Kasting Repoh bersama Ketua Kongsi Gelap

R</font id=“size6”></font id=“red”>epoh aka GT adalah spesis ikan yang sememangnya di gemari
oleh para pemancing.Kekuatan dan sifatnya yang sukar menyerah
kalah di samping daya juang yang terlalu tinggi sememangnya telah
menjadi igauan oleh kaki-kaki pancing untuk bertempur dengannya.
Di dalam trip kali ini,kami membawa anda untuk menyaksikan satu
pertarungan dengan menggunakan bulu ayam sebagai umpan kasting.
Tidak di nafikan bahawa kemahiran tekong amat membantu untuk memburu
spesis ini sekiranya memancing berhampiran pulau kerana bot yang
di kendalikan hendaklah berada di dalam kedudukkan begitu hampir sekali
dengan pulau yang di penuhi oleh karang dan bungkahan batu bertertip tajam.
Risiko berlanggar dengannya begitu tinggi jika tersilap percaturan.
Mesin berkelajuan tinggi seperti stradic, sahara,tica libra dan sebagainya
adalah penyumbang terbesar bagi menjayakan acara seperti ini. Karauan
dengan kelajuan tahap maksima di perlukan untuk mengaburi mata sang repoh
agar terpedaya dengan bulu dan menyangkanya ikan-ikan bilis yang sedang
bermain.Seandainya karauan kita tidak cukup laju,kita hanya dapat melihat
sang repoh mengejar sahaja tanpa membahamnya. Dengan menggunakan tali sulam
berdiameter halus seperti 15lbs atau 20lbs dan kekili 2500 ke 3000 siri
pemancing boleh membuat balingan yang lebih jauh namun risiko berputih
mata untuk berhadapan Sang Repoh bersaiz besar begitu tinggi kerana kekuatannya
tidak boleh di pandang rendah. Sifatnya yang suka menyerang hendap dengan kelajuan
lariannya yang suka mensasarkan batu dan karang apabila setiap kali dirinya terancam
boleh membuatkan tali kekili bergesel dan terputus. Kedegilan Sang Repoh sukar di jinakkan
dan boleh membuat hentian secara mengejut dengan membuat sengetan badannya di dalam air
sekaligus memaku dirinya tanpa bergerak. Pemancing terpaksa bertukus lumus dan
terpaksa mengerah selurus tenaga untuk menariknya keluar menuju ke tempat yang
lebih selamat.

Trip ini telah dirancang oleh Saudara lutut dengan khidmat tekong Bang Padin pada
hari sabtu 21 Mei,2011. Kami mengundang saudara Bolos yang mahir dalam acara kasting
untuk memeriahkan lagi suasana trip tanpa pengetahuan Pacik yang sibuk bercerita
tentang tenggiri tuas. Trip yang telah diatur di saat-saat akhir ini banyak memberi
tekanan pada saya yang telah ditugaskan utuk membuat bulu. Selepas beberapa malam
bersengkang mata sewaktu Lutut bersilang kaki menonton Maharaja Lawak Astro
akhirnya siap juga 40 ketul. Walaupon bulu yang saya buat tidak secantik dan setanding
bulu buatan tangan Bang Padin yang begitu kemas dan cukup teliti namun ianya berjaya
juga menarik perhatian sang Repoh.Menurut Bang Padin, kecantikkan bulu bukanlah penyebab
asalkan ianya berwarna putih. Saya terpegun apabila Bang Padin mengeluarkan bulu buatannya..
begitu halus dan seni, hanya orang yang kreatif sahaja mampu melakukannya.Bayangkan
untuk menyiapkan 3 ketul bulu mengambil masa sehari.

Sebahagian daripada 40 ketul bulu yang saya berjaya siapkan..

Beginilah jadinya untuk menyiapkan 40 ketul…

Sepertimana yang telah dijanjikan, tepat pukul 5:00am kami bertemu Lutut di hentian Bertam,
Kepala Batas. Untuk memudahkan lagi keadaan, kami bertiga hanya menaiki satu kereta kerana
untuk acara kasting seperti ini tidak memerlukan banyak peralatan untuk dibawa.
Kami singgah sebentar di pekan Sungai Petani untuk mendapatkan bekalan ais dan makanan
pula kami membungkus di sebuah gerai berhampiran Tanjung Jaga. Tanpa membuang masa
kami terus bergerak ke Pantai Murni dimana tempat letaknya bot. Sewaktu menjamah
roti canai dan secawan teh tarik, kelibat Bang Padin kelihatan sambil memberi isyarat
bersiap sedia untuk berangkat.

