Rakan-rakan sepermancingan sekalian,
Maaplah kalo saya membuka topik nih dlm thread perbincangan nih. Dalam kita dok melayari hobi hanyir nih, marilah kita renungkan nasib sahabat-sahabat kita di Palestine yang maut dan terkorban syuhada kerana sikap rakus yahudi laknatullah mengebom mereka, semuanya kerana sikap dan tindak-tanduk yahudi yang disokong oleh negara Uncle Sam (Amerika Syarikat..) dan sekutunya dalam operasi mereka menghapuskan Hammas (kerajaan pilihan rakyat Palestine). Kanak-kanak, wanita, orang tua dan remaja menjadi korban senjata Yahudi laknatullah..apatah lagi mereka menggunakan bom fosforus, bom mengandungi bahan kimia dll menyebabkan kesan yang lebih berbahaya dan berpanjangan..
Berita terbaru mengatakan bahawa Amerika syarikat telah menghantar bertan-tan senjata kepada Yahudi Laknatullah, biar pun kata mereka ianya bukan kerana isu palestine sekarang..sudah pasti ianya akan digunakan untuk peperangan yang sedang melanda.
Hari Jumaat lepas, saya solat jumaat di Tabung Haji Jalan Tun Razak, dalam rakaat kedua imam telah membacakan doa qunut nazillah (yang selalunya dibacakan bila ada bencana..), terasa sebak bila imam menyebut perkataan palestine didalam doa tersebut. Moga-moga Allah memberi bantuan kepada umat Islam disana. Amin. Disini, saya ingin bertanya kepada rakan-rakan pemancing sekalian, apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepada Palestine? Apakah kekuatan yang kita ada untuk membantu umat Islam disana?
Semalam, ketika saya keluar shopping ngan KDN saya, kali nih saya tengok dia amat berhati-hati memilih barangan yang dijual..semua barangan yang nak dibeli pasti dia akan tengok ‘made in bla..bla..’, pastu dalam dompetnya pun ada list jenama uncle Sam.. Memang di boikot semua barangan Uncle Sam kerana marahkan kekejaman Yahudi laknatullah yang disokong oleh negara unlce Sam tuh. Pada malamnya, ketika saya sedang membersihkan joran-joran saya..isteri saya bertanya, “abang..mesin mancing nih buatan Amerika kan?”..terkedu saya mendengarnya..Termenung saya memikirkan, adakah minat dan kegilaan kita melampaui pertalian agama kita dengan umat Islam di Palestine? Satu soalan yang memang perlu difikirkan secara logik dan penuh dengan akidah…
Oleh itu, saya nak tanya rakan-rakan sekalian, apa sumbangan tuan-tuan dalam membantu Palestine? Wajarkan kita boikot daripada membeli alatan pancing buatan Uncle Sam? Pohon rakan-rakan sekalian berikan pandangan.. Semoga pandangan bernas rakan-rakan sekalian dapatlah kita membantu (secara langsung mahupun tidak langsung) sahabat-sahabat kita di Palestine…
Teringat kata-kata seorang imam, serendah-rendah iman dan sehina-hina diri insan yang mengaku Islam ialah apabila kita tidak terasa sakit seperti sakitnya saudara-saudara Islam lain yang dianiaya.. Sehina-hina iman dan akidah ialah apabila kita asyik mencari alasan daripada jalan untuk membantu saudara-saudara Islam yang lain.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk membantu umat Islam di seluruh dunia.
“Ongkos takdek, ati mau mancing jugak, pakai murah-murah je lah jadiknya…he..he..he..”


[IMG]



