Assalamualaikum W.B.T
Trip yang pada mulanya agak suram di sebabkan oleh beberapa kejadian Gempa bumi yang telah melanda negara jepun beserta dengan ombak tsunami.namun tu semua kuasa yang maha esa.takde sorang pon yang mampu menandinginya.2 hari sebelum trip tekong telah menelefon chip organizer yang mengatakan trip mereka sebelum ni terpaksa pulang awal disebabkan faktor-faktor gelombang besar beserta arus yang sangat laju.Dalam fikiran pon dok terfikir jugak macam mana la nasib kawan2 yang turun ke vietnam pada tarikh tu.namun cuaca beransur pulih sedikit demi sedikit dan trip ni pon berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Tarikh : 2-6 April 2011
Lokasi : Pipeline Dungun
Tekong : Pok lan
crew Bot : Mat (Tukang masak)
Lan (awak-awak paling rajin.semua kerja dia buat)
Miji (Yang ni pon rajin jugak..hehehe)
Ahli-ahli yang terlibat:
- Abuya - Chip organizer
- Appolo
- Tom Sparrow
- Ramlan
- Bro Sugeh
- Mondok
- Jebong
- Bro jepp
- fareez
2 orang lagi terpaksa menarik diri atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.walaupun tarik diri mereka tetap bayar full..cayalah!!
Selebih tu tengok gambar je la ye..

Chif de mission tengah menelaah nasi sup..memang power sup dia

kapal perang
lepas 4 jam perjalanan dah sampai spot pertama untuk turunkan umpan.

turun je umpan terus strike..

merah

double hook memang biasa kat sini

Tali bersimpul..jangan risau awak2 yang settlekan semua..


mane bleh lawan chip

ibu kerisi
Malam tu pok lan berlabuh atas karang..hasilnyerr

beberapa ekor kakap merah

awak dapat tenggiri di tempat yang sama

kerapu terbesar dari ramlan..first time turun pipeline..kerja kuat dan tak mabuk..steady braderr..

Ebek terbesar pon dia yang sapu..

Malam kedua lepak kat pelantar dulang..

awak2 mat tengah menyediakan jaring untuk tangkap ikan barat..namun pok lan kata takde kawanan ikan kat dalam sonar..so hasrat nak makan ikan barat tak kesampaian.mungkin takde rezeki kami kali ni..
masuk hari ke 3 kami ke pipeline yang seterusnya..

Double strike

Tripple strike

Merah lagi

Kaci tunggal

abg ni memang terror mancing




ikan pelik..tak tau apa nama..
Alhamdulillah ada la juga sedikit hasil..




Penuh sebakul sorang..
Hasil keseluruhan:
- Merah - 237 ekor
- Ibu kerisi - 36 ekor
- kerapu - 2 Bakul
- Kakap merah - 3 ekor
- Tambak - 12 ekor
- Tenggiri - 1 ekor
- Ebek - 1 ekor
- Jenahak - 1 ekor
- aruan tasik - 150 Kg ( yang ni semua jual dapat Rm 350.00)
Ini semua berkat ketekunan dan kerajinan serta kerjasama dari semua ahli trip.Insyaallah berjumpa lagi di lain trip..sekian saja laporan yang tak seberapa..mohon ampun dan maaf jikalau ade salah dan silap..


[/IMG]

