Salam perkenalan kpd semua ahli forum, kawan sebenarnya dah lama mengikuti perkembangan forum ini tapi sekadar jadi pemerhati aje. entah mengapa terbuka lak hati kawan ni nak join.
Pada pagi ahad semalam 23/01/2011 seperti biasa kawan turun memancing disekitar pulau indah & padang Tg Harapan. Trip bermula sekitar jam 8.45pagi, turun kat jambatan pulau indah. Malangnya tak dapat umpan udang hidup sebab penjualnya tak sempat menjala kerana tertidur dan air ketika itu dah pasang penuh dan akan mula surut bila-bila masa sahaja.
Namun begitu kawan siapkan juga kelengkapan memancing & selepas panaskan enjin, kawan pun menuju sekitar Tg Harapan mencari anak sungai untuk menjala anak udang putih untuk dijadikan umpan. Kesukaran untuk mendapatkan umpan kian terasa kerana setiap kali tebaran hanya 2-3 ekor saja yang masuk. setelah hampir sejam masa terbuang menjala & berbekalkan lebih kurang 25 ekor udang hidup dan beberapa ekor anak ikan belanak, kawan pun menuju kepadang pancing.
Labuhan pertama disambar seekor tanda saiz sekitar 0.5 -0.6 kg dan dituruti oleh beberapa pagutan gelama,anak tanda & spesis terhebat sesirat yang saiznya agak kasar. Sesirat ni kalau boleh buat lauk rasanya cukup untuk seminggu untuk keluarga saiz 6-7 orang.
Setelah beberapa kali berpindah, kawan dihadiahkan seekor sembilang yang saiznya agak kasar sekitar 1.5 - 2.0 kg yang menyebabkan joran kawan mencecah air.
Bila air mula pasang kawan pun berpindah kelubuk sembilang, tapi kali ini amat menghampakan, pancing kawan cuma disambar plastik-plastik yang hanyut dan yang terdampar didasar sungai. Kawan rasa terpanggil untuk membawa pulang sampah plastik tersebut untuk dilupuskan ditempat buangan yang betul & termasuklah juga bekas makanan yang kawan bawa untuk mengalas perut. Disini kawan ingin menyeru agar semua pemancing yang lain agar sama-sama dapat menjaga padang pancing kita agar tidak dicemari sampah sarap yang boleh mencemarkan habitat semulajadi ikan yang bakal kita pancing & makan. Sekurang-kurangnya kalau tak mahu bawa balik sampah yang tersangkut pada pancing, setidak-tidaknya bawalah pulang bekas & bungkusan makanan yang kita bawa kedaratan untuk dilupuskan ditempat yang betul.
Sekitar 5.30 petang kawan bertolak pulang ke jeti, walaupun hasilnya tidak seberapa & hanya sekadar cukup untuk dua kali makan, tetapi keindahan alam & habitat semulajadi memberikan kawan ketenangan yang tidak ternilai & kawan tetap bersyukor dengan rezeki yang dikurniakan.
Rasanya tak sabar untuk menunggu hujung minggu berikutnya untuk meneroka spesis-spesis ikan yang makin berkurangan disekitar Pulau Indah & Selat Klang
[:)]
