Kenapa tiada ruangan jual/beli sesama pemancing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Saya masih baru lagi dalam websites MFN ni dan sekali sekala ada jugak mencari ruangan jual/beli peralatan memancing sesama pemancing. Saya rasa elok di adakan ruangan membeli peralatan memancing sesama pemancing ni kerana mungkin ada member yang terlampau banyak peralatan memancing atau yang nak meng’upgraded’kan peralatan memancing dan nak menjual perlatan yang lama, bolehlah dihebahkan atau diiklankan dalam ruangan ini. Saya rasa ia adalah ruangan yang baik kerana daripada peralatan memancing dibiarkan berlapok dalam store, baik dijual dengan kawan-kawan dengan harga yang berpatutan.
Saya faham memang ada ruangan jual/beli oleh ‘sponsor websites’ tetapi kesemuanya adalah barangan baru, so bagi yang mencari barangan 2nd hand boleh lah di adakan satu ruangan untuk membeli peralatan terpakai ini diantara pemancing.
Cuma jangan di salah gunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai kedai menjual peralatan memancing menjual di ruangan ini dah lah. Kalau situasi yang sedemikian berlaku, moderator atau ops, boleh lah men’delete’ thread iklan tersebut.

Cuma satu cadangan. TQ.

p/s ade sesiapa yang nak jual penn spinning reels atau daiwa BG20 tak??? kalau ade PM aku…heheheheeeeee