A’kum kawan2,
Diharapa semasa kawan2 pergi memancing ke..pergi shopping ke..jalan2 diharap dapat memerhatikan sekeliling untuk mencari Adik Sharinie yang hilang 2-3 hari yang lalu. Kalau buleh printkan poster kat bawah ni ..lekatkan kat surau ke..masjid ke..bus stop. ke..diharapkan beliau dapat pulang dalam keadaan selamat adanya.. harini dah tak sama mcm zaman kita kecik2 dulu.. dah tak selamat untuk anak2 kita. Ingatan untuk diri sendiri dan semua kengkawan…
ini sebenarnya petanda untuk menunjukkan betapa longgarnya kawalan dan lalainya ibu-bapa dalam mengawasi anak-anak. ambil mudah, cuai dan tak peduli ke mana anak² merayau ketika bermain.
ada ka patut biar anak² bermain jauh dari pandangan mata sendiri?
walau macam mana pun saya berharap budak tu selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. jgn sampai jadi macam kes Nur Jazlin sudah la - mayat aja yg balik. mintak dijauhkan dari perkara yg tak diingini tu dan penjenayah terbabit dapat diberkas dan diadili… Aminnnn…
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]
Ibu bapakah yang harus kita tuding jari dalam kes-kes sebegini seumpama kes Nurul Jazlin? Sehingga ada pihak yang berura-ura untuk mendakwa ibu bapanya tatkala sebak di dada masih tebal dan air mata yang mengalir pun belum kering?
Tidak payahlah kita bercakap pada tahun-tahun 50an dan 60an ketika kebanyakan kita di sini masih belum mengenal dunia. Cukuplah kalau kita sebut 10 tahun lepas; kes-kes begini jarang berlaku. Anak-anak bebas ke sana ke mari bermain-main dengan gembira bersama-sama teman sebaya di sekitar kawasan rumah sama ada di bandar atau di desa. Kalau yang jadi sasaran penculikan pun barang kali anak-anak jutawan yang sememangnya tidak perlu dirisaukan oleh ibu bapa mereka kerana mempunyai perkarangan rumah berekar-ekar untuk bermain-main.Di manakah anak-anak kita mahu bermain-main, belajar menunggang basikal, berkunjung ke rumah kawan mereka di rumah sebelah dan sebegainya? Atau, wajarlah agaknya kita belikan PC, PS2, PS3, PSP, X-Box, Nintendo dsb sebagainya untuk memastikan anak-anak kita terperap di dalam rumah tanpa bersosial? Hari Raya baru-baru ni pun sudah berkurang kanak-kanak yang kunjung-mengunjung mengutip duit raya sebab tidak dibenarkan oleh ibu bapa mereka.
quote:Originally posted by bwan Ibu bapakah yang harus kita tuding jari dalam kes-kes sebegini seumpama kes Nurul Jazlin? Sehingga ada pihak yang berura-ura untuk mendakwa ibu bapanya tatkala sebak di dada masih tebal dan air mata yang mengalir pun belum kering?
Tidak payahlah kita bercakap pada tahun-tahun 50an dan 60an ketika kebanyakan kita di sini masih belum mengenal dunia. Cukuplah kalau kita sebut 10 tahun lepas; kes-kes begini jarang berlaku. Anak-anak bebas ke sana ke mari bermain-main dengan gembira bersama-sama teman sebaya di sekitar kawasan rumah sama ada di bandar atau di desa. </font id=“size2”> </font id=“red”> Kalau yang jadi sasaran penculikan pun barang kali anak-anak jutawan yang sememangnya tidak perlu dirisaukan oleh ibu bapa mereka kerana mempunyai perkarangan rumah berekar-ekar untuk bermain-main.Di manakah anak-anak kita mahu bermain-main, belajar menunggang basikal, berkunjung ke rumah kawan mereka di rumah sebelah dan sebegainya? Atau, wajarlah agaknya kita belikan PC, PS2, PS3, PSP, X-Box, Nintendo dsb sebagainya untuk memastikan anak-anak kita terperap di dalam rumah tanpa bersosial? Hari Raya baru-baru ni pun sudah berkurang kanak-kanak yang kunjung-mengunjung mengutip duit raya sebab tidak dibenarkan oleh ibu bapa mereka.
