Isu semasa - Mat Rempit


Pushing the angling limits!

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.

Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang?
Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]

salam
kadangkala saya tak worry sangat dengan mat rempit.. sebab yang terbunuh atau aksident sewaktu mereka rempit tu tak le seramai aksident dan kematian masa raya.. (walaupun yang mati tu ramai penunggang motosikal.. rasanya dia orang ni ramai yang bukan mat rempit dan tak le aksident kerana rempit.)

bila travel masa raya yang baru lalu ni saya sentiasa berwaspada dengan kereta yang dipandu dengan reckles. (saya sentiasa perhatikan kereta yang memotong sebarisan kereta kearah saya.) kewaspadaan saya tu berbaloi kerana saya berjaya mengelak diri dari ditembung oleh pemandu yang momotong tanpa kira ini sebanyak 3 kali. sekali saya brake sampai berhenti dan sekali lagi saya terpaksa membabaskan diri ketepi jalan.

tapi entahlah.. saya memang tak benarkan anak anak saya ambil lesen motor dan menaiki motor pun.. terlalu bahaya.

masa balik raya lepas pun jadi kes kereta nak langgar moto saya,

tengah tengah dok syok bawak moto di highway ke alor setar,
tetiba je sedar ada kereta sedang himpit motor[B)],
terus le saya elak ketepi nak elak berlanggar,
bara juga dalam hati..

kemudian, bila kereta tu potong saya,
saya tengok kereta tu sekejap ketengah, sekejap ketepi,
saya syak driver dia tu mengantuk kot [|)]..

bab merempit ni memang bahaya juga,
cuba pi wad kecemasan malam jumaat ke,
agaknya boleh le jumpa orang yang hilang tempurung kepala kes merempit

http://matzab.multiply.com/

“Think BIG” “CATCH and CURRY :P”

Apa faedahnya sebenarnya yg diorang dapat bila diorang jongket tayar motor cenggitu ekk?

[url="http://kedaipancingakapiman.blog53.fc2.com/"][img]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/limau.jpg[/img][/url] [IMG]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/gkb1.jpg[/IMG] *[url="http://sofeaki.blog59.fc2.com/"]Jangan tertipu ye bro![/url]*
quote:
Originally posted by akapiman
Apa faedahnya sebenarnya yg diorang dapat bila diorang jongket tayar motor cenggitu ekk? [url="http://kedaipancingakapiman.blog53.fc2.com/"][img]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/limau.jpg[/img][/url] [IMG]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/gkb1.jpg[/IMG] *[url="http://sofeaki.blog59.fc2.com/"]Jangan tertipu ye bro![/url]*
Dia x dpt faedahnya..tapi kedai motor confirm dapat banyak faedah..he..he...he...

quote:
Originally posted by akapiman
Apa faedahnya sebenarnya yg diorang dapat bila diorang jongket tayar motor cenggitu ekk?

Pernah tengok sarkis tak? Alaaa…pertunjukan monyet bawak beskal roda satu tu… tu sebenarnya meniru aksi monyet bawak bawak beskal tayar satu tu…


Pushing the angling limits!

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.

Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang?
Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]

kalau panggil depa nie mat rempit lagi dia orng bangga. sepatutnya mat rempit di tukar kepada MAT BODOH.

quote:
Originally posted by akapiman
Apa faedahnya sebenarnya yg diorang dapat bila diorang jongket tayar motor cenggitu ekk?
Dapat kepuasan diri kot? Tak pun dapat awek bohsia sebagai reward... hehehe

Team RADIOGAGA - MFN U3 2005

saya tertarik dan bersetuju dengan pendapat salah seorang pembaca dari utusan malaysia kalau tak silap saya yang mahukan panggilan mat rempit ni ditukar kepda MAT BODOH..
kalau panggilan mat bodoh ni taklah diorang boleh berbangga sangat dengan kegiatan bodoh mereka tuh.. tapi kalau panggil mat rempit diorang lagi bangga diri.. hinggakan ada filem rempit plak..
kalau media kurang bagi liputan meluas mengenai aktiviti mereka pun bagus jugak..

sifat remaja memang mcm ni.. ada sifat berlawan.. kalau member boleh buat diorang pun boleh buat jugak..lagi ditegur lagi buat.. mcm isu bohsia + bohjan & black metal dulu..sebenarnya isu ni pun belum habis lagi.. cuma media kurang nak bawak cerita ni kerana dah basi..
jadi masyarakat secara tak langsung mengganggap isu ni dah selesai.. tiada lagi bohsia+jan & b.metal ni..

kalau psyco diorang..mungkin berjaya mengurangkan aktiviti ni
cuma keprihatinan media tu disamping menyedarkan masyarakat, kadang2 ia menggalakkn lagi sesuatu aktiviti.. kalau rempit sekadar hobi @ suka2 ia takan berlaku ditengah2 jlan raya yg bakal mengundang bahaya.. rempit diatas jalan raya yg sibuk adalah menunjuk2 namanya.. dalam hati mereka aku lah hero jalan raya!!

