Jenis-jenis perambut Laut Dalam

Ada 2 jenis perambut yang selalu diamalkan oleh para pemancing laut dalam di KK untuk pancingan dasar. Mungkin kaedah di lain tempat berbeza tetapi mungkin juga boleh dicuba di tempat anda.

  1. Perambut Satu Mata

Perambut ini digunakan selalunya pada waktu malam untuk menundukkan spesis-spesis bagak tetapi boleh digunakan juga pada waktu siang. Tanduk atau ranggung atau spreader sama ada dibuat sendiri atau dibeli digunakan supaya perambut tidak berbelit di tali utama.


2 jenis spreader yang biasa digunakan.

Swivel diikat pada tali utama dan spreader disangkutkan pada swivel. Batu ladung saiz 12-14 dri jenis snapper sinker (buah kana) digunakan supaya cepat sampai ke dasar. Perambut yang diikat kepada hujung spreader selalunya antara 2-3 depa berkekuatan antara 60-150lbs bergantung kepada spesis yang disasarkan dan keadaan dasar. Perambut yang agak kaar digunakan terutamanya untuk mengelakkan putus apabila bergeser dengan batu karang ketika ikan membawa lari umpan. Mata pancing yang digunakan selalunya antara saiz 4/0-6/0 atau lebih besar.

  1. Perambut dua mata atau lebih (paternoster)


Boleh disambungkan 2 atau 3 mata atau lebih.

Selalunya perambut ini digunakan khususnya pada waktu siang untuk memburu ikan-ikan yang sederhana besar seperti kerapu, merah, kunyit dan sebagainya yang bergerak dalam kumpulan besar. Perambut ini seperti juga jenis apollo yang dibuat sendiri. Tali berkekuatan 40-60lbs selalunya digunakan dan batu ladung diikat di bawahnya. Pelbagai jenis ikatan boleh digunakan untuk menyambung cawangan perambut itu bergantung kepada minat dan kesesuaian. Ada sesetengah pemancing yang menyediakan perambut awal-awal lagi di rumah dan membuat satu ikatan atau jalinan yang kemas dan cantik. Tetapi, saya lebih suka membuat ikatan yang mudah dan ringkas di bot sebelum melabuhkan umpan. Perambuat utama biasanya sepanjang dua depa dan setiap cawangan lebih kurang sehasta.


Jalinan tali cawangan pada perambut yang dijalin kemas tetapi mengambil sedikt masa untuk disiapkan.


http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by Ikan Bilis
cantik jalinan tu tapi tak tau mcm mana nak buat..ada cara ke nak buat..ada gambar ke..cara2 nak buat..

S.O.S - Save Our Species


Tak susah nak buat cuma susah nak ambil gambar sebab waktu tengah buat nak kena pakai dua-dua belah tangan dan ibu kaki juga. [:D] Masa mula-mula belajar dulu macam nak terkoyak juga kulit tapak tangan ngan ibu kaki sebab sewaktu menjalin, tali kena tegang dan diikat satu persatu dengan ketat. Macamana pun saya cuba kalau boleh ambil gambar.


http://wanruslim.multiply.com

Yang melilit tu guna tali perambut yang sama tanpa putus atau tali asing@ tali lain

S.O.S - Save Our Species

quote:
Originally posted by Ikan Bilis
Yang melilit tu guna tali perambut yang sama tanpa putus atau tali asing@ tali lain

S.O.S - Save Our Species


Tali perambut yang sama.


http://wanruslim.multiply.com

Syukran Bwan
Kalau ada info dan gambar cara pembuatan perambut lain, saya nantikan, banyak nak kena belajar ni…tima kasih

hohohoho…
perambut killer untuk mancing udang tuh!!!

saya tanya org kat kolam pancing, dia cakap rahsia… mak oi.. ilmu

last last sampai sekarang saya buat ikut perambut spreader yg twisted …
modified sikit cara dia, hasil tak serupa dengan tali cawangan tuh, tapi boleh guna jadiklerrr

mulanya saya modified, perambut cawangan (spreader) untuk pelampung (macam mancing kat kolam siakap) pas tuh, cawangan yg keluar tuh saya twist tapi tak pintal (untuk keraskan dia)

hahaah… merapu jer,

kalau ada peluang belajar dengan bwan saya nak juga.

Umpan Hidup Mahal! aku cadang nak bela sendiri jer udang harimau kat aquarium umah aku tuh!

jalinan tu mmng susah nak buat sbb menggunak kedua tangan tapi kalau kawan ada belajar jgk tapi tak cantik jgk…last2 kawan beli T yg halus dan diselang seli dngn mani jer…kalau ada gambar cara ngikat tlng paprkan yer skil kongsi bersama…

jengking fishing club</font id=“size5”></font id=“green”>

quote:
Originally posted by addy
jalinan tu mmng susah nak buat sbb menggunak kedua tangan tapi kalau kawan ada belajar jgk tapi tak cantik jgk...last2 kawan beli T yg halus dan diselang seli dngn mani jer...kalau ada gambar cara ngikat tlng paprkan yer skil kongsi bersama...

jengking fishing club</font id=“size5”></font id=“green”>


addy,

penggunaan T dan manik memang simple dan cantik tapi boleh menarik perhatian barracuda. Dulu saya suka letak manik dekat perambut sebelum swivel sebab takut swivel berlanggar dengan cincin joran tapi banyak kali perambut atau mainline putus kerana barracuda menghentam manik yang berkilat-kilat dalam air.

