JIGGING - Gambar, Jenis, Kaedah dan Pic Racun.....

Topik ni dibuka hanya untuk belajar dan mengenali jenis pancingan Jigging ni… Bg org baru nak brkecimpung cam aku ni kena la tau serba sikit ttg jigging ni…Alatan apa nk guna…Jenis Jig cmna yg lebih berkesan…apa2 lg la pasai jigging ni…minta bantuan otai2 jigging n kawan2 yg dah lama dlm dunia jigging ni bg tunjuk ajar…Terima Kasih…[:)]

ni ada link yg buat aku teringin nak jigging ni…
http://www.deepjigging.com/index.php

Aku pun baru nak belajor… Aku pernah jigging PB jer… Hehehehe… [:D]


Gewang : Jig Bakau
Spisis : PB
Lokasi : Air Kuning, Perak
Teknik : Jig cast

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

wei BS, kalu jig PB…apa saiz jig yg sesuai…?kaler…?cmna nak main jig tu…?wak la turun ilmu sikit2…kat laut x besa ka…?

Salam…
Mungkin kwn2 bley cuba carik2 info ttng jig…rasanya dlm rumah air masin…
harap dpt membantu…

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=16336&whichpage=1

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=9123&whichpage=1&SearchTerms=Jigging

Saiz aku biasa guna tuk jig PB biasanya dalam lebih kurang 20gm jer. Cuma kalau terdesak kadang2 aku bantai sampai 40gm. Cuma rod rasa cam nak patah la. Keh keh keh… Nak main aku rasa cam biasa main spoon jer. Cast jejauh. Karau laju sambil short jerk. Tu kalau land based la. Kalau boat based boleh gak guna cara sama ataupun jigging cam biasa jigging laut (laju / perlahan). Kaler, apa pun takpa. Janji berkilat.

Kat laut? Huhuhuhu… Tak la biasa. Pernah la tapi masih dalam proses belajar.

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

tq bang romico…ni saya copy paste kat sini bg org yg pemalaih mcm saya yg hanya dok jenguk laporan n perbincangan am ja…buleh kot no…

Jigging untuk Orang Baru

Ada banyak istilah yang dikaitkan dengan kaedah memancing secara jigging:

• Speed Jigging
• Japanese Jigging
• Deep Jigging
• Butterfly Jigging
• Extreme Jigging
• Vertical Jigging
• “Working the Iron”

Itu cuma beberapa istilah popular yang dikaitkan dengan kaedah memancing menggunakan gewang besi yang dicetuskan oleh [emancing-pemancing Jepun yang kini semakin menular ke seluruh Asia, Oceania, Eropah dan Amerika.

Populariti kaedah jigging ini menyebabkan kita lupa bahawa kaedah jigging ini merupakan antara kaedah memancing menggunakan gewang yang paling lama yang dimulakan sejak beratus-ratus tahun dulu oleh orang-orang Polynesia dan Eropah. Kesimpulannnya, kaedah yang diperbaharui semula ini tentulah terjamin keberkesanannya berdasarkan sejarahnya yang begitu lama.

Pada awal 1990an, Yoichi Mogi dari Jepun memperbaharui teknik jigging. Beliaulah yang menjadi pencetus kepada terciptanya pelbagai barangan yang dikaitkan dengan jigging di Jepun sama ada kekili jigging, joran dan jig-jig besi yang berkesan.

Secara tradisi, ikan besar lazimnya dipancing menggunakan kekili yang besar, rod seperti batang penyapu dan peralatan lain yang memang besar-besar semuanya. Cabaran menggunakan peralatan berat untuk menaikkan ikan yang besar ini menyebabkan keseronokan memancing agak terbatas terutamanya untuk pemancing-pemancing bertubuh kecil seperti orang Asia.

Tetapi para pembuat jenama pancing dari Jepun telah memperkenalkan peralatan baru yang ringan tapi berkuasa. Hasilnya, kekili yang kecil tetapi berkuasa tinggi dan joran yang ringan tetapi tidak mudah patah telah dicipta. Kombinasi peralatan ini telah memberikan kepuasan maksimum untuk para pemancing menentang mangsa-mangsa gergasi dan membolehkan mereka melakukan pelbagai kaedah memancing yang biasanya hanya boleh dilakukan oleh peralatan-perlatan yang berat sahaja.

Kaedah Jigging Yang Berkesan

Kejayaan sesuatu trip jigging bergantung kepada kebolehan seseorang tekong untuk parking bot mereka betul-betul di atas atau di kawasan yang ada ikan. Selalunya, mencari ikan melalui sounder bukanlah sesuatu yang sukar tetapi kebolehan seseorang tekong untuk membolehkan kepingan-kepingan besi yang dijatuhkan oleh para pemancing betul-betul jatuh di kawawan ikan bermain, bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh sebab itulah, kadang-kala sesetengah tekong menggunakan kaedah berhanyut untuk membolehkan jig yang dibuang lebih berpeluang untuk jatuh di kawasan yang betul-betul ada ikan.

