Terima kasih kepada saudara cun-cak kerana telah mengutarakan persoalan mengenai peranan moderator di dlm MFN baru-baru ini.
Sewaktu saya dilantik oleh Vincent utk memantau kumpulan perbincangan dlm ruangan Bahasa Malaysia, tidak ada sebarang garis panduan yg khusus yg boleh saya ambil sebagai tata cara pemantauan kumpulan perbincangan ini. Kalau ada sekali pun, ianya hanya keluar semasa pendaftaran baru dan jarang-jarang sekali kita berpegang kepada tata cara tersebut.
Jadi ada sedikit kekaburan yg telah berlaku selama ini dan saya jadi agak keberatan utk tegas menjalankan amanah yg diberikan, takut mendatangkan rasa tak puas hati di kalangan kita. Walau pun saya telah dilantik sebagai moderator, saya berpegang kepada prinsip bahawa MFN adalah milik kita semua - warga pemancing!
Oleh itu, saya minta semua individu yg prihatin agar memberikan pandangan, buah fikiran dan idea bagi mendapatkan satu tata cara dan garis panduan yg khusus yg dipersetujui ramai supaya lebih mudah saya menjalankan tugas ini.
Saya cenderung utk memberikan kebebasan tuan puan utk menentukan sendiri garis panduan dan tata cara yg dipersetujui ramai agar kumpulan perbincangan ini lebih bersifat demokratik (iaitu dari anda semua utk anda semua).
Garis panduan dan tata cara ini hanya akan saya gunakan utk memantau ruangan perbincangan am dan tidak pada semua bahagian disebabkan di setiap bahagian ada moderator lain yg telah dikhaskan.
satu permulaan yang baik, MFN seharusnya untuk semua pemancing yang berhemah dan sentiasa hormat menghormati. cadangan saya ialah kalau boleh biarlah forum ini sentiasa berbau hanyir dengan hala-hal pemancing dan memancing sahaja. seharusnyalah tidak ada unsur-unsur lain seperti isu kaum, agama, politik dan bangsa. dan saya secara peribadi juga harap agar kita(termasuk saya) akan sentiasa jujur dan ikhlas dalam semua post dan rasa penuh bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang telah kita postkan dalam forum ini. semoga MFN akan sentiasa Gah… kepada semua pemancing dan ahli-ahli yang telah berdaftar dengannya.
terima kasih salah silap harap ditegur.
Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>
kita boleh mulakan dengan satu ruangan khas yang semua forumer boleh isikan dengan tata cara atau aturan…
setiap artikel yang ingin di jadikan sebagai akta hendaklah diterima atau dipersetujui oleh semua , barulah kita jadikan akta…
a.alaikum..
kebanyakan forum dalam internet yang mengenakan sekatan, tatacara atau aturan yang khusus pada setiap posting akhirnya akan terbiar sepi dan akhirnya mati kerana sudah rasmi manusia spt kita tidak mahu dikontrol dan terikat dengan sesuatu yang akan menjadikan kita tidak selesa untuk memberi buah fikiran. jangan biarkan ianya terjadi kepada forum mfn ini kerana segala yang diposkan disini sangat berguna dan diperlukan oleh semua pemancing. posting yang kenkawan berikan diforum mfn sebenarnya sangat berharga kerana setiap maklumat yang diberikan tidak akan didapati dengan cara percuma ditempat lain. kita akan berasa bangga bila posting kita mendapat respond dari kenkawan lain yang meminta berbagai input dan akan terus dipanjangkan oleh kenkawan lain dengan jujur kerana lumrahnya kakipancing akan sentiasa bermurah hati untuk mencurahkan info, tip dan pengalaman walaupun kadang2 ada kenkawan yang respond dengan lucu atau lawak bodoh, merapu dan terdapat juga berbentuk politik yang tidak keterlaluan bahkan ada menjawab dengan posting yang pedas dan panas tetapi posting2 beginilah yang menjadikan forum ini lebih happening dan infomatif. orang akan lebih aktif menghantar posting dengan adanya posting yang berbentuk gurau senda, tegursapa dan merapu disamping info, tip dan pengalaman. dengan secara tak langsung dapat menarik pemancing yg belum menjadi ahli tertarik untuk menjadi ahli. tetapi sekiranya posting kita ditapis, diubah dan didelete sedangkan posting kita tidak berunsurkan perkara yang negetif yang melampau akan membuatkan kita terbantut dan tersekat untuk teruskan menghantar posting tetapi sekiranya posting yg agak negetif kita hantar dan ada kenkawan lain yang menegur secara baik dengan posting mereka insyaalah kita akan memberikan respond positif dan akan meneruskan menghantar posting dengan usaha menjadikan forum kita mendapat sambutan dan meriah.
posting melampau spt kata2 lucah dan mencarut, mencaci maki dengan keterlaluan, posting berunsur ugama yang mendatangkan perdebatan dan gambar2 berbentuk lucah atau boleh mengaibkan perlulah moderator berbincang dengan moderator lain atau vincent samada posting tersebut perlu dideletekan atau tidak. seterusnya mederator perlulah memberikan penjelasan yang baik kenapa posting tadi dideletekan. kawan setuju dengan umpire yang forum ini milik anda semua (dari anda dan untuk anda). andalah yang perlu selesaikan hal2 yang remeh temeh sesama sendiri menerusi posting dan moderator hanya akan menjalankan tugas bila saja ada posting2 yang melampau dan terlampau.
Saya pun bersetuju dengan sistem yang sedia ada. Pemantauan yang terlalu ketat tidak diperlukan di MFN memandangkan rata-rata forumers adalah dari golongan dewasa atau pun remaja yang sudah matang. Lagipun ikatan setiakawan dan persefahaman di MFN agak kukuh. Kalau ada seorang dua yang terbabas, forumers yang lain boleh tunjukkan jalan yang benar atau dibawa semula ke pangkal jalan. Cuma, kalau ada apa-apa cadangan baru untuk mempertingkat kualiti, mungkin boleh dipertimbangkan. Contohnya diwujudkan satu ruangan khas untuk perbincangan am yang tiada kaitan dengan hal-hal memancing memandangkan para pemancing juga haruslah menjadi warga negara yang prihatin dan tidak hanyut dengan dunia memancing semata-mata. Tetapi mestilah perbincangan yang sihat dan bermanfaat. Ruangan khas untuk borak kosong (spamming) pun boleh diwujudkan.
Bagaimana pula dengan amaran forumer yang menganjurkan trip2 memancing akan di ban dari menyertai forum…Sedangkan trip yang adi anjurkan itu bukanlah mendatangkan keuntungan yang besar sangat pun-[:D]melainkan untuk membantu dan memudahkan member2 dalam forum jika ingin ke sesuatu lokasi pancing(untung tu ada la sikit2 sekadar utk cover minyak,ngeteh dan bil talipun heh heh heh)-Apa pendapat para sahabat yang di hormati sekalian?
quote:Originally posted by The_Derhaka_Student Bagaimana pula dengan amaran forumer yang menganjurkan trip2 memancing akan di ban dari menyertai forum...Sedangkan trip yang adi anjurkan itu bukanlah mendatangkan keuntungan yang besar sangat pun-[:D]melainkan untuk membantu dan memudahkan member2 dalam forum jika ingin ke sesuatu lokasi pancing(untung tu ada la sikit2 sekadar utk cover minyak,ngeteh dan bil talipun heh heh heh)-Apa pendapat para sahabat yang di hormati sekalian?
Hidup TDS! Kalau tak ada orang-orang cam TDS, Barra, Wan Amildin, CZJ dan yang lain-lainnya yang banyak menganjurkan trip, maka akan suramlah dunia memancing bukan sahaja di MFN tapi juga di Malaya ini. Tapi rasanya nama-nama tersohor yang dimentionkan itu tidak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan yang akan dideletekan postnya. Kalau dimaksudkan, saya pun termasuk sama. Kalau betul, banyak yang buruk dari yang baiknya saya rasa.
Saya rasa utk mendapat keadilan, sesiapa yg menawarkan pakej memancing elok war-warkan melalui laman blog masing²… bukan apa takut ada pulak yg tak puas hati.
Ataupun mungkin Vincent boleh buka satu bilik khas utk trip memancing utk penganjur kecil-kecilan atau sambilan… dengan cara ni takde siapa yg nak terasa sakit hati atau tak puas hati… itu pendapat saya la, tatau la pendapat orang lain sebab banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak la ragamnya…
Pushing the angling limits!
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang? Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]
Polisi tu I telah disalah fahamkan. Biar saya jelas. Trip TDS atau Cikgu Wan tidak dikategori dalam polisi tu. Sebenarnya ia dituju untuk fishing charter commercial professional atau syarikat komersil.
Contohnya, pagi ni juga ada syarikat handphone masuk buat iklan. Dapat SMS dari member dan terus saya emel company tu untuk beri penjelasan ttg iklan komersil.
Minta maaf jika ia tidak dijelaskan dengan baik.
Vincent
* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 *</font id=“size1”>
“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara
Syukur segalanya dah terang, jelas lagi bersuluh. Kalau ada yang tak puas hati dan sakit hati tentang trip yang dianjurkan rasanya agak pelik sebab kita nak meriahkan sukan memancing dan menambahkan bilangan pemancing untuk sama-sama berkongsi minat yang sama. Kalau tak ada pemancing tak meriahlah MFN.
Betul tu cikgu… apa nak didengkikan sebab kalau kita buat pakej pun bukan kita nak kumpulkan kekayaan, hanya semata² berkongsi lubuk yang best² dan juga pengetahuan/pengalaman sesama warga pemancing…
Pushing the angling limits!
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang? Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]
saya rasa sudut-sudut perbincangan yg dikemukakan dlm mfn nih sudah mencapai peringkat yg amat matang, jika dilihat dlm konteks bagaimana ia berjaya memberikan ilmu pancingan yang banyak dan bermanfaat, serta merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan. Cth semalam terserempak pertama kali dgn dato Culky dilayannya macam kenal setahun hahahaha…(kpd longkang yg meraikan layaran 34 ekop tahniah diucapkan dan minta maaf tak dpt hadir jemputan tak rasmi di rest Marlin. Nak persiap ke Russion besok)
Memang ada sedikit sebanyak kelemahan/kecacatan, tetapi itu hal biasa. Bahkan sudah ada satu keinginan/keprihatinan yang sama di kalangan majoriti ahli utk mengekalkan dan menjaga drp wujudnya unsur-unsur di luar batasan. Kritik mengkritik itu biasalah lumrah alam. Nak halang drp perbincangan di luar arena pancingan pun tak wajar kerana kaki pancing, spt disebut bwan, perlu bersifat prihatin terhadap dunia sekeliling krn dunia itulah yang menjadikannya kaki pancing yang beretika dan berwibawa, sedangkan arena pancingan adalah salah satu sifat atau sudut yg amat kecil di dalamnya. Jika disekat, hanya tinggal pemancing kangkung sahaja yang bercakap megah tentang ikan tuh dan ikan nih sampai nak termuntah!!! hehe…
Begitu juga kita sukar menghalang perbualan bersifat chatting karut marut, tetapi boleh mengawalnya. Caranya ialah jangan respon atau berikan respon yang baik yg boleh membetulkan keadaaan. dengan itu secara sendiri ia akan kembali ke arah yg betul. Saya mewakili semua ahli UAT ingin memohon kemaafan sekiranya kami ada melakukan sebarang perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau kedengkian org. Jika ada yg salah beritahu supaya boleh diperbetulkan dan tidak perlu ada sebarang perasaan bersalah atau dendam. [:)]
Mungkin kena ada sedikit garis panduan kot akan tentang apa yang boleh dan tak boleh.Kadang2 kengkawan kita nih mungkin faham dari sudut yang berbeza dan memungkinkan mereka terasa terbatas atau macam2 ada.
quote:Originally posted by cun-cak Mungkin kena ada sedikit garis panduan kot akan tentang apa yang boleh dan tak boleh.Kadang2 kengkawan kita nih mungkin faham dari sudut yang berbeza dan memungkinkan mereka terasa terbatas atau macam2 ada.
cun-cak
Ada garis panduan yang disarankan oleh LaPala dan sudah dijadikan sticky : [url]http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=7170[/url]
Jadi ada sedikit kekaburan yg telah berlaku selama ini dan saya jadi agak keberatan utk tegas menjalankan amanah yg diberikan, takut mendatangkan rasa tak puas hati di kalangan kita. Walau pun saya telah dilantik sebagai moderator, saya berpegang kepada prinsip bahawa MFN adalah milik kita semua - warga pemancing!
Oleh itu, saya minta semua individu yg prihatin agar memberikan pandangan, buah fikiran dan idea bagi mendapatkan satu tata cara dan garis panduan yg khusus yg dipersetujui ramai supaya lebih mudah saya menjalankan tugas ini.
Saya cenderung utk memberikan kebebasan tuan puan utk menentukan sendiri garis panduan dan tata cara yg dipersetujui ramai agar kumpulan perbincangan ini lebih bersifat demokratik (iaitu dari anda semua utk anda semua).
Garis panduan dan tata cara ini hanya akan saya gunakan utk memantau ruangan perbincangan am dan tidak pada semua bahagian disebabkan di setiap bahagian ada moderator lain yg telah dikhaskan.
Maaf ye…den nak berbicara skit.
Den dapat tahu forum nie dari kawan.
Sebagai org baru dalam forum nie den sememangnya gembira kerana ada tempat untuk pemancing seperti den mendapatkan info dan tunjuk ajar.
Den berbangga mendapat kenalan baru yang tak lokek dengan ilmu..
Banyak informasi serta tempat baru yang den dapat melalui forum ni.
Tahniah den ucapkan kepada tuan empunya…
Tetapi setelah den mengikuti forum nie tetiba rasa tak sedap hati kerana ada dikalangan kita melahirkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain…
Menegur adalah perkara yang baik kerana kita tak tahu kesalahan yang kita buat tapi bila teguran itu disalah ertikan akan menimbulkan perasaan negatif..
Sememangnya den tahu semua tidak sukakan peraturan dan dah matang tapi janganlah gunakan tempat yang menarik ini untuk melepaskan geram.
Dunia memerhatikan kita…
Den harap forum ini akan menjadi satu tempat untuk kita semua bersatu dalam membangunkan sukan memancing di negara kita.
Harap maksud den ne tak disalah ertikan dan den harap jika ada salah dan silap kita boleh bawa berbincang.
Kan itu lebih molek..
Orang yang MEMANCING belum tentu dapat ikan
Tetapi
Orang yang tidak MEMANCING dah gerenti tak dapat ikan…
Aku yang SELAMBER…
kita sebagai warga forum …kena open minded dgn semua teguran
[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG]ChEaTeD tHeM wItH[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG]
http://pahanganglersworld.blogspot.comVolvo Angler's Team