isteri mengandung,lesen pancing gantung?

-salam sume, alhamdulillah saya baru je dpt berita y saye bakal menjadi seorang ayah..[:D][8D]

-so macam-macam perasaan ade,happy,excited bangga n macam2 lagi la..hehe..tapi…

-btolke org kate kalo istri pregnant kite x elok g memancing, n kene tggu sampai abes pantang?[B)][?][:)]

-ade sape2 y ley sharekn pendapat,idea n experience sebelom ni x?

salam.. budak uitm…

kau selak la page yg lepas2…
byk dah persoalan ini di bincangkan…

''kalau nak pandai... kena buat bodo,.. tanya orang...'' ''No Pic No Probe'' [img]http://i273.photobucket.com/albums/jj237/mzo2000/Logo-GKC-1-1.png[/IMG][IMG]http://img294.imageshack.us/img294/8687/logocap2.png[/IMG] 6012-3803552 mzin2000@gmail.com

owh yeke..tq bro mzo..da lame sangat x masuk forum..main terjah je..tq nway

salam bro…
klu ikut org2 tua mmg x bagi la…
tapi pengalaman pemancing dlm forum ni ramai yg x gantung lesen pon termasuk saya…

CUPID [img]http://i701.photobucket.com/albums/ww19/cupid1510/th_s3800169.jpg[/img][img]http://i701.photobucket.com/albums/ww19/cupid1510/th_DSC00730.jpg[/img][img]http://s701.photobucket.com/albums/ww19/cupid1510/th_9tail.jpg[/img] [img]http://i701.photobucket.com/albums/ww19/cupid1510/th_PIC_09841.jpg?t=1280487526[/img] ~DARI UTARA KE SELATAN TERUS MEMBURU HARUAN~

KOMPLOT JOM NAK FOLO TIPON JE 012-3198691</font id=“violet”>

Emmm…ada lagi soklam nie…
Baratus puluh juta juta kali dah benda nie di tanya kat sini…hahhaha…
Selak je…memang ada dah!!!

http://tubeksokmo.multiply.com/
Colombia Selected Item Store…http://bsbundle.blogspot.com/
Aku Seorang Petani..http://bujangselamber.blogspot.com
Women Leave You
Bosses Fired You
Friends Forget You
But
FISHING IS FOREVER.
012-3487091/019-2749445

Oleh Nuri Angkasa
Berita Harian

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi.

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi. Justeru, Pak Nuri terpanggil untuk mengisi ruangan kali ini dengan pendapat beberapa orang nelayan veteran dan pakar agama yang boleh memberi pandangan serta fatwa terbaik bagi menyelesaikan keraguan di kalangan orang ramai.

Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami.

Larangan ini terus dipercayai oleh mereka yang benar-benar bimbang kelahiran anak pertama mendapat cacat. Tetapi bagaimana dengan nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada pada hasil tangkapan atau hasil pancingan ikan di laut, sungai atau tasik? Apakah mereka turut tidak turun ke laut sepanjang tempoh isteri hamil?

Tok Daing Mahadi mempunyai kepercayaan sendiri lalu menyerahkan takdir ini kepada Allah. Nelayan terus turun ke laut untuk mencari rezeki walaupun isteri berbadan dua atau hamil dan Alhamdulillah bayi yang lahir berada dalam keadaan cukup sifat (tidak ada sebarang kecacatan).

Begitu juga dengan pandangan seorang tokoh agama dari Besut, Terengganu Tuan Haji Embong yang tidak menolak kepercayaan ini adalah satu ikhtiar untuk menyekat suami dari turun memancing ketika isteri hamil. Ini bukan pandangan ulama atau ajaran agama Islam. Justeru hakikat ini tidak harus dijadikan amalan untuk menghalang suami turun ke laut mencari rezeki.

Namun ada kepercayaan berikutan berlaku kelahiran bayi cacat seperti sumbing bibir kerana suami dikatakan mengoyak mulut ikan ketika mengeluarkan mata kail yang menelan umpan lalu cerita itu dikaitkan dengan cacat anak yang lahir itu sebagai bukti yang terus dipercayai hingga hari ini.

Untuk itu, sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil. Cuma atas rasa simpati jika mahu diterjemahkan sebagai kasih sayang pasangan suami isteri, maka suami akan terus berada di samping isteri pada saat-saat diperlukan. Perasaan kasih sayang begini juga dituntut oleh agama dan mendapat pahala dari Allah. Namun itu juga bukan satu petua yang terus menghalang turun ke laut ketika isteri hamil. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana.

[img]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/fish.gif[/img]

Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe

betul2…bagus punya artikel…

isteri mengandung tak salah nak memancing…syarat kita memancing untuk makan ikan tah…ikan makluk allah gakk…kita mancing ikan utk di makan tak salah..macam nelayan laa..tp jangan plak kalau kita saja2 pancing pastuh siksa ikan tuh…bukan apa kekuasaan allah kita tak terbayang…allah maha besar…janji jangan siksa ikan tuh sudah…dapat ikan yang kita tak mau…jangan biaq dia atas darat..lepas dengan baik ke air..insyaalah selamat kita…yang penting niat kita mau baik laa…

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/TA-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG] mikeel

terime kaseh bebanyak bang terubuk for the artikel..

abg bujang selamber :
haha penangan excited sgt dpt news bakal jdk ayah nye pasal terus je tulis topik ni..x tepikir pon nak selak2 topic2 before ni..

