Digital Post Processing.

Banyak saya perhatikan kebanyakkan jurugambar sekarang ini setelah memiliki sebilah DSLR aspek yang kurang diberi perhatian ialah bab kedua dalam photography iaitu POST PROCESSING.

Kesusahan belajar memahami kamera dan menghasilkan gambar yang betul dan cantik sebenarnya belum habis cerita lagi. Bahagian kedua yang sama penting malah sangat penting ini semestinyalah diambil perhatian yang serius oleh photographer sekarang. Kalau tidak tahu maka akan ketinggalan. Inilah zaman digital, apa-apa pun bantuan komputer sangat penting. begitu juga dengan photography…mahu tak mahu kena tahu POST PROCESSING.

Saya akan mulakan dulu teknik mengecilkan gambar untuk tujuan Online Display. Bagaimana mengecilkan gambar supaya detailnya tidak hilang.

Kemudian barulah saya akan terangkan secara bergambar asas editing yang selalu digunakan. Adobe Photoshop merupakan editor disini. Singkatan yang akan saya gunakan ialah PS bukan CS.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Sebelum saya pergi mendalam tentang POST PROCESSING eloklah saya mula dulu dengan topik Image Size.

Hasilan gambar berbeza mengikut jenis dan model kamera. Ada kecil ada besar, semuanya bergantung kepada saiz Image Sensor. Saiz image sensor(alat merakam image data) berbeza. Yang paling kecil dari handphone camera, kemudian compact, four third, DX DSLR, FX DSLR, Medium format dan Large Format. Jangan keliru dengan Megapixel sesuatu kamera, ada yang tawarkan dengan megapixel yang besar tetapi yang menentukan kualiti gambar ialah saiz Image Sensor. Cuba ambil tahu sama spesifikasi kamera masing-masing.

Apabila mengambil gambar pastikan selalu setkan kualiti gambar ke saiz paling besar, jangan pilih lebih kecil dari itu hanya kerana ingin menjimatkan ruang dalam memori kad. Rugi rasanya kalau sudah pakai DSLR tetapi tidak menggunakan kemampuan sepenuhnya. Kalau elok dan rajin pilih RAW format, format ini mengekalkan kualiti gambar tanpa compression atau mengecilkan saiz gambar.

Saiz gambar pula diukur dalam unit mm. Contohnya hasil saiz maksimum dari 550D Canon ialah 5184 x 3456, dari kamera D90 Nikon pula 4288 x 2848, Canon EOS_1D Mark IV ialah 4896 x 3264, Nikon D3X ialah 6048 x 4032. Saiz yang berbeza ini dan dinisbahkan pula dengan megapixel yang ditawarkan memberi berbagai standard kualiti. Inilah juga antara perkara terpenting menentukan kualiti hasil gambar sesuatu kamera. Berapa banyak detail pada gambar sangat penting untuk cetakan besar.

Medium cetakan adalah standard penting dalam menetukan kualiti hasilan gambar foto. Medium yang kita lihat dilaman web dsbnya yang dipanggil online medium agak sukar untuk menilai kualiti gambar. Langkah dan proses Post Processing(PP) untuk penyediaan hasil cetakan agak sedikit berbeza dengan proses penyediaan foto untuk tujuan online.

Isunya disini ialah kerap kali saya lihat hasilan yang dipapar online terutamanya diforum ini kualtitinya sangat rendah. Ada banyak kemungkinan. Ada kerana proses penyediaan gambar untuk online tak betul dan kerana proses compression (down grade) oleh image hosting seperti photobucket dll.

Sebagai langkah pertama sebelum kita belajar mendalam teknik Post Processing seeloknya biarlah kita tahu serba sedikit dahulu cara terbaik untuk paparkan gambar diforum ini. Kekalkan sebaik mungkin kualtiti gambar, saya percaya hasilan asal gambar elok tetapi apabila dipaparkan disini tak seelok asal.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=4xHr_sG8QSo[/youtube]

Boleh faham tak, terkecil la pulak gambar.

Susah betul saya nak karangkan ayat untuk menerangkan cara pembetulan gambar menggunakan LEVEL dalam Photoshop.

Kalau mengikut video yang saya buat diatas ingin saya terangkan bahawa terdapat dua aspek penting dalam membetulkan gambar iaitu Tonal Range dan Color Balance.

Terlebih dahulu kena ada perisian Adobe Photoshop. Inilah perisian yang paling penting dalam membuat Post Proseccing.

Dua perkara utama dalam membetulkan gambar seperti yang saya katakan tadi ialah TONAL RANGE dan COLOR BALANCE.

Tonal Range: Mengawal gelap cerah gambar. Pengawalan dilakukan dengan melaras tiga point utama iaitu Shadows, Midtones dan Highlights.

Color Balance: Berpandukan kepada tiga warna utama RGB iaitu Red, Blue dan Green disinilah tempat kita betulkan warna berpandukan color channel.

Semua proses diatas kita lakukan berpandu kepada data pada Histogram.

Contoh gambar yang digunakan seperti dibawah(belum edit levelling), cuba download gambar ini dan lakukan Levelling seperti yang ditunjukkan dalam video diatas.

Hasil setelah dibuat pembetulan Levelling:


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

gambar kedua yazet yang telah diedit, masih kelihatan sedikit kuning.

gambar yang telah saya edit sekali lagi dari gambar diatas.