Sebenarnya ada sesuatu yg buat dorang tak serik2 nak merempit..
Antaranya:

  1. Dapat duit kalo menang race, lagi ramai lagi tinggi wang pertaruhan.
  2. Kalo menang dapat pompuan(bohsia), kalo dah bosan boleh buat2 kalah..kes bagi gf kat pemenang.
  3. Boleh menajamkan skill dan mempamerkannya di jalan-jalan raya tanpa ada bayaran. kalo kat track kena bayor.
  4. Boleh kumpul ramai2 sambil minum dan mengeratkan silaturrahim (kata mereka la..)
  5. Rumah sempit bosan dok rumah.

Sumber : Filem Remp-It


Time is to fill, not to remember..

mereka lebih merasa bangga apabila mereka dijadikan isu semasa.
kalau kita ingat suatu masa dahulu heboh dengan cerita break dance…
dimana-mana sahaja akan kita lihat mereka mengusung sebuah radio dan mula melakukan aksi tarian patah ni…
bila ianya dibiarkan dan kita tak amik peduli… lelama ianya akan pudar sendiri…
tak ada sapa-sapa yang nak tengok dah…
cadangan…
memberi peringatan dan kenakan denda kepada mak bapak yang anaknye kena tangkap pasal rempit…
gerenti diaorang tak bagi dah anak diaorang bawak motor lagi…

golongan umur yg jadi penunggang bodohnya agaknya ialah antara 13 hingga 25 tahun kot, taktaula kalau ada yg umur 30an pun masih bodoh bengap jugak.

student U pun ramai terlibat, dulu pun ada kakitangan pos malaysia (posmen) yg berlumba haram jadah ni.

balik2 pun bermula dari golongan yg kurang akhlak walaupun ada pelajaran.

Yang betina pun satu hal jugak, dapat naik motor, dapat makan2 free pun dah sanggup bagi apam kat orang. berbalik jugak tentang akhlak.

pendekatan agama adalah paling baik utk kes sebegini, so apa yg kita boleh bantu? bermula dari rumah kita jugaklah, paling tidak kita didik anak2, adik2 & anak2 buah kita supaya hindari perkara bodoh ni.

bila adanya Remp-It citer wayang ni pun satu hal jugak, memanglah niat produser filem utk memberi sesuatu yg positif tapi si bebudak yg kurang akhlak dan kurang akal ni hanya ambik part2 yg menyeronokkan spt perangai, aksi stunt, bahasa2 pertuturan & lagak2 penunggang aksi bodoh ni saja.

mungkin bebudak ni boleh dieksploitasikan utk beraksi utk filem2 hollywood? mungkin tidak.

subjek pendidikan akhlak kena dilebihkan lagi tapi nanti orang politik kata militant la pulak. ni lah bila ada program yang dibuat tapi tak ikhlas, hanya nak cari projek duit & populariti.

sorilah ni hanya pandangan aku jer.

Goolalay.
Peace No War.

Pada pandangan saya mat rempit ni sama macam MEREPET. Biasanya perkara ini bersifat sementara & selalunya mereka ni baru dapat lesen memandu atau baru dapat motosikal. Gian nak merempit & menunjukkan skill serta kejaguhan dan keberanian. Biasanya diaorang ni akan serik bila dah patah riok atau bila dah memangku rakan yang kemalanhgan & meninggal dunia di atas pangkuan. Perkara ini berlaku pada saya sendiri dan telah saya jadikan iktibar. Tapi sekarang saya tak rempit lagi cuma casting, jigging, bottom, floating dan yang seangkatan dengannya je. Ini cuma dari pandangan dan pengalaman saya sendiri.

