Dilema Guru Masa kini

SETIAP kali tersiar berita mengenai guru mengenakan tindakan disiplin secara keterlaluan ke atas pelajar, teringat penulis sewaktu masih menuntut di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, pada akhir 1970-an. Kini nama sekolah itu ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam.

Masalah disiplin di sekolah itu amat dititikberatkan oleh pengetuanya ketika itu, Dr R D Naidu. Selain terkenal sebagai jaguh sukan ragbi, sekolah itu juga cukup dikenali kerana pengetuanya yang tegas dan digeruni, bukan saja di kalangan pelajar malah warga gurunya.

Dalam soal disiplin beliau tidak akan berkompromi, sama ada dari segi berpakaian, kekemasan rambut, kehadiran, ponteng, mahupun merokok. Jika ditangkap pengawas, denda atau hukumannya pasti menanti.

Setiap kali perhimpunan pagi Isnin, ada saja pelajar yang dipanggil ke hadapan untuk menerima ‘habuan’, sama ada mereka dirotan atas kesalahan salah laku ataupun rambut mereka digunting di hadapan khalayak pelajar, jika ditangkap kerana berambut panjang.

Beliau juga mempunyai cara tersendiri mendisiplinkan pelajar lelaki yang berambut panjang, dengan melakukan rondaan ke setiap kelas sambil membawa gunting, yang disorok di belakangnya. Tanpa disedari pelajar, beliau masuk ke setiap kelas secara senyap menerusi pintu belakang walaupun sewaktu guru sedang mengajar. Beliau akan memerhati rambut setiap pelajar lelaki dan gunting yang dibawanya pasti singgah di kepala pelajar yang berambut panjang.

Hasil tindakan tegas beliau itu, disiplin pelajar sekolah berkenaan dapat dikawal tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk ibu bapa atau dihebahkan menerusi media.

Itulah cara guru dulu dalam menangani masalah disiplin pelajar. Barangkali ramai lagi guru besar pada era itu yang menangani masalah disiplin di sekolah mereka dengan menggunakan rotan, tetapi tindakan mereka itu tidak pula menjadi isu besar sehingga mencetuskan perdebatan menerusi media.

Masa berubah, dan penerimaan masyarakat juga turut berubah. Sebab itulah nasib guru sekarang berbeza. Jika guru sekarang menggunakan pendekatan sama, mereka bukan saja boleh dikenakan tindakan disiplin, malah tindakan mereka turut didedah kepada umum, dan malangnya guru sering kali dipersalahkan dan dipandang serong oleh masyarakat.

Dalam keadaan itulah guru berada dalam dilema. Jika mereka tidak bertegas dalam menangani kes disiplin pelajar, masyarakat akan menuding jari ke arah guru sekiranya pelajar terbabit dalam kegiatan salah laku atau melanggar disiplin.

Begitu juga jika guru mengenakan denda atau tindakan, dalam kebanyakan kes guru juga menjadi sasaran cemuhan masyarakat dan pelbagai kritikan dilemparkan kepada guru.

Tidak dinafikan, memang terdapat segelintir guru yang mengambil tindakan melampau ke atas pelajar yang melanggari peraturan sekolah atau melakukan salah laku di sekolah. Memang wajar guru yang bertindak sedemikian disiasat puncanya dan kemudian dikenakan tindakan setimpal.

Kes terbaru di mana 200 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, Sibu, Sarawak, diarah berendam di dalam kolam baru-baru ini adalah sesuatu yang malang berlaku dalam keghairahan Kementerian Pelajaran sedang memberi fokusnya terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP).

Sesiapa juga yang melihat kejadian itu (mungkin kali pertama hukuman seumpama itu berlaku) tentu akan menggeleng kepala dan sukar menerima hukuman yang dilakukan oleh guru yang juga warden asrama sekolah berkenaan. Mujurlah tidak terjadi perkara yang lebih buruk ke atas pelajar berkenaan.

Kejadian itu juga memaksa Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein campur tangan agar masyarakat tidak terus menuding jari dengan menyalahkan sebelah pihak, sebaliknya beliau memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Kita harus memuji langkah beliau yang tidak cepat melatah dengan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya berjanji melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca kes itu berlaku. Beliau juga menasihatkan guru agar tidak patah semangat untuk terus berkhidmat dan terus memikul amanah diberikan, berikutan reaksi negatif masyarakat apabila pendedahan meluas media berhubung kejadian itu.

