Istilah-istilah dan slang dunia memancing

Assalamualaikum…</font id=“blue”>
Saya berharap akan ada kawan-kawan yang sudi memberikan makna dan penjelasan terhadap istilah atau perkataan yang biasa digunakan dalam dunia memancing. Ini dapat membantu mereka-mereka (seperti saya) yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing memahami sesetengah perkataan yg bersifat eksklusif. Contohnya perkataan seperti TANDUK, KUMPAU, MENGILAT dan sebagainya. Saya yakin ramai pemancing-pemancing baru yang kurang arif tentang istilah-istilah sedemikian. Diharap ahli-ahli yang berpengalaman dapat membantu mereka yang masih mentah. Terima Kasih.

Tanduk - Saya tak pernah pakai.
Kumpau - Memang kerja saya. [:D]
Mengilat - Cabang pancing yang saya minati.

Erm… Tanduk nih… Tak reti la nak terangkan. Kang salah plak…

Kumpau tu banyak definisi… Kumpau yang mancing takda hasil lansung tu satu, kumpau target iaitu lain dicari lain dapat, kumpau sebab trip tak berjaya disebabkan cuaca atau apa2 keadaan lain, etc… Tapi biasanya kumpau tu bahasa utk takda hasil manceng la…

Mengilat tu casting…

p/s: Kalau salah tolong betulkan… Saya budak baru belajar… [:D]

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

Terima Kasih saudara Burned Steel… Saya harap kawan-kawan dapat lah membuat list perkataan-perkataan yang diagak mungkin tidak difahami atau diketahui oleh pemancing baru. Ini dapat membantu mereka memahami sesetengah penulisan di thread-thread memancing. Pernah juga seorang kaki memancing baru bertanyakan saya apa itu “air mati”. Perkara ini membuktikan tidak semua dari kita arif tentang istilah yang dipakai dalam dunia memancing.

Air Mati = air yang tenang tidak berarus atau sedikit berarus
Ambur = koyan/hand line
Aria = Release(apabila ada mainline kawan tersangkut sama sendiri)
Awak-awak = pembantu tekong
Ang Chor = jenak/jenahak
Apollo = boleh di sebutkan sebagai teknik mengail atau benda yg mempunyai mata kail yg banyak disertai oleh manik2 yg begermelapan utk memerangkap ikan umpan
Balas = strike
Badong = sebarau besar berat melebihi 3kg
Buding = Ikan paus
Bangla = reel elektrik
Bangau = rujuk kumpau
Benang Karat = Tali pancing yg da lama atau reput
Casting beruk = Lure sangkut kat pokok.
Charge = Echo sounder / Fishfinder
Drakula = ikan Mangroove Jack (MJ) atau Siakap Merah
Drakula(II) = Pacat @ lintah
Gewang = Artificial lure
Getu = makan umpan
Gancu = cangkuk untuk menaikkan ikan
Gadang, bagak, kerbau = Jolokan bagi ikan2 bersaiz besar
Hambur @ hanyut @ drift = teknik pancingan guna umpan hidup biasanya dilepaskan di bahagian belakang bot serta diikat dgn pelampung @ belon @ botol kosong dsb
Jaur = speader
Jenggo = Udang galah
K1 = Code name utk Kelah
K2 = Code name utk Keli Afrika
KDN = isteri
Kumpau = tiada hasil pancingan
Kilar = kumpau
Komplot = pergi memancing
Konceng = sama seperti kumpau
Karau = gulung tali
Kurau Tanduk = Ikan Duri/Jahan
Keronge = ikan cencaru @ jaket besi
Kucah = laut bergelora
Kutih = makan umpan
Koyan = gelendung yang memuatkan tali pancing. Nelayan amat menggemari penggunaan koyan drpada set pancing kerana mudah dikendalikan di atas bot2 kecil
Leader = perambut
Loban = Ikan Tamok
Lampam Bongkok = Lampan berskala 1 kati ke atas
Mangkor @ kantoi = rujuk kumpau
Moncah = ikan tgh galak makan
Menghilir/menghanyut = menaiki rakit buluh dan casting mengikut arus sungai hingga ke muara / base camp
Merundai = trolling/menunda
Memerang Kepala Hitam = Kaki nyelam/tembak ikan
Mengeket = Mangroove Jack/Siakap Merah
Mercedes = Ikan Belukang
Menyemperaung = memancing ikan semperaung
Menyembilang = memancing ikan sembilang
Mesin ais kacang = Multiplier reel
Mengilat = teknik membaling gewang dan membuat karauan
Ngeteh/Mengandaq/Yamcha/mengopi = lepak-lepak sambil minum (ngeteh = mengeteh = minum teh)
Pemata = mata kail
Putih Mata = Tidak mendapat apa2 hasil setelah seharian memancing.
Paktipok = ikan Pecah Periuk atau Triple Tail
Patuk = rujuk Getu
Pek Chor = ikan Gerut-gerut
Pedot = Putus(asal bahasa Jawa tapi telah digunapakai secara meluas)
Rabut = ikan terlucut dari mata kail
Ranggung/Rangum = spreader
Roter = reel
Rawai = salah satu cara orang asli menangkap ikan dengan cara merentang tali diantara tebing sungai dan menggunakan beberapa tali perambut (dalam lingkungan 15 - 30 mata kail) dan menggunakan umpan anak ikan atu hirisan ikan
Sendakau = tanduk besi atau spreader bentuk L
Selunsung = siakap putih
Sembat = ikan makan kat unjam
Sentak = tarik
Sukhoi = Tenggiri
Shock leader = perambut kejutan - bersifat menganjal (elastic) bukan mcm tali benang@sulam(braided)
Slider = fungsi macam tanduk/spreader
Siut = jaring penyauk ikan
Tanduk = Spreader atau line spreader
Tekong = juragan
Tenuk = Ikan alu-alu (barracuda) yang sangat besar
Tekong Darat = pengurus/ketua/organizer trip memancing
Tajur = taut - menajur ikan tepi sg atau paya
Takau = rujuk Gancu
Takat = kawasan karang</font id=“red”>