Sekarang ni dah tak selamat lagi dah terutama sekali kat KL dan Lembah Klang.... anak gadis tak bole jalan sorang-sorang...amat merbahaya... kanak-kanak tidak bole dilepaskan bermain di taman permainan tanpa pengawasan lagi dah walaupun taman permainan di depan rumah....kes-kes penculikan sekarang tidak mengira budak kecil atau dewasa, kaya atau miskin.... berhati-hati dan kawal pergerakkan anak kita dengan ketat.... perlu kita tanamkan dalam minda di luar rumah tu penuh dengan musuh dan tidak selamat lagi dah untuk anak-anak kita....
FAMILY must first…FISHING come second</font id=“size3”></font id=“red”> aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing</font id=“size3”></font id=“blue”>
pada saya, tak patut budak-budak pada umur begitu dibiarkan ‘hilang’ dari pandangan mata mak bapa walaupun utk keluar bermain. pada usia begitu, anak² ni begitu naif dan tidak tahu apa-apa tentang bahaya.
jika anak² saya bermain di luar rumah, saya akan duduk sekali tak jauh dari mereka bagi mengawasi mereka ataupun bermain sekali dgn mereka.
saya mengambil pendekatan sebegini sebagai langkah berjaga-jaga sebab dunia sekarang bukan seperti zaman saya masih kanak-kanak - iaitu bebas ke mana saja tanpa kawalan ibu. bak lirik lagu M.Nasir “dgn senapang kayu ubi cambah tak kenal bahaya…”
zaman sekarang dah tak boleh bebas begitu lagi sebab sudah terlalu ramai penjenayah yg akan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita menjaga anak²…
nyesal dulu pendapatan, nyesal kemudian tak berguna… sudah terhantuk baru tengadah…
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]
Susahlah nak cakap keadaan sekarang ni, sudut keselamatan negara memang dah sangat teruk pintu negara terbuka luas untuk sesiapa sahaja. Mereka-mereka yang dah terdesak dengan kewangan akan lakukan apa sahaja atas arahan orang yang kaya. Lihat kes pembunuhan boleh berlaku di mana sahaja. Senjata dah macam barang mainan. Tidak mustahil pembunuh upahan memulakan perniagaannya di negara kita. Lepas tugas kaya raya balik ke negara asal melalui apa sahaja lubang yang ada. Habis duit datang lagi dengan identiti yang baru. pelabagai cara kita dengan untuk kurangkan pendatang asing dalam negara kita tapi apa hasilnya. Isu dendam, dengki dalam manusia pun menjadi punya dalam segala hal yang berakhir dengan bunuh. Nampaknya kita dah menjadi pelarian dalam negara sendiri yang sentiasa diburu oleh pelbagai jenayah yang berlaku. satu kes belum selesai satu lagi timbul. Kita tidak pernah tau siapa musuh kita dan juga tidak pernah tau siapa yang dendam dengan kita. Dendam kerana hayat tak tercapai, kerana cinta tidak berbalas. kerana tertipu dan macam-macam lagi. Bukan tak nak jaga tepi kain orang seperti yang dikata tapi adakalnya tak berani lagi nak jaga tepi kain orang kerana silap-silap kain kita koyak sekali. semua yang berlaku ada sebabnya maka penyelesaian ialah mencari punya penyebab dan bukan hanya selesaikan yang sudah berlaku kerana selagi punca tak dihapus maknanya perkara itu tetap akan terus berulang.
Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>
quote:semua yang berlaku ada sebabnya maka penyelesaian ialah mencari punya penyebab dan bukan hanya selesaikan yang sudah berlaku kerana selagi punca tak dihapus maknanya perkara itu tetap akan terus berulang.
Masalahnya, yang dah berlaku pun tak tertangkap penjenayahnya. Entah-entah dalam kes culik budak ni, penjenayahnya adalah orang yang sama. (merujuk kepada Abang Kucing).
