org tua dulu2 tak benarkan kita memancing sewaktu isteri sedang mengandung,takut anak yg bakal lahir tu akan mendapat kesannya nanti…
pada saya semuanya terpulang pada ketentuan Allah..tp cuak juga bila terdengar cerita yg bukan2 ni…
ada sape2 bleh beri pendapat/pandangan mengenai perkara ni…
isteri saya sedang mengandung sekarang ni,serba salah nak turun memancing la..
x masalah bro., itu smua bohong blaka…kalu terjadi smua kbtulan, kalu x ramai ler anak2 kaki pancing kena mcm tu. Moralnyer jgn tinggal2 bini tlalu lama, terutama ktika mengandung…itu jer.
bagi saya mancing catch & release nie kalau buleh elak, kita elak lah…takut takut teraniaya binatang…kalau manceng nak buat lauk rasanya x dak salah kot…[;)] member mancing saya 4 org anak, alhamdulillah cukup sifatnyer tapi waktu isterinya mengandung dier mengelak utk catch n release, trip catch n eat dia ikut ler ekekekeke…
…The Best Is Yet To Come…
“support the underground anglers” </font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
syarizads@pop.iwk.com.my</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
quote:Originally posted by pierre man x masalah bro., itu smua bohong blaka......kalu terjadi smua kbtulan, kalu x ramai ler anak2 kaki pancing kena mcm tu. Moralnyer jgn tinggal2 bini tlalu lama, terutama ktika mengandung....itu jer.
tengok gaya cakap dah macam ada anak lapan…padahal …(malu nak sebut kat sini..he..he..)
bagi pacik, sapa yg terasa tekanan ketika isteri mengandung…takyah lah mancin, rehat sekejap pun tak ada salahnya..korang2 weekend buleh tolong kemas rumah…
tapi bagi yg takde perasaan apa2…melainkan nak p mancin ja, itu lebih baik dari bawak cewek indon masa isteri tengah sarat…
Apa pun paling penting, time mancin ka..time dok rumah ka, bila masuk waktu solat…buat…korang2 masa sujud buleh jugak mintak isteri dan anak dalam lindungan Allah…dan buleh jugak mintak rezeki lebih, sebab yg Pelindung pun Dia, yang Pemurah pun Dia
itu lebih baik dari pikir boleh mancin ka tidak…boleh ka tidak…
betul kata saudara semua,benda ni agak subjektif skit…wallahualam…
pada saya utk safe side,berehat sementara waktu je lah…takut kesan psikologi pada isteri,mgkin mereka anggap kita lebihkan mancing dari dirinya…(sayang bini ,bukan takut bini)
quote:Originally posted by pierre man x masalah bro., itu smua bohong blaka......kalu terjadi smua kbtulan, kalu x ramai ler anak2 kaki pancing kena mcm tu. Moralnyer jgn tinggal2 bini tlalu lama, terutama ktika mengandung....itu jer.
tengok gaya cakap dah macam ada anak lapan…padahal …(malu nak sebut kat sini..he..he..)
Bro tu la yang seeloknya.Benda2 yang subjektif tu , rasanya kita sendiri boleh fikirkan, menggunakan akal dan asas pegangan agama kita. Namun sya sendiri banyak mendengar kaki pancing tak ingat bini time mengandung.Sehingga bini bersalin pun orang lain yang hantar.Kes mcm ni bagi menunjukkan hobi serta minat yang baik jadi serong dalam pandangan orng yang x memancing.Apalah salahnya memberi perhatian pada isteri masa mengandung, tunjukkan kasih sayang dgn apa cara sekalipun. Melainkan kita mencari nafkah sepenuhnya dengan mencari ikan , isteri mesti fahamkan. Itu pun seingat saya nelayan time isteri da sarat 9 bulan duduk drumah. Kita pun da matang untuk berfikir,..kalau isteri da sanggup berkorban untuk kita yang mempunyai hobi yng istimewa ni apalah salahnya kita berkorban sedikit..tentu lesen kita takkan tamat tarikh luputnya.InsyaAllah[:)][:)]
saya nak kasi pandangan sikit. saya dah ada pengalaman memancing time bini mengandung, restu tu sangat penting. kalau dah gatal tangan sangat nak pegi mancing apa salahnya kalau tanya kat bini tu dia kasi tak kita pergi mancing. kalau dia kata ok pergila tapi jangan la lama-lama.kalau mancing kat kolam tu tentu makan masa dalam 3-4jam termasuk masa perjalanan. sekadar hilangkan gian tu. kalau dia tak kasi takyah la pergi.
selalunya bini yang paham kita ni kaki pancing dan selalu tengok kita ni asyik pergi mancing pasti akan bagi green light paling kurang 3-4 kali dalam tempoh dia mengandung
lagi satu, kalau dia dah kasi green light niatkan dalam hati yang kita pergi untuk mencari rezeki, untuk anak isteri. InsyaAllah segalanya akan baik je…
kalau boleh elakkan pergi mancing masa bini mengandung 7 bulan keatas kerana boleh berlaku kes bayi keluar awal. kalau bini dah sakit nak beranak laki lak kat kolam tengah layan ikan macammana pulak jadinya?
lagi satu kalau kat hospital tu membenarkan suami temankan isteri masa nak bersalin, temankanlah isteri anda, pasti ada hikmah yang akan anda dapat daripadanya…
berdasarkan pengalaman sendiri..