Kelebihan utama kaedah jigging secara menegak ialah anda menjatuhkan jig betul-betul di kawasan ikan bermain. Dengan mengetahui kedalam kawasan terumbu yang disasarkan, kita boleh menjatuhkan jig di kawasan ikan bermain menggunakan tali sulam yang berwarna-warni. Tali yang dikenali sebagai tali sulam atau tali PE (Poly Ethylene). Memainkan jig di kawasan yang betul adalah lebih berkesan daripada jigging secara membuta-tuli.

Ikan pemangsa seperti aji-aji selalunya bermain di kawasan batu karang yang berstruktur. Carilah ikan di sebelah kawasan ‘up-current’ yang berstruktur dan berbatu karang. Kemahiran tekong akan menentukan bagaimana arus pada ketika itu akan membolehkan jig yang dijatuhkan itu akan jatuh betul-betul di kawasan ikan bermain dan bukan sebaliknya. Tanpa kemahiran ini, wawlaupun di sounder kelihatan begitu banyak ikan, kemungkinan jig kita tidak akan dipedulikan mungkin akan berlaku kerana jig yang dijatuhkan itu tersasar di bawa arus.

Ikan akan menyerang jig kita mereka kelaparan atau ketika mereka terlihat ikan-ikan umpan yang tercedera yang cuba melarikan diri daripada pemangsa. Selalunya jig para pemancing akan terus diserang jika dipersembahkan dengan carar yang betul . Persembahan jig boleh dilakukan dengan menggunakan kekili dan joran yang sesuai. Pemancing Jepun memperkenalkan kaedah jigging yang dinamakan “mechanical jigging” or “fast pitch, short jerk” atau karauan laju dengan henjutan pendek untuk menggayakan jig yang mereka ciptakan.

Menggunakan kaedah ini lebih berkesan daripada “speed jigging” atau karauan laju semata-mata.

Jigging Reels

Sesetengah pemancing lebih gemar menggunakan kekili menegak (multiplier or conventional) daripada kekili mendatar (spinning reels) yang biasa digunakan untuk jigging. Untuk kekili menegak, disarankan sepaya menggunakan kekili yang mempunyai gelendung yang sempit supaya tidak menimbulkan sebarang masalah untuk menyusun tali ketika jigging.

Kekili yang dicadangkan:

Shimano – Ocea Jigger,Trinidad,Torium
Daiwa – Saltiga, Saltist
Accurate - Boss
Studio Ocean Mark – Blue Heaven
Duel Speedy
Pro Gear Oceanus
Avet

Kekili mendatar yang disyorkan:

Shimano – Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra, Navi
Daiwa – Saltiga, Blast
Finnor
Van Staal
Accurate Twinspin

Ada banyak lagi kekili yang boleh digunakan yang lebih murah dan lebih sesuai dengan bajet masing-masing. Kekili yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mampu. Untuk jigging, tidak semestinya kekili mahal sahaja yang boleh digunakan tetapi apa sahaja kekili yang ada boleh digunakan asalkan mempunya kelajuan yang sesuai dan disesuaikan pula dengan ikan yang disasarkan sama ada bersaiz mega atau sekadar light jigging sahaja.

Banyak kekeliruan dan salah faham bahawa lebih tinggi ratio sesutu kekili lebih baik untuk jigging. Kenyataan ini ada benarnya jika anda menggunakan jig yang ringan seperti 40-80g sahaja untuk light jigging. Jika anda menggunakan jig yang berat antara 300-500g, kekli yang mempunyai ratio setinggi 6:1 pastinya akan mendera kudrat anda. Kebanyakan kekili yang sesuai untuk jigging terutamanya mid dan heavy jigging biasanya beratio antara 4:1 hingga 5:1 sahaja. Ratio yang rendah akan memberikan lebih kuasa menarik beban jika dibanding dengan kekili yang beratio lebih tinggi.

Kekili yang mempunyai sistem drag yang baik adalah satu kemestian, pertamanya untuk menghentikan larian ikan dan keduanya untuk menarik ikan naik. Ikan seperti aji-aji dan kertang tinggal di kawasan berkarang dan mereka selalunya akan lari ke tempat persembunyiannya. Apabila terkena mangsa sebegini, anda mesti menghentikan lariannya. Ikan pelagik seperti GT juga memerlukan drah yang baik untuk menhentikan lariannya terutamnya jika anda jigging di kawasan pekantar minyak atau di kawasan kapal karam. Daripada kedua-dua senario, sistem drag yang teruk akan menghasilkan keputusan yang sama teruknya!

Joran Jigging

Dalam semua kaedah memancing, tentunya sebatang joran tidak boleh melakukan kerja untuk semua jenis kaedah. Rod jigging yang baik mestilah ringan, mempunyai aksi parabolic dan mempunyai kuasa mengangkat. Rod parabolic mempunyai kesesuaian untuk jigging mengikut kaedah pemancing Jepun, boleh menaikkan ikan dengan lebih baik dan memerlukan penggunaan tali sulam.

