IKAN BUNTAL BERACUN?

Orang ramai dinasihat tidak beli atau makan ikan buntal
20/06/2008 3:51pm

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau memakan ikan buntal berikutan berlakunya enam kes keracunan makanan akibat memakan telur atau isi ikan itu yang dilaporkan sejak dua bulan lepas.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, dua daripada 36 mangsa berkenaan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Pontian.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan notis larangan penjualan ikan buntal kepada orang awam di semua pasar dan premis di seluruh negeri berkenaan.

“Ikan buntal mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin yang terdapat banyak dalam hati, ovari dan usus ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, racun ikan itu sangat berbahaya dan tidak dapat dimusnahkan dengan suhu, malah boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius dan boleh membawa maut. - Bernama


Ikan ni kalau dapat mancing, kawe CNR je. Nak makan pun takut sangkut kat usus perot.[:D][:D][:p]

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

ikan buntal ni bukan ka dari dlu lagi dah tau beracun..

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIVE!!

ntah.. ada dijual kat market ke ikan ni? pelik..

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

org m"sia dah suka makan susi kot…


apa!!!minyak naik…yahooooooo!!!

Setahu aku, kat Jepun pun kena ada lesen kalau utk restoran/gerai… tak pasti laa. Kat msia ade ke? Pandai2 je diaorang sembelih pulak… isk isk iskkkk[:D][:D][:D]

[IMG]http://i306.photobucket.com/albums/nn244/okie_swk/fish_jump.gif[/IMG][IMG]http://i306.photobucket.com/albums/nn244/okie_swk/fly_fishing.gif[/IMG][IMG]http://i306.photobucket.com/albums/nn244/okie_swk/swk1.gif[/IMG]

Memang beracun…
akan tetapi spesis ikan buntal pisang boleh di makan jika hempedunya tidak pecah semasa proses menyiang nya… Di Sarawak, sememangnya ikan tersebut merupakan salah satu hidangan makanan…

Wallahualam…

[IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/IMG][IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/PATBARU-3.jpg[/IMG] [IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/sorry.gif[/IMG]

sedap ke ikan ni buk?

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

Kalau kat pasar ikan Sandakan mmg ada jual ikan buntal ni.
memang ada yg makan.. tapi nak kena pandai siang la…
org kata isi dia sedap…
org kata la.. say lom pernah try lagi..[:D][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Go fishing with Mayong Airlines... The Official Airlines for MFN Forumer
quote:
Originally posted by patogen
sedap ke ikan ni buk? [img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]
macam teringin je....[:D]...potojen ko test dulu..aku lihat perubahan ko...kalau ko ok aku pun nak test.....muahahahhaa


apa!!!minyak naik…yahooooooo!!!

kehkeh..
pandai ko ek..
kalau aku maut dulu..ko nak ikut maut jugak.. hehehe…

baik aku makan ayam, lagi selamat.. hehehe..

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

Fugu! Kat Jepun mmg chef yg potong ikan ni kena ambik lesen baru boleh kerja. Memang kena pandai potong, kalau silap bahaya. Racun neurotoksin nih… kalau silap makan memang insyaAllah pegi terus.

Tak sangka lak ada org kita yg makan. Ataupun tak tahu? Mungkin ada orang buat ikan buntal kering?

racun neurotoksin tak boleh ka buat racun siput kat sawah tu…
daripada pakai racun kimia, baik pakai racun buntal.. ngek ngek..

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

jellyfish yang beracun pun orang buat keropok, inikan buntal…selalu depa makan buntal kat thailand orang2 kita nih…

[IMG]http://i197.photobucket.com/albums/aa312/khairulhazman_photos/pekecik-1.jpg[/IMG] 0124666157www.snakehead2008.blogspot.com

Patogen…
Sedap gak… Tapi rasa lidah kebas skek la pas makan nya…

Bro Khairulhazman…
Jellyfish tu kalo buat umai, sedap woooo…[;)]

[IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/IMG][IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/PATBARU-3.jpg[/IMG] [IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/sorry.gif[/IMG]

Jellyfish tu macamana rupanya bang tubuk?
Kalau pegang dengan tangan masa dapat mancing, tak bahaya ke?

[img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

attee, wehh!!!

yang teman faham, isi ikan buntal tak beracun tapi anggota2 dalamannya mmg mengandungi racun. kalu silap siang, anggota2 ni pecah dn toxin2 tadi terbocor mmg akan bawa mudharat. mmg buntal ni juga feveret org2 jepun dn ramai juga dema yg haup bila chef2 pakar dema pun buat silap. di sini apatah lg sbb yg tukang siangnya tu pun takde latihan khas…

walaupun diharamkan oleh kementerian, byntal ttp jd pilihan warga berbangsa cina sbb bg dema isi daging buntal bulih ilangkan pelbagai penyakit (dan ubat kuat) tapi silap gaya bukan penyakit yg hilang, tapi nyawa


= “Angler Team Mangkor” = — “Team Mangkor U4 - 2006”

“If you tell what people want to hear, they will listen.”----“Be grateful, don’t be a great fool”

dah tau beracun lagi nak makan.mmg cari nahas la tu.org² kte ni mmg suke buat mende bukan².punyela byk lagi ikan yang best,sedap n x beracun kat laut tu.nk jugak makan buntal..ape daa.


CaStInG sAmPaI LuPe MaIn BoTtOm hehehe
===AtiQuL 313===

quote:
Originally posted by patogen
Jellyfish tu macamana rupanya bang tubuk? Kalau pegang dengan tangan masa dapat mancing, tak bahaya ke? [img]http://www.patogen.net/patogenimages/mylogoMFN.gif[/img] http://www.patogen.net [img]http://www.patogen.net/patogenimages/surfcast.gif[/img]

Pernah makan umai? Obor obor? Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Terengganu, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan2 yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau.

Cuba lah rasa…

[IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/IMG][IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/PATBARU-3.jpg[/IMG] [IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/sorry.gif[/IMG]

[quote]Originally posted by ziggerx

Buntal pisang for eberibodi hehehe [:D]

[IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/IMG][IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/PATBARU-3.jpg[/IMG] [IMG]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/sorry.gif[/IMG]

Buntal? Yang mana satu ni buntal, ek?
Buntal pisang mesti yg ada pisang tu ek?[:D][:D][:D]

[/img]

FiSHiNG - YeSTeRDaY iS HiSToRY, ToMoRRoW iS MYSTeRY… ToDaY iS a GiFT!