Difahamkan warden berkenaan sudah pun memohon maaf kepada ibu bapa pelajar yang terbabit. Mudah-mudahan langkah bijak itu dapat menjernihkan keadaan dan guru di sekolah berkenaan dapat mengajar seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

Kita simpati dengan nasib pelajar serta guru berkenaan yang terpaksa berdepan dengan masalah itu, walaupun pada hakikatnya beliau mahu memberi pengajaran kepada pelajarnya yang berterusan melakukan kesalahan sama selepas banyak kali diberi peringatan.

Sebagai guru yang dedikasi dan bertanggungjawab seperti yang didakwa oleh guru besarnya, kita yakin tindakan yang diambilnya tentu bersebab. Salah laku pelajar berkenaan benar-benar mencabar kesabaran beliau sampai ke tahap maksimum, kerana kejadian membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas di sekolah itu bukan kali pertama berlaku. Sewajarnya kejadian itu memberi pengajaran kepada semua pihak, bukan saja pelajar malah ibu bapa serta guru sendiri.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, menjadi tanggungjawab mereka mendidik anak masing-masing cara betul untuk membuang tuala wanita selepas digunakan, bukan dengan membuangnya ke dalam tandas sehingga menyebabkan tandas tersumbat. Walaupun perkara itu nampak remeh tetapi kesannya boleh menyusahkan orang lain.

Kita percaya, masalah itu bukan saja dihadapi di sekolah berkenaan, dan tidak mustahil juga berlaku di kebanyakan tandas awam yang lain. Jika perlakuan itu dibiarkan, mereka akan menjadi individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan kebersihan.

Guru pula harus lebih berwaspada mengambil tindakan ke atas pelajar dalam menangani isu disiplin. Mereka harus ingat, zaman sekarang bukan seperti zaman ibu bapa mereka bersekolah dulu di mana masyarakat menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru.

Sudah banyak kali tindakan guru mengenakan hukuman ke atas pelajar dipersoalkan, walaupun tujuan mereka untuk memberi pengajaran agar salah laku itu tidak berulang. Ada baiknya guru jangan sekali-kali mengambil tindakan mengikut perasaan, terutama ketika kemarahan meruap-ruap. Sebaik-baiknya rujuk dan bincang terlebih dulu dengan guru besar apa tindakan terbaik boleh diambil.

p/s…teringat kata2 orang tua teman dulu..

" ustaz, saya serahkan anak saya pada ustaz untuk menimba ilmu,
kalau dia “jahat” rotanlah, jangan sampai patah riok udah ler."

"zaman sekarang membuat orang memang pandai tapi menjadikan orang
memang payah "

salam

sekolah dah ada peraturan dan kaedah perlaksanaan dan penghukuman kes kes disiplin. ianya mesti diikuti oleh kementrian ,ppd, guru besar, guru guru murid murid dan ibu bapa.. rasanya surat akujanji ibu bapa pun dah aada

masalah utama ialah ada pehak yang tak ikut prosedur dan peraturan dalam perkara perkara dissiplin ni..

kalau kes budak mencarut depan guru. lihat apa yang perlu dibuat. laksanakan. walau pun budak tu terpaksa dibuang sekolah.

adakah kita semua mahu. silap silap je semua buat laporan polis. ingat bukan ibu bapa saja yang boleh buat laporan polis guru dan guru besar juga boleh.

Sekarang ramai yang pandai bela anak, tapi tak pandai didik anak. Dulu orang sebelah boleh tegur anak kita, tapi sekarang jangan cari pasal.


019-3595543

aku kecewa dgn sikap hishamuddin..sikit2 trus salahkan guru… bukan dia nak bela guru.. masa pertama sekali kes rendam 200 pelajar timbul.. ada ke patut dia ckp guru2 jangan tunjuk samseng.. adoi.. menteri pelajaran aper camni.. bagus rais yatim lagi.. n mentri perlancongan(rasanya) turun sendiri melawat tempat kejadian.. n memang terbukti kolam tu bersih.. tadahan air hujan je.. x der saliran dari kantin ke apa..

Anda tinggal di Kelantan/besut/jertih? Anda Minat Memancing? JOM!!! http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=9543

Rasanya media juga boleh memainkan peranan.kenapa begitu teruk menjatuhkan guru.Sekarang ni ramai orang memandang serong kepada guru.Pantang silap sikit,terus masuk akhbar.Kenapa guru saja yang nampak bersalah.Yang anak murid conteng kereta cikgu,malah yang kejar cikgu dengan parang pun ada kenapa tak didedahkan.sian aku kat cikgu.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

Terharu pula dengarkan pembelaan anda semua kepada guru. Sungguh bangga seorang guru melihat anak muridnya berjaya bukan setakat akademik malah perkembangan sahsiah. Kata-kata puji seorang murid terhadap guru sendiri oleh sepat malam kepada gurunya jarang didengar di mana-mana media. Kalaulah gurunya dapat membaca hasil tulisan sepat malam.

