acara lain pula. Satu usul tergenpar dikemukakan agar lubuk diubah untuk main kerapu pula. Dah puas main cupa, nak main bapak kerapu la pulak doc! Itulah cakap-cakap malam itu. Kawe memberi respon, kalau ikan kerapu tak muncul kita akan kupau dan jadi kerapumerapu..apapun semua sanggup menghadapi risiko di ubuk kerpu itu..

Perjalan menempuh ombak menuju ke lubuk berdekatan Pulau Kendi memakan masa 3-4 jam. Namun apabila sampai ke lubuk, kami bukannya diasak bapak kerapu tetapi bapak angin selatan. Bot terhoyong hyang macam sarkas, ke[ala segera masuk angin sampai kaki mula rasa nak termuntah. Hah kan dah kena kita! Walauun satu dua hardcore cuba memancing, namun terkaman ombak tinggi mengtungganglanggangkan bot hingga menyebabkan semua alat pancing dan kotak ikan atas bot bersepah dan bersembur kiri dan kanan. Pendek kata kali ini alunan ombak yang menderu kiri kanan boleh membawa risiko. Oleh itu keputusan diambil untuk menamatkan trip sesegera mungkin dan kami mula menuju ke jeti seawall jam 4.30 pagi.

Hasil trip adalah sederhana tetapi cukup untuk menghilangkan rasa karan khususnya melalui kaedah jigging yng cukup sempoi. Salam kemaaafan jika ada tersilap kata dan terkentut dan terberak tanpa sound, moga dilain trip kita berjumpa lagi…

Hidup UAT!
ASSALAMMU’ALAIKUM WBT..

Dr. Barra
012-4432979
UTARA ANGLERS TEAM (UAT)
“memancing biar sampai termuntah!”[/b]

[IMG]
http://mybonaparte.multiply.com/photos
www.utaraanglers.com
www.JohorFishingTribe.com

TARIKH : 24-25 SEPTEMBER 2011

TEKONG: AHSIA
KOS : $160.** satu kepala
DURASI PANCINGAN : 1530 - 0900 hrs
Teknik: Bottom dan casting
Hasil: Jenahak 10 ekor dan Tenggiri/Gt 4 ekor

AHLI-AHLI YANG TERLIBAT:

Ku2
Awei Ultegra
Anwat15kmph
Azizan
Annuat
Paklong
Abg Din
Abg Ramli
Abg Man
Paklong

Pertama sekali ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua ahli-ahli yang terlibat dalam trip kali ini.
Tak lupa juga buat Tuan Tiagra dan Pak Awei yang membantu dalam menjayakan laporan ini.

Setelah pelbagai cerita dan juga bermacam laporan yang kiterang lihat dan dengar tentang trip kapal Russia, maka nya satu trip tergempar di atur oleh en Ku2 dengan bantuan Pak Awei..
Asalnya kiterang nak book boat AhEng, tapi dah takde rezeki, boat AhSia pun jadilah..
Setelah perbincangan dan juga kerja rumah dilakukan oleh Pak Awei, maka tarikh 24-25September dipilih..

Layan gambar dulu..

Tekong AhSia

[size=150]Sempat lagie buat FG knot atas boat[/size]

[size=150]Antara gambar ahli trip yg dpt dirakam..[/size]


[size=150]Pak Awei dengan tenggiri pertama menggunakan jig ..
(enjin boat pun x mati lagie die dah strike)
[/size]

[size=150]Sesi jigging, popping, casting dan membulu dipraktikkan apabila boat melabuhkan sauh ..
Dan hasilnya…
[/size]

[size=150]Dan bilamana malam menjelma, aktiviti membottom pula mengambil tempatnya.. Tapi hanya 4 set bottom shj yang menjadi pertaruhan kerana hanya sy dan Pak Awei sahaja yang bawa set bottom.. masing-masing dengan seketui bangle dan seketui multiplier.. maka jadilah trip kali ini ‘trip makan angin’ .. Tetapi dengan kudrat yang dimiliki Pak Awei (beserta nafsu mancen) dan dibantu beberapa ahli trip, aksi membottom agak panas.. dengan hasil yang dianggap memuaskan..