Perjalan dari pengkalan ke Pulau mengambil masa lebih kurang 45 minit, Apabila
bot mula rapat dengan pulau, 3 ketulan batu berbulu mula melayang di udara
dan jatuh berhampiran celahan batu.Kekuda dipasang dan karau laju mula di buat tetiba
screeeeeeeeeeeetttt…screeeeeettttttttt Bolos dan Saya menerima hentaman serentak
dan di ikuti oleh Saudara Lutut beberapa saat kemudian…

Kejutan permulaan dari sang repoh..

Bolos dengan repoh pertama..

Di ikuti oleh saya…

Pertarungan Lutut pula..

Seekor sirip biru berjaya di daratkan..

Selang beberapa minit kemudian..beberapa siri serangan dari
sang repoh berjaya di tumpaskan..

Tepat pukul 11:00am Bang Padin telah meniup wisel, maka sesi
pertama telah pun tamat…Kami bergerak ke pulau untuk berehat
sebentar sebelum wisel ke dua berbunyi…

Sesampainya kami di pulau…ketenangan sungguh terasa..
Suasana sunyi sepi bersama hembusan angin terasa begitu damai sekali..

Badan yang begitu letih di asak sang repoh sebentar tadi kembali
bertenaga seolah-olah baru memakan makjun pacak langit 3 biji..

Lutut mengambil kesempatan untuk bergambar…

sekali lagi katanya…yang tadi tak nampak siong

Bang Padin mengambil kesempatan melepaskan hajat..

Bolos pula mengambil kesempatan mencari timun laut..

Jemput makannnn…lauk pelampong kata Lutut..

Tunggu lagi..lepas makan tidur la…Baru saya sedari bahawa mamat
ni bukannya sebarangan..Perghhhh..!! rupa-rupanya ketua kumpulan Kongsi..syhhhhhh…syhhhhhhh..jangan ganggu Naga tengah tidur..
silap haribulan boleh kena cepuk…

Saya dah kata..jangan ganggu dia..kan dah kena cepukk

Masa yang ada kami gunakan sepenuhnya untuk berehat dan mengumpul
seluruh tenaga kerana masa kedua mungkin lebih mencabar…
Selepas makan,tidur,solat dan tidur kembali…tepas pukul 5:00pm
Bang Padin meniup wisel kedua betul-betul di telinga Lutut…
Kami berangkat sambil meninggalkan kenangan abadi…

Separuh masa kedua pun bermula…ternyata asakkan sang repoh
lebih mengganas…2-3 kali balingan di buat sudah pasti menerima
hentamannya…Pertarungan menyaksikan beberapa kali tali terputus
dan mata kail terkangkang…adakalanya hanya mampu bertahan sahaja
apabila di sapa sang repoh yang lebih besar…tali sulam 15lbs dan
20lbs meletup dengan sekali henjut sahaja..

Kelam kelibut jadinya bila sang repuh mula mengasak…terpaksa
gigit bulu supaya senang menggantikannya apabila terputus kelak..

Kali ini pemangsa lain pula yang cuba berebut dengan sang repoh..
Melihat saja cara hentaman dan lariannya Bang Padin dah tahu spesis apa walaupun kelibatnya belum kelihatan…

Talang seberat 3kg berjaya di tumpaskan…tahniah

Masa ni telinga kami begitu sakit seperti di masuk oleh seekor
anak labi-labi lalu menggigit di bahagian atas kornia mata…[xx(]
Suara halusnya menyucuk-nyucuk kalbu di ikuti ngilaian ketawa yang sukar di tiru…Man raja lawak pon tak mampu buat suara sebegini…

Lebih kurang 30 minit ketawanya berlarutan tetiba terhenti apabila
matanya menjeling orang sebelah…

Talang seberat 4kg mengunci mulutnya dengan mangga solex..

Keh..keh..kehhhh

Tunggu apa lagi Bang Padin…jom balik sebelum Bolos pula menerima
hentamannya…Aku memaksa Bang Padin balik dengan mengusiknya
bahawa kalau hari beransur gelap nanti hantu mak cik karipap
mai makan perutnya…Bang Padin terus memecut bot

Hasil keseluruhan :

19 ekor repoh (2 sirip biru)
8 ekor talang
9 ekor banang

“Hang mau ingat Lohan…Mengkalu nak merasa tarik ikan..len kali mai
ngan akuuu…jangan pi ngan Jasni”…ingatt tu lohannn..