Bergantung kepada kepada kaedah jigging yang dipraktikkan dan jenis kekili yang digunakan, panjang joran jig juga berbeza-beza. Kekili menegak lebih sesuai digunakan dengan joran yang lebih pendek, 5 kaki umpamanya. Kekili mendatar pula lebih sesuai menggunakan joran yang lebih panjang tetapi tidak lebih daripada 7 kaki. Joran yang lebih panjang lebih sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak sebelum menukar kepada joran yang lebih spesifik. Berikut adalah garis panduan secara umum -

Joran yang dicadangkan -

Jigging Master
Daiwa Saltiga
Shimano
Carpenter
Smiths
Lamiglas Tropic Pro
Sevenseas
Fisherman
CB One
Seed
Calstar
Xzoga
Thomas Stroker - buatan Malaysia beb!

Jenama di atas hanyalah cpntoh yang dicadangkan sahaja berdasarkan kemampuan anda. Semua joran boleh digunakan tetapi yang penting mestilah ingan dan tahan lasak. Ringan supaya tidak mendera anda dan lasak untuk memastikan ikan yang menyerang jig anda tidak akan terlepas. Tapi, memang sukar untuk mencari joran yang ringan tetapi lasak dan berharga murah.

Sambungan…

Jenis-jenis Jig
Tali sulam
Assist hook
Aksesories

Diterjemahkan dan diubahsuaikan drp: http://www.jigsdirect.com/eMerchantPro/pc/jiggingfordummies.asp

BY Bro Sanji & B Wan

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

Boleh bro…
Lagi cun letak lah kredit utk tuan rumah…
Bro Sanji & Cikgu Bwan…

abang2 yg kaki jigging…saya nak tanya cmna nk guna set jigging multiplier? ms mn kita nk susun tali sbb kan reel jenis ni x dak line guide…smbl henjut, sambil susun…susah tu…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

Susun masa balik kot… Lepas dah abis sesi jigging. Masa kena ikan tu hantam ja karau. Agaknya la… Memandai2 pulak aku neh. Huhuhuhu… Masa aku pakai multiplier takda guide dulu pun camtu gak. Dapat ikan lupa lansung nak susun tali. Dah nak balik tu baru la aku susun bebetul. [:D]

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

Kawe tak reti nk jwb la…kawe pemancing bottom…he3…
Letak umpan…& ttgu…
Jap lagi ada la otai2 jig yg tlg jwbkan tu…

burn, kalu x susun, x sangkut ka tali hang…?ka tali hang letak tu sikit ja…?kalu x ssn kan di jg cam bukit ja…huhuhuuu…aku yg x mengerti…ekekekekee…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

Errr… Sebelum aku sambung, aku pakai cara tu masa main bottom la. Jigging aku tak pernah pakai multiplier. Tapi tali aku tak berapa penuh masa tuh. Still aku kasi ruang2 sket. Memang la dia jadi bukit tapi nanti dia akan slide sket2 sendiri. Kira tali dalam spool jadi longgar sket la. Kita susun sesekala la kalau nampak cam tinggi sangat. Tapi rasanya konsep dia sama ja kalau main jig pun. Mesin jigging multiplier rasanya lagi mudah sebab spool dia jenis dalam dan bukan lebar. Kalau tali sangkut pun sikit ja kot. Lepas tu kita nak lepas balik jig tu pun takda problem. Maybe problem kalau nak buat jig cast ja sebab jarak lontaran mungkin terganggu. Tapi kalau layan jigcast aku prefer pakai spinning… Tu pendapat aku la… Salah kalu, maap ler. [:D]

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

jig pon dah mcm2 jenih…pendek la…panjang la… cmna cara nak gunanya pon x tau…buleh tulun ajaq sikit dak…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

kalu jig yg panjang sehasta ni pon buleg buat jig cast ka…?hayooo…jig saja dah berat cam ikan tarik…huhu…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

Erm… Bab ni tunggu otai la jawab. Aku tak eti. Cuma aku rasa dari apa yg aku try, jig kurus panjang nih lagi cepat sampai dasar. Jig montel2 nih jatuhnya ada gaya sket dan kalau arus laju sket jig cepat tersasar.

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

quote:
Originally posted by ketua lanun
kalu jig yg panjang sehasta ni pon buleg buat jig cast ka...?hayooo.....jig saja dah berat cam ikan tarik...huhu....

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:


Buleh la kalau gila… Kui kui kui… [:o)]

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

wakakakaaa…wei…aku ada tgk pic hang jigging tenggiri…ajaq la sikit cmna nak jigging…dah tau buat2 x tau plak no…kongsi la ilmu tu…ekekekekekeeee…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

kalu jig yg oanjang, berapa panjang cevlar nak kena guna…?ishh…ssh gak nak jigging ni no…huhuhuuu…

quote:
Originally posted by Burned Steel
Erm... Bab ni tunggu otai la jawab. Aku tak eti. Cuma aku rasa dari apa yg aku try, jig kurus panjang nih lagi cepat sampai dasar. Jig montel2 nih jatuhnya ada gaya sket dan kalau arus laju sket jig cepat tersasar. ================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>


yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile:

Hmmmm…nk perati je sambil + pos…

x pa…nanti belajaq kat bang romici plak membottom…ekekekekeee…

yg cantik itu hati yg terbit itu pekerti :slight_smile: