Kamera/Fotografi

quote:
Originally posted by giant trevally
saja nak try tgk... sifu2..komen sikit nooo... [IMG]http://i257.photobucket.com/albums/hh212/safuanapan/Myphoto887.jpg[/IMG]

GT, gambar ini nak masuk pertandingan ke idak? Cantik gambar ni.

Kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan tolong maklumkan dan sertakan sekali dengan tajuk.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>

quote:
Originally posted by RooSTa_CaSTeR
quote:
Originally posted by dolah
Mati aku nak pilih kali ni...hahaha. Best...best. Hantar lagi. Untuk pengetahuan semua pemilihan gambar terbaik untuk pertandingan pertama dulu dibuat bersama dengan penaja hadiah.

Perlu diingat setiap gambar mesti ada EXIF DATA. Data ini akan kekal ada digambar sekiranya tidak dibuang dgn perisian tertentu. Tak perlu tulis exif data. Saya akan check.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>


cikgu,
fuhh! nasib baik cikgu kata boleh cari sndiri exif data,
kalau tidak jenoh saya kena belajarq macamana nak korek balik…
bulan ni pun saya nak hantarq assignment lambat jugak…
menang mmg tak tentu lagi, tapi kalah dah tentu…
tp kalah menang bukan ukuran, saja nak menyibuk![:D][:D][:D]

tp bulan ni boleh guna henpon pulak ka?
apasal sigiant_trevally tu hantarq? satgi diskualifaid dia lari masuk gua susah pulak nak cari…[:D][:D][:D]

[/img]

BiaRLaH oRaNG HaRaP-HaRaP BoLeH PeRCaYa, JaNGaNLaH oRaNG PeRCaYa-PeRCaYa TaK BoLeH HaRaP! </font id=“blue”>


RC..
tu kira camera compact la..[:D]

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!

quote:
Originally posted by dolah
quote:
Originally posted by giant trevally
saja nak try tgk... sifu2..komen sikit nooo... [IMG]http://i257.photobucket.com/albums/hh212/safuanapan/Myphoto887.jpg[/IMG]

GT, gambar ini nak masuk pertandingan ke idak? Cantik gambar ni.

Kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan tolong maklumkan dan sertakan sekali dengan tajuk.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>


masuk ar tok dolah..hihihhihihi.... nanti saya edit masukkan tajuk..[:D]

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!

Pertandingan kali ini yang bertemakan “landscape and scenery” adalah satu idea yang sangat baik oleh Tok Dolah untuk kita semua semua yang baru mahu berjinak-jinak dengan photography. Sebabnya?

Untuk hasilkan gambar landscape yang menarik tidak memerlukan lens yang mahal. Lens yang mahal selalunya berat, besar dan laju (heavy, bulky but fast).

Lens yang berat tidak sesuai untuk landscaping photography sebab selalunya memaksa kita melalui tempat-tempat yang sukar atau terpaksa berjalan jauh, mendaki bukit dan sebagainya. Mengambil gambar dari sudut sukar juga tidak memungkinkan penggunaan tripod sekiranya menggunakan lens yang berat dan besar yang akan mengakibatkan gegaran sewaktu mengambil gambar.

Lens yang laju (seperti F1.2, F1.4, F1.8 dan F2.8) lebih mahal tetapi tidak diperlukan untuk landcape photography. Depth of field untuk landscape selalunya lebih besar kerana kita mahukan semua gambar dalam frame (foreground dan background) semuanya jelas. Bokeh tidak begitu mustahak tidak seperti mengambil gambar portrait. Selalunya, untuk lanscape, aperture yang digunakan adalah f/4.0 ke atas. Oleh itu, mana-mana kit lens boleh membuat tugasan ini.

Landscape photography juga memerlukan lens yang mempunyai bukaan yang luas atau wide angle lens. Lens 24mm ke atas sudah dianggap wide. Kebanyakan kit lens mempunyai range daripada 18mm. Ini sudah dikira luas. Lens yang lebih wide daripada 18mm dianggap sebagai Ultra Wide dan selalunya menghasilkan gambar yang tidak lurus (fish eye), tidak sesuai untuk landscaping biasa. (Lens Nikkor 14-24mm f2.8 walaubagaimanapun menghasilkan garisan yang lurus walaupun UWA lens)

Kesimpulannya, pertandingan kali ini memberi peluang secara adil untuk semua orang tanpa mengira lens yang mahal atau murah (asalkan cukup wide iaitu kit lens).

nk join..nk join [:D]

Kategori: PNS
Tajuk: Pekan Koboi ( bang torex jgn marah aaa.. [:P] )

Tips-tips untuk mengambil gambar landscape:

Sebelum anda menekan shutter untuk merakamkan pemandangan yang menarik, beberapa perkara perlu diberi perhatian:

  1. Lihat dahulu keadaan awan. Adakah awan kelihatan mendung? Kalau awan mendung dan kelihatan tidak menarik, kurangkan gambar awan dalam pemandangan anda atau mungkin lebihkan perhatian kepada perkara-perkara lain selain awan. Ataupun, mungkin lupakan saja dan datang pada masa yang lain. waktu yang paling sesuai untuk pemandangan yang menarik adalah sewaktu senja atau fajar.

  2. Lihat sekeliling anda. Adakah sebarang objek kecil seperti sampah yang boleh mencatkan gambar anda. Bayangkan anda merakamkan pemandangan sebuah tasik sewaktu fajar menyinsing dengan sinaran mentari yang berkilauan di permukaan tasik. Tentu indah bukan? Tetapi, alangkah cacatnya gambar tersebut sekiranya tiba-tiba terdapat cebisan plastik yang terapung-apung dalam pemandangan anda.

  3. Ambil kira objek-objek yang mencacatkan pemandangan anda seperti gambar kereta atau manusia yang lalu lintas. Tunggu sehingga semuanya clear termasuklah asap kapal terbang di awan yang mencacatkan gambar awan anda.

To be continue…ada kelas. Hehe…

Salam nk tepek jugak la..bley ke???he3…
Tajuk : Senjakala yg syahdu

[IMG]http://i201.photobucket.com/albums/aa2/romico_2/rambai.jpg[/IMG] "Angling Is Always A Learning Process For Anglers.... UGAT,where anglers unite under one roof.." (019-6968074) @ (012-6372704)

romico_2@yahoo.com “KALAU TAK BOLEH GURAU…DUDUK SURAU..”</font id=“size2”></font id=“blue”>

Izinkan saya komen gambar dari giant trevally

  1. Gambar ini memenuhi banyak kriteria landscape photography.
  2. Sebaiknya gambar LP(landscape photography) ada FOREGROUND dan BACKGROUND. Foreground untuk gambar diatas ialah jeti dengan bot-botnya. Subjek-subjek yang ada dihadapan. Manakala Background dah tentu pemandangan dibelakang dengan laut, bukit dan awan. Dengan adanya kedua-dua elemen tersebut menghasilkan dua dimensi jarak jauh dan dekat. Dengan hanya ada background sahaja menghasilkan satu elemen, agak kosong gambarnya. Kebanyakkan gambar LP menunjukkan satu dimensi sahaja iaitu background. Foreground boleh jadi apa saja seperti orang sedang berjalan(gambar orang jangan besar sangat), bot, nelayan, batu-batu, dahan pokok dll.
  3. Ruled of Third: Garisan Horizon laut mesti level, jangan senget bak kata rodbuluh seperti air tumpah. Garisan horizon boleh jadi satu pertiga samada lebihkan ke langit/awan atau didarat. Jangan ditengah-tengah. Kalau masa itu awan sedang cantik, lebihkan ruangan diawan.

GT, edit level sikit.

Contoh dari saya:


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>

quote:
Originally posted by berudu_makan_gewang
nk join..nk join [:D]

Kategori: PNS
Tajuk: Pekan Koboi ( bang torex jgn marah aaa.. [:P] )


bro..apasal x snap gmbar landmark parit..??(jam besor tu)

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/NAMA.gif[/IMG] Team BaLiNg GuLuNg - U5 http://torex.multiply.com/

bang torex…kat jam tu nnt org x brape nk tau..kat sign board tu terang2 tulih pekan PARIT ( ohh kampung halaman ku [:P] )

bwan,

Terima kasih dengan penerangan Landscape Photography. Pada yang meminta komen dari saya, ada masanya saya tidak sempat menjawab, harap maaf. Kekadang tu sibuk sikit(memancing laaa). Namun semua penyertaan ada saya beri perhatian. Pada saudara bwan, rusabekeng, rod buluh, akashah dan lain-lain tolong-tolong sama beri pandangan dan komen membina.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>

kan gt… aku dah habaq kat hang… gambaq hang guna enpon lagi cun… kehkehkeh…

thanks tok dolah komen gambar gt tu… buleh dijadikan panduan…
thanks utk cikgu bwan gak atas perkongsian tips…