~Saya memohan ampun dan maaf andaikata sebarang gurauan saya di sini
telah menyentuh hati sesiapa…Buat Sifu Bang Padin..terima kasih kerana memberi ruang sepenuhnya kepada kami untuk melakukan kasting..Sekiranya Bang Padin juga turun padang hari itu…mungkin saya dan lutut hanya mampu menangis..mungkin rekod kami hari itu terkubur begitu sahaja…Wa tabikkkk luuuuuu

Sekian…jumpa lagi


~019-4141974

tahniah hampa memang pandai mengai..ajag la aku

Tahniah jugak dari teman…banyak hasil tu…

http://parjo66.multiply.com/

eeii.. takutnya tgk ketua kongsi gelap.. suka isap dalah ni… [}:)]

tabik & tahniah lohan, bolos, bang padin & ketua kongsi [:D]!!

[img]http://i76.photobucket.com/albums/j40/pacik_photos/LogoDesign/test6.gif[/img] http://blog.fotoidaman.com

Tahniah buat Geng Kepala Naga Sakti…
Lain kali jangan ajak Jasni lagi, tentu buleh banyak lagi…
Kut ada kaki-kaki yg injured ajaklah aku pulak…[:p][:D][:D]

http://malaysiananglersnetw.forumms.net/forum

BiaQ BuaT-BuaT BoDo TaPi TaK BoDo…DaRi BuaT-BuaT PaNDai TaPi TaK PaNDai!
BiaQ PuLaK TaK PaNDai DaRi MeMaNDai-MaNDai..
</font id=“blue”>

hebat sungguh hampa semua…[:D]

amboi penuh tong, jenuh buat gulai, tahniah, tahniah

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/pieecomot-1.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG]

Fuh sempoi betoi hangpa…
Lohan/Bolos: Bila mau ajak aku komplot sekali ni…???

tahniah buat hampa semua…jangan cuti panjang pulak…[:D][:D]


joe_fitri@yahoo.com

musim repoh beteloq kat songsong kot la nie…makin byk plak 2 3 menjak nie…hmmmmm…


orang nak mengai,hang pun nak mengai…ceh…another yuppies junkies!!!
www.utaraanglers.com

PERGHHHHH DEPA DAI MAI…

MANTAB BANG LOHAN..MANTABBBB !!!

TAHNIAH …

mantap lohan & the geng..tahniah.

nun dia…hat ni yg dok kata tepon masok ayaq baru2 ni…huhuhuh..tak rugi masuk ayaq langsung [:D]…hasil ke ba bommmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!..taniah lohan!!

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/icon.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/tuasgaban020copy.jpg[/IMG] 0124630271 comot6221@yahoo.com mancen sampai merelit!!!

Captiva…Aku tau..hang klu ngan menatang ni memang hang duduk tak
senang…bila lagi..? jommm…Lutut tengah dok belek kalendar ayaq cantik…

Parjo…Terima kasih Bang

Patogen…Abang kandung Mail Lambong tu..

Roosta Caster…Awas…bulu belen yang dok ada, Bang Speed nak angkut semua habuan trip 11hb Pulau 9

Roon…thanks

Piee…Buat gulai memang sedap…tang mata tu paling sempoi sedut

Aruan…Aruan Kolam ka…? Pulau 9 apa citer…?

Kerisi…Tu la…ingat nak repet balik dlm masa terdekat ni

Rapalasangkut…Betul tu…mungkin musim GT dan talang masuk

Tometo Men…Alhamdullilah…mantapp

Romico2…Terima kasih kerana sudi membaca laporan ini

Xjio…hahaha…boleh lagu tu…?


~019-4141974

hang memang terer main buluuu…hehehe..!!!

geram aaihh duk tengok melengkung2 joran hangpa…

http://rimbanautika.multiply.com/

quote:
Originally posted by mengkudu
hang memang terer main buluuu.....hehehe..!!!

geram aaihh duk tengok melengkung2 joran hangpa…

http://rimbanautika.multiply.com/


Kami mana pandai…main bulu ni tak tau mancing pun boleh..janji kampoi mau laju…


~019-4141974

Tahniah buat tuan romah nie…[;)]

PERAK STATEPERAK 2011SELAMA MARI 0133554464/01112507757
quote:
Originally posted by upin82
Tahniah buat tuan romah nie...[;)] PERAK STATEPERAK 2011SELAMA MARI 0133554464/01112507757

Terima kasih bro upin82


~019-4141974

Aduhhhhhhh! berdarah idung teman lahhhhh[xx(][xx(]Ape pung tahniah lah yeeeee

The Bad Day Fishing, Its Better Than Good Day Working

laaa..ujud lagi ka TUBA On SEVEN nie

gambaq2 report membuat aku jadi hilang ingatan buat seketika
dengan rasa terpaksa dan hasat dengki…tuiiiiihhhhhh aku ucapkan
tahniah yang tak terhingga..puuiiihhh

Man atoq mai satu gila babi punya trippp..

MAI SECAWANNNN…
sarjana5003.yahoo.com.my

" 017-4594090 "