kalau janggut saya suka karau slowly jer… biar haruan strike dulu pastu baru balas balik… selalunya cara ni lebih berkesan daripada kita strike dulu… give and take…
SOFT PLASTIC, lure ni banyak presentation, boleh slow retrieve, stop n go, up n down… tapi kalau sp ni saya lebih prefer untuk karau perlahan-lahan melintasi kawasan haruan ni… selalunya bila haruan nampak memang akan ngap terus, give it, berikan haruan tu tangkap… then dalam masa 3-5 saat (jangan terlalu lama, nanti haruan telan habis o…) terus berikan sentapan padu… selalunya pasti strike, kecuali kalau terkena haruan bagak kena tengok nasib juga, kalau kena tempat keras dalam mulut haruan tu, susah nak tembus sebab lagi besar haruan lagi keras body dia ni…
top water lebih sesuai untuk kedalaman air 1 kaki ke 2 kaki di mana haruan boleh trace popper atau slider, kalau air dalam, ni kena wait n go, bila nampak jer haruan timbul terus baling ke spot tersebut, haruan akan kejar n strike, ataupun ulang spot yang sama dalam masa di mana haruan akan naik semula untuk bernafas…
waktu hujan, start je hujan haruan akan mula mencari makan, selalunya di tepi tebing ataupun rumpaiair…
jigging haruan… kalau ada spot yang mempunyai fries, di tebing especially… (kalau ada peluang) turunkan saja soft plastic di bahagian tengah fries ataupun di mana hala arah fries berenang, turun naikkan sp seperti anak ikan sedang bermain… haruan sentap, bagi dulu… pastu sentap bila masa yang sesuai… tapi AWAS! haruan pasti akan menyelinap masuk ke dalam rumpai yang berdekatan…
setiap spot haruan berbeza keadaan strike… dan setiap port juga mempunyai killer lure… di mana ada spot yang haruan tak strike janggut, ada yang tak strike SP, gunakan pelbagai lure, jika lure sp tak di hentam, tukar ke lure yang lain…
ini cuma sedikit pendapat daripada pengalaman saya… harap otai2 sekalian boleh memberi tunjuk ajar lagi… [:)]


LIMFM / SNAKEHEAD HUNTERS !!! / buli bah kalau kau…!