Gambar lagie..[/size]

[size=150]rupe macam bro anglermy daaa..(jangan mare har bang mir)[/size]

[size=150]Bantai dah sampai, tapi tuannya tak nak pegi tido[/size] :wallbash: :devil: :devil:

[size=150]macam-macam kaler dia bawak mari[/size]

[size=150]Jenahak 4.9kg dinaikkan menggunakan Reel Banax Kaigen[/size] :miahaha: :miahaha: :miahaha: :miahaha:

[size=150]Pak Awei dengan jenahak 5.8kg menggunakan ABC.
Sekaligus dinobatkan juara trip kali ini.. Tahniah Pak Awei !!
[/size] :doubleT: :doubleT:

[size=150]Dan setelah jenahak yang dinaikkan oleh Pak Awei..
tiada lagi ikan yang sudi menjamah umpan kami.

Minum sebelum bertolak pulang.[/size]

[size=150]Hasil keseluruhan :
Jenahak 10 ekor, gerut-gerut 6 ekor, tenggiri 2 ekor, talang, cupak dan GT sekor.
[/size]

Sampai sini sahaja laporan.. Buat kengkawan setrip, sy mintak maap kalao terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara. Ada rezeki, kita buat komplot lagi… tapi kali ni setting set kasi baik punya.. kalau boleh, biar kita tarik ikan ramai-ramai.

Terima kasih kpd semua warga UAT yg sudi menjengah laporan sy yg tak seberapa nih…
Sekian.. :applause: :applause: :applause: :applause:

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu…” (Al-Baqarah 143)</font id=“red”>

Dr. Barra
012-4432979
UTARA ANGLERS TEAM (UAT)
“memancing biar sampai termuntah!”

[IMG]
http://mybonaparte.multiply.com/photos
www.utaraanglers.com
www.JohorFishingTribe.com

Detail:

Tarikh: 30 Sept-2 Oktober 2011
Organizer: Coolfisherman
Tekong: Ah Eng
Teknik: Popping
Hasil: 14 ekor Gt sebaya size 8-18KG

Report oleh Matzab, dipetik dr www.utaraanglers.com

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah trip memancing yang dirancang dengan Ah Eng sudah pun berlangsung,

tarikh: 30 Sep - 2 October

Ahli Trip:
Coolfisherman
Megat
Man
Naufal
Zairei
Abg Zairei
Pak Razak
Din
Matzab

Perjalanan memancing:
====================

Pemancing bertolak dalam jam 11.00 pagi, akhirnya sampai di lubuk pertama berupa kapal selam.

Teknik memancing yang berjaya kali ini ialah popping.
Terima kasih pada Coolfisherman dan juga tekong Ah Eng yang banyak memberi tunjuk ajar.

Hasil memancing
===============

Alhamdulillah hasil trip kali ini bolehlah semua merasa penangan tarikan GT. Kami berganti ganti lawan
GT sebab GT ternyata kuat.

Hasil bottom kurang kerana arus laju memyebabkan banyak batu ladung yang hilang sebelum dapat ikan.

Ok mari kita jenguk beberapa persoalan teknikal tentang teknik popping ini seperti yang diguna dalam trip ini.
Set yang diguna dalam anggaran berikut:

Set 1
=====

Rod GT Tournament 9 kaki
Reel: Ryobi safari
Tali: Braided 60 paun

Set 2, tekong punya
=====

Rod: Shakespeare Sigma Titanium 9 kaki
Reel: Saltiga Z 4000
Tali: Braided 60 paun

Set 3 ( set kecemasan )
Rod: rod jigging 6.5 kaki
Reel: Daiwa Freams J 4500
Tali: Braided

Saranan tekong ialah dapatkan rod popping seperti Shakespeare Sigma Titanium kerana harganya dalam
lingkungan RM 150 ringgit sahaja.

Shock Leader:
=============

Popping memerlukan shock leadear yang kuat dalam kekuatan antar 60-80 paun.
Perambut Alpha-EX menjadi pilihan.

Sila periksa shock leader untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik sebelum dan selepas mendaratkan ikan

  • shock leader yang rosak kena ekor GT, bila lawan mesti angkat rod tinggi tinggi

Popper pilihan
==============

Popper pilihan kali ini ialah popper dari Adhek Bali. Popper ini berat dan tahan lasak.
Balingan jauh dapat dibuat tanpa perlu susah payah sangat, dan memang best baling popper besar besar


keadaan parah popper selepas lawan GT

Popper popper kecemasan
=======================

Popper kecemasan yang boleh digunakan ialah seperti dari keluaran Yozuri.
Popper yozuri ini boleh digunakan “out of the box”. Popper kecemasan penting juga untuk memastikan
kita tidak terlepas peluang apabila sudah kehabisan popper utama.