Marilah bangkitkan semangat guru-guru…

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Begitulah nasib golongan yang bergelar guru. Anak tak lulus cikgu bodoh. anak lulus cemerlang anak dia yang pandai. Masalah kini bukannya hanya nak mendidik anaknya sahaja malah kena didik emak bapanya sekali. semua sedar masalah ini bermula di rumah. tetapi malangnya guru jugalah yang memikul semua masalah rumahtangga orang. sehingga anak sendiri terabai. anak dilahirkan mengharapkan pembantu menjaga bila besar guru pula diminta mendidiknya. kahwin hari ni beranak selepas sembilan bulan. lepas tu cerai, anaklah menjadi mangsa selepas keseronokan. selepas itu masalah itu mulalah berlarutan akibat dari semua ini dan anak membesar tanpaa kasih sayang dan didikan awal. ini baru satu. yang keduanya pula ibu bapa yang dahulunya dari golongan yang sama tidak hormat pada orang tua apa lagi guru yang mendidik. sekarang generasi seterusnya menjadikan contoh orang tuanya bak kata “anak borek anak rintik”. ayah nak mendidik anak pun sudah hilang powernya kerana contoh dirinya sendiri yang tidak baik. Lihatlah sendiri suasana dalam dewan semasa bersidang. yang menjadi pemimpin pun berbaling kerusi macam mana nak salahkan anak-anak di sekolah yang berperangai demikian. guru juga yang tanggung semuanya. Sebagai ketua dalam pendidikan patutkah turut mencemuh mereka yang seharusnya dijaga selain difahami situasi sebegini yang dialami oleh guru. Saya tidak hairan kalau ada guru yang sudah bertindak sehingga demikian akibat tekanan yang begitu berat bukan sahaja dari masyarakat malah daripada polisi dan pelbagai dasar dalam pendidikan itu sendiri. rasanya kalau situasi begini tidak dibendung ramailah nanti guru yang akan dirujuk ke pakar sakit jiwa dan akhirnya mendapat lesen sakit mental dan bertindak diluar kawalan dirinya " Sakit Jiwa".

Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>

Hp 0194692854 0128811251

“Ok, murid-murid semua, cikgu minta tolong kalau sesiapa yang tak mahu belajar tolong duduk diam. Kalau tak boleh duduk diam boleh keluar kelas. Kalau tak mahu keluar kelas, boleh tidur atau buat kerja sendiri”

Boleh tak macam ni? Atau ada sesetengah cikgu murid-murid kat belakang main kejar-kejar dalam kelas tapi dia buat derk je terus mengajar. Ada juga yang mengajar bukan main laju sampai habis sukatan pelajaran sebelum akhir tahun, tapi budak sedikit pun tak faham apa yang cikgu ajar.

My setup: Light jigging - Daiwa Exceler 3500 + G-Craft Jekyll411 Mid Jigging - Shimano TwinPower 8000H + Fisherman Yellowtail 6.0RS Mid jigging OH/Bottom - Daiwa Saltiga Z30 + Customize Expert PE4-8/Customize Spiral Wrap Calstar 700M Heavy Jigging/Popping - Shimano Stella 16000PG + Alpha Tackle Sprint Stick Ultra 70/Seed GT Boss 83

Pada saya, TERIMA KASIH kepada Cikgu_2 yg meROTAN saYa semasa saya ‘jahat-2’ di zaman sekolah aku dulu, tiada mereke, tiada saya, THANK YOU TO ALL CIKGU AND CIKGI[:D], BUDI MU AKAN DI-KENANG…[:D][:D][:D]

