Tarikh : 27 Feb 2011
Lokasi : Tasik Cina, Tangkak, Johor
Ikan sasaran: Toman gergasi
Ahlul komplot yang terlibat:
Yusop (selaku president)
Epot
Tam
Komplot berperang dengan toman gergasi ni telah dirancang secara mengejut menggantikan trip memancing di laut sekitar pontian yang dikansel oleh brader yusop..kereta dia rosak la plak. Jadi,untuk mengubati kekecewaan kami, beliau telah mengajak kami ke lokasi rahsia beliau..
Inilah lokasi yang dimaksudkan…
Sebelum bertolak ke lokasi, kami mengisi perut sendiri di sebuah warung sekitar pekan tangkak dan lebih kurang jam 9.00am kami ke lokasi yang dituju untuk mengisi perut ikan pula.
Mulanya kami tak percaya lokasi tersebut didiami oleh toman-toman gergasi, tapi sangkaan kami meleset…huru-hara kami dikerjakan dek toman ni.
sebelum tu, antara alatan perang yang digunakan…
antara toman gergasi yang berjaya dinaikkan..
saiz 6.5kg..
saiz 5kg
ni lah president kami brader yusop dgn toman 6.5kg.[:D]
tapi malangnya 9 kali kami ditewaskan..toman tinggal jarak 5-10 meter, sekali dia henjut terus rabut…[:(].
Hasil:
Toman: 5.0kg - 6.5kg
Rabut : 9 kali
sekian untuk laporan kali ini. wassalam.
“AKU baling KAU sambut, AKU tarik KAU ikut” pHoNe:014-2721893 eMaiL:epotn@yahoo.com