Gajet Penggulung Tali Pancing

Saya pernah post gambar benda ni beberapa tahun lepas kat MFN. Kalau ada yang pernah tengok, minta maafla ya. Subjek ni ada saya post kat forum memancing lain. Harap memberi faedah kepada tuan-tuan semua

Berikut adalah penggulung tali yg memudahkan urusan mengeluarkan tali dengan tujuan untuk mengganti tali atau untuk membilas tali apabila selesai memancing di air masin. Kerja mengeluarkan tali dapat dilakukan dengan pantas. Tali dari reel Abu Ambassadeur 5601C4 saya dapat saya keluarkan sepenuhnya dalam masa tak sampai dua minit. Alat utama yang diperlukan ialah motor kipas angin bateri (yg menggunakan 2 bateri) berharga tak sampai RM4.00. Sarungkan shaft motor tersebut dengan getah yang digunakan sebagai injap nat basikal (sila tanya kedai yg menjual tayar basikal). Tujuannya supaya motor dapat memusingkan spool tangsi yg digunakan sebagai penyimpan tangsi semasa proses pemindahan tali.Selain itu sediakan batang yg berfungsi sebagai shaft pada spool tangsi. Marker pun boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Saya menggunakan batang pancing yg diletak bering dan saya sarungkan dengan spool benang jahit. Penggunaan bering melicinkan putaran spool tangsi dan mampu menjimatkan bateri. Tape hitam tu saya gunakan sebagai bush agar muat dalam lubang spool tangsi.

Gambar di bawah adalah kedudukan shaft dalam spool tangsi yang akan digunakan untuk memindahkan tali.

Kedudukan reel masa proses mengeluarkan tangsi

Gambar di bawah menunjukkan kepala shaft yang telah disarung dengan getah nat basikal (supaya tidak licin) dikenakan pada bibir spool tangsi dan proses putaran bermula tanpa memeluhkan ketiak kita.

Sekiranya kita baru selesai memancing di air masin, keluarkan tali sepenuhnya, bilas spool dan lap kering. Kemudian masukkan balik tangsi ke dalam reel dengan melalukan tangsi ke dalam air dalam besen agar tangsi dapat dibersihkan dari air masin. Proses ini memerlukan tangan tambahan (mungkin daripada isteri atau anak kita). Saya dah menggunakan kaedah ini selama beberapa tahun dan setakat ni tak ada spool reel saya yg terhakis dek air masin. :smiley: . Sekiranya reel yang tuan-tuan gunakan bersaiz besar seperti shimano Tiagra , boleh gunakan motor yg lebih besar agar lebih power contohnya motor 12v. Kalau setakat reel abu saiz 7000 dan ke bawah motor seperti di atas sudah memadai. Jangan lupa tekan butang spool release button/bar sebelum proses pemindahan dilakukan.

Gajet ni boleh juga digunakan pada reel spinning, cuma pastikan kedudukan spool reel dengan spool utk mengisi tangsi tu berada seiringan/selari dan drag dilonggarkan sepenuhnya (lebih baik spool reel tu dikeluarkan dan barulah proses perpindahan tangsi dilakukan). Lidi sate boleh digunakan sebagai shaft sementara pada spool reel . Jangan melakukan proses pemindahan dengan kedudukan gajet di hadapan spool kerana akan berlaku ‘line twisting’ yang boleh merosakkan tangsi.

Bagi menjimatkan duit, disarankan menggunakan bateri boleh cas yg diambil daripada kereta mainan remot anak kita :smiley: . Selamat mencuba. :wink:

talitampar

bang delan ni barang kasi cop sirim hee hee

baguih bang Delan…Nak beli hat branded mcm sayang duit…Nice post

The Worst Is Yet To Come
“support the underground anglers”
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
syarizads@pop.iwk.com.my</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>

http://www.flickr.com/photos/syarizads/ **Shoot Shoot Cast Cast** Luring Is A State Of Mind
quote:
Originally posted by jat
baguih bang Delan...Nak beli hat branded mcm sayang duit...Nice post

The Worst Is Yet To Come
“support the underground anglers”
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
syarizads@pop.iwk.com.my</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>

http://www.flickr.com/photos/syarizads/ **Shoot Shoot Cast Cast** Luring Is A State Of Mind

sy pon stojo gak..
byak mende yg bleh bljor ngan bro delan ni..
hehehe..

Ni kena dipatternkan cepat sebelum kena ciplak.
hahaha
Tahniah dan terima kasih kepada bang delano.
Pas ni nak cari sebijik kipas murah tu.

[IMG]http://i453.photobucket.com/albums/qq259/Orang_Kitak/Snakehead-hunter-2.jpg[/IMG][/IMG] SARAWAK ANGLERS AND SPORTFISHING COMMUNITY
quote:
Originally posted by Pancing Sarawak
Ni kena dipatternkan cepat sebelum kena ciplak. hahaha Tahniah dan terima kasih kepada bang delano. Pas ni nak cari sebijik kipas murah tu. [IMG]http://i453.photobucket.com/albums/qq259/Orang_Kitak/Snakehead-hunter-2.jpg[/IMG][/IMG] SARAWAK ANGLERS AND SPORTFISHING COMMUNITY

cepat bro p cari kipas murah tu..
sblom abis stok n rege naik melambung..
[;)][:D][:D][8D]

Idea biasa-biasa aje, tu yg nak kongsi dgn kawan-kawan. Semua barang mudah dan murah dibeli. Kalau yg kompleketed gerenti kawan-kawan tak terbuat nanti dan saya pun tak ada idea yang kompliketed, heheheh.

talitampar