  • din dengan GT mennggunakan popper kecemasan iaitu Yozuri

Ikatan perambut FG
==================

Ikatan perambut FG digunakan antara tali utama dan juga shock leader.
Ikatan ini kuat dan tidak tersangkut semasa kita membuat balingan.

Teknik balingan popper
======================

Untuk mendapat jarak popping maksimum, pastikan tali dan juga shock leader berkeadaan baik.
Kami perhati tekong Ah Eng berjaya melakukan balingan popping yang jauh dengan membaling sekuat hati,
bunyi balingan macam tali dah putus.

Kalau arus laut laju, popper boleh dibaling dan dibiarkan hanyut sebelum popping dibuat.

Teknik popping berkumpulan
==========================

Popping berkumpulan boleh dibuat didepan dan dibelakang bot.
Strategi ini membolehkan bot mendapat peluang jika GT timbul di depan dan belakang bot.

  • pak razak mengalahkan GT mega sorang sorang je -> , yang lain lari sorok kat belakang :whistling:

  • sebenarnya popping berkumpulan sebagai strategi mengalahkan GT saiz mega, bila dah penat, ganti orang lain

Teknik memanggil GT
===================

Apabila kumpulan GT timbul jauh. Pemancing dengan jarak balingan popper paling jauh boleh buat balingan dahulu.
Ini bertujuan menarik perhatian kumpulan GT bergerak semakin dekat kearah bot.

Kemudian popper popper kedua boleh dibaling apabila GT sudah menunjukkan minat kepada popper pertama.
Apabila GT semakin dekat, rod popping semua digunakan.

  • dua orang popping serentak utk meningkatkan peluang mendapat sambaran kemas

Ok Mari kita tengok gambar gambar lain yg menarik


bg lan dengan popper efektif

  • megat dengan GT jigging menggunakan set pancing tenggiri je

  • gewang kena pastikan yang top quality, bawa banyak sebab dawai cap gajah 50 paun pun putus

  • hasil terakhir penutup tirai sebelum pulang:applause:

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu…” (Al-Baqarah 143)</font id=“red”>

UTARA ANGLERS TEAM (UAT)
“memancing biar sampai termuntah!”

[IMG]
http://mybonaparte.multiply.com/photos
www.utaraanglers.com
www.JohorFishingTribe.com

x sabar tggu trip ke 4 punya report

tudia…nala punya creta…3 sekali naik…tahniah…sakan gasak no…

-KORD- 012-5723563-
http://www.flickr.com/photos/kordceroach/

[IMG]

Tahniah ahli2 komplot…

“Hidup MFN Forum & Sahabat2 Kaki Pancing Di Seluruh M’sia”

TAHNIAH ! Kat Hampa
memang best la trip ni.

[IMG]http://i273.photobucket.com/albums/jj209/zamnex/malik-1.jpg[/IMG] Songsong Anglers Team High Speed

banyaknyaaa [:D]

wadohhhhh, besarnya ikan, tahniah untuk hampa semua,

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/pieecomot-1.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG]

Kalau dekat nak gak follow nih..tak bole tahan looo…

[IMG]http://i102.photobucket.com/albums/m105/Aru_73/8054_Rocks-1.gif[/IMG][IMG]http://i102.photobucket.com/albums/m105/Aru_73/JFTsmall.png[/IMG][IMG]http://i102.photobucket.com/albums/m105/Aru_73/MalaysiaFlag.gif[/IMG]

perghhhhhhhhh..mantab hasil!

tahniah !

[IMG]http://i117.photobucket.com/albums/o74/wanmimi84/Logo-GKC-1-1.png[/IMG] [IMG]http://i117.photobucket.com/albums/o74/wanmimi84/peacock-3.gif[/IMG] **This posting is printed by computer,owner signature is not compulsory..Save a tree. Don't print this posting unless it's really necessary [IMG]http://i117.photobucket.com/albums/o74/wanmimi84/update.gif[/IMG][url]http://wanpb.blogspot.com[/url]

wow… syoknya..