diharap mendapat sumbangan kengkawan tentang istilah-istilah lain

Rabut - Ikan terlucut dari mata kail…
Ribut - Hehehehehe… Takmau la…

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

rabut ni ada dua makna..kalau hampa mai kut belah utara ni especially geng mancing bukan mfn ken hati-hati sikit guna istilah rabut..sebab kat utara ni kalau bab ngail kalau sebut rabut bermaksud ada ikan tarik..kalau utk ikan terlucut dari mata kail orang kat sini panggil terlucut saja..

cth ayat:

perghh tadi aku ada rabut sekali kuat wooo!!!..tapi sayang la terlucut

maknanya: tadi ada strike sekali kuat wooo!!..tapi sayang rabut la pulak


019-5678977

</font id=“blue”>

Wooo… Itu macam ka bang Man? Baru saya tau… [:)]

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

Haa..kan dah dapat belajaq skit lagi.. tambah ilmu ni… kalu macam tu thread ni buleh jadi rujukan utk kaki-kaki pancing baru. Tu la En. ManCaptiva.. setau saya rabut ni tarik dengan mengejut. Tapi dalam dunia hanyir ni ada lain skit makna. Tu yang penting ada penerangan.

Komplot - Pergi memancing. [:D]

Mengeteh, mengandaq, yamcha, mengopi, etc - Pi lepak2 minum atau makan.

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

assalamualaikumm…saya pun nk menyumbang gak ler… boleh kan???

anak ikan : trend wanita zaman skrg… suka lelaki lebih muda..</font id=“size3”></font id=“limegreen”>[:D][:D][:D]

Mungkin yg ini ada yg biasa dengar…

Konceng = + - sama erti menandakan zero catch, kumpau, atau habuk pun takde…pun boleh juga

Karau = line up atau gulung tali…


Team S.E.P.A.K.
Une Passione..Un But Commune

" OUR GREATEST GLORY IS NOT IN NEVER FAILING, BUT IN RISING EACH TIME WE FAIL"

Eh hanni… Anak ikan kalau dalam dunia mancing nih lain makna. Wakakakaka… Hanni nak cari anak ikan? [:D]

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

quote:
Originally posted by Burned Steel
Eh hanni... Anak ikan kalau dalam dunia mancing nih lain makna. Wakakakaka... Hanni nak cari anak ikan? [:D]

[:0][:0][:0][:0][:0][:0][:0]

quote:
Originally posted by Bro R.K.
Mungkin yg ini ada yg biasa dengar...

Konceng = + - sama erti menandakan zero catch, kumpau, atau habuk pun takde…pun boleh juga

Karau = line up atau gulung tali…


Team S.E.P.A.K.
Une Passione..Un But Commune

" OUR GREATEST GLORY IS NOT IN NEVER FAILING, BUT IN RISING EACH TIME WE FAIL"


konceng tak sama dengan kencing.[:D][:D][:D] Konceng dah ditakdirkan tapi kencing banyak diamalkan oleh organizer, peserta trip, tekong dan yang sewaktu dengannya. [:D][:D][:D] Jadi yang ni kena berhati-hati, otai pun boleh terkena kalau tak berhati-hati dengan spesies ni.[:D]

Biar konceng jangan kencing… Hehehehe…

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

Biar kencing duduk jangan kencing berlari.. ehehhe maaf noo..tak tahan nak bergurau hehehhee

[IMG]http://i232.photobucket.com/albums/ee300/Gemang/tubaJT.jpg[/IMG] "Attitude is everything"

Hahahaha… Bro punya rumah… Buat la sesuka hati… Wakakakaka…

Gancu - Cangkuk ikan macam dalam signature saya tuh… [:D]

Leader - Bukan ketua tapi perambut… [;)]

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

Hi Bwan,…kencing pun di kategorikan sebagai spesis ke…[:0][:D][:D]
Ok satu lagi yg saya ingat…

Sendakau = tanduk besi atau spreader bentuk L , istilah ini biasa di gunakan kaki2 Brunei..

Tapi kalau Kurau Tanduk bukan spreader, ia nya jolokan bagi Ikan Duri / Jahan bagi kami kaki2 di Spore..[:o)] [:D][:D]


Team S.E.P.A.K.
Une Passione..Un But Commune

" OUR GREATEST GLORY IS NOT IN NEVER FAILING, BUT IN RISING EACH TIME WE FAIL"

Gadang, bagak, kerbau - Jolokan bagi ikan2 bersaiz mega…

======================== Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


DERHAKA!!!

menghilir/menghanyut - menaiki rakit buluh dan casting mengikut arus sungai hingga ke muara / base camp -

Tekong Darat = manager atau ketua atau organizer trip memancing - betul ke statement ini?

[IMG]http://i232.photobucket.com/albums/ee300/Gemang/tubaJT.jpg[/IMG] "Attitude is everything"