Kalau ikutkan tutorial diatas, pembetulan dibuat dengan melaraskan dua tone iaitu shadows dan highlights supaya betul-betul dihujung histogram. Tweaking masih boleh dibetulkan mengikut hasilan cerah/gelap(Histogram RGB) dan Color Channel mengikut warna. Apa yang saya telah buat ialah mengurangkan warna merah pada channel Red, menaikkan Green dan mengurangkan Blue. Sedikit sahaja supaya warna gambar kurang kuning. Akhirnya saya cerahkan gambar pada channel RGB. Semuanya dengan melaras hanya MIDTONES sahaja setelah langkah pertama dengan pelarasan Shadows dan Highlight.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Bang cuba editkan gambo nih


[IMG]
http://9w2joranpanjang.blogspot.com/

kosong.satu.tige.sembilan.enam.lima.enam.empat.dua.tiga

quote:
Originally posted by joranpanjang
Bang cuba editkan gambo nih


susah sikit kalau nak edit gambar yang telah dikecilkan.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Resize gambar untuk upload ke image hosting dan link ke MFN photography thread.

DPI atau dots per inch yang dipamerkan oleh display komputer paling tinggi ialah 72 pixel walaupun ada yang mampu sehingga 90 pixel. berbeza dengan pixel mencetak yang secara lazimnya pada 300 pixel. kedua-dua maklumat ini selalunya mengelirukan banyak orang. secara umumnya setelah mengambil gambar maka seseorang itu dari awalnya kena tahu output yang akan dibuat. Kalau untuk tujuan mencetak contohnya untuk mengahasilkan album perkahwinan seeloknya buat pada resolution 300 pixel. tetapi kalau gambar yang sama hendak ditayangkan online/web maka gambar tersebut hendaklah di kecilkan(resize) resolution(72pixels) dan ukuran dimension. untuk tayangan memadai tukar dimension height atau width kepada 720 sahaja.

Langkah langkah yang saya amalkan untuk resize gambar bagi tujuan online/web display:

  1. Setelah gambar diedit saya akan save asalnya pada ukuran sebenar. gambar ini nanti saya akan gunakan untuk membuat artwork untuk tujuan mencetak. resolution nya 300 pixels.

  2. Sekiranya gambar ini akan saya tayangkan untuk tujuan online/web maka saya akan resize dalam photoshop. Image > Image Size > check semua check box > tukar value resolution kepada 72 > ubah ukuran width kepada 720(ukuran height akan turut berubah sendiri). Sekiranya gambar dalam Orientation potrait maka tukar value height ke 720 pixel.

  3. Filter > Sharpen > Smart Sharpen > Amount 25

  4. “Save as” gambar tersebut kenama yang lain.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Assalamualaikum..

Nak tanya, terdapat banyak versi Adobe fotoshop di pasaran sekarang jadi versi mana yang patut saya dapatkan untuk kategori sehari taugeh macam saya ni dan di mana nak dapat (kalau ada yang free)?

Terima Kasih

quote:
Originally posted by epit
Assalamualaikum..

Nak tanya, terdapat banyak versi Adobe fotoshop di pasaran sekarang jadi versi mana yang patut saya dapatkan untuk kategori sehari taugeh macam saya ni dan di mana nak dapat (kalau ada yang free)?

Terima Kasih


kalau masih tersangat baru cuba dulu adobe photoshop elements…lain sikit dari photoshop CS. Dipermudahkan beberapa teknik yang selalu akan digunakan seperti pembetulan warna dan contrast.

Photoshop CS atau dipanggil Photoshop sahaja boleh buat lebih dari itu dan dikira image editor terbaik. Vuba cari beberapa video tutorial berkaitan Photoshop seperti LEVEL dll.

Ada lagi satu perisian yang sangat baik dari aspek pembetulan warna ialah Adobe Lightroom. Saya sendiri menggunakan kedua-dua Photoshop dan Lightroom.

Kena mahir kedua dua bidang: Penggunaan kamera dan editing.

KAYUH PLAN PLAN…


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

kayuh lambat la cikgu. guna truster remdan lerr, takpun start henjen…

epit boleh download software percuma dari Nikon utk basic editing seperti ejas white balance, sharpness, contrast, crop dan sebagainya. belajar edit yg basic dulu guna software ni sebab ianya mudah dan straight-forward.

bleh dunlud software Nikon ViewNX kat sini:

http://nikonasia-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/6849/session/L3RpbWUvMTMwNTgwNDE1Ni9zaWQveEY1dy1rdWs%3D

Salam sejahtera

Cikgu Dolah, nasib baiklah saya tahu serba sedikit nak guna komputer. Jadi boleh jugaklag belajar buat editing. Betul kata cikgu kalau baru belajar kena la kayuh pelan2 macam belajar naik basikal jugak la kan.

Wahoo, terima kasih untuk link yang bro sarankan tu. Memang saya ni tengah nak godek2 internet cari software free untuk belajar editing. Tinggal lagi masa pun satu hal juga bagi saya sebab saya ni kerja kilang je so ikutlah masa yang ditetapkan. Jadinya perlahanlah proses pembelajaran saya tu.

Tapi kalau naik bot laju sikit pun takpe kut sebab takde jatuh macam naik basikal tu kan.

Terima Kasih semua

Salam sejahtera…

Saya nak tanya satu soalan amatur. Apa jenis format gambar yang sesuai dan method untuk upload gambar ke dalam mfn?

Terima Kasih

quote:
Originally posted by epit
Salam sejahtera...

Saya nak tanya satu soalan amatur. Apa jenis format gambar yang sesuai dan method untuk upload gambar ke dalam mfn?

Terima Kasih


Salam Epit,

Format dan caranya sila rujuk di sini. [;)]
http://fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=9215&whichpage=1