[img]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/OTHERS/JTLOGO.jpg?t=1183919261[/img] http://kurauking.multiply.com/ http://www.enemies.org/ratedx/

pada teman, tak boleh nak salahkan ibu bapak sepenuhnya jugak…sebab dah jadik trend sekarang ni, sikit2 masuk paper, sikit2 masuk tibi..kalo lah kementerian boleh luluskan satu hak untuk guru ‘mendidik’ murid dengan cara guru-guru sendiri perkara ni mungkin akan reda sedikit..kalau tentang dalam parlimen, kementerian boleh keluarkan arahan utk sekat dari media massa mengambil klip daripada pembangkang..takkan yang mcm ni tak boleh kot

guru buat kerja lebih masa takde OT pun terpaksa jugak buat..kerja bawak sampai balik rumah tu dah kira rutin..masalah sekolah, masalah ibubapa, masalah anak murid semua kena handle..umpama kalau kerja swasta, dia lah yang kena jaga kompeni dan kompeni besar,dialah kena jaga client,dialah jugak kena jaga mak ayah kepada client..paperwork semua lah dia kena buat..aduhaiii lah cikgu,byk pengorbanan yang tidak di nampakkan

*tapi ader jugak sekelumit guru yang selalu duk tido dalam bilik setor..hihihi.tapi dalam seribu mungkin satu..

ape2 pun tahniah utk guru2 yang mendedikasikan sebahagian besar hidupnya utk mendidik anak bangsa!

*i love you cikgu nurhafizah-bini teman la ni..hehehehe..and i salute all malaysian’s cikgus and cikgis


Yop
012-514 1181
</font id=“size1”>

[/IMG]

Allooo Mr Berocat, kita Salute Cikgu kerana Budi ajaran meraka kepada kami laa, bukan kerana…“EHEM-2 Cikgi daa”…hahaha…[:D][:D][;)]

quote:
Originally posted by berocat

*i love you cikgu nurhafizah-bini teman la ni…


Yop
012-514 1181
</font id=“size1”>

[/IMG]


[img]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/OTHERS/JTLOGO.jpg?t=1183919261[/img] http://kurauking.multiply.com/ http://www.enemies.org/ratedx/

duLu masa aku sekolah, mmg ada guru yg jenis garang mcm singa bunting nih, hehehe… tapi, bukan semua guru camtu, Alhamdulillah… kira semua guru aku masa tu, baik2 semuanya… walaupun ada sorang dua yg garang.(kira selalu gak dapat rotan, sebab aku duLu pun kira nakal gak time sekolah, hehehe…) kalau time skrg nih, rasa rindu lak time sekolah2 duLu.. pengalaman pahit time sekolah duLu, boleh jadi pengalaman manis pada masa skrg, sebab kalau diingat kembali, rasa lucu pulak kalau dikenang… hehehe… Terima Kasih Cikgu…

===============================

::: PAPAR ANGLERS :::

Terima kasih..keranan ada segelintir insan yg memahami..w/pun bukan guru..

Semuanya betul..

Aku..NO KOMEN..

Cara baik parents layan kita..cara baik lah kita layan mereka..

Ustaz sekolah aku (paling sabr punya org)..
Dtg guru perempuan membawa 2 org pelajar perempuan Melayu..

Cikgi: "Ustaz..tlg la nasihatkan 2 org ni..saya tak tahan..saya tgh mengajar..dia boleh bergaduh..Langsung tak makan saman..(sambil meleleh air matanya..)

Ustaz: “Apa yg kamu buat dlm kelas tadi..?”
Pelajar 1: " Bukan saya ustaz.. bla..bla..bla..
Ustaz : “Sabar..terangkan pada ustaz..”
Pelajar 2: " Bukan saya ustaz..dia ni..bla..bla..bla.."

dipendekkan citer..
Ustaz : “Sudah..jgn gaduh depan ustaz..”
Pelajar 1 : " Ala ustaz pun sibuk je..mcm Pmak..buh la.."
Ustaz : (mengucap)
Pelajar 2 : "B
bi la…"
Ustaz : ..Pang..pang…2-2 kena (lepas tu dia mengucap)

Petang tu ustaz tu..terus ke JBTn Pelajaran Negeri..dan membuat laporan..juga ke balai polis sbb Parents buat repot..
Parent 1 : “Anak saya tak pernah ckp mcm tu..”

Ustaz dtg ke umah parent tu dan minta maaf..dgn sombong nya..parent tu halau..

FIKIRKANLAH…


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

FOOOOOH~!!![:p]

Sib baik gua bukan Cikgu, kalau tidak dah lama gua amik budak-2 tuu buat umpan TOMAN(termasuk si parent mereka)…[:D]

quote:
Originally posted by anamis
dipendekkan citer.. Ustaz : "Sudah..jgn gaduh depan ustaz.." Pelajar 1 : " Ala ustaz pun sibuk je..mcm P***mak..bu**h la.." Ustaz : (mengucap) Pelajar 2 : "B*bi la...." Ustaz : ..Pang..pang...2-2 kena (lepas tu dia mengucap)

Petang tu ustaz tu..terus ke JBTn Pelajaran Negeri..dan membuat laporan..juga ke balai polis sbb Parents buat repot..
Parent 1 : “Anak saya tak pernah ckp mcm tu..”

