Ganjaran RM10,000 tangkap ikan arapaima di Kenyir

Ganjaran RM10,000 tangkap ikan arapaima di Kenyir </font id=“blue”> </font id=“size3”>

02/07/2009 9:25pm

SETIU 2 Julai — Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.</font id=“navy”>

petikan Utusan Online

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

wah…
meriah la Tasik Kenyir lepas ni…
hehehehehe…[:D][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

banyak tu RM 10K …pasti ramai yang memburu


“tokey..kasi pil mabuk 5 papan”

10k tu boleh buat bajet mancing setahun punya tu…[;)][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

wow…10k…banyak tu…
mana la tau rezeki…
ape lagi kengkawan…try laa…

-G.K.C</font id=“red”></font id=“size3”>-
.under the same sky.</font id=“red”>

huh !..mampus [xx(] [xx(]

Peh!!!sekor rm10k kalo 2 ekor rm20k apalagi jom lah kita tembak je pakai ubat penenang abis cite.[;)][;)]

jahanam stok ikan …
dah le aku x penah g kenyir [8D] [8D]

fuyoo..dapat lime ekor kayo nih [:D]

cepatttt… tarikh tutup 15 ogos nie..

betul jugak…
guna ubat penenang… hehehehe…
pasal dia nak idup2…[:p]
10k tu… pakcik kayo… pakcik kayo…[:D]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

salam semua,
Best…tu.Harap semua otai-otai disini akan menunjukkan bakat masing-masing memburu ikan ni.apatah lagi ada hadiah pulak…kayo la lepas ni..bukan setakat peralatan mmancing..bot pun boleh beli ni…[:D][:D]

Fuh…
Guna jaring aje la…
Percent lagi tinggi…
Tapi adakah ianya dibenarkan?

Dalam statement tu tak nyatakan pula syarat menangkapnya
bagaimana…
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”>

[IMG][img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img][/IMG][IMG]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/PATBARU-4.jpg[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

PuakaAnglerzTribe@gmail.com

quote:
Originally posted by terubuk
Fuh... Guna jaring aje la... Percent lagi tinggi.... Tapi adakah ianya dibenarkan?

Dalam statement tu tak nyatakan pula syarat menangkapnya
bagaimana…
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”>

[IMG][img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img][/IMG][IMG]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/PATBARU-4.jpg[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

PuakaAnglerzTribe@gmail.com


ada la bro…

“Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.” </font id=“red”>

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

Sorry…
I must miss that part…

Tapi kalo nak buru habis-habisan mana dapat kalo setakat nak
guna rod n reel sahaja…
Pelik… Entahlah…

[IMG][img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img][/IMG][IMG]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/PATBARU-4.jpg[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

PuakaAnglerzTribe@gmail.com

itu pasal la dia berani letak ganjaran 10k
[:D][:p][^]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

Ke ni turut ada usaha agenda nak majukan para pengusaha
sektor pelancongan kat sana? Kira serampang dua mata lah ni…
Hmmmm…
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”>

[IMG][img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img][/IMG][IMG]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/PATBARU-4.jpg[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

PuakaAnglerzTribe@gmail.com

dah ada ke yg dpt arapaima tu?[:D][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

tah le belum ade report lagi nih [:D]

pa laie serang aaaaaaaaaaaaaaaaaa
serang!!!

Hotline: 0193771110 </font id=“red”>