HIV - Tiadakah Penyelesaian?

Baru-baru saya balik kampung merayakan Aidil Adha di Pasir Puteh, Kelantan. Selalunya cuti memang terperap saja di rumah. Nak cari kawan pun memang susah nak jumpa setelah hampir 20 tahun berada di Sabah.

Kebetulan ada kenduri kahwin kawan adik saya. Kebetulan tempat kenduri berjumpa semula dengan kawan-kawan lama yang berpuluh tahun tak jumpa. Sempat berbual panjang. Banyak kenangan manis yang dicungkil semula tapi yang lebih mengejutkan ialah beberapa orang kawan lama telah menjadi arwah angkara Aids aka HIV. Semuanya akibat perkongsian jarum suntikan sewaktu ambil dadah. Personally, saya sebelum ni amat sinis dan menentang langkah pemberian jarum percuma untuk penagih dadah. Rupa-rupanya masalah ini begitu serius.

Belakang rumah saya seorang kawan dan jiran pangkat adik telah meninggal beberapa tahun lepas. Sebelah rumah, berkongsi lot tanah, kawan yang dah ada dua anak juga jadi mangsa. Agak jauh dari rumah tapi tak sampai 2km, dua beradik dalam satu keluarga juga jadi mangsa. Bila dikira-kira termasuk yang lain-lain, ada dalam 10 orang lebih kawan-kawan masa remaja dulu dah menjadi arwah angkara HIV. Nasib baik juga saya terpisah sewaktu remaja dulu sebab melanjutkan pelajaran. Kalau tak, wallahuallam.

Persoalannya, berapa ramaikah lagi remaja kita yang terkorban angkara HIV ini? Ada kawan bercerita, di satu tempat di Bachok, Kelantan, sewaktu diadakan bancian penduduk di sana, jumlah penduduk antara 20-30 tahun hampir tiada - PUPUS?

Apakah masalah ini dadah ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa? Negara kita mempunyai undang-undang pencegahan dadah yang paling ketat di dunia tapi mengapa masalah ini berterusan? Tak cukupkan beratus-ratus juta wang rakyat yang digunakan untuk membiayai pusat-pusat Serenti? Ada kawan bekas penagih memberitahu masuk pusat serenti umpama pelajar sekolah masuk universiti. Bukan untuk dipulihkan tapi akan menjadi lebih advance lagi. Wallahuallam…

tak silapm saya la kan… dulu ade satu tema yg di cipta oleh goverment… ‘mencegah lagi baik dari merawat’… tapi kenapa bagi jarum suntikan percuma??? alasan - dah bagi jarum, diorg tak kongsi.. betoi ka? bayangkan la k - amik jarum free. cucuk. layan.. bile dah high, lalok.. pastu nak injek lagi, jarum tadi member pinjam, sebab pa? dia pun lalok tak larat nak amik jarum… lagi pun, takkan la tengah lalok pi amik jarum kat farmasi, mesti kene tangkap.. so, jarum tu akan circulate diantara pengguna sekitar… hah? kongsi ke tak? HIV tetap merebak jugak…

mancing? wa rilek je…</font id=“red”>

012-5457711
why_gothic@yahoo.com

Boh.mujur demo dok saboh..kalu dok kapung tu..soh doh ore kato demo samo jugok dok ngisap..tubuh demo kate..hahaaha dok serupo tubuh kawe..[:D][:D]


S.O.S - Save Our Species

DATO S…PERNAH BERPESAN…:-</font id=“navy”></font id=“size3”>

PEMUDA2 JGN LA MENGHISAP DADE…[:D]</font id=“red”></font id=“size3”>
PEMUDI2 MARI LA MENDERMA DARE…[^]</font id=“pink”></font id=“size3”>

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/358/22/DSCN1628a.jpg[/img]"NAK NGAIL JENGGO JGN LUPA AJAK AKU"+++CALL AKU : 03-90596153+++

agak2 yang jadi punca utama hiv ni dari jarum suntukan ataupun seks bebas..
pada pandangan kawe seks lebih mudah menjadi punca kerana bilangan orang yang melakukan seks bebas lebih banyak berbanding penghisap dadah mungkin 1:10 kot

http://whitesandangler.multiply.com/
kibarkan semangatmu skali,semoga ia masih membara

quote:
Originally posted by amjelan
agak2 yang jadi punca utama hiv ni dari jarum suntukan ataupun seks bebas.. pada pandangan kawe seks lebih mudah menjadi punca kerana bilangan orang yang melakukan seks bebas lebih banyak berbanding penghisap dadah mungkin 1:10 kot

http://whitesandangler.multiply.com/
kibarkan semangatmu skali,semoga ia masih membara


Tak tahu tempat lain, tapi kalau tempat kawe memang semuanya pasal dadah bukan seks. Orang yang terlibat dengan seks bebas kebanyakannya masih berakal dan diaorang tahu cara yang selamat, tapi yang terlibat dengan dadah jenis heroin yang jadi doktor cucuk sendiri memang tak ada akal langsung.

Amat sedih mengenangkan perkara ini kerana majoriti yang terlibat adalah anak bangsa kita terutama yang sebangsa dengan saya. Pernah satu ketika dahulu seorang penagih tegar telah meninggal dunia akibat AIDS, ketika jenazah dimandikan pihak hospital mengunakan air yang di campur dengan " cloroc bleach" untuk memandikan jenazah.. Tersiksa jenazah tu, tapi apa boleh buat semuanya telah terlambat.[:(]

Jauhilah dari DADAH dan perbuatan yang seangkatan dengannya, lagi baik gi mancing[:D]

UJ

quote:
Originally posted by Jenggo
DATO S...PERNAH BERPESAN...:-

PEMUDA2 JGN LA MENGHISAP DADE…[:D]</font id=“red”></font id=“size3”>
PEMUDI2 MARI LA MENDERMA DARE…[^]</font id=“pink”></font id=“size3”>

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/358/22/DSCN1628a.jpg[/img]"NAK NGAIL JENGGO JGN LUPA AJAK AKU"+++CALL AKU : 03-90596153+++

Menderma dare tanpe menghisap dade mana lengkap. Huhuhu… [:D]

======================== Ada rezeki, ada la...

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

AKU RAJA KUMPAU DARI GENG

TAPI AKU TAK KISAH JE…

sbb bersempadan dengan negara jiran yang byk menawarkan industri seks kut yang menjadi salah satu faktor selain dadah…[:0]

Dekat Malaysia sendiri pun banyak tempat yang menjalankan industri seks haram nih… Walaupun penguatkuasaan dijalankan, tokey2 masih ramai yg berani… Erm… Entah ler… Dadah dan seks bebas ni memang dah jadi wabak…

======================== Ada rezeki, ada la...

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

AKU RAJA KUMPAU DARI GENG

TAPI AKU TAK KISAH JE…

Satu persoalahan yang sekian lama diperkatakan, diperdebatkan, diforumkan, disimposiumkan, diceramahkan, wang dibelanjakan dengan begitu banyak untuk menangani masalah ini para pentadbir meluahkan keselasan, para cendikiawan melahirkan kebimbangan, para ilmuan menukirkan keluhan, rakyak kebanyakan kebingungan,masalah terus berlarutan tanpa henti malah tidak langsung menampakkan tanda-tanda ianya boleh di kawal apatah lagi bagi mencegahnya,anak bangsa semakin ramai menghuni malah mendominasi senarai teratas sejak sekian lama,kita hanya mampu melihat dengan pandangan yang tidak berkesudahan,hanya mampu memikir dengan fikiran yang sejengkal,hanya mampu mengeluh dengan perasan yang hiba tanpa terungkap kata-kata,anak bangsa ku,lima tahun lagi,sepuluh tahun lagi siapa yang bakal menghuni pusat serenti,apa mungkin dari zurai kita sendiri,apa mungkin dari darah daging kita sendiri,hidup umpama mata rantai yang bersambungan,kehidupan hari ini adalah merupakan natijah semalam dan esok adalah natijah yang lahir dari hari ini,langkah yang keseribu adalah bermula dengan langkah pertama,kita walau dengan penuh kedaifan,penuh dengan kelamahan,penuh dengan kekurangan,tidak boleh hanya membisu kelu umpama si dayus,mesti melakukan sesuatu,paling tidak cuba memastikan zuriat kita tidak terjerumus kedalamnya,lakukan sesuatu,mulakan sesuatu,fikirkan sesuatu,doa ku buat umat ku…


Jelajahi Kesemua Benua Pancing dan Pancinglah kesemua Spesis Ikan yang Wujud di Alam ini</font id=“violet”>

quote:
Originally posted by Burned Steel
quote:
Originally posted by Jenggo
DATO S...PERNAH BERPESAN...:-

PEMUDA2 JGN LA MENGHISAP DADE…[:D]</font id=“red”></font id=“size3”>
PEMUDI2 MARI LA MENDERMA DARE…[^]</font id=“pink”></font id=“size3”>

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/358/22/DSCN1628a.jpg[/img]"NAK NGAIL JENGGO JGN LUPA AJAK AKU"+++CALL AKU : 03-90596153+++

Menderma dare tanpe menghisap dade mana lengkap. Huhuhu… [:D]

======================== Ada rezeki, ada la...

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

AKU RAJA KUMPAU DARI GENG

TAPI AKU TAK KISAH JE…


[:D][:D][:D]

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/358/22/DSCN1628a.jpg[/img]"NAK NGAIL JENGGO JGN LUPA AJAK AKU"+++CALL AKU : 019-607 7245+++
quote:
Originally posted by din_dugong
Satu persoalahan yang sekian lama diperkatakan, diperdebatkan, diforumkan, disimposiumkan, diceramahkan, wang dibelanjakan dengan begitu banyak untuk menangani masalah ini para pentadbir meluahkan keselasan, para cendikiawan melahirkan kebimbangan, para ilmuan menukirkan keluhan, rakyak kebanyakan kebingungan,,,masalah terus berlarutan tanpa henti malah tidak langsung menampakkan tanda-tanda ianya boleh di kawal apatah lagi bagi mencegahnya,,,anak bangsa semakin ramai menghuni malah mendominasi senarai teratas sejak sekian lama,,,kita hanya mampu melihat dengan pandangan yang tidak berkesudahan,,hanya mampu memikir dengan fikiran yang sejengkal,,,hanya mampu mengeluh dengan perasan yang hiba tanpa terungkap kata-kata,,,anak bangsa ku,,,,lima tahun lagi,,sepuluh tahun lagi siapa yang bakal menghuni pusat serenti,,,apa mungkin dari zurai kita sendiri,,,apa mungkin dari darah daging kita sendiri,,,,hidup umpama mata rantai yang bersambungan,,,kehidupan hari ini adalah merupakan natijah semalam dan esok adalah natijah yang lahir dari hari ini,,,langkah yang keseribu adalah bermula dengan langkah pertama,,,kita walau dengan penuh kedaifan,,,penuh dengan kelamahan,,,penuh dengan kekurangan,,,tidak boleh hanya membisu kelu umpama si dayus,,,mesti melakukan sesuatu,,,paling tidak cuba memastikan zuriat kita tidak terjerumus kedalamnya,,,lakukan sesuatu,,,,,mulakan sesuatu,,,,fikirkan sesuatu,,,,doa ku buat umat ku.......


Jelajahi Kesemua Benua Pancing dan Pancinglah kesemua Spesis Ikan yang Wujud di Alam ini</font id=“violet”>


Dalamnya rintihan bro Din.... Memang sukar untuk dihayati kecuali bagi mereka yang sanak saudara atau ahli keluarga dan sahabat handai mereka menjadi mangsa di depan mata. Sedihnya, tidak semua mereka yang terlibat dari kalangan keluarga yang berpecah belah. Ada juga anak-anak cikgu, anak ustaz, anak doktor dsb. HIV adalah virus yang tak mengenal keturunan dan baka. Selain doa, apakah lagi yang mampu kita lakukan agar-agar zuriat kita tidak terjebak sama?

Erm… Nak lakukan tu tak semudah yang dicakapkan… Ape sekalipun, pastikan diri sendiri masih di jalan yang benar agar kita dapat mendidik zuriat dan keluarga kita menjejaki jalan yang benar itu… InsyaAllah… [:)]

======================== Ada rezeki, ada la...

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

AKU RAJA KUMPAU DARI GENG

TAPI AKU TAK KISAH JE…

Berikan sepenuh perhatian… jangan lewa dalam mendidik… zuriat dan ahli keluarga… kalau ada yang sudah terjebak… yakini mereka bahawa kita sebagai ahli keluarga atau teman-teman sudi membantu dan masih menerima… rasa rendah diri dan rasa tidak diterima selalunya membuatkan “bekas” akan kembali ke tabiat lama… bila ada perasaan disayang, diterima, dihargai… akan timbul juga perasaan untuk menyayang, memberi dan menghargai sesama keluarga… rasa untuk memberi yang terbaik akan terbit dalam hati dan akan lebih menyayangi diri sendiri… dan doa kepada Tuhan agar dilindunggi dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada pada landasan yang benar…

just my 0.02 darham…

0176413152

hampir 70 % jangkitan HIV berpunca daripada jarum suntikan seperti penagih dadah dan selebihnya daripada hubungan seks dan lain2,pemberian jarum suntikan dan ubat methadone masih diperingkat kajian dan perintis dan keberkesanannya belum dikaji lagi.bilangan pesakit AIDS meningkat sebanyak 3 org sehari,bayangkan 10 tahun akan datang mungkin keluarga kita akan terkena..amalkan hidup sihat dan jaga solat anda dan anak-anak anda.

