TRIP 4 JEJAKA</font id=“size6”></font id=“teal”>
Tarikh : 26 Apr 2007
Hari : Khamis
Lokasi : Pot Biasa
Ahli :
- Anamis
- Archer
- Torex
- Cgu Abu
Trip ni memang dirancang dgn rapi..cuma pada mulanya hanya Archer, Cgu Abu dan Aku je..tapi nak melengkapkan pengcaster..maka Torex dipelawa..
Archer,Cgu Abu dan Torex sampai jam 4.45pgi..
Kami mulakan perjalanan tepat jam 5.oopg
Pemandu pertama Cgu Abu…
Oleh kerana Cgu ABu pewai..maka tempat pilot telah aku amik alih..dan kami teruskan perjalanan..
Berhenti subuh di Masjid Sekinchan..
Sampai di kampung Cgu Abu..lebih kurang 7.30pagi..
Apalagi isi perut la..
Setelah semua kenyang..perjalanan di teruskan dan kami sampai di..
LOKASI 1
Keadaan air agak dalam…
Tanpa membuang masa kami terus casting..
Hampir sejam..HAMPEH..
Kehampaan jelas terbayang di raut wajah Cgu Abu..yang masih kumpau..walau casting hampir sejam..
Hanya Torex yg berjaya menaikkan 2 ekor haruan remaja..
Menggunakan grub..
Sementara Cgu Abu masih kumpau..riak bulan dipermukaan air semakin rancak..
Lalu aku dan Archer sepakat nak layan bulan pulak..
Dan hasilnya..
Bulan pertama dlm hidup aku..
Archer..
Pindah ke LOKASI 2..
Di sini barulah haruan mula menerkam janggut kami..
Tapi kebanyakkannya curut dan remaja..
Semua CnR..
Dilokasi ini..kami hanya menggunakan janggut sahaja..dan ternyata janggut Kedah amat digemari haruan..
Kami berpindah ke LOKASI 3..Makcik Eleehhhhh…
Disini Cgu Abu dan Archer banyak menaikkan haruan..
Yang lebih sekaki amik..yg lain suma CnR
Cgu ABu menjadi Musang Man..
Anak musang kepunyaan Makcik Elleehh..
Lebih kurang pukul 12.30tgh hari kami berpindah ke
LOKASI 4 - Lokasi favourite kami
Air cantik…dan agak lapang..
Banyak haruan yg dinaikkan di lokasi ini
Haruan yg mengena janggut Fina aku..besor juga..Hampir sekilo
Kami berhenti makan tengah hari di warung berhampiran..
Pekena gulai talang dan ikan keli goreng berlada..
Air sunquick..
Lepas makan tengahari..kami terus menyusuri taliair masuk ke kampung..LOKASI 5
Disini lah kami benar2 teruja kerana bersilih ganti menaikkan haruan tanpa henti..
Gambar Abu tade masa ni sbb dia tido kat bwh pokok pisang..
Hampir 2 jam di situ..kami pun bercadang kembali ke LOKASI 4 (nak repeat)
Bulan ke-2 aku..
Dan bersaksikan bdk2 dan org2 kampung Torex berjaya menaikkan haruan berskala sekilo lebih..Haruan terbesar petang tu..Pakai gewang tu…
Kami hentikan pembuuruan petang tu tepat 6.30ptg..
Hasilnya
67ekor (tak termasuk yg CnR)..Alhamdulillah..
# Hanya 10 ekor yg dibawa balik..yg lain CNR sbb permintaan utk perubatan
Sekian dari kami 4 Jejaka Pemburu Haruan..
Tunggu trip kami lagi…
ADA BERANI..??</font id=“size4”></font id=“red”>
[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/Fish_and_boat.gif[/IMG] tOrEx http://torex.multiply.com/ COLOSSOMA TEAM





next generation of kaki pancing…