Dah banyak sgt dah thread pasal ni…
pada pendapat saya ada baiknya tuan moderator jadikan topic
sebagai sticky topic…
kalau ada forumer baru ke bakal ayah ke..
senang sikit nak refer topic…
amcm?[;)]
[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img]
Go fishing with Mayong Airlines... The Official Airlines for MFN Forumer
quote:Originally posted by Topangler81 lagi satu kalau kat hospital tu membenarkan suami temankan isteri masa nak bersalin, temankanlah isteri anda, pasti ada hikmah yang akan anda dapat daripadanya...
berdasarkan pengalaman sendiri..
-Topangler81-
tima kasih sbb sudi berkongsi pengalaman…
mgkin ada saudara2 yg lain nak kongsi pengalaman pegi mancing time bini mengandung…
ada ngidam yg pelik2 ke? teringin nak makan ikan tongsan ke?
pada pandangan kawan, kalau ikut ilmu perubatan, kecacatan pada bayi berpunca daripada kekurangan Acid Folic dlm badan ibu mengandung. selain tu factr multasi seperti bahan kimia jg bleh menyebabkan kecacatan pada bayi..asap rokok pun bahaya..kawan nasihatkan bro cuba dptkan OBIMIN @ NEW OBIMIN kat farmasi. vitamin nie bgs utk baby dlm kandungan. amalkan selama 5~7 bulan shj.jgn amik lebuh 7 bulan…nnt baby terlebih besar plak.
===========================================================================
Aku Nak Saltiga Dog Fight !!!sape nak bagi freee…hehehe
saya ada 10 anak. tak ingat saya penah benti mancing pun (masa tu tak penah le mancing jauh jauh) malah masa isteri dah sarat saya selalu jaga anak anak yang lain dengan membawa mereka gi mancing sekitar lopak kat shah alam… seronok dia orang.
Yang penting nyer hati mau bersih.Memang ini semua ketentuan Allah.
Tapi apa salahnya kalau rehat dari manceng seketika.
Tak lama pun 9 bulan saja.Lagipun dalam masa 9 bulan ini lah masa yang terbaik untuk restok balik barang pancing.
Duit yang selalu kita guna untuk manceng tuh kita guna pulak untuk upgrade barang manceng hehe..
Saya pun dulu time gini(bini mengandung)saya stop manceng.Bukan apa..Cuma risau apa2 berlaku nanti menyesal seumur hidup plak.
Ini hanya pandangan saya saja.Tiada kaitan antara yang hidup dan juga yang mati.[;)]
Alhamdulillah dah masuk 3 orang anak dah pun.
Huhuhuhu!!!
Yang penting nyer hati mau bersih.Memang ini semua ketentuan Allah.
Tapi apa salahnya kalau rehat dari manceng seketika.
Tak lama pun 9 bulan saja.Lagipun dalam masa 9 bulan ini lah masa yang terbaik untuk restok balik barang pancing.
Duit yang selalu kita guna untuk manceng tuh kita guna pulak untuk upgrade barang manceng hehe..
Saya pun dulu time gini(bini mengandung)saya stop manceng.Bukan apa..Cuma risau apa2 berlaku nanti menyesal seumur hidup plak.
Ini hanya pandangan saya saja.Tiada kaitan antara yang hidup dan juga yang mati.[;)]
Alhamdulillah dah masuk 3 orang anak dah pun.
Huhuhuhu!!!
salam warga MFN..
singgah jap ler bro..
best gak topik die..
ade org tua² ckp tak boleh mancing masa bini mengandung..
ade jugak yang cakap anak dalam kandungan cukup sifat dah boleh turun balik.!
entah ler kekawan semua, samada betul ker tidak..
kepercayaan tu b’gantung la kat individu seorang tu..
rasa ok bagi dia.. ok la.!</font id=“Comic Sans MS”></font id=“size3”>[:)]
saya ada sedikit cerita memancing semasa isteri mengandung…
bila isteri mengandung anak pertama…aktiviti memancing kurang sedikit pasai takut2.bila memancing tu kena berhati2 sikit…bila ikan makan umpan saya tak sentap,cuma angkat saja bok kail..buang kail dari mulut ikan perlahan2 dan ambil ikan untuk di buat lauk sekali makan saja…selalu dimarahi keluarga tapi saya buak dakkkk jaa…
isteri mengandung anak kedua…selalu bawa isteri dan anak sulung mengai ikan semilang sambil berkelah di sungai.cuma bawa nasi jaa,yang lauk tu kami bakar ikan di tepi sungai.masih ada lagi leteran dari keluarga tapi tak seteruk anak pertama…
yang syoknya..masa isteri mengandung anak ketiga…yang ni memang saya gila mengai sungguh.dalam sebulan saya turun laut (tuas) dlm 4 kali..haha memang syok…[:D][:D]pasai isteri mengidam ikan tenggiri.hari2 kami makan lauk ikan tenggiri.saya berhenti mengai bila usia kandungan 8 bulan dan selalu bersama isteri.pada saat isteri melahirkan anak ketiga saya ada bersamanya beri semangat dalam bilik bersalin sehingga proses semuanya selesai…
selepas 2 minggu (dalam pantang)isteri saya masih nak makan ikan ikan tenggiri…tuuuunggu bapak lagi,mengai laut lagiii…[:D][:D]
sehingga kini anak ketiga saya selalu nak ikut saya mengai (bapa borek anak rintik)
yang penting niat baik kita tuu masa memancing dan janganlah buat zalim pada makhluk allah nii…