nanti saya cari jalan macamana nak ambil gambar step to step nak buat ikatan tu. tak susah cuma rumit nak buat kerja sambil ambil gambar. yang bagusnya buat perambut cantik-cantik ini ialah dapat mengisi masa lapang bila tak turun ke laut. dah siap buat, masukkan dalam plastik dan labelkan mengikut saiz perambut. bila turun ke laut tak payah lagi terkial-kial nak buat perambut baru. kalau terbelit dengan kawan punya, potong je perambut dan pasang baru.


http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by Ikan Bilis
cantik jalinan tu tapi tak tau mcm mana nak buat..ada cara ke nak buat..ada gambar ke..cara2 nak buat..

S.O.S - Save Our Species


Bawa pulut kuning dan ayam panggang ke umah bwan belajar sulam itu perambut.Lepas belajar terus khatam makan pulut kuning dan ayam panggang tu ramai2…[:)]

http://kijangmas.multiply.com/photos

kawe lebih suka tanduk yang kawe buat sendiri, lagi power.. jarang dah lani nelayan sebelah pantai timur guna tanduk besi..sebabnya ???

http://www.worldisround.com/home/zahari/index.html
http://cikguzahari.multiply.com/photos/album/1

teman pun customize perambut teman sendiri dan telah mengunakan nye melebihi 10 tahun … insyallah kuat…


maaf hasya budak baru belajar mancing, call me 019 264 0013 Yahoo ID : hasyanuhash

Custome made atau apa-apa yang dibuat sendiri selalunya lebih baik daripada yang dijual memandangkan kita buat berdasarkan keperluan dan kesesuaian. Ada orang buat batu ladung sendiri berbentuk kon, siap boleh masukkan isi ikan yang dicincang sebagai rasuah (berley). Tapi yang lecehnya, kalau dah elok-elok bikin, ambik masa pulak tu, tup-tup sangkut and then putuih. Punyalah kecewa. Sebab tu banyak orang beli sebab harga pun tak semahal mana.


http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by cikgu_zahari
kawe lebih suka tanduk yang kawe buat sendiri, lagi power.. jarang dah lani nelayan sebelah pantai timur guna tanduk besi..sebabnya ????

cikgu zahari,

nak kena belajar dari cikgu cammana buat tanduk nih..
tengok barra pakai memang ada power..
tanduk yang kemas dan menarik

Mat Zab@Utara Anglers
http://matzab.multiply.com/
“Think BIG”

lagu mano rupo cikgu..tanduk tuh

S.O.S - Save Our Species

beli lagi senang..hehehe…[:D]

JeNgKiNg FiShInG ClUb</font id=“blue”></font id=“size3”>
penangan menjadi kenangan</font id=“red”></font id=“size2”>

dulu sama saya mancing kat kelong ma-muds, saya jumpa satu perambut putus sangkut kat bawah kelong, paling ganas pernah saya jumpa macam lipan dia punya lebar.. keras and tahan lasak.

saya dah try carik dalam buku and internet and tanya kawan, takde org boleh buat…

dah penat saya imagine, last last saya belah satu satu, nak belajar punya pasal, tak dapat jugak

huh!

kesimpulannya… membuat perambut nih memang seni


Umpan Hidup Mahal! aku cadang nak bela sendiri jer udang harimau kat aquarium umah aku tuh! sapa tau mana boleh dapat benih?? --------------------------------------------------------------------------------------------------
quote:
Originally posted by pens
dulu sama saya mancing kat kelong ma-muds, saya jumpa satu perambut putus sangkut kat bawah kelong, paling ganas pernah saya jumpa macam lipan dia punya lebar.. keras and tahan lasak.

saya dah try carik dalam buku and internet and tanya kawan, takde org boleh buat…

dah penat saya imagine, last last saya belah satu satu, nak belajar punya pasal, tak dapat jugak

huh!

kesimpulannya… membuat perambut nih memang seni


Umpan Hidup Mahal! aku cadang nak bela sendiri jer udang harimau kat aquarium umah aku tuh! sapa tau mana boleh dapat benih?? --------------------------------------------------------------------------------------------------
pens, perambut tu lebar satu jari tapi leper dan bercabang tiga, betul?

Bro bwan,

Kawe tengok perambut apolo Pengail2 siap ada warna merah, ada apa2 rahsia ke?

Curiosity killed the fish…sunoooh
http://manum01.multiply.com/photos

quote:
Originally posted by manumomar
Bro bwan,

Kawe tengok perambut apolo Pengail2 siap ada warna merah, ada apa2 rahsia ke?

Curiosity killed the fish…sunoooh
http://manum01.multiply.com/photos


Semua orang ada rahsia dan strategi masing-masing. Si Pengail 2 bukan sahaja ada perambut khas yang dia buat sendiri tapi siap dengan baca-baca tu.[:D] Seriously, memancing di KK terutamanya ketika ikan tengah galak makan, perambut macamana pun tak ada hal. Tapi, kalau ikatan tak kemas atau perambut terlampau halus, banyak yang putus daripada yang naiklah jawabnya.


http://wanruslim.multiply.com

Sudah baca ABC.http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/DSC00005.jpg