Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua forumer.Dalam kita mencari peralatan pancing terbaik untuk melengkapkan sesuatu trip yg bakal kita sertai kita selalu membuat pembelian yg adakalanya tak memuaskan hati kita contohnya pembelian reel pancing.Dalam hal yg ingin saya utarakan di sini ialah berapa besarkah peranan speed reel yg betul2 memberi kepuasan kepada penggunanya.Kelajuan merupakan sesuatu yg subjektif kerana ia bedasarkan pemilihan individu sendiri.Kepentingan reel dan rod ibarat 50-50 utk mendapatkan hasil pancingan tp adakah peranan speed ini sendiri menjadi kayu ukur atau advantage bg mendapat lebih hasil pancingan itu? misalnya high speed reel lebih baik daripada low speed reel atau sebaliknya. Abaikan 2 speed reel kerana ia punya pakej yg lengkap dalam hal ini.Kita ambil contoh ratio 6:2:1 vs 4:4:1. Secara teorinya kita maklum high speed reel mampu meng’entice’ ikan2 pelagik terutamanya kerana mereka tertarik pada cara kelajuan jig dimainkan manakala low speed reel pula berdaya kuasa dalam mengarau ikan besar untuk didaratkan.Namun apapun reel juga bergantung pada saiz spool sendiri dalam istilah ‘line per handle revolution’.Cuma yg ingin saya ajak berkongsi disini sejauh manakah kebenaran secara indepth teori diatas kerana bg pemancing baru spt saya dan mereka yg lain2 juga ingin tahu pro dan contra disebalik kedua2 speed diatas dalam memilih reel terbaik untuk semua occasion.Pandangan anda semua yg berpengalaman mengendalikan kedua2 speed reel ini amat saya alu2kan bagi menyumbang pendapat untuk dikongsi.terima kasih






