Paichen,
Semuga semasa ko jogging nanti dikejar rodwailet, dan digigitnya keting ko tu sampai putus lima, dan jari jemari ko dikunyah tahap hati perut org Yahudi…huhuhuhu…cem setan posting.
Pot Patin yg cem henjing, memang ekoq dia melibas, ada rupa patin, tapi bila labuhkan umpan, rasa cem Patimah laks…cipet sungguh, pastu pindah ke pot sebelah, hanya sekentut jer dari pot Patin lehenet tuh, airnya mak aihhh…itam, cem kena racun jer pot tu, tapi potensi adanya Kelah Merah memang ada (firasat aku), tapi bebudak nih, nak cari Patin, maka di batalkan pemburuan Kelah [:D][:D]. Pastu pindah utk yg kali terakhir (bebudak dah kuar parang nak tikam perut aku)…
ke satu pot di Pusat Serenti Dengkil, lombong ijau nan meluas, pemandangan yg indah mata memandang, serta kicau burung yg bercerapan, gembira dgn kehadiran insan2 terkumpau ini, muka memasing yg dah cem kambing tertelan panadol sepapan, agak nampak riang pabila ditiup angin sepoi2 ayam, menyejukkan ati memasing yg nak menikam perut aku tadi. Namun setengah jam pertama, masih menjadi tokpekong kumpau terhebat (cuma takda colok jer) di alam maya ini. Kalau dah nama ari Kumpau Sedunia, ko mancinglah ceruk mana pun, walaupun kat Sarang Itam sang Kelah, namun tetap Kumpau jua adanya. Arakian, kilat di langit sabung menyabung, awan menampakkan keitaman utk hujan lebat, sebelum memasing rentung dipanah petir, maka kami pun bergegas tangguh dulu kekumpauan yg berbirat ini. kami pun ke kedai makan utk penuhkan perut yg laparnya tahap Gorgon Biru. Ats perbincangan di meja makan, dua keta telah serender utk pulang kepada isteri memasing (nyesal lah tu), Soul dan Ike satu keta, manakala Anoi dan Red satu keta (sesal gandaan dua). Tapi aku rasa Soul sure ralat dan terpalat dgn perhitungan nya, tambahan pulak memandu kereta baru kedalam kawasan berdebu dan berlopak, agak memedihkan sedikit ati, bila kumpau…huhuhuhu…takper Soul, ko punya ketabahan tu, buleh menghindarkan dikau dari debu2 neraka terpalit ke badan ko suatu ari nanti…
Seterusnya keta ketiga yg dianggotai oleh hulubalang2 Hang Kumpau, Banglong (Yg mcm rimau sawan tgk aku), Adyputra (Terserlah Kenepalan nya bila merenung aku), Aku (Ahli kumpau permanen) dan Puyu (Kumpau, Tunggul, Batu..sama jer)..meneruskan usaha Ambiak utk menarik ikan, walaupun ikan bilis. Kami ke blakang airpot, betul2 kt tempat ekor kapalterbang landing, arakian, klu terhempas, mahu dihempasnya ats kepala kami, berkecai tak sudah kat situ ajer, dan dilarang casting, kerana nescaya, lure akan tesangkut kt kepak k.terbang, dan menyebabkan dia terempas di landasan. Ada baiknya Ike tak pegi, sbb tak leh casting…huhuhuhu…ada hikmah tuuuu. distu kami berpesta sakan, smpai nak isap rokok pun tk sempat, walhal rokok pun dh abis. tapi taklah sebesar mana, hanya besar2 tapak tangan jer, tilapia..jadilah, asalkn dorang 3 hekor ni buleh gembira dan melupakn kisah perit di pot yg tiga kedian tadi. parang pun dh sisip kembali ke pinggang memasing, kuatir gak aku di bocorkan perut aku nanti. Puyu pn sempat gak bwk balik dalam doploh hekor ikan utk dibela.
Jadi, itulah cerita ku sepanjang ahad bersama korang…Sebenarnya aku saja je bg kumpau, agar mereka mengerti apa itu dugaan Allah…huhuhuhuhu…so skrg , tamatlah sudah perguruan kumpau tahap 3, keta yg dua balik awal tuh, fail, tak lepas dugaan tuh, maka meka kena repeat paper dlm masa tedekat nihh, sila sms aku klu kamu dh sedia merepeat paper kumpau tahap 3 tuh…</font id=“Arial Black”></font id=“red”>
Ahad ni, ada satu pot di Brookland, Banting, ada Patin mega, nak pegi lagggiiiiii takkk korang?? [^][:D]</font id=“Arial Black”></font id=“size5”></font id=“red”>
[IMG]http://images6.theimagehosting.com/KUMPAU-KING.th.gif[/IMG][IMG]http://images6.theimagehosting.com/Kelah Hunter.th.png[/IMG] [IMG]http://images6.theimagehosting.com/logo-DAC.th.gif[/IMG] [IMG]http://images6.theimagehosting.com/Udang Hunter.bf7.th.png[/IMG][IMG]http://images6.theimagehosting.com/terajang.th.gif[/IMG]