UJ

salam
kalau kat kampung dia orang dah belajar merempit ni sejak boleh je naik basikal. masuk umur 9 tahun dah boleh naik motor… mula le merempit.. kira masa dah dapat lesen tu (ye ke dia ambil lesen… lesen terbang dulu banyak) kira dah veteran tu.

bagi kawe pulak semua bermula dari rumah hehehehehhe[:D]
pendidikan ugama sangat penting untuk menghidari diri dari buat bende yang tak elok hihihihhi[8D]
kalau didikan ugama tu tebal insyaallah tak akan jadi begini hohhohohoh[:p]
dah nak masuk magrib belum sampai rumah…emak dan ayah tak kesah hahahahha[;)]
pas tu kua mlm2 blk ntah kul berapa blk mak dan ayah pun tak kesah hohohohho[:p]

ini pengalaman kawe masa pakai moto dulu hihihihi[:)]
alhamdulillah tak terbabit dgn rempit dan lumba haram hehehehe[:D]
kawe pakai moto 15thn baru tukar pakai kete plak hihihhi[:)]
kene saman pun naik berdua masa tu lesen L lagi hahahaha[8D]
kawe dari kecik dah tak ade ayah[rahmahtullah] dididik oleh mak ajer huhuhuhuhu[:p]
tapi mesti blk sebelum magrib dan kua mlm mesti mak tau kua dgn sape hehehehe[;)]
sampai lah sekarang kawe sendiri pun bosan dan jemu negok gelagat diorang ni hihihihihihi[:D]
ada kah ini jenerasi kite masa akan datang hohohohohoho[:p]
kawe mintok maaf tak bertujuan nak membangga diri tetapi itu lah yang kawe alami dari dulu lagi hehehehehe[;)]
same2 lah kite berdoa dan berharap agar mereka ini berubah insyaallah[^]

[IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/VAT3.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/JFT.jpg[/IMG] [IMG] http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/fenwick_logo.jpg[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/potaijoruk1.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com/ http://volvos.multiply.com/ www.kakipancing.net mohd.radzi@volvo.com 0193315123/0123485108 orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa WFR 5108 VAT @ mfn.net Volvo Angler's Team Jengking Fishing Team Potai Joruk Angler's Team

salam…

isu merempit ni sebenarnya sama macam isu mancing juga…
..mereka terdedah pada bahaya atas jalan raya.
..kita terdedah pada bahaya air…

jangan salahkan mak bapak…mak bapak cuma boleh bagi nasihat je…
mereka tak dapat folowup kita 100% kita sendiri yg buat keputusan…
…yg penting kita puas ngan hobi memasing…hahahaha…[:D]

…tepuk dada tanya selera…
mungkin satu ketika nanti mat rempit ne akan tukar hobi lain pula…
tapi kita tetap dah tak boleh nak tukar hobi mancing ne…[^]

aku bukan PeNjaHat laut…

Ha…ha…haa…kelakar la wahoo!!!

Tapi teman tak setuju kalau kita samakan hobi memancing dgn merempit (macam yg miau tulis).
Memancing tak membahayakan orang lain, tapi merempit boleh membunuh orang lain. Cuba baca suratkhabar hari, ada warga emas yg terbunuh disebabkan oleh activiti merempit ini.

kawe setuju dgn pendapat bro krogoth ni yang memancing tak merbahaya kan org lain huhuhuhuhuhu[:D]

[IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/VAT3.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/JFT.jpg[/IMG] [IMG] http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/fenwick_logo.jpg[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/potaijoruk1.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com/ http://volvos.multiply.com/ www.kakipancing.net mohd.radzi@volvo.com 0193315123/0123485108 orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa WFR 5108 VAT @ mfn.net Volvo Angler's Team Jengking Fishing Team Potai Joruk Angler's Team

Merempit ngan meng casting nih buleh di combinekan nih. Dia orang merempit, kita cast, sure berdesit drag . [:D]

dah tau casting kene lah tengok kiri kanan depan belakang muahahahahaha[:D]
tak kan main belasah je huwawawawawawawa[:p]
memancing dan mengail mendatang kan rezeki huhuhuhhu[:D]
dari zaman tok kaduk lagi dah ade org gi ngail hihihihihi[8D]
nelayan sekarang pun maseh lagi mengail iakn hohohohoho[:p]
tapi ada ke tugas dan kerjaya merempit huwawawawawawa[^]

[IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/VAT3.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/JFT.jpg[/IMG] [IMG] http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/fenwick_logo.jpg[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/potaijoruk1.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com/ http://volvos.multiply.com/ www.kakipancing.net mohd.radzi@volvo.com 0193315123/0123485108 orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa WFR 5108 VAT @ mfn.net Volvo Angler's Team Jengking Fishing Team Potai Joruk Angler's Team