quote:Originally posted by giant5888 kenyir ade la sket sket..
tapi nak letak yg kene dgn megabass rase tak sampai ati la plak..
ape tak nye anak tuman merah2 lagi dah kene hehehhe
Ni ada sekeping lagi gambar haruan hasil dari penggunaan Jackall Mask Frog.
Hasil : Haruan (saiz tidak dpt dikenalpasti)
Pemancing : arin
Photographer : akapiman (sori Arin, kualiti gambar kureng memuaskan)
Lure : Jackall Mask Frog
Lokasi : Batu Gajah, Perak
Terima kasih buat Arin kerana sudi jadi model di KPA
Bagi pihak LKG, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan hadiah lure untuk LKG 1st Closed Tournament di Etika Resort pada 10 hingga 11 Mac 2007.
Keluarga LKG di LKG 1st Closed Tournament bertempat di Etika Resort.
Penyampaian hadiah tempat pertama acara casting kepada Cikgu Dolah selaku juara casting LKG oleh Mr. Paul Steven. Sumbangan hadiah dari Kedai Pancing Akapiman.
Saya masukkan lagi gambar ehsan dari customer saya.
Hasil : arowana (saiz tidak dpt dikenalpasti)
Pemancing : Akashah
Lure : Megabass Dog-x (w)
Lokasi : Tasik Ayer Keroh, Melaka
Hasil : kelisa (saiz tidak dpt dikenalpasti)
Pemancing : Akashah
Lure : Megabass Dog-x (w) - lure yang sama digunakan masa dapat arowana di atas</font id=“red”>
Lokasi : Kuala Koh
Terima kasih Shah sebab sudi share gambar dengan semua
bila laa teman nak dapat haruan duna MF mike ni yong piman, wehh!!! tiap kali strike, tak lekat. katak tu jgn cerita laaa terpelanting2 sana sini, tak tak lekat. kena mandikan dgn ayor 7 bunga gamaknye
= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
MMG MAT KELISA LA KOE SHAH…BILER MAU MAI KL>>>rindu dowh nak jumpa koee
quote:Originally posted by akapiman Saya masukkan lagi gambar ehsan dari customer saya.
Hasil : arowana (saiz tidak dpt dikenalpasti)
Pemancing : Akashah
Lure : Megabass Dog-x (w)
Lokasi : Tasik Ayer Keroh, Melaka
Hasil : kelisa (saiz tidak dpt dikenalpasti)
Pemancing : Akashah
Lure : Megabass Dog-x (w) - lure yang sama digunakan masa dapat arowana di atas</font id=“red”>
Lokasi : Kuala Koh
Terima kasih Shah sebab sudi share gambar dengan semua
Aritu prof ada dua Mazzy Frog kan? MF30 & MF40. Selalu guna yang mana? Kalau guna yg MF40 tu bila haruan kecil sambar payah sikit nak lekat.
</font id=“quote”></blockquote id=“quote”>
atte, wehh!!!
yong piman… mf30 tu teman belum pakai lagi sbb risao teman nengoknye, kecik mecik kiut miut, kalau2 ditelan haruan mau sampai kena operate. yg 40 tu byk kali kena hemtam tapi tak pronah lekat. dia dah bawak merata dh tapi lepas tu dia luahkan balik. tak sedap ke, atau haruan juvana gamaknye.
teman skrg selalu mancing di kwsn bendang senin, jalan nak ke parit dari bota. byk taliayor kelapa sawit dan sawah padi tapi luck teman kurang di situ. jadi teman gunakan masa utk testing2 lures teman. ikannya tak mandang sgt
= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
Aiseh.. guna jek la MF30 tu. Guna MF40 tu boleh gak sangkut anak-anak haruan, tapi kebarangkalian kurang sikit berbanding dengan MF30. Apa kata prof tanya Bro Archer dan otai-otai pemancing haruan yg lain. Saya tak mahir sangat bab mancing haruan ni sebenarnya..
Masa balik balik M`sia aritu, husband saya ada gak try MF40. Ni contoh hasilnya,
Lama dah tak contact sebab banyak urusan termasuk urusan memancing..he..he
Top water lures terutama soft plastics peratusan di hooked agak rendah disebabkan matakailnya tersorok sedikit. Hanya yang betul-betul kena pada sudut-sudut tertentu akan senang hookup. Haruan memang tiada masalah sebab sambaranya agak kasar.
Selalunya apabila haruan menyambar. biarkan seketika baru disentap. Sekiranya masa tu terlepas, jangan karau habis, biarkan dia tenggelem sebab haruan yang melepaskan lures tersebut akan strike semula. Selalunya kalau guna tali braided, time sentapan agak serta-merta kerana tali braided tiada regangan. Kalau mono, walaupun kita sentap, tak semestinya hook telah tancap kemulut haruan,. Kalau kita telah biasa dengan tali mono, kekalkan kerana apabila bertukar kepada tali braided, cara dan timing sentapan berbeza. Saya banyak terlepas haruan di Bagan Datoh apabila saja bertukar dari tali mono berbanding tali braided.
Anyway, Akapiman, saya dapat 14 ekor haruan dengan menggunakan MF30 sahaja menyebabkan hampir koyak lures tersebut.
Terima kasih dengan penerangan tu. Moga Prof. Pacman boleh dapat haruan dengan MF40 tu nanti.
Teringin gak nak guna Mazzy Frog ni pegi mancing haruan. Kat tempat saya ni, tak berapa ramai sangat dan takde port sangat untuk mancing snakehead. Nak kena tunggu balik M`sia tahun depan pulak kot.