
tak tau lah berjaya ke tak gambo yang teman masukan ni

tak tau lah berjaya ke tak gambo yang teman masukan ni



ni salah 1 dari hasil kerja teman yang teman nak kongsi dengan kengkawan semua di MFN
ni cara2 buat mata bom @ mata rambai
ape yang perlu ada

ikut saiz yang korang nak

tiub ni siz mcm tiub buih akuarium yg kecik tu..
potong tali sepanjang 2 jengkal sebanyak 2 utas dan 1 utas sepanjang 2 1/2 jengkal

samakan bahagian hujung tali dan masukan dalam pin seperti yg dlm gamba tu.

samakan bahagian hujung dengan membiarkan 1/2 jengkal yg ada melebihi yg lain.


buat ikatan @ lilitan seperti yg telah saya tunjukan sehingga menjadi seperti gamba yg di bawah ni.


buat ikatan @ lilitan sepanjang mana anda kehendaki.kemudian potong lebihan yg ada kemudian bakar sedikit supaya ikatan tersebut tidak terbukak

potong tiub sepanjang 1/2 inci kemudian tebuk 5 lubang sekeliling tiub.masukan tali dari sebelah dalam tiub.
akhir sekali ikat mata kail seperti yg anda semua kehendaki.


maka jadi lah seperti ni.
zam
quote:
Originally posted by supikgelenyar
a
supik teman dah berjaya post gambo dah ada contoh teman buat mata rambai nnt ada masa teman postkan yg lain lak.kalu ko ada kengkawan yg bleh buat perambut ker ape ke jenis mata bg lah taau bleh gak teman belajo kat depa no..
pada sesiapa yg tau buat perambut ker tau aper jenis ikatan tlg lah ajar teman ye..
Sian pulak nengonya…
Atey..teman pun tak pandai sangat
Teman pun belajo tengok kat kulit
bekas mata pancing tu..[:D][:D]
Sory la Yeop..
tggu la kot ada yg nak bg..
Originally posted by wan_amildin
cipanlaut kena cari dalam semua ruangan..segala info tentang mancing insyaallah ada dalam forum ini..
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=6349
perambut air laut
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=14257
perambut air tawar
komen dari otai lautan samudra [:D][:D][8D]

teman tau topic 2 apizz tp teman nak belajar cara buat perambut2..kebanyakan yang teman tgk tak de yg tunjuk care nak buat..cume bg contoh je..
teman klu bleh nak belajar cara buat..dan kongsi dgn kengkewan yg lain..maklum lah teman ni budak baru nak belajar lah katakan..
okla tu…
sekurang-kurangnyer banyak yang kita dapat jimatkan…

tu yg teman cuba nak buat bro joranpanjang,dlm keadaan ekonomi mcm ni kena lah berjimat cermat dlm ape jua aspek..jimat,jmat gak tp pancing jgn ditingalkn..
thanks bro joranpanjang kerana sudi lawat forum aku ni..
selama teman diam nie tak de saper ke nak bantu add gambar2 yang bersesuaian..tapi tak pe ape yg teman dah masukan harap2 dapatlah kengkawan yg lain menfaatkan..