[IMG]http://i446.photobucket.com/albums/qq181/ipen_photos/Pancing/signature-1.jpg[/IMG] I'm not lazy... I'm just happy to do Nothing... jom layan bottom... kosong::satu::tujuh::enam::empat::satu::tiga::satu::lima::dua
quote:
Originally posted by Ipen_squid
kan gt... aku dah habaq kat hang... gambaq hang guna enpon lagi cun... kehkehkeh...

thanks tok dolah komen gambar gt tu… buleh dijadikan panduan…
thanks utk cikgu bwan gak atas perkongsian tips…


Haaa…gambar henpon ka? Tak boleh la bang…


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>

adeh gt sorry pecah lobang… tapi bang RC lagi awal pecah lobang… xpa… hang try tgkp gambar guna kamera plak… mesti lagi cun…

[IMG]http://i446.photobucket.com/albums/qq181/ipen_photos/Pancing/signature-1.jpg[/IMG] I'm not lazy... I'm just happy to do Nothing... jom layan bottom... kosong::satu::tujuh::enam::empat::satu::tiga::satu::lima::dua

pki camera hp x blh ke??
rugi jek aku beli K850i.. [:(]

ni ada lg beberapa gmbar untuk tatapan..mmg best amik gmbar pemandangan ni daripada potret..hihih

PnS

D60</font id=“blue”>

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/NAMA.gif[/IMG] Team BaLiNg GuLuNg - U5 http://torex.multiply.com/

nape gelap sgt?? [:D]

nak gambor yg terang pulak ke??</font id=“red”>

Balik Kampong Tanam Sayur



Apa menatang ni woi!!!
</font id=“blue”>

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/NAMA.gif[/IMG] Team BaLiNg GuLuNg - U5 http://torex.multiply.com/

tok dolah..
terima kasih atas komen tok dolah tu…
bayak ilmu yg tok dolah bg..xtau nak habaq cmna dah..
disqualified la ekk gambaq tu?hihihihih..xpa..atleast ada gak ilmu..gambaq contoh yg tok dolah bg tu..cantek la…gila babeng punya cantek…

ipen..
Rc mmg la mcm tu…aku aku potong dia..warghkaakaakahakahak

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!

quote:
Originally posted by bwan
Pertandingan kali ini yang bertemakan "landscape and scenery" adalah satu idea yang sangat baik oleh Tok Dolah untuk kita semua semua yang baru mahu berjinak-jinak dengan photography. Sebabnya?

Untuk hasilkan gambar landscape yang menarik tidak memerlukan lens yang mahal. Lens yang mahal selalunya berat, besar dan laju (heavy, bulky but fast).

Lens yang berat tidak sesuai untuk landscaping photography sebab selalunya memaksa kita melalui tempat-tempat yang sukar atau terpaksa berjalan jauh, mendaki bukit dan sebagainya. Mengambil gambar dari sudut sukar juga tidak memungkinkan penggunaan tripod sekiranya menggunakan lens yang berat dan besar yang akan mengakibatkan gegaran sewaktu mengambil gambar.

Lens yang laju (seperti F1.2, F1.4, F1.8 dan F2.8) lebih mahal tetapi tidak diperlukan untuk landcape photography. Depth of field untuk landscape selalunya lebih besar kerana kita mahukan semua gambar dalam frame (foreground dan background) semuanya jelas. Bokeh tidak begitu mustahak tidak seperti mengambil gambar portrait</font id=“red”>. Selalunya, untuk lanscape, aperture yang digunakan adalah f/4.0 ke atas. Oleh itu, mana-mana kit lens boleh membuat tugasan ini.

Landscape photography juga memerlukan lens yang mempunyai bukaan yang luas atau wide angle lens. Lens 24mm ke atas sudah dianggap wide. Kebanyakan kit lens mempunyai range daripada 18mm. Ini sudah dikira luas. Lens yang lebih wide daripada 18mm dianggap sebagai Ultra Wide dan selalunya menghasilkan gambar yang tidak lurus (fish eye), tidak sesuai untuk landscaping biasa. (Lens Nikkor 14-24mm f2.8 walaubagaimanapun menghasilkan garisan yang lurus walaupun UWA lens)

Kesimpulannya, pertandingan kali ini memberi peluang secara adil untuk semua orang tanpa mengira lens yang mahal atau murah (asalkan cukup wide iaitu kit lens).


“Potraiture” - Pertandingan seterusnya. Sambil-sambil ambil gambar pemandangan tu bolehlah ambil potrait kalau kesempatan.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

http://www.flickr.com/photos/19537903@N00/</font id=“size1”>