Sebenarnya, kes culik dan penderaan seksual kanak-kanak ini (termasuk cabul, rogol, sodomi dan bunuh), bukanlah kes yang berlaku setiap hari di negara kita. Tetapi, apa yang dikesalkan ialah kegagalan pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes tersebut dan mendakwa mereka yang terlibat secepat mungkin. Walaupun kes begini jarang berlaku, tetapi apabila tidak dapat diselesaikan, kesannya akan menakutkan dan menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap tahap keselamatan di negara kita yang menjadi tanggung jawab pihak berkuasa. Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu yang drastik untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang melibatkan keselamatan rakyat agar rakyat dapat hidup dengan selesa dan tanpa rasa takut di tanah air yang kita cintai ini.
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]
Apa maksud bro? Kalau bro risaukan keselamatan anak-anak daripada ancaman anasir luar seperti penjenayah di sekolah, rasanya langkah-langkah keselamatan yang ada di sekolah sekarang ini sudah memadai. Memang pihak Kementerian mempunyai garis panduan yang ketat untuk mewujudkan Sekolah Selamat. Kalau pasal kemalangan, memang pernah berlaku kemalangan daripada dulu lagi seperti murid cedera sewaktu bersukan, rehat dan aktiviti-aktiviti lain di luar bilik darjah. Perkara ini pun menjadi prioriti di kalangan guru-guru tetapi kemalangan memang tidak dapat dielakkan sepenuhnya, cuma langkah-langkah pencegahan dan pengalaman memang dikemaskini dari masa ke semasa.
Tapi, kalau ada pihak yang risau keselamatan anak-anak mereka kerana takut dicederakan oleh guru-guru, itu perkara yang agak melucukan dan kadang-kadang menyedihkan guru-guru juga. Tugas guru ialah untuk mendidik bukan untuk mengajar semata-mata. Kita yang ada anak sorang dua di rumah pun kadang-kadang terkasar dan tertangan juga anak-anak kita. Bukannya benci tapi semata-mata untuk membetulkan kesilapan mereka walaupun cara kita kadang kala tak sesuai.
Pihak sekolah mempunyai garis panduan yang amat ketat dalam hubungan guru dan murid. Guru bukan sahaja tidak dibenarkan sama sekali memukul murid tetapi juga dilarang mengherdik, menjeling, memulaukan atau menyindir murid secara sinis. Walaupun garis panduan begitu ketat, tapi sebagai manusia, tiada orang yang tidak melakukan kesilapan terutamanya apabila berhadapan dengan berpuluh-puluh orang murid dalam satu-satu masa. Dan kalau ada murid yang secara spontan dipukul atau ditampar oleh guru mereka, (bukannya mendera secara sengaja atau secara berterusan) ibu bapa perlulah memberi sedikit ruang dan kemaafan kepada guru supaya mereka tidak takut-takut unutuk melaksanakan tugas mereka.
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]
Moga adik Sharlinie, 5 tahun dapat ditemui dalam keadaan selamat … Aminnnn …
off sket …
Teringat masa orang tua hantar saya ke sekolah dulu, mak pesan kat cikgu "cikgu pukui la anak saya ni … janji dia mau belajor .. jgn patah riuk & mati udah ler … " … itu zaman dulu …
quote:Originally posted by ridzuan ghazali Saya sentiasa saja menyokong apa apa tindakan guru guru keatas murid demi untuk kebaikan bersama.
quote:Originally posted by jelebor Moga adik Sharlinie, 5 tahun dapat ditemui dalam keadaan selamat ... Aminnnn ...
off sket ...
Teringat masa orang tua hantar saya ke sekolah dulu, mak pesan kat cikgu "cikgu pukui la anak saya ni ... janji dia mau belajor .. jgn patah riuk & mati udah ler ... " ... itu zaman dulu ...
quote:Originally posted by ridzuan ghazali Saya sentiasa saja menyokong apa apa tindakan guru guru keatas murid demi untuk kebaikan bersama.
Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.
Dalam hal cam ni kite tak boleh beserah pada takdir dan pihak berkuase semata mata. Tanpa bantuan dari orang ramai pihak polis tak akan mendapat sebarang petunjuk atau maklumat yang akan atau boleh membantu mendapatkan kembali adik Sharlinie.