e uitm…

aku sendiri pun tak berpantang untuk memancing masa
wife aku mengandung…

Time “berpantang” lagi ligat aku mancen…
Nanti la ko rasa sendiri masa “berpantang” tu mcm mana…
Huahuahuahua…

[img]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/fish.gif[/img]

Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe

Salam~
Jangan marah-marah… orang bertanya kalau boleh tolong jawabkan…
kalau tidak keluar balik jer slow-slow…[:D]
BTW kat sini saya letak antara perbincangan member-member terdahulu kalau nak ambil sebagai rujukan…[;)]

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=16848&SearchTerms=isteri,mengandung

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=13954&SearchTerms=isteri,mengandung

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=16578&whichpage=1

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=16126&whichpage=1

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=15496&whichpage=1

Memang banyak…
lenkali cuba klik kat “Search” di atas nick Login kita tu dulu…
pastu masuklah benda apa yg kita nak bincang tu…[;)]

Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe</font id=“red”>

BiaQ BuaT-BuaT BoDo TaPi TaK BoDo…DaRi BuaT-BuaT PaNDai TaPi TaK PaNDai! </font id=“blue”>

abg rosta memang terbaekk..hehehehehe

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/TA-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG] mikeel

Rosta terbaek ka terbalek??[:D][:D]

Aku stuju bab pantang nie…pantang lepa..pegang bok kail la jawabnya…so far anak dah empat..Alhamdulillah tak da sebarang masalah, cam kata Toman la jgn aniaya hamba Allah takut dilunaskan Allah cash on delivery.Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu yang ghaib.
Lagi satu pantang yang aku stuju ngan terubuk…pantang lepaih bersalin…kena pulak mak mertua kata kena pantang 100 hari…perghh…inzal.
Tapi klu pantang mengai masa bini mengandung untuk save duit untuk buat kekah anak secepat mungkin selepas bersalin..ha hat tu pun aku setuju.

Mula2 sekali Tahniah laa kat hang sebab bakal menjadi bapa…pasni jgn ganaz2 ye…huhuhuh.

Tentang persoalan ko tu… Memancing ni bila dah jadi “taik memancing” memang payah pantang ada masa mana dan aje jadi…sebab tu la org tua2 kata kalau mengandunga je bini, kena berenti memancing. Sebenarnya benda tu bukan pantang larang tapi lebih kepada tanggungjawab. Ini supaya suami jgn ingat mancing aje sampai isteri yg tgh mengandung ni ini mungkin terabai..tak nak laa nanti kalau ada benda tak baik berlaku kita balik yg menyesal kan… boleh gi mancing tapi kena la berwaspada..tak mahu laa apa2 belaku pada kita…nanti isteri balik yg susah…pastu kalau leh jaga tatasusila tika memancing… jgn sumpah seranah..jgn seksa ikan..niat biar baik. Insyallah anak dan isteri sentiasa selamat. aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

*****===*****===*****===*****===***** @@@---@@@ AbangLongBangi@@@---@@@HP : 012-3977231 Email : AbangLong_Siperindu@yahoo.com [IMG]http://i283.photobucket.com/albums/kk290/gedd06/DAC-1.gif[/IMG][IMG]http://i201.photobucket.com/albums/aa2/romico_2/newuglogo.jpg[/IMG][IMG]http://i238.photobucket.com/albums/ff11/mysoul4dac/DAC2-1-1-1.png[/IMG] *****" LUBUKMU LUBUKKU JUA "**********===*****===*****===*****===*****

abg roosta:
tengkiu tolong bg kan link tu..senang sket nak cari..jasamu akan dikenang..hehe

abg speedhobbies:
tu la mak saye pon pesan niat kene betol(baik) kalo nak g mancen ni,jgn ade niat saje2 nak aniaya binatang..tapi tu mak seniri la cakap..mak mertua x tau la plak cakap ape..[8D][:D]

abg terubuk:
tu la pasal, minat n keinginan tu memang membuak2 skg ni..tambah plak tension ngn exam,keje sume..rase pas setel sume2 mmg nak wat trip mancen la awalnye..tapi rasenye priority skg ni kene bg kat wife la kowt.. kalo dia kate ok..make alhamdulillah la,[:D]

abg long:
tq abg long..tu la excited gak nk jdk seorg ayah ni…tapi byk bende y telintas kat otak ni tambah plak saye ni kaki pancen..so dgr sume bg pendapat,alhamdulillah la rase betol gak nasihat sume2..tawakal n beringat je la kowt..[:)]

apa yg penting ko set bebaik ngan bini ko laa… kalau bini ko dah sedia maklum ko kaki mancing.. dia mesti tak kisah la…cuma bila dah masuk 7 bulan kandungan ko kena slow atau stopkan dulu, sbb 7 bulan ni dah masa kritikal..kengkadang leh bersalin dak ( kalau ada masalah )… haaaaaaaaaaaa… itu yg kena waspada tu…huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

*****===*****===*****===*****===***** @@@---@@@ AbangLongBangi@@@---@@@HP : 012-3977231 Email : AbangLong_Siperindu@yahoo.com [IMG]http://i283.photobucket.com/albums/kk290/gedd06/DAC-1.gif[/IMG][IMG]http://i201.photobucket.com/albums/aa2/romico_2/newuglogo.jpg[/IMG][IMG]http://i238.photobucket.com/albums/ff11/mysoul4dac/DAC2-1-1-1.png[/IMG] *****" LUBUKMU LUBUKKU JUA "**********===*****===*****===*****===*****

Setuju ngan Bang Long… [^]

[img]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/fish.gif[/img]

Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe