Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru sahaja balik dari Kuala Besut dan Pulau Perhentian kerana kerja-kerja penanaman tukun di sana.
Di Kuala Besut saya tinggal di Bukit Keluang Beach Resort. Di belakang resort tersebut ada alor atau sungai kecil, yang saya rasa adalah air masin sebeb menganjur ke laut..

Dibelakang pokok-pokok sebelah kiri tu adalah kawasan chalet resort tersebut. Dari kawasan chalet tersebut saya dah tinjau, menarik sungai nie, dengar khabar ada siakap disitu. Nampak juga kelibat haruan…haruan air masin

Sungai ini bersambung ke laut di kawasan pantai. Memang air masin sebab tak ade tumbuhan meliar, cuba bekas-bekas pokon bakau aje…Selalu nampak kocak air di pinggir tempat bakau timbul…tapi belum pasti lagi ikan apa…bulan kot. Air sebenarnya jernih, nmpak gelap disebabkan dasar berlumpur. Air tenang begini, saya gunakan surface lure, Dog X. Rupanya ada makhluk yang mengikut dari bawah…haruan, sampai ketebing pasir mengekori baru nak grab, sebab mata tiga, tak dapat sangkut dengan kemas. Saiz skala 500 gram, dan mempunyai sirip hijau kebiruan…
Kali nie tukar kepada inline spinner + grub. Nak tahu jenis ikan apa yang selalu surface kat tepi kayu bakau tu…Cast berhampiran dengan riak air tepi bakau, semasa jatuh ke dalam air terus disambar…melengkung rod Days, lari ketengah sungai…bila karau, memang betul haruan…


Haruan nie mempunyai sirip hijau kebiruan disebabkan persekitaran air yang jernih. Biasanya kalau haruan air jernih, memang siripnya warna begitu. Tetapi dari segi kekuatan menarik, ianya lebih kuat dari air tawar sekiranya saiz yang sama

Berhampiran pula ada satu kawasan chalet yang ditingalkan/abanoned tetatpi berpagar. Ada tasik/takungan disitu, memang ada haruan yang nampak, dan bila cuba-cuba,cast ada yang lucut. Walaupun abandoned, disebabkan berpagar, saya tak teruskan, walaupun memang menarik, takut tuan tanah marah…saya pun bukan orang situ…tak balik nanti saya…
Ini pula kerja-kerja penanaman tukun innovasi di Pulau Perhentian, luar sempadan Taman Laut. Walaupun tidak berkaitan dengan haruan, hanya untuk berkongsi kerana tukun ini memang spesifik untuk menggalakan sukan memancing atau sportfishing di kawasan tersebut.


Sebanyak lapan biji ditanam dikawasan tersebut (GPS Coordinate saya ada). Penghargaan diberikan kepada SIRIM Berhad dan MOSTI kerana memberikan grant untuk projek tersebut. Masa hadapan, 16 biji lagi akan ditanam dikawasan yang sama.
Gambar dibawah adalah keindahan Pulau Perhentian di Jeti Taman Laut..




http://archer-fishingodyssey.blogspot.com</font id=“blue”>
















