Yop atiqul,
Kome kena pegi jumpa nelayan darat yg mencari makan di sekitar lombong Air Kuning,Sungai Galah,Changkat Pinggan dll utk mendapat jawapan yg di cari.8 org drp 10 org nelayan yg teman jumpa di sana mengatakan bahawa kerana Ikan Raja ni lah tangkapan mereka semakin kurang berbanding drp dulu.
Lombong2 di kawasan tersebut semua bercantum dgn sungai Kinta dan juga Sungai2 lain,byk ikan asli kita yg mendiami lombong2 di sekitar perak lebih lama sebelum kedatangan ikan2 pendatang di Malaysia ini.Skrg mereka terpaksa utk berkongsi habitat bersama pendatang2 tanpa izin ini kerana sikap manusia.Cuba fikir2 kan..teman setuju mmg masih tiada study atau kajian yg terperinci tentang kemusnahan PB dan ikan pendatang lain di Malaysia ini..secara logik nya,semua org tau PB ini mesra gewang..bagi lah gewang apa pun,kompom di hentam..selipar letak treble hook pun dia hentam kalau dia dah lapar..agak2 lah,kalau xde gewang,apa yg di makan nya?apa pun dia balun yop,nasib lah kura2 tu kulit keras..
Kawasan lombong bukan semakin luas,kawasan pengairan bukan berkembang…yg berkembang ada lah bilangan PB,semakin hari semakin byk..makanan semakin kurang,yg kuat dan besar akan menang..kalau logik akal pun,kalau lg 10-15 tahun lagi,boleh habis ikan kita yop..lepas ni dlm sungai pun boleh casting PB,pegi Kenyir,Banding pun ada PB nanti…skrg ni pun teman pernah dpt PB di Chenderoh.Cuba kome semua bayangkan lg 10-15 tahun lg mcm mana?
Teman bukan lah mintak kita ni bunuh PB secara zalim,3 tahun dulu pun teman pernah anjurkan MFN PB Culling di Air Kuning..tapi jangan salah paham,bukan tangkap dan bunuh secara zalim..jgn lah biar PB ni kering atas tanah..itu dah zalim dan membazir namanya,Tuhan marah..bukan salah PB pun sebenarnya lahir ke dunia ini,salah manusia juga..berbalik kpd acara MFN PB Culling dulu,semua PB yg berjaya di pancing,semua di bawa balik utk di makan…ada forumer yg nak try makan..so yg lain teman bawak balik bagi2 kt jiran & pekerja2 Indonesia teman..Insyallah xde pun yg mati kering di atas tanah..so,kalau dpt PB tu,bawak lah balik…bagi2 kt jiran,tak pun kalau jumpa rumah kongsi Indonesia atau pun Bangla…bagi je lah PB ni kt dia org,kalau nak ual pun tak salah…pahala pun dpt.
Ada juga suara2 yg mengatakan bahawa apa yg kita pemancing ni buat ie: bawak balik PB yg kita dpt tak kan menyelesaikan masalah PB di Malaysia ini,TETAPI pada teman walaupun sikit,walaupun sekor PB ni dpt di keluarkan drp sisitem pengairan kita masih dpt membantu ekosistem kita di sini..1 is still a number! bayangkan kalau 1000 yg pancing PB ni,srg dpt 2 ekor dlm masa sebulan..sebulan dah 2ribu ekor PB berjaya dikurangkan,tp takkan lah srg boleh dpt 2 ekor je..atiqul & the gang sekali pegi dpt 30 ekor..at least itulah sumbangan kita utk kehidupan air kita,drp kita tak buat apa kan?
Kesimpulannya,Peacock Bass tidak bersalah dlm hal ini..dia hanyalah makhluk Tuhan yg telah di salah gunakan oleh manusia yg bodoh,tetapi kita sebagai Khalifah di muka bumi ini haruslah pandai utk menguruskan urusan yg di amanahkan..jangan lah kita bertindak zalim terhadap makhluk lain,PB ni sumber protein,jd kalau boleh makan,kita makan…kalau tak kita sedekah je..jgn biarkan ia mati kekeringan..teman YAKIN PB ni mmg boleh mendatangkan mudarat kepada ekosistem kita dan teman harap kawan2 semua TIDAK melepaskan balik PB yg di tangkap.
Kalau ada salah silap teman,teman minta ampun dan maaf.
[IMG]http://i40.photobucket.com/albums/e247/dolahpenang/logogif.gif[/IMG][IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG]
http://akashah.multiply.com
http://longkanggang.blogspot.com/
MBC '07-Team Kaki Bangku
U5 2nd Runner Up-Team LKG Ribena Boyz
MBC '08-Team Cikgu Dolah