emmm…bagus topic nie..

saya nak kongsi skit …kisah kawan saya yg anaknya berusia 3 tahun
mengidap TB tahap kritikal…setelah di bawa ke hospital…dokter mengesahkan ada simtem2 HIV pada anaknya..lalu di lakukan ujian kepada keluarga pesakit ..ternyata ibu/bapanya bersih daripada segala gejala yang tak baik..malahan keluarga pun dari gologan baik2..

berbagai usaha di lakukan di mana anak kesayanganya sudah hampir koma..dokter cuba mencari punya dan ternayata..

PERSEKITARAN KAWASAN TEMPAT TINGGAL ADALAH KAWASAN PENAGIHAN DADAH!!

Alhamdullilah berkat usaha dan doa..anaknya sudah pulih dengan rawatan tradisional oleh seorang ustaz…di samping kaedah moden

moral of story :-

persekitaran yg kotor dengan najis dadah juga penyumbang kepada berbagai masaalah kesihatan…

harap2 di antara pemancing2 tidak mengamalkan kehidupan yg tidak sihat..seperti gejala dadah atau sex bebas..

eemm…MAI “SECAWANN”
" 012-4026088 "

a.alaikum kenkawan..
terpanggil untuk posting dalam hal ini kerana kawan dah lalui sendiri selain ahli keluarga dan kenkawan terdekat terlibat. nasib baiklah kawan katogeri penakut pada jarum suntikan kalau tak..wallahualam. abang kawan sendiri terjebak dengan dadah dengan serius. banyak perkara buruk dilakukannya sepanjang masa penglibatannya dengan dadah. tapi alhamdulillah beliau dapat keluar dari belenggu dadah berkat usaha sungguh2 dari diri beliau sendiri, ustad2 yang memberikan bimbingan dan sokongan dari kami sekeluarga. malang sekali seorang dari ahli keluarga terdekat kawan berpangkat adik telah meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan. kami semua telah berusaha bersungguh sungguh untuk membawanya kembali kepangkal jalan tapi gagal kerana tiada usaha dari tuan punya diri. akhirnya beliau meninggal dalam keadaan bengkak seluruh badan dan kulitnya pecah sana sini kerana HIV.
kawan berpendapat jangkitan HIV ini majoritinya berpunca dari perkongsian jarum suntikan kerana rata2 anak bangsa kita dimana saja mereka berada berhadapan dengan dadah. bila saja terjebak pasti akan gunakan jarum dan bila saja berkongsi jarum maka akan bertambahlah lagi mangsa HIV…

http://www.JohorFishingTribe.com http://wamildin.multiply.com http://www.utaraanglers.com

sedih melihat anak bangsaku[:(]


terima kasih bwan pasai membangkitkan isu ni, saya terpanggil untuk memberi pandangan yang pada hemat saya masih kerdil dalam dunia serba canggih dan pesat membangun ni. Anak pun kecik2 lagi.

Pada pendapat saye isu dadah ni bergerak seiring dengan kemajuan manusia, lagi advance teknologi, lagi advance gejala “haramjadah” ini menular. Sesiape yang boleh compete dalam dunia yang penuh cubaan dan dugaan ni alhamdulillah,berjayalah mereka hendaknya. Masalahnye yang “kecundang” dan “tertonggeng” ni akan terus merugikan wang kite untuk disediakan makanan dan tempat tinggal yang pade hemat saye satu pelaburan yang sia-sia.

Berbalik kite pade isu HIV atau AIDS, due gejale ni Allah turunkan sebab manusia itu dah mulai lalai.Mereka tak sedar segala kenikmatan hidup Allah dah bagi depan mata. Bagi mereka yang mengikut cara Islam dan sunnah Nabi sebagai ikutan, insyaAllah dipelihareNya dari sebarang kemungkaran. Akhir sekali saye berpesan pade diri saye dan kawan-kawan semue supaye berpesan pada anak2 kite dan anak2 kawan2 kite supaya mengamalkan cara hidup yang berlandaskan fahaman agama masing2.

Maafkan saye sekirenye pendapat saye ni mengguris perasaan mereka yang “terase”. Hanye pendapat 2 kupang 3 duit saye.

“We are sharing the same interest,let others feel it interesting too”

jalijantan 019-221 6614