Chinese New Year balik kampung juga pergi memancing. Sebagai kaki pancing, kita tak akan lepaskan peluang jika kita dapat pergi memancing. Kali ini kami menyewa boat fibre dan boleh muat 4-5 orang untuk memancing di sekitar perairan dekat dengan jambatan kedua pulau pinang. Harga sewa RM250 dari 8pagi sampai 4petang. layan gambar je la. malas nak tulis report panjang ;D

Pagi keluar lebih kurang pukul 8 lebih. Alun dan angin kuat juga tapi kita dekat saja so tak rasa sangat.

Semasa bot bergerak, kami pun kopek udang dan potong kecil-kecil untuk standby sebab bila kita pancing bebulus, ikan tu memang datang dengan kumpulan. so kita kena cepat turun makan, turun makan (cina cakap loh jiak loh jiak)

buang kat baldi dulu. tak sempat nak simpan kat icebox.

ini Ah Seng Tekong. boleh tengok bot baru explorer 30kaki 200hp engine kat facebook juga http://www.facebook.com/profile.php?id=100003434727901&sk=wall.

ini dia hasil dalam icebox. dalam tak ada ice batu so ini memang penuh dengan ikan.

semasa pancing bebulus, kami juga dapat ikan sembilang.

kami hanya menggunakan koyan dengan tali 30lbs dan ikat mata kail dua. Saya ambil rod yang ringan dan kekili tica cetus 500. syiok juga layan tapi bila ikan banyak dan asyik makan, saya terus buang rod saya ke tepi dan pakai koyan sebab koyan memang cepat bandingkan dengan pakai rod
Kami dapat 18kg dengan hanya pancing dari jam 9 pagi sampai pukul 2 petang.