Ustaz dtg ke umah parent tu dan minta maaf..dgn sombong nya..parent tu halau..

FIKIRKANLAH…


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>


[img]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/OTHERS/JTLOGO.jpg?t=1183919261[/img] http://kurauking.multiply.com/ http://www.enemies.org/ratedx/

belajar kat negara mana tu brO anamis?

===============================

::: PAPAR ANGLERS :::

Agaknya la..
Kalau keta cikgu disiplin yg betul2 ikut arahan,ikut peraturan dan ikut buku..
kena bakar tayar 4-4..
kena toreh pakai pisau keliling body
kena pecahkan cermin
kena pecahkan lampu..
dapat nota “Cikgu..awas kami akan bunuh cikgu”
kena baling taik
kena baling telur busuk..

(Semua di atas adalah betul belaka)

  1. APA ORG ATAS BOLEH BUAT?..
  2. APA PARENTS TU AKAN KATA?
  3. APA ORG AWAM BOLEH BUAT?

Jwpn:

  1. Suh buat laporan..pastu senyap..sian cikgu tu..kena repair keta beriban-riban..
  2. "Belum tentu anak sy yg buat (wpun ada bukti)..senyap..
  3. Akan kata…siannnn cikgu tu…
    TU AJE?

TAPI..
Kalau cikgu cubit skit..tarik tinga sikit..rotan tapak tangan je..dgn tujuan/niat nak bagi dia tak buat lagi..

Parents datang mcm GORILLA..siap bwk parang..

FIKIRKANLAH…


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

quote:
Originally posted by PaDuKa
belajar kat negara mana tu brO anamis?
Luar negara..tapi yg pasti bukan Malaysia..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Yang ni lagi teruk.http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20070728102434/Article
Ishhh…bekbudak ni…apa nak jadi…

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

Sapa nak jawab?
Aku tak nak jawab sbb nak org bukan guru jawab..

Paling baik pun..
Akan diadakan perjumpaan dan memohon maaf..

Tapi adakah dgn itu..setel semua?

mmg susah..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Cekik leher, humban cikgu
Oleh Manan Samad, Ibrahim Isa dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Gara-gara menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, mengalami trauma paling dahsyat sepanjang karier perguruannya apabila lehernya dicekik seorang daripada pelajar terbabit, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising dalam tandas sekolah ketika guru berusia lingkungan 20-an itu sedang mengajar di kelas tingkatan tiga berdekatan.

Tindakan pelajar terbabit mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan menyebabkan guru itu menegur perbuatan mereka, namun sebaliknya mereka mengejek dan mempermainkan guru terbabit.

Ini menyebabkan guru itu berasa dirinya tidak dihormati dan mengarahkan kumpulan pelajar terbabit keluar dari tandas sebelum didenda ketuk ketampi.

Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar terbabit melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.

Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.

Tindakan pelajar terbabit membahayakan keselamatan guru itu kerana mereka berada di tingkat paling atas bangunan sekolah berkenaan dan memungkinkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kejadian itu turut dilihat seorang guru wanita lain yang menjerit mengarahkan pelajar terbabit menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan hingga dimarahi seorang guru lelaki sejurus kemudian.

Akibat kejadian itu, guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang tahun lalu dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu, terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjutan di Hospital Kota Tinggi malam tadi, kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sudah memanggil ibu bapa dan pelajar terbabit serta bersemuka dengan guru berkenaan, malam tadi.

Namun, katanya, kertas siasatan masih dibuka bagi menjalankan siasatan atas permintaan guru itu.

Sehingga kini, katanya, pihaknya tidak tahu sama ada pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin atau tidak, namun akan menjalankan siasatan terperinci.

“Kami memandang serius kejadian ini kerana akibat dicekik dan ditolak ke dinding, guru berkenaan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana bengkak leher.

“Bagaimanapun, semuanya bergantung pada guru berkenaan sama ada ingin meneruskan atau menarik balik laporan. Buat masa ini, kami tetap jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.

Sementara itu, guru berkenaan enggan ditemubual kerana khuatir masa depan kariernya, selain tidak mahu menjejaskan siasatan polis.

Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon gagal dihubungi kerana mengikuti Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007 di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